Dividen KWSP 2022: Dividen Konvensional 5.35 Peratus, Syariah 4.75 Peratus

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Dividen KWSP 2022: Dividen Konvensional 5.35 Peratus, Syariah 4.75 Peratus

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja hari ini mengumumkan dividen KWSP sebanyak 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2022.

Kadar dividen KWSP ini lebih rendah berbanding tahun 2021, 6.10 peratus direkodkan untuk Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah.

Dividen KWSP 2022
Kredit: @kwspmalaysia
Dividen KWSP 2022
Kredit: @kwspmalaysia

Pengagihan dividen KWSP ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada taklimat sesi kewangan KWSP dengan jumlah agihan sebanyak RM51.14 bilion – RM45.44 untuk Simpanan Konvensional dan RM5.7 bilion untuk Simpanan Syariah.

4 Perkara Wajib Tahu Tentang Simpanan KWSP

Apa itu KWSP? Secara amnya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP merupakan skim perancangan persaraan yang dilancarkan kerajaan pada 1991, bertujuan untuk membantu pekerja menyimpan untuk kegunaan hari tua. Ia merupakan salah satu pelaburan risiko rendah dan selamat dengan jaminan dividen tahunan sebanyak 2.5 peratus (biasanya kadar dividen KWSP diumumkan pada kadar yang lebih tinggi). Selain skim pencen, berikut 4 perkara tentang simpanan KWSP yang boleh membantu anda memahami skim persaraan ini:

1. Selain Caruman Pekerja, Ada Caruman Majikan

Syarikat di Malaysia diwajibkan untuk menyumbang sekurang-kurangnya 13 peratus daripada gaji kasar anda (jika gaji anda kurang daripada RM5,000) atau 12 peratus (jika gaji anda lebih daripada RM5,000). Ini bermaksud, selain kadar caruman pekerja (sama ada 11 peratus atau sembilan peratus), anda mendapat tambahan sebanyak 13 atau 12 peratus daripada majikan. Jadi, makin bertambah banyaklah duit pencen anda.

2. Kadar Caruman Fleksibel, Boleh Tambah Jumlah Sumbangan

Meskipun kerajaan telah menetapkan pengurangkan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 peratus kepada sembilan peratus sehingga Jun 2022, anda boleh memilih untuk menambah jumlah sumbangan pada kadar yang lebih tinggi. Dalam erti kata lain, anda boleh menyumbang seberapa banyak yang anda inginkan atau lebih tinggi daripada kadar caruman minimum yang ditetapkan setiap bulan. Meskipun begitu, anda perlu pertimbangkan dua risiko berikut:

  1. Perbelanjaan bulanan anda yang mungkin terjejas, lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai sumber pendapatan sampingan yang lain. Anda mungkin menghadapi masalah kekurangan wang untuk perbelanjaan harian;
  2. Pilihan untuk melabur sebahagian besar daripada gaji kepada satu ekuiti sahaja terdedah kepada risiko pelaburan yang besar. Anda boleh pertimbangkan pelaburan risiko rendah di Malaysia yang lain seperti Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera dan sebagainya.

3. Pengeluaran KWSP Akaun 2 Boleh Dilakukan

Selain pengeluaran wajib semasa anda berumur 55 tahun, anda juga boleh keluarkan sebahagian daripada wang simpanan anda melalui Akaun 2 KWSP bergantung pada syarat-syarat tertentu.

Pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk Peribadi

Untuk memudahkan ahli, KWSP juga turut membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu selari dengan polisi KWSP sedia ada. Berikut antara pengeluaran yang boleh anda lakukan daripada Akaun 2 untuk tujuan peribadi:

i. Pengeluaran Sebahagian

Berikut merupakan senarai pengeluaran sebahagian untuk rujukan anda:

  • Menunaikan haji – maksimum amaun RM3,000;
  • Kesihatan, kos perubatan;
  • Umur 50 – pengeluaran sebahagian atau semua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50;
  • Pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk rumah – bina/beli rumah pertama atau bina/beli rumah kedua;
  • Pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak;
  • Bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan;
  • Pengeluaran simpanan melebihi RM1 juta;
  • Pengeluaran untuk mengurangkan/menyelesaikan baki pinjaman perumahan.
ii. Pengeluaran Penuh

Berikut pula merupakan senarai pengeluaran penuh untuk rujukan anda:

  • Umur 55 – Anda boleh mengeluarkan semua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.
  • Umur 60 – Pengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun, anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa;
  • Hilang upaya secara fizikal atau mental;
  • Meninggalkan negara – warganegara/penduduk tetap (PR) atau bukan warganegara;
  • Ahli yang berkhidmat di sektor awam berstatus pekerja pencen;
  • Apabila ahli meninggal dunia.

cara daftar i-akaun KWSP

4. Selain Dividen KWSP, Banyak Kelebihan Lain

Selain dividen, ahli yang menyimpan di KWSP juga tertakluk kepada kelebihan dan manfaat tertentu seperti berikut:

1. Dividen KWSP

Kadar minimum yang dijamin oleh kerajaan sebanyak 2.5 peratus. Meskipun kedengaran agak rendah, kadar dividen KWSP yang diumumkan beberapa tahun kebelakangan ini berada pada paras yang sihat iaitu sekitar lima hingga enam peratus.

i. Cara Check Dividen KWSP

Untuk makluman anda, semakan dividen KWSP 2021 hanya boleh dibuat mulai 6 Mac 2022. Bagi anda yang mungkin tidak tahu, berikut merupakan langkah untuk membuat semakan dividen secara online melalui i-Akaun:

  1. Layari www.kwsp.gov.my;
  2. Log masuk akaun i-Akaun;
  3. Kemudian, masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan;
  4. Klik View Details di bahagian menu Dividend;
  5. Perincian dividen tahun semasa akan dipaparkan untuk semakan anda.

Bagi membolehkan anda semak dividen melalui i-Akaun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan ini. Berikut merupakan cara daftar KWSP online untuk rujukan anda:

ii. Cara Daftar i-Akaun KWSP Tanpa ke Kaunter

Cara daftar i-Akaun KWSP tanpa ke kaunter sangatlah mudah. Meskipun begitu, pastikan anda mematuhi syarat pendaftaran berikut untuk mudahkan proses permohonan anda.

Syarat Pendaftaran

Untuk melayakkan diri mendaftar i-Akaun KWSP, anda perlu memenuhi empat kriteria seperti berikut:

  1. Anda merupakan seorang pencarum KWSP;
  2. Anda memiliki nombor ahli KWSP yang sah;
  3. Memiliki nombor telefon yang aktif – untuk memudahkan penghantaran kata laluan sementara atau nombor TAC ke telefon bimbit;
  4. Majikan memiliki nombor KWSP yang sah.
Daftar i-Akaun Secara Online

Setelah terima kata laluan sementara melalui SMS, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web i-Akaun KWSP di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login;
  2. Masukkan No Ahli pada ruangan ID Pengguna, kemudian klik Seterusnya;
  3. Isikan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk;
  4. Baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tandakan kotak sekiranya bersetuju dan klik Seterusnya;
  5. Cipta ID Pengguna yang baharu – gabungan nombor dan abjad pilihan anda (contoh: Qoala25);
  6. ID Pengguna hanya boleh ditukar sekali sahaja semasa proses pengaktifan;
  7. Cipta kata laluan yang baharu – gabungan nombor dan abjad pilihan anda (contoh: Qoala1n5uran5)
  8. Pilih Imej Keselamatan, masukkan Frasa Rahsia dengan panjang maksimum 10 aksara;
  9. Kemudian, klik Seterusnya;
  10. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan;
  11. Log masuk menggunakan ID dan Kata Laluan baharu.

2. Ketidakupayaan, Kematian

Sekiranya ahli didapati tidak mampu untuk bekerja atau meninggal dunia, penama atau waris akan menerima bayaran ihsan daripada KWSP. Wang ihsan ini bukan diambil daripada dana ahli, tetapi diambil daripada perbadanan KWSP untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga iaitu sebanyak RM5,000 untuk hilang upaya dan RM2,500 untuk kematian (tertakluk pada syarat-syarat KWSP)

3. Pengecualian Cukai Pendapatan

Selain itu, caruman KWSP bagi kakitangan awam yang tidak berpencen atau kakitangan swasta juga tertakluk pada pengecualian cukai. Ahli layak untuk menuntut pelepasan cukai sehingga RM4,000 bagi caruman KWSP atau skim lain yang diluluskan iaitu caruman sendiri dan tidak termasuk caruman majikan.

Semoga perkongsian mengenai dividen KWSP dan info penting berkaitan simpanan persaraan KWSP ini boleh membantu anda merancang simpanan anda untuk kegunaan semasa hari tua. Selain itu, jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan insurans kereta untuk kereta anda, layari laman web Qoala, platform insurans terbaik di Malaysia untuk info lanjut.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

One comment

  1. Adakah kakitangan yang memilih opsyen Pencen boleh membuat simpanan melalui i sara ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60