Buy Now Pay Later? Berbaloi Ke Guna?

Artikel ini terakhir diperbarui January 13, 2022 by Nadhirah Rashid
Buy Now Pay Later? Berbaloi Ke Guna?

Platform buy now pay later ni selalu sangat dah kita dengar sekarang. Platform buy now pay later ni diperkenalkan untuk membantu korang membeli barang keperluan dan juga kehendak tanpa sebarang yuran dan faedah bulanan dikenakan. 

Konsep Buy Now Pay Later

Konsep buy now pay later ni sebenarnya membolehkan korang membuat pembelian dengan membahagikan jumlah pembelian kepada bayaran ansuran bulanan, yang kebiasaannya mempunyai 0% faedah. 

Ada juga platform yang menawarkan penangguhan pembayaran sehingga hujung bulan, atau bayar pada bulan yang seterusnya.

Secara ringkas, ini konsep buy now pay later: 

  • Kalau korang membeli sesuatu daripada penyedia yang menggunakan buy now pay later, korang boleh memilih untuk membayar melalui platform buy now pay later.
  • Korang mungkin perlu membuat pembayaran muka, kebiasaannya pembayaran ansuran pertama daripada jumlah pembelian.
  • Kemudian korang kena bayar jumlah yang selebihnya setiap bulan.

Macam biasalah. Setiap perkara ada baik buruknya. Jom ketahui kelebihan dan kelemahan platform buy now pay later. 

Kelebihan Platform Buy Now Pay Later

Buy now pay later
Foto Kredit: Jasni Melalui Shutterstock

Berikut adalah kelebihan platform buy now pay later:

  • 0 Peratus Faedah Ansuran

Kebiasaannya, kebanyakan platform buy now pay later ni menawarkan 0% faedah untuk pembelian korang. Maksud 0% faedah ni, korang tak perlu membayar sebarang caj atau faedah unless korang lewat buat bayaran.

  • Tak Perlu Kredit Skor Yang Baik

Kalau korang nak apply kad kredit, korang memerlukan kredit skor yang baik. Tapi sesetengah platform buy now pay later, korang tak perlu pun ada kredit skor yang baik. Ini bermakna, korang boleh memohon buy now pay later walaupun korang mempunyai skor kredit di bawah tahap yang baik.

  • Pembahagian Pembayaran

Dengan menggunakan platform buy now pay later, korang boleh buat pembayaran besar secara berkala supaya bajet bulanan korang tak terjejeas.

Contohnya, telefon bimbit korang rosak secara tiba-tiba, dan korang memerlukan RM3,000 untuk menggantikannya. Korang boleh membuat bayaran bulanan sebanyak RM1,000 setiap bulan dan tidak perlu menggunakan simpanan kecemasan korang. 

Ini memberikan korang sedikit ruang untuk bernafas jika ada kecemasan yang berlaku pada bulan yang sama dengan menggunakan simpanan kecemasan untuk perkara yang mustahak dan bukannya untuk membuat pembelian.

Kelemahan Buy Now, Pay Later

Berikut adalah kelemahan platform buy now pay later:

  • Caj Pembayaran Lewat Yang Tinggi

Mostly kebanyakan platform buy now pay later akan mengenakan caj jika pengguna tak boleh membayar kredit yang telah diguna. Sesetengah pembayaran platform BNPL mungkin akan menelan belanja yang lebih banyak berbanding menggunakan kad kredit.

  • Ketagih Untuk Menggunakannya Lagi

Platform buy now pay later memudahkan pengguna untuk membeli barangan yang anda mungkin tidak akan beli jika pengguna terpaksa membayar secara penuh, atau pengguna tidak mempunyai bajet. 

Walaupun BNPL memberikan pengguna manfaat dalam pembelian barang, ia juga boleh mempengaruhi pengguna untuk membuat perbelanjaan yang tidak dirancang.

  • Skor Kredit Mungkin Akan Terjejas

Sesetengah platform buy now pay later mungkin akan menghantar rekod pembayaran lewat atau kepada agensi yang menyelia skor kredit. Ini akan menjejaskan skor kredit pengguna dan akan mendatangkan masalah pada masa hadapan.

