10 Kad Kredit Terbaik di Malaysia 2022

Artikel ini terakhir diperbarui April 15, 2022 by Shafiq Wahab
10 Kad Kredit Terbaik di Malaysia 2022

Penggunaan kad kredit sering menjadi topik perbincangan dalam kalangan pengguna. Ramai yang beranggapan kad kredit sebagai sesuatu yang tidak perlu, membebankan dan boleh menjejaskan pengurusan kewangan jika tidak dirancang dengan baik. Secara asasnya, kad kredit merupakan salah satu medium pembayaran di Malaysia selain tunai, kad debit, e-Wallet, Buy Now Pay Later, QR Pay dan sebagainya.

Kad kredit membolehkan anda mendahulukan pembelian barangan atau perkhidmatan tanpa perlu membayar terus. Dalam erti kata lain, kad ini berfungsi sebagai pinjaman skala kecil sama seperti pinjaman peribadi. Apabila anda bayar menggunakan kad kredit, anda sebenarnya meminjam wang daripada bank pengeluar.

Artikel ini akan membincangkan jenis dan senarai kad kredit terbaik di Malaysia yang boleh anda pertimbangkan.

Kad Kredit: Keperluan atau Kehendak?

Kad kredit di Malaysia berfungsi sama seperti mana-mana pinjaman lain yang ditawarkan oleh bank. Apabila anda menggunakan kad ini untuk membuat pembayaran, anda secara asasnya meminjam daripada bank pengeluar kad. Jumlah pembelian akan dikumpulkan dan anda perlu bayar semula kepada bank pengeluar kad setiap hujung bulan atau pada tarikh yang dipersetujui mengikut terma dan syarat. Jika tidak, anda akan dikenakan faedah ke atas jumlah yang belum dibayar, biasanya sekitar 13.5 hingga 17.5 peratus setahun.

Adakah kad ini suatu keperluan atau kehendak? Secara asasnya, faktor ini bergantung sepenuhnya pada individu. Jika anda berdisiplin tinggi, ia mungkin tidak menjadi masalah. Namun sekiranya anda seorang yang boros, anda tidak disarankan untuk memiliki kad kredit. Ini kerana, ia mungkin menyebabkan anda berbelanja melebihi kemampuan kewangan anda dan menyebabkan anda terpaksa menanggung bil bulanan yang tinggi sehingga akhirnya diisytiharkan bankrap.

Tips Guna Kad Kredit

Berikut tips guna kredit card yang boleh anda praktikkan untuk mengelakkan anda daripada terbeban dengan komitmen kewangan yang tinggi:

        1. Lakukan pembayaran penuh setiap kali anda lakukan pembelian;
        2. Jangan biarkan ada bayaran yang belum dijelaskan sehingga pihak bank boleh kenakan caj faedah ke atas anda;
        3. Bayar ikut jadual dan tidak melepasi tempoh yang ditetapkan setiap bulan.
        4. Di Malaysia, pemegang kad kebiasaannya diwajibkan untuk membuat bayaran minimum sebanyak lima peratus atau minimum RM50 pada tarikh yang ditetapkan setiap bulan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan penalti atau satu peratus daripada jumlah bil yang belum dibayar (atau minimum RM10);
        5. Berdisiplin dan berbelanja mengikut kemampuan dan keupayaan anda untuk membayarnya semula.

Proses, Dokumen Diperlukan untuk Permohonan

Secara asasnya, permohonan kad credit boleh dilakukan secara dalam talian secara PERCUMA atau melalui kiosk-kiosk bank pengeluar kad yang biasanya tersedia di pasaraya dan sebagainya. Dokumen-dokumen yang diperlukan biasanya berbeza mengikut bank pengeluar kad dan memerlukan butiran-butiran berikut:

Pekerja Awam atau Swasta

Bagi kakitangan awam atau pekerja swasta, berikut antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan kad ini:

        1. Salinan kad pengenalan (bahagian depan & belakang);
        2. Slip gaji untuk tiga bulan terkini;
        3. Penyata bank untuk tiga bulan terkini; ATAU
        4. Penyata KWSP untuk tiga bulan terkini.

