Kereta Rosak Tepi Jalan? Ini yang Perlu Dilakukan

Kali terakhir diperbaharui May 2, 2023 oleh Hariz Hafiz
Kereta Rosak Tepi Jalan? Ini yang Perlu Dilakukan

Kereta rosak tepi jalan ni memang sesuatu yang kita kalau boleh nak elakkan. Tapi nak buat macam mana, kadang-kadang kecemasan boleh berlaku yang memaksa kita untuk memberhentikan kereta di tepi jalan.

Cuba bayangkan kalau kita sedang seronok nak pergi berkelah di tepi pantai dan tiba-tiba kereta berasap. Terpaksalah berhenti dan berkelah di tepi jalan sahaja. Kalau kecemasan yang berlaku hanya disebabkan tayar pancit, kita masih boleh menyelesaikannya sendiri dengan menukar tayar spare.

Tapi bagaimana kalau kereta anda mengalami masalah berkaitan enjin kereta seperti bateri kereta rosak, alternator kereta rosak dan sebagainya semasa memandu di jalan raya? Jangan risau. Sekiranya anda mengalami situasi-situasi cemas di atas seperti kereta rosak tepi jalan, ini antara langkah-langkah keselamatan yang perlu anda ambil.

Kereta Rosak Tepi Jalan: 5 Langkah Penting yang Perlu Dilakukan

Walaupun anda mungkin melakukan servis kereta dengan kerap untuk mengurangkan risiko kereta anda rosak, perkara tidak dijangka masih boleh berlaku semasa memandu di jalan raya. Oleh itu, anda perlu bersedia untuk menghadapi situasi di mana kereta breakdown di tepi jalan. Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Jangan Panik

Perkara pertama sekali yang perlu dilakukan apabila kereta rosak tepi jalan adalah untuk kawal diri anda untuk kekal tenang dan tidak panik. Jika anda tidak dapat mengawal diri dan menyebabkan diri terlalu panik, anda tidak dapat berfikir secara rasional. Fahami situasi-situasi yang berlaku dengan kereta rosak tersebut terlebih dahulu sambil menarik nafas yang panjang.

Kalau kereta rosak dekat jalan yang tak banyak kereta dan di tepi jalan masih okay lagi. Tapi kalau kereta rosak di tengah-tengah jalan raya yang sesak atau kereta rosak di highway boleh buntu dibuatnya. Anda dinasihatkan untuk tidak berada dalam kereta rosak tersebut. Sebaliknya, duduk di kawasan yang jauh daripada trafik agar anda tidak terdedah dengan risiko dilanggar sementara menunggu bantuan sampai.

Secara amnya, anda perkara yang utama sekali yang perlu dilakukan adalah bertenang dan elakkan diri daripada panik. Sekiranya kita panik, kita tidak dapat melakukan langkah-langkah awal kecemasan yang dapat memudahkan lagi urusan kita. Apabila kita tidak panik, kita malah dapat berfikir secara rasional dan dapat membuat keputusan yang bijak. Kita juga harus peka tentang apa yang menyebabkan kereta kita rosak. Tambah-tambah lagi sekiranya kerosakkan ini selalu berlaku.

2. Nyalakan Lampu Kecemasan Kereta

Lampu kecemasan kereta atau lampu hazard adalah penting sebagai indikator kepada pemandu lain yang kereta anda sedang berhenti dan mengalami kerosakan. Misal kata jika kereta anda gagal berfungsi seperti biasa semasa memandu, bawa kereta menghala ke bahu jalan secara perlahan-lahan. Anda harus membawa dengan perlahan dan tidak boleh dengan terus menekan pedal minyak dan brek secara mengejut.

Seperti yang dinyatakan di atas, lampu hazard adalah penting sebagai indikator kepada pemandu lain yang kereta anda sedang berhenti dan mengalami kerosakan. Bagi yang tidak tahu, butang berwarna merah dengan simbol tiga segi di dashboard kereta adalah butang kecemasan atau hazard light. Ianya penting bagi keselamatan kereta, diri anda dan juga kenderaan lain. Ia juga dapat memberikan signal kepada kenderaan lain untuk tidak berada di belakang kereta anda bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan trafik di jalan raya.

Setelah berjaya meletakkan kereta rosak di bahu jalan, segera nyalakan lampu kecemasan untuk memberi signal kepada pemandu lain untuk lebih berhati-hati terutamanya jika kejadian ini berlaku pada sebelah malam. Apabila pemandu lain nampak lampu kereta anda menyala, mereka akan lebih berhati-hati. Sekiranya lampu kecemasan gagal berfungsi, cari mana-mana barangan yang boleh membantu seperti menyangkut kain pada antena. Langkah ini perlu dilakukan untuk keselamatan anda dan juga pemandu-pemandu yang lain.

3. Gunakan Segi Tiga Amaran Kecemasan

Antara salah satu langkah penting apabila kereta rosak tepi jalan adalah untuk memberi signal kepada pemandu lain untuk menyedari bahawa kereta rosak anda berada di tepi jalan adalah dengan meletakkan segi tiga amaran kecemasan. Anda perlu meletakkan segi tiga kecemasan itu pada sekurang-kurangnya 45 meter daripada belakang kereta. Jika anda meletakkan segi tiga tersebut terlalu dekat, ia boleh membahayakan anda dan juga pemandu lain.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan kereta disertakan dengan segi tiga amaran kecemasan sebagai kit kecemasan yang boleh digunakan pada saat anda ditimpa kemalangan atau mengalami kerosakan. Sekiranya kereta anda tidak mempunyai segi tiga kecemasan tersebut, anda boleh dapatkan di mana-mana aksesori kereta atau pusat servis kereta.

kereta rosak tepi jalan

4. Berhati-hati dan Cari Tempat Perlindungan

Apabila kereta anda rosak tepi jalan, anda dinasihatkan untuk tidak berada di sebelah kereta yang terdedah dengan kereta-kereta yang lain. Ini kerana ia dapat mengundang bahaya. Anda boleh terdedah dengan risiko dilanggar kereta lain.  Jadi apa yang anda boleh buat adalah untuk berada di sebelah bahu jalan yang tidak terdedah dengan mana-mana kenderaan yang lain. Kenderaan yang lain mungkin sedang dipandu dengan laju dan tidak menyedari kehadiran anda di bahagian jalan tersebut. Anda boleh dilanggar dan menyebabkan kecederaan yang serius atau lebih buruk, mati di tempat kejadian.

5. Dapatkan Bantuan Kereta Rosak

Ada dua sumber pertolongan yang anda boleh dapatkan. Pertama adalah daripada ahli keluarga yang terdekat. Penting untuk anda memaklumkan perkara yang berlaku ini kepada ahli keluarga terdekat agar keluarga dapat mengetahui tentang keselamatan anda. Ia juga dapat membantu anda untuk mendapatkan pertolongan lebih cepat.

Kedua, anda juga boleh mendapatkan bantuan tow truck kereta, mekanik atau sebagainya dengan menghubungi syarikat insurans anda atau PLUS Ronda. Contohnya, anda boleh menelefon pihak insurans untuk mendapatkan bantuan kecemasan. Setiap pihak insurans ada menyediakan perkhidmatan tunda kereta. Jadi, manfaatkan bayaran yang anda bayar pada setiap tahun dengan mendapatkan khidmat tunda mereka. Perkhidmatan tunda kereta ini biasanya boleh didapatkan dalam masa 24 jam. Jarak tunda pula bergantung kepada premium yang anda pilih sama ada tanpa had jarak atau pun sebaliknya. Ikuti langkah-langkah di bawah:

Hubungi PLUS Ronda

Sekiranya kereta anda rosak di lebuh raya, gunakan manfaat-manfaat yang diberikan secara percuma. Ini adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mendapatkan bantuan Plus Ronda.

  1. Nyalakan lampu kecemasan kenderaan.
  2. Dapatkan lokasi kilometer (ada tanda km di tepi lebuh raya di setiap 100m).
  3. Telefon nombor bantuan syarikat konsesi lebuh raya, contohnya PLUSRONDA – 1800 88 0000.
  4. Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plet kenderaan.
  5. Nyatakan kerosakan.

Sekiranya telefon anda tidak mempunyai bateri, atau tidak mempunyai rangkaian, anda boleh menggunakan telefon kecemasan yang disediakan di lebuhraya. Operator yang bertugas di s sebalik telefon kecemasan itu boleh mengesan kedudukan kereta anda berdasarkan telefon kecemasan yang digunakan tadi.

Hubungi Pihak Insurans

Sekiranya kereta rosak tepi jalan raya biasa, anda boleh menghubungi pihak insurans kereta anda untuk mendapatkan perkhidmatan tunda secara percuma. Ramai yang tak tau mengenai kelebihan ini. Perkhidmatan tunda daripada pihak insurans lebih fleksibel kerana anda akan mendapat khidmat tunda percuma bergantung kepada polisi insurans kereta anda.

Tidak berhenti disitu, anda juga sebagai pengguna diberi kebebasan untuk memilih pusat servis yang disediakan oleh insurans atau boleh memilih bengkel pilihan anda sendiri. Oleh itu, sekiranya anda truk tunda yang tidak dikenali datang berhampiran anda dan menawarkan khidmat tunda dengan caj yang tinggi, jangan terpedaya. Anda boleh mendapatkan khidmat tersebut secara percuma dengan insurans kereta yang anda bayar pada setiap tahun.

kereta rosak tepi jalan

5 Sebab Utama Kereta Rosak Ketika Memandu

Antara perkara yang ngeri yang boleh berlaku adalah kereta rosak atau tiba-tiba mati ketika memandu. Sudah tentu boleh buat mana-mana pemandu berasa panik buat seketika. Namun, perkara ini boleh dielakkan. Ini adalah sebab-sebabnya:

1. Bateri Kereta Kong

Salah satu insiden yang sering berlaku adalah bateri kereta kong atau bateri rosak. Sekiranya bateri tidak dapat berfungsi dengan baik, alternator kereta dipaksa bekerja lebih kuat bagi memastikan elemen-elemen elektronik, termasuklah enjin kereta anda untuk berjalan. Alternator yang dipaksa bekerja lebih kuat dalam sesuatu tempoh yang panjang boleh mengakibatkan lebih banyak tekanan pada enjin kereta lalu menyebabkan kereta anda mati secara tiba-tiba tanpa anda sedari.

Bateri kereta yang sihat dan baik mampu bertahan di antara setahun setengah sehingga dua tahun. Jika bateri itu lebih berkualiti, makin lamalah jangka hayatnya. Anda harus peka dengan tanda-tanda bateri kong dan tarikh akhir anda menukar bateri kereta agar dapat mengelakkan perkara ini terjadi.

2. Kerosakan Alternator

Kereta rosak secara tiba-tiba juga boleh disebabkan alternator kereta yang rosak. Fungsi alternator adalah ia mengecas bateri dan menjadi sumber kuasa elektrik kepada sistem elektronik kereta. Ramai berpendapat dengan hanya menukar bateri kereta, masalah kereta mati sudah boleh diselesaikan. Hakikatnya, bateri baru pun masih boleh menyebabkan kereta anda tidak dapat dihidupkan. Ini kerana kerosakan alternator yang tidak dapat mengecas semula tenaga yang telah digunakan.

3. Fuel Pump Rosak

Fungsi asal fuel pump adalah untuk mengepam minyak ke enjin. Apabila ia gagal berfungsi, kereta tidak dapat dihidupkan. Kerosakan fuel pump ini boleh dikesan melalui bunyi fuel pump kereta apabila anda memusing kunci kereta sebelum mula menghidupkan kereta tersebut. Bunyi seakan-akan bunyi degungan akan timbul untuk beberapa saat. Sekiranya anda mengesan bunyi ini, itu tandanya fuel pump kereta anda sedang  mengepam minyak ke bahagian enjin kereta untuk tujuan menghidupkan enjin.

4. ECU Kereta Rosak

Engine Control Unit atau singkatannya ECU berfungsi sebagai komponen elektronik utama bagi sesebuah kereta. ECU adalah komponen kereta yang memiliki peranan utama sebagai pusat kawalan. Kalau ECU kereta rosak, kereta anda berkemungkinan boleh breakdown di tepi jalan. Antara tanda ECU kereta rosak yang anda perlu tahu adalah enjin tidak bergerak, kuasa enjin kereta berkurang, lampu check enjin terus menyala atau terpadam sepenuhnya dan kenderaan sukar dihidupkan.

5. Spark Plug Kereta Rosak

Fungsi spark plug kereta penting sebenarnya dalam sistem pembakaran dalaman enjin. Ia berfungsi untuk menghasilkan percikan api untuk memastikan campuran udara dan bahan api dalam ruang pembakaran menyala. Antara tanda spark plug kereta rosak adalah seperti anda rasa pecutan kereta anda tak kurang power, minyak cepat habis, enjin kereta tak berjalan lancar dan bunyi enjin bising.

Kadang-kadang tu kereta tak habis bayar lagi tapi sudah banyak kerosakkan kerana penjagaan yang tidak rapi dan konsisten. Kereta kita perlu diselenggara mengikut masa yang ditetapka. Kalau tak, kita terpaksa menanggung akibatnya dengan mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk kos membaiki. Kerosakan-kerosakan ini tidak dilindungi insurans kereta. Kita perlu keluarkan duit sendiri. Kan rugi tu.

Kalau nak tahu pelan insurans kereta terbaik, Qoala ada menyenaraikan beberapa insurans kereta yang berbaloi dengan harga yang berpatutan. Semoga bermanfaat!

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60