Perbandingan platform Buy Now, Pay Later

Platform BNPL manakah yang korang patut pilih? Ini adalah platform BNPL yang tersedia di Malaysia: Atome, FavePay Later, myIOU, Hoolah, PAYLATER, PayLater oleh Grab, SpayLater oleh Shopee dan Split.

PlatformTempoh pembayaranFi pemprosesanCaj pembayaran lewat
Atome3 bulan0%RM30 bagi setiap pembayaran lewat (maksimum RM60 bagi setiap pembelian)
FavePay Later3 bulan0%1.5% dari jumlah tunggakan bagi setiap pembayaran lewat
myIOU2, 3 atau 6 bulan0%RM5 atau 1% dari jumlah tunggakan bagi setiap pembayaran lewat – mengikut yang lebih tinggi
Hoolah3 bulan0%RM7.50 sehingga RM75 bagi setiap pembayaran lewat
PAYLATER4 bulan0%RM10 bagi setiap 7 hari tanpa pembayaran
PayLater oleh GrabBayar pada bulan yang berikutnya atau 4 bulan0%Maksimum RM30 untuk setiap pembelian (hanya untuk kaedah pembayaran ansuran sahaja)
SPayLater oleh ShopeeBayar pada hujung bulan atau 2, 3 atau 6 bulan1.25% sebulan dari jumlah penuh pembayaran1.5% setiap bulan dari jumlah tunggakan
SplitMaksimum sehingga 3 bulan0%RM0

 

  • PayLater oleh Grab

Tempoh pembayaranCaj pembayaran lewatHad kreditPenyedia
Bayar pada bulan seterusnya atau 4 bulanMaksimum RM30 untuk setiap pembelian (hanya untuk kaedah pembayaran ansuran sahaja)Berdasarkan rekod penggunaDirectD, Shiseido, Zalora, Hermo, Shein, Machines

Platform buy now pay later, PayLater oleh Grab, menawarkan dua kaedah pembayaran balik. Pengguna boleh membuat pembayaran balik selama empat bulan, atau bayar keseluruhan jumlah pembayaran pada bulan yang seterusnya. 

Jika korang terlepas membuat pembayaran, akaun PayLater akan dibekukan, dan korang perlu membayar RM10 untuk mengaktifkannya semula. Jumlah maksimum pembayaran lewat yang boleh dikenakan kepada anda adalah sebanyak RM30, dan caj ini hanya dikenakan untuk pelanggan yang memilih kaedah pembayaran ansuran bulanan sahaja.

Tempoh pembayaranCaj pembayaran lewatHad kreditPenyedia
4 bulanRM10 untuk setiap 7 hari tanpa pembayaranBerdasarkan rekod penggunaOppo, Gamer’s Hideout, DJI, DirectD, Metrojaya

Berbeza dengan Paylater oleh Grab, platform buy now pay later PAYLATER membahagikan pembelian pengguna kepada empat bayaran ansuran, yang dibayar secara bulanan. Platform ini menyediakan beberapa jenama teknologi yang terkenal, seperti Oppo dan DJI.

Berlainan daripada platform lain yang mengenakan caj pembayaran lewat secara bulanan, PAYLATER mengenakan caj pembayaran lewat sebanyak RM10 untuk setiap hari tanpa pembayaran.

Maksudnya, kalau pengguna terus terlepas membuat pembayaran, pengguna boleh dikenakan caj (RM10 x 4 minggu x 3 bulan; jika pembayaran ansuran bulan pertama sudah dibayar) sebanyak RM120.

Tempoh pembayaranFi pemprosesanCaj pembayaran lewatHad kredit
Bayar pada hujung bulan atau 2, 3 atau 6 bulan1.25% sebulan dari jumlah penuh pembayaranRM10 untuk setiap pembayaran lewat (maksimum RM30 untuk setiap pembelian)RM3,000 atau lebih, berdasarkan rekod pengguna

Platform buy now pay later SpayLater daripada Shopee ni adalah antara platform buy now pay later yang baru dikenalkan. Platform ini menawarkan dua kaedah pembayaran. 