Individu Bekerja Sendiri

Bagi individu yang bekerja sendiri pula, anda mungkin memerlukan dokumen sokongan berikut untuk apply kredit kad:

        1. Salinan kad pengenalan (bahagian depan & belakang);
        2. Borang B / BE terkini yang diperakui oleh pihak LHDN.

Jenis Kad Kredit yang Ditawarkan

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kad kredit yang ditawarkan. Setiap institusi kewangan menawarkan lebih daripada satu kad kredit sebagai produk mereka, dan setiap satunya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh sebab itu, ramai yang ingin memiliki kad ini keliru untuk memilih kad yang sesuai dengan keperluan. Ia biasanya ditawarkan terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut:

1. Kad Kredit Ganjaran

Ia memberikan anda mata ganjaran bagi setiap pembelian secara kredit. Mata ganjaran yang diterima boleh digunakan untuk menebus hadiah dan baucar-baucar lain yang ditawarkan oleh bank pengeluar.

2. Kad Kredit Pulangan Tunai

Kad jenis ini biasanya membayar kembali jumlah yang digunakan semasa pembelian kepada pemilik, dan kadar peratusannya bergantung pada bank pengeluar. Ini bermaksud, anda boleh menerima pulangan tunai bagi setiap perbelanjaan.

3. Kad Kredit Faedah Rendah

Kad ini menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding kad konvensional, sesuai untuk individu yang inginkan penjimatan.

4. Kad Kredit Pelancongan

Ia memberi anda mata ganjaran (miles reward) untuk pembelian terpilih. Mata ganjaran ini boleh ditebus bagi membolehkan anda nikmati ganjaran istimewa untuk pelancongan seperti tiket penerbangan dan upgrade tempat duduk dengan sistem penerbangan tertentu.

5. Kad Kredit Minyak Petrol

Kad jenis ini pula menawarkan faedah berkaitan petrol seperti rebat tunai atau ganjaran tambahan minyak petrol termasuk perbelanjaan di kiosk petrol.

6. Kad Kredit Dining

Kad ini membolehkan anda menikmati diskaun dan promosi eksklusif daripada pelbagai jenis restoran yang mengambil bahagian setiap kali anda makan di luar.

7. Kad Kredit Beli-belah

Sekiranya anda gemar shopping, kad jenis ini sesuai untuk anda. Ia menawarkan tawaran eksklusif serta pelbagai diskaun istimewa lain di pusat beli-belah popular.

8. Kad Kredit Islamik

Kad Islamik ini menawarkan pakej yang mematuhi undang-undang Syariah.

9. Premium

Kad ini menawarkan keistimewaan yang memberi tumpuan kepada produk high-end dan perkhidmatan mewah seperti golf, restoran terpilih dan kelab eksklusif.

kad kredit terbaik

Senarai Kad Kredit Terbaik 2022 di Malaysia

Kad kredit biasanya ditawarkan oleh institusi kewangan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Secara asasnya, setiap kad yang ditawarkan menawarkan keistimewaan dan ciri-ciri menarik tertakluk pada yuran dan caj tertentu yang dikenakan. Berikut merupakan senarai credit card terbaik di Malaysia untuk panduan dan rujukan anda:

KadKadar Faedah (%)Yuran TahunanKelayakan GajiKelebihan
CIMB e-Credit Card15RM100RM2,000Kad ini sesuai jika anda gemar berbelanja secara online melalui platform beli-belah popular di Malaysia. Kad CIMB menawarkan mata ganjaran Bonus Points sehingga 12x setiap RM1.
Standard Chartered Liverpool FC Cashback15RM175RM3,000Kad ini pula khusus untuk peminat pasukan Liverpool ini menawarkan pulangan rebat tunai (cashback) tanpa had belanja minimum setiap bulan. 
Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard15RM250RM3,000Credit card Standard Chartered ini menawarkan pulangan rebat tunai sehingga 15 peratus untuk perbelanjaan runcit, transaksi e-dagang dalam talian dan transaksi atau tambah nilai e-Wallet.
Standard Chartered Smart Credit Card15RM120RM3,000Kad ini pula menawarkan pulangan rebat tunai menarik untuk transaksi e-Wallet, pembelian dalam talian dan untuk setiap transaksi tanpa sentuhan (contactless payment). 
Citi Cash Back Platinum Mastercard15RM195RM5,000Citi Cash Back Platinum menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had dengan ciri eksklusif, didatangkan dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah dan pelan pinjaman tunai.
Alliance Bank Visa Basic15RM20RM2,000Kad Alliance Bank Visa Basic sesuai sebagai credit card pertama anda. Ia menawarkan ciri asas dengan penjimatan tahunan, serta syarat kelayakan permohonan yang longgar dan tidak membebankan.
Bank Rakyat Kad Muslimah15PercumaRM2,000Kad ini dicipta khusus untuk golongan wanita yang meminati fesyen dan gemar berbelanja. Ia menawarkan mata ganjaran tanpa had dan diskaun sehingga 30 peratus setiap kali anda berbelanja di butik fesyen, spa, rawatan kecantikan wajah dan di mana-mana rakan kongsi terpilih.
UOB One Visa Classic15RM68RM2,000Kad UOB menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan untuk petrol, perbelanjaan runcit, telekomunikasi dan makanan. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki dan bayaran ansuran mudah tanpa faedah (zero interest).
AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i15Percuma RM2,000Kad AmBank Islamic khusus untuk penjimatan petrol di hampir kesemua stesen minyak seluruh negara. Ia menawarkan rebat tunai sehingga lima peratus dan mata ganjaran AmBonus, yuran tahunan percuma seumur hidup dengan pelan ansuran mudah dan pinjaman tunai QuickCash.
Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless15RM150RM2,000Affinbank BHPetrol khusus untuk pengguna minyak BHPetrol. Ia menawarkan rebat tunai sehingga 10 peratus dan mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan RM1 tanpa had. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki, ansuran mudah dan pendahuluan tunai.

Tips Pilih Credit Card Terbaik yang Sesuai

Secara asasnya, banyak credit card yang ditawarkan oleh bank yang boleh menjadi pilihan anda. Paling penting, anda disarankan untuk mempertimbangkan perkara berikut sebelum pilih kad yang sesuai dengan keperluan anda.

  • Ambil kira jumlah gaji atau pendapatan anda;
  • Syarat kelayakan pendapatan untuk permohonan kad kredit berbeza mengikut jenis kad, pastikan kad yang dipohon layak dengan pendapatan anda;
  • Lihat keperluan anda sebelum mendapatkan kad kredit kerana biasanya card credit yang ditawarkan bergantung pada keperluan anda seperti beli-belah, melancong, rebat tunai dan sebagainya;
  • Ambil kira pelan-pelan lain yang ditawarkan seperti pelan pindahan baki (Balance Transfer Plan), pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan, EPP), atau pelan ansuran tunai (Cash Instalment Plan, CIP).

Soalan-soalan Lazim Berkaitan Kredit Kad di Malaysia

Berikut merupakan soalan lazim berkaitan credit card untuk rujukan dan panduan anda:

Bolehkah saya menggunakan kredit kad untuk mendapatkan pendahuluan tunai?

Tidak, anda tidak boleh menggunakan kad ini untuk mendapatkan pendahuluan tunai. Namun begitu, ada sesetengah pengeluar kad ini menawarkan perkhidmatan sebegini. Rujuk pengeluar kad untuk maklumat lanjut.

Bolehkah saya menggunakan credit card untuk transfer atau cash-out tunai?

Tidak, anda tidak boleh menggunakan kad ini untuk memindahkan atau mengeluarkan wang.

Apakah kredit kad paling mudah lulus?

Selagi anda mempunyai skor kredit yang baik dan anda memenuhi syarat dan kelayakan seperti umur dan pendapatan minimum, permohonan anda boleh diluluskan dengan mudah.

Bolehkah saya apply credit card jika skor kredit saya kurang baik?

Memiliki skor kredit CCRIS dan CTOS yang kurang baik boleh mengurangkan potensi anda untuk mendapatkan kad ini. Anda disarankan untuk meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan.

Semoga perkongsian ini boleh membantu anda mendapatkan kredit kad terbaik mengikut keperluan anda. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta terbaik atau insurans motor murah, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Anda boleh bandingkan insurans daripada beberapa syarikat insurans terbaik dengan tawaran harga terbaik sekali gus menjanjikan perlindungan yang menyeluruh untuk anda dan keluarga anda.

Kongsi:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea adalah penulis sepenuh masa sebelum Covid, dan juga selepas Covid. Berpengalaman menulis dalam bidang politik, fesyen, kewangan, dan banyak lagi.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