Laporan CCRIS: Cara Semak & 3 Perkara Lain Wajib Tahu

Laporan CCRIS: Cara Semak & 3 Perkara Lain Wajib Tahu

Jika anda mempunyai rancangan untuk beli rumah, laporan CCRIS ini merupakan salah satu dokumen yang sangat penting. Contohnya, jika anda mahu buat pinjaman perumahan, anda tidak boleh lari daripada semakan CCRIS. Artikel ini akan menjelaskan dengan semua yang anda perlu tahu seperti maksud CCRIS, cara check CCRIS dan perkara-perkara lain.

Kepentingan Skor CCRIS Anda

Sebab utama pentingnya laporan CCRIS adalah apabila anda ingin memohon pinjaman ataupun kad kredit. Sebelum bank menentukan sama ada permohonan anda boleh diluluskan atau tidak, bank akan merujuk kepada rekod kredit anda terlebih dahulu melalui laporan CCRIS.

Berdasarkan rekod ini, bank akan menilai sama ada mereka sanggup menanggung risiko atau tidak dengan meluluskan permohonan pinjaman anda. Jika rekod kredit anda cantik, tiada tunggakan atau sebarang senarai hitam, peluang permohonan pinjaman dan permohonan kad kredit untuk diluluskan adalah lebih cerah. 

Tetapi, jika rekod anda tidak cantik, bank mungkin tidak akan berani tanggung risiko dan akan menolak permohonan anda. Berikut merupakan empat perkara tentang CCRIS yang anda perlu tahu:

1. Apa itu CCRIS? Ketahui Perkara-perkara yang Terkandung Dalam Laporan Ini

CCRIS, Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit, ialah sebuah sistem yang direka khas oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengeluarkan laporan kredit bagi setiap individu yang ingin membuat pinjaman. 

Pada setiap bulan, institusi yang berkenaan seperti bank, broker insuran, dan syarikat utiliti akan mengemaskini maklumat kepada BNM, semua maklumat ini akan dikumpul dalam bentuk laporan CCRIS yang standard. 

Secara ringkas, CCRIS adalah sebuah platform yang menyimpan segala jenis rekod permohonan dan mempamerkan gambaran penuh kesihatan kewangan seseorang individu. Laporan CCRIS menyediakan info yang berkaitan dengan kredit peminjam. Info tersebut terbahagi kepada tiga bahagian penting:

Kredit Yang Tertunggak
  • Ringkasan semua kredit dan pinjaman yang tertunggak.
  • Ini ialah hutang yang belum habis bayar termasuk yang dipinjam secara individu, pinjaman bersama, dan pinjaman perniagaan atau komersial.
Akaun Pemerhatian Khusus (Special Attention Accounts)
  • Berkait dengan pinjaman tertunggak yang bank dah letakkan di bawah pemantauan khas.
  • Pinjaman itu dipantau rapat oleh pihak berkuasa kewangan untuk dapatkan balik pembayaran pinjaman.
Permohonan Kredit
  • Sebarang permohonan kredit yang tengah dalam proses, atau yang dah diluluskan dalam 12 bulan lepas.

Untuk pengetahuan anda, laporan CCRIS hanya diberikan kepada pihak-pihak tertentu. Permohonan perlu dilakukan dari BNM:

Institusi Kewangan
  • Untuk pelanggan atau bakal pelanggan yang membuat permohonan.
Individu
  • Untuk semak laporan sendiri.
Agensi kredit berdaftar
  • Agensi yang diluluskan BNM
  • Atau sudah dapat persetujuan peminjam
Individu untuk report perniagaan sendiri
  • Laporan untuk pemilik tunggal, rakan kongsi atau badan profesional.
Syarikat
  • Laporan kredit syarikat

2. Cara Semak CCRIS, Cara Dapatkan Penyata CCRIS

Seperti yang diperkatakan tadi, laporan CCRIS adalah sebuah dokumen yang sangat penting terutamanya jika anda mempertimbangkan untuk membuat pembelian rumah. Ada tiga cara untuk cek laporan CCRIS:

Dapatkan Laporan CCRIS Secara Fizikal

Anda boleh pergi ke Ibu Pejabat BNM dan pejabat daerah BNM untuk mendapatkan laporan kredit CCRIS anda sendiri. Sebelum itu, anda mesti melengkapkan borang permohonan dan menyerahkan salinan kad pengenalan anda dan dokumen sokongan yang tertera dalam borang, seperti lesen memandu atau pasport. 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan Kiosk di cawangan BNM yang ditetapkan untuk mendapatkan laporan CCRIS anda. Anda hanya perlu memasukkan kad pengenalan peribadi anda ke dalam mesin servis automatik, dan setelah mengesahkan identiti anda melalui bacaan cap jari, anda dapat mencetak penyata CCRIS.

Surat, Faks atau E-mel

Anda boleh meminta laporan melalui pos, e-mel atau faks ke pusat khidmat pelanggan BNM TELELINK BNM. Pastikan anda melampirkan dokumentasi lengkap.