  • Bayar keseluruhan jumlah pembayaran pada hujung bulan (tiada caj dikenakan)
  • Bayar secara ansuran selama dua, tiga atau enam bulan (caj 1.25% sebulan)

Ini bermakna, pengguna perlu membayar lebih jika anda bersetuju untuk membayar secara ansuran.

Contohnya, kalau pengguna membuat pembelian sebanyak RM3,000 dan memilih tempoh pembayaran selama enam bulan, pengguna mungkin perlu membayar RM187.50 (RM3,000 x 1.25% x 5 bulan; jika pembayaran ansuran bulan pertama sudah dibayar) untuk fi pemprosesan sahaja.

Jika pengguna tidak mampu untuk membuat pembayaran, pengguna mungkin perlu membayar penambahan 2.75% setiap bulan, termasuklah caj pembayaran lewat. Berdasarkan kalkulator faedah ini, jumlah ini bersamaan dengan kadar faedah tahunan sebanyak 38.48%.

Tempoh pembayaranCaj pembayaran lewatHad kreditPenyedia
3 bulanRM30 bagi setiap pembayaran lewat (maksimum RM60 bagi setiap pembelian)Bukan pengguna kad kredit: RM1,500;

Pengguna kad kredit: RM5,000

Zalora, The Face Shop, Shein, Ezbuy, Machines, Agoda

Buat korang yang tak tahu, Atome adalah antara platform buy now pay later yang terbesar di Asia. 

Berasalah daripada Singapura, platform ini membolehkan pengguna untuk membeli di lebih 2000+ penyedia dalam talian dan juga di kedai itu. Ia menyediakan jenama popular seperti Zalora dan Agoda.

Platform ini mengenakan caj sebanyak RM30 untuk setiap pembayaran lewat, namun jumlah maksimum untuk setiap pembayaran lewat adalah sebanyak RM60.

Tempoh pembayaranCaj pembayaran lewatHad kreditPenyedia
3 bulan1.5% dari jumlah tunggakan bagi setiap pembayaran lewatBerdasarkan rekod penggunaPandora, Marks & Spencer, Puma, GNC

Lebih daripada 40,000 penyedia, termasuklah jenama popular seperti Pandora dan Marks & Spencers.

Jika anda tidak boleh membuat pembayaran semula, anda akan dikenakan caj 1.5% dari jumlah keseluruhan tunggakan untuk setiap pembayaran lewat.

  • myIOU

Tempoh pembayaranCaj pembayaran lewatHad kreditPenyedia
2, 3 atau 6 bulanRM5 atau 1% dari jumlah tunggakan bagi setiap pembayaran lewat – mengikut yang lebih tinggiRM1,000 sehingga RM10,000Senheng, Drone Hub, Gintell

myIOU menawarkan tempoh pembayaran yang lebih fleksibel berbanding platform lain yang disenaraikan di sini.

Walau bagaimanapun, myIOU mempunyai jumlah penyedia yang terhad – dan penyedia tersebut bukanlah jenama yang sangat popular. Apa yang menarik pula, myIOU mempunyai penyedia yang menawarkan perkhidmatan B2B.

myIOU mengenakan caj minimum sebanyak RM5 atau 1% untuk setiap pembayaran lewat. Jumlah tersebut agak sama dengan pembayaran lewat kad kredit, yang kebiasaannya mengenakan caj minimum sebanyak RM10 atau 1% untuk setiap pembayaran lewat.

Kesan Terlewat Buat Bayaran

Berikut merupakan kesan jika pengguna terlewat membuat bayaran:

  • Pengguna Akan Dikenakan Caj

Tak jadi masalah jika pengguna membuat pembayaran tempat pada masa yang ditetapkan. Tapi, jika pengguna gagal membayar tepat pada masanya, pengguna akan dicaj yang tinggi. 

Sebagai contoh, berikut adalah jumlah caj pembayaran lewat yang dikenakan untuk pembelian bernilai RM2,000 jika pengguna terus terlewat untuk membuat pembayaran selama tiga bulan:

PlatformKadar faedahCaj pembayaran lewat setiap bulanJumlah faedah + caj pembayaran lewat selepas tiga bulan
AtomeRM30RM60
FavePay Later1.5% dari jumlah tunggakanRM30
myIOU1% dari jumlah tunggakanRM20
HoolahRM75RM150
PAYLATERRM10 seminggu = RM40RM80
PayLater by GrabRM10RM20
SPayLater by Shopee1.25% sebulan x 2 bulan dari jumlah RM2,000 = RM50RM30RM110
SplitRM0RM0

 

  • Agensi Pengutip Hutang Akan Menghubungi

Jangan terkejut, kalau pengguna gagal membuat bayaran platform-platform buy now pay later ni akan menghubungi agensi pengutip hutang (agensi yang sama dilantik oleh pihak bank jika peminjam tak membayar balik pinjaman bank) ntuk mengutip hutang daripada anda. Anda boleh dapatkan informasi tersebut di halaman terma dan syarat platform BNPL. 

Sebagai contoh, ini adalah apa yang tertakluk dalam Perjanjian Penangguhan Pembayaran Atome:

Jika Akaun anda Dibekukan disebabkan pembayaran lewat atau pembayaran yang ditolak, anda bersetuju, memberi kebenaran dan mengarahkan kami untuk mengenakan caj kepada Keadah Pembayaran pilihan anda dan/atau kad debit atau kad kredit yang anda ditetapkan untuk menuntut jumlah keseluruhan sebarang Penangguhan Pembayaran yang anda terlepas pada bila-bila masa selepas tarikh akhir Penangguhan Pembayaran. Anda bersetuju bahawa kami mempunyai hak untuk melantik pengutip hutang pihak ketiga untuk mengutip sebarang jumlah hutang anda kepada kami mengikut Persetujuan ini tanpa memberi notis awal kepada anda.

Sekirannya korang terus tak terlepas membuat pembayaran balik, Platform buy now pay later korang mungkin akan memaklumkan laporan pembayaran lewat itu kepada agensi pelaporan kredit. Sebagai contoh, ini adalah polisi terma dan syarat Split:

[Kami berhak untuk] memaklumkan kepada mana-mana agensi atau biro pelaporan kredit yang wujud dalam bidang kuasa atau mana-mana agensi atau biro yang melaporkan informasi pelaporan kredit kepada mana-mana syarikat, dan mengenalpasti sebarang hutang yang tertunggak ke atas butiran anda kepada kami…

Ini mungkin akan menjejaskan skor kredit korang dan mungkin akan menyukarkan korang untuk memohon pinjaman rumah, kenderaan atau kad kredit pada masa hadapan. Namun, tidak semua platform akan melaporkan hutang kepada agensi pelaporan kredit.

So Macam Mana? Berbaloi Ke Guna Buy Now, Pay Later?

Adanya platform buy now pay later ni membantu kita untuk membuat mana-mana pembelian yang berjumlah besar tanpa menjejaskan pengurusan kewangan bulanan. 

Sekiranya korang sesuai dengan situasi di bawah, korang berbaloi untuk menggunakan platform ini. 

  • Boleh menepati tempoh pembayaran.
  • Sekiranya pengguna ingin membuat pembelian yang penting atau pembelian kecemasan – seperti menggantikan peti sejuk yang rosak – dan pengguna memerlukan masa untuk membuat pembayaran.
  • Jika pengguna menggunakan kredit untuk membuat pembelian yang penting, tetapi rekod kredit penggunan tidak begitu baik untuk mendapatkan kad kredit atau pinjaman peribadi.

Sekiranya korang tak terlibat dengan situasi-situasi di atas, korang dinasihatkan untuk menangguhkan pembelian sehingga korang berjaya untuk mengumpul wang yang secukupnya untuk membuat pembeli tersebut tanpa menggunakan platform buy now, pay later. 

Sampai di sini saja perkongsian Qoala. Semoga bermanfaat!

Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea adalah penulis sepenuh masa sebelum Covid, dan juga selepas Covid. Berpengalaman menulis dalam bidang politik, fesyen, kewangan, dan banyak lagi.