Cara Menggunakan Kad Kredit Dengan Bijak

Artikel ini terakhir diperbarui January 13, 2022 by Hariz Hafiz
Cara Menggunakan Kad Kredit Dengan Bijak

Cara menggunakan kad kredit? Aik, nak guna kad kredit pun kena ada panduan? Kad kredit memang sedap untuk digunakan. Wave sana sini, settle. 

Tapi, cara menggunakan kad kredit kenalah betul. Kalau salah guna, kita pula yang kena jerat. Untuk pengetahuan korang, hutang kad kredit adalah antara penyumbang utama kepada kenapa angka individu muflis yang meningkat.

Kad kredit ni sebenarnya sangat berguna. Tapi kalau dapat dekat tangan orang yang salah guna, memang payah. 

So harini, Qoala nak cerita sikit cara menggunakan kad kredit dengan bijak.

Cara Menggunakan Kad Kredit 

Credit Card Bollywood GIF - Find & Share on GIPHY

Ramai yang guna kad kredit, especially milllenials tak tahu fungsi sebenar kad kredit. Kalau korang first time guna kad kredit, atau bercadang nak apply kad kredit, tips-tips cara menggunakan kad kredit ni boleh membantu korang. 

Jangan buat kad kredit sebagai sumber pinjaman

Kad kredit ni diperkenalkan untuk bagi kemudahan kepada pengguna-pengguna dari segi pembayaran dan juga penjimatan extra melalui reward atau pun ganjaran. Masalahnya, ada sesetengah pengguna kad kredit, buat kad kredit sebagai sumber pinjaman. Kiranya macam diaorang guna kad kredit ni untuk masalah-masalah hutang yang diaorang ada. 

Kalau korang ada masalah kewangan, lebih baik korang memohon pinjaman pribadi yang hanya kenakan kadar faedah antara enam sehingga lapan peratus secara purata. Jauh lebih jimat daripada faedah yang dikenakan bila korang menggunakan kad kredit iaitu sehingga 18 peratus. 

Aware dengan tarikh luput mata ganjaran kad kredit

Ada sesetengah kad kredit menawarkan mata ganjaran bila korang belanja guna kad kredit. Ramai suka kumpul mata ganjaran. Tapi apa yang ramai tak tahu ialah mata ganjaran tu semua ada tarikh luput.

So macam rugi lah dekat korang dok kumpul banyak-banyak tapi rewards tu dah expired. Sedar-sedar nanti dah tak boleh guna rewards yang ada. Sebab tulah korang kena aware dengan tarikh luput mata ganjaran kad kredit. 

Elak kad kredit dicuri

Cara menggunakan kad kredit yang seterusnya adalah dengan menjaga kad kredit korang dengan baik. Dah banyak dah kes penipuan kad kredit yang melibatkan ribuan ringgit. 

Mostly disebabkan kecuaian pemegang kad kredit tu sendiri. Bila korang tak berhati-hati masa guna kad kredit, orang-orang di sekeliling yang berniat jahat boleh mengintip kod pin dan curi kad kredit korang sepantas kilat. 

Kalau kad kredit kena curi mungkin kita boleh call bank untuk bekukan kad tu, tapi lagi baik mencegahkan? 

Simpan kad kredit korang betul-betul dan jangan sesekali kongsi kad tu atau ambil gambar kad tu dan share pada orang lain.

Bayar apa yang anda guna sahaja

Cara Menggunakan Kad Kredit
Foto Kredit: Teerasak Ladnongkhun Melalui Shutterstock

Jadilah pengguna yang bijak, dan elakkan sama sekali dikenakan caj faedah. Cara nak elakkan faedah? Mudah saja. Elakkan bayar lambat daripada tarikh akhir pembayaran dan korang hanya perlu bayar apa yang korang guna sahaja. 

Untuk dijadikan contoh, kalau korang beli barang berharga RM100, bila penyata bank dikeluarkan, korang hanya perlu bayar RM100 je. Dengan syarat, bayar dalam tempoh yang telah ditetapkan. Kalau lebih daripada tarikh yang ditetapkan, barulah korang dikenakan faedah setinggi 18 peratus. 

Selesaikan hutang kad kredit secepat mungkin

Cara menggunakan kad kredit dengan bijak yang seterusnya ialah bayar hutang kad kredit secepat mungkin. Tolong jadikan tabiat untuk membayar hutang kad kredit dengan cepat. Sebabnya pembayaran balik hutang kad kredit adalah satu perkara paling penting sekali bila korang menggunakan kad kredit.

Bila korang gagal guna buat pembayaran balik tepat pada masanya, korang kena tanggung kadar faedah yang tinggi. Kalau korang anda pendapatan tetap, korang dinasihatkan untuk membuat debit secara automatik. Ini cara yang paling ideal untuk mengelakkan daripada korang terlambat bayar daripada tempoh yang ditetapkan, atau lebih teruk terlupa nak bayar.

Hadkan bilangan kad

Sesetengah orang memerlukan lebih daripada satu kad kredit. Tapi sebenarnya ia bergantung kepada keupayaan pengguna untuk manage kad-kad itu. Jumlah kad kredit yang banyak ni kadang-kadang boleh menjerat korang, merosakkan rekod kredit dan juga menambah bebanan hutang. Kalau korang seorang pengguna kad kredit yang bijak dan bertanggungjawab, mempunyai kad kredit lebih daripada satu adalah bukan satu permasalahan. 

Gunakan kad kredit untuk kecemasan

Korang juga dinasihatkan menggunakan kad kredit untuk tujuan kecemasan. Misal kata terjadi satu situasi dimana korang perlukan perbelanjaan yang tidak disangka, korang boleh guna kad kredit untuk selesaikan situasi kecemasan itu tadi. Tapi kena ingat, korang kena kenal pasti dulu keutamaan korang dan kendalikan kewangan korang dengan berhemah. 

Pemilihan kad kredit

Mungkin ramai yang tak tahu tentang cara menggunakan kad kredit yang lagi satu ni; iaitu memilih kad kredit yang sesuai dengan diri. 

Bukan semua kad kredit itu bagus. Ia bergantung kepada cara kita berbelanja. Sebelum nak apply untuk kad kredit, pastikan korang tahu tujuan utama korang untuk menggunakan kad itu. Adakah korang memang betul memerlukan atau sekadar mengikuti trend kerana kawan-kawan semua ada? Kad kredit bukan satu keperluan pun, tapi ia boleh tolong korang menguruskan kewangan. 

Setiap perkara mempunyai kelebihan dan kebaikannya. Termasuklah kad kredit. Kita sebagai pengguna haruslah bijak membuat keputusan dan jangan biarkan diri terjerat dengan hutang. Pastikan korang berbelanja mengikut keperluan. Bukan kemahuan ye. Lagi satu, jangan diikutkan sangat trend. Kadang-kadang apa yang sedang trending tu kita tak perlukan pun. 

Semoga artikel yang kami kongsikan kali ini memberi manfaat dan oh ya, siapa dekat sini ada kereta? Jangan lupa untuk check out artikel mengenai insurans kereta yang kami kongsikan! 

Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea adalah penulis sepenuh masa sebelum Covid, dan juga selepas Covid. Berpengalaman menulis dalam bidang politik, fesyen, kewangan, dan banyak lagi.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