Check CCRIS Online 

Anda boleh semak melalui kemudahan semak online menggunakan eCCRIS BNM. Perlu diingatkan, anda perlu mendaftar terlebih dahulu maklumat diri di mana-mana cawangan AKPK atau BNM untuk anda mula menggunakan sistem online ini. Berikut adalah cara check CCRIS online:

        1. Muat turun borang permohonan di bnm.my/ccrisform
        2. Lengkapkan Borang Permohonan dan sediakan semua dokumen termasuk satu salinan MyKad (depan dan belakang) atau satu salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia). Dua dokumen sokongan lain (contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)
        3. Hantar semua borang lengkap beserta semua dokumen melalui webform: https://telelink.bnm.gov.my

3. CCRIS Blacklist, Tempoh Clear Nama CCRIS 

Konsep blacklist atau senarai hitam dalam CCRIS ini dikira seperti peminjam duduk dalam tahanan, atau kurungan sementara selagi masih hutang tertunggak yang belum lagi selesai. Sistem CCRIS ini direka untuk rekod segala aktiviti peminjam sahaja, dan bukanlah menyenaraihitamkan peminjam seperti ramai orang fikirkan.

Laporan kredit tersebut digunakan sebagai salah satu sumber bagi institusi kewangan untuk menyemak sejarah kredit peminjam untuk membolehkan mereka membuat keputusan sama ada untuk meluluskan permohonan peminjam atau tidak. Biarpun dalam laporan CCRIS tidak menyebut sama ada anda disenaraihitamkan atau tidak, laporan tersebut boleh mempamerkan sejarah kewangan sama ada baik atau tidak. 

Tempoh Clear Nama CCRIS

Pada hari ke-10 setiap bulan, pihak BNM akan mengemaskini maklumat CCRIS sekiranya anda telah melangsaikan bayaran pinjaman yang tertunggak. Contohnya, anda telah membayar semua tunggakan pinjaman pada 24 April. Anda akan mendapati rekod pembayaran pada bulan Jun telah dikemaskini menjadi “0” pada laporan CCRIS anda pada 11 hari bulan pada bulan yang seterusnya.

4. Beza CCRIS dan CTOS

CTOS adalah syarikat, manakala CCRIS pula adalah sebuah sistem. Walaupun kedua-duanya menyediakan laporan kredit yang sama, maklumat CCRIS adalah daripada BNM. Manakala sumber laporan CTOS pula adalah daripada sumber awam dan institusi daripada sumber awam dan institusi kewangan. 

Kebiasaannya, institusi kewangan akan menggunakan lebih daripada satu laporan kredit untuk mendapatkan gambar sebenar keadaan kredit pemohon. Berikut adalah perbezaan di antara CCRIS dan CTOS:

  CCRIS CTOS
Pihak Berkuasa
  • BNM
  • Organisasi Persendirian
Tujuan
  • Sistem yang dicipta oleh BNM untuk mengumpul info kredit tentang peminjam atau peminjam berpotensi ke dalam satu report kredit standard.
  • Report kredit yang memang diguna oleh bank dan institusi kewangan di Malaysia untuk semak kelayakan kredit dan keupayaan individu atau syarikat untuk bayar balik hutang.
Maklumat Dalam Laporan
  • Semua pinjaman tertunggak.
  • Sama ada anda pernah ambil pinjaman bersama atau pinjaman perkongsian dengan sesiapa.
  • Sama ada anda ada akaun yang dilabel “Akaun Perhatian Khusus” / “Special Attention Accounts” – selalunya ni macam Pinjaman Tak Berbayar (NPL) atau mana-mana akaun yang dipantau rapat oleh pihak berkuasa kewangan.
  • Data seperti nama, nombor IC, nombor pendaftaran syarikat.
  • Jawatan pengarah dan kepentingan perniagaan
  • Tindakan undang-undang
  • Pengadil perdagangan dan komen subjek
  • Status kes
  • Status muflis individu
Sumber Maklumat
  • Bank dan institusi kewangan
 

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM / CCM)
  • Notis undang-undang dari surat khabar
  • Gazet dan penerbitan kerajaan
  • Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM / MDI)
  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN / NRD)
  • Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM / ROS) dan info yang diberikan oleh pemiutang
  • Pemiutang / litigator / pengadil perdagangan
  • Info yang diberi secara rela oleh individu / syarikat tersebut
Laporan yang Disediakan
  • Percuma
  • Laporan basic percuma
  • Sekitar RM26.50 untuk Report Skor MyCTOS yang lebih terperinci
Cara Akses
  • Pergi ke BNM atau mana-mana cawangan
  • Boleh buat permintaan report secara online dan melalui emel
  • Secara online
Tempoh Sejarah Kredit Diarkibkan
  • 12 bulan
  • Selama-lamanya

ccris online

Laporan CCRIS yang Baik Akan Memudahkan Urusan Anda

Setiap bank dan institusi kewangan menilai permohonan pinjaman secara berbeza, tetapi secara umum, perkara utama yang mereka lihat adalah: pembayaran tepat pada waktunya, kadar lalai paling rendah, lalai yang sangat sedikit (seperti pembayaran kad kredit), dan Nisbah Perkhidmatan Hutang (DSR) adalah pada tahap yang baik.

Ini juga bermaksud bahawa bank dan institusi kewangan pada umumnya tidak menyukai peminjam dengan hutang yang tinggi (hutang kad kredit atau pinjaman bank terus berada pada had tertinggi), kerana bagi mereka, peminjam tersebut mungkin tidak mempunyai status kewangan yang baik. Pastikan anda sentiasa konsisten dan berdisiplin dalam membuat bayaran balik pinjaman pinjaman anda yang tertunggak.

Akhir kata, urusan anda akan menjadi lebih mudah dengan rekod CCRIS yang bagus. Semoga panduan ini dapat membantu anda menguruskan kewangan dengan lebih baik selepas ini. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta dan insurans motosikal terbaik, layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60