Panduan Lengkap untuk Mengira Harga Insurans Kereta

Artikel ini terakhir diperbarui October 1, 2021 by Nadhirah Rashid
Panduan Lengkap untuk Mengira Harga Insurans Kereta
Foto kredit: Muhd Imran Ismail melalui Shutterstock
Bagikan ke Teman:

Pada zaman sekarang, kereta sudah menjadi keperluan yang amat penting dalam hidup kita untuk memudahkan pergerakan kita ke mana-mana sahaja. Sebelum membeli kereta, sudah pasti banyak aspek yang korang titik beratkan seperti jenama, model kereta, spesifikasi kereta dan banyak lagi. Namun, ada juga perkara penting yang korang harus titik beratkan iaitu insurans kereta. Ini kerana musibah akan berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, jadi tidak salah kalau korang bersedia terlebih dahulu dengan mengambil pelan insurans kereta yang bersesuaian. Untuk pengetahuan korang, Qoala sertakan juga panduan untuk mengira harga insurans kereta.

Faktor Penentu Harga Insurans Kereta

Faktor Penentu Harga Insurans Kereta
Foto kredit: Ekahardiwito melalui Shutterstock

Apakah faktor penentu harga insurans kereta? Inilah penjelasannya.

1. Nilai Harga Pasaran Kereta

Selalunya, kenderaan yang mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi akan mempunyai nilai harga insurans yang lebih tinggi. Sebagai contoh, harga pasaran bagi kereta Mazda CX-5 adalah sebanyak RM132, 403 keatas berbanding dengan harga pasaran Perodua Myvi iaitu sebanyak RM 41,000 ke atas bergantung kepada varians dan specs kedua-dua kereta tersebut. Di sini, kita boleh simpulkan bahawa semakin tinggi harga pasaran kereta, semakin tinggi harga insurans yang dikenakan.

2. Tahun Pembuatan Kereta

Selain itu, faktor penentu harga insurans kereta korang ialah tahun kenderaan korang dibuat. Secara ringkas, semakin berumur kenderaan korang, semakin murah harga insurans kereta. Sebagai contoh insurance untuk kereta Perodua Axia SE 1.0 AT (2018) adalah sebanyak RM 1,222 manakala kereta yang sama dibuat pada tahun 2019 harga insuransnya adalah dalam RM 1,258. Ini bermaksud kalau kereta korang adalah kereta baru didaftarkan, harga insurans akan menjadi sedikit mahal.

3. No Claim Discount (NCD)

NCD adalah satu insentif kerajaan untuk pelanggan insurans kereta dan peratus NCD akan meningkat setiap tahun bermula daripada 0% sehingga 55%. No Claim Discount adalah pengurangan dalam kos insurans kereta sekiranya korang tidak membuat sebarang tuntutan (pemandu berhemah). Pada 12 bulan pertama, sekiranya korang tidak membuat tuntutan, korang akan menerima 25% diskaun, untuk tahun kedua pula, korang akan dapat diskaun sebanyak 30 peratus dan diskaun ini akan meningkat sehingga 55% kalau korang tidak membuat tuntutan sehingga tahun ke lima.

Cara Semak Harga Insurans Kereta Secara Atas Talian

Cara Semak Harga Insurans Kereta Secara Atas Talian
Foto kredit: Muhd Imran Ismail melalui Shutterstock

Untuk pengetahuan korang, memperbaharui insurans kereta merupakan tanggungjawab korang setiap tahun, jadi korang kena semak harga insurans kereta korang sebelum insurans dan cukai jalan diperbaharui. Perbaharui insurans dan cukai jalan adalah sesuatu yang amat penting untuk elakkan korang di saman oleh JPJ atau Polis Trafik. Sekarang segalanya hanya di hujung jari di mana korang boleh menyemak harga insurans dan cukai jalan secara atas talian.

1. I-Search

Salah satu cara untuk semak harga insurans kereta korang secara atas talian adalah melalui aplikasi I-Search. Aplikasi ini memberikan maklumat berkaitan syarikat insurans, tempoh polisi, jenis perlindungan dan lain-lain hanya secara atas talian. Cara-cara menyemak harga insuran kereta menggunakan aplikasi I-Search adalah:

  • Layari laman web https://www.mycarinfo.com.my/
  • Klik pada I-Search
  • Masukkan segala maklumat yang diperlukan dalam paparan seperti vehicle reg.No, Name, Email, Confirm Email dan Transaction Credit lalu klik butang enquire
  • Klik juga pada ruangan terma dan syarat
  • Selepas itu, segala informasi yang korang cari akan terpapar seperti tempoh polisi dan syarikat insurans

2. Fast Roadtax

Cara-cara menyemak harga insuran kereta menggunakan laman web fastroadtax.com adalah:

  • Layari laman web https://fastroadtax.com/
  • Dapatkan sebut harga insurans kereta korang
  • Isi semua maklumat yang diperlukan seperti no plate kenderaan, nama pemilik, no ic pemilik dan model kenderaan. Klik semak harga insurans

Lepas korang dah isi borang online, korang akan terima email tentang sebutharga dan buat pilihan insurans. Akhir sekali, buat pembayaran, tunggu polisi dan cukai jalan dihantar ke rumah korang.

3. Kira menggunakan Kalkulator

Kebanyakan syarikat insurans seperti Takaful Ikhlas, Etiqa, dan Zurich Malaysia ada menyediakan kalkulator untuk korang kira harga insurans kereta korang seperti. Korang boleh melayari laman web syarikat insurans korang dan isi maklumat yang dipaparkan untuk mengetahui harga insurans kereta.

Contoh Kiraan Harga Insurans Kereta

Contoh Kiraan Harga Insurans Kereta
Foto kredit: Ekahardiwito melalui Shutterstock

Korang tahu tak bagaimana nak mengira insurans kereta korang dan berapa premium yang perlu korang bayar? Di bawah kami sertakan formula sebagai panduan:

Jumlah Premium Komprehensif = Premium Kasar + Perlindungan tambahan (jika ada) + 6% SST + Duti Setem

Contoh Pengiraan Harga Insurans Kereta

Contoh Kiraan Harga Insurans Kereta
Sumber: Syarikat Insurans Etiqa

Harga Insurans Kereta Terpakai

Harga Insurans Kereta Terpakai
Foto kredit: Ekahardiwito melalui Shutterstock

Kalau korang ingin membeli kereta terpakai, korang haruslah bijak memeriksa kenderaan tersebut untuk pastikan kenderaan dalam keadaan baik. Korang juga boleh mendapatkan perkhidmatan orang lain seperti mekanik untuk membantu anda memeriksa tayar, minyak hitam dan bahagian penting dalam kereta. Bukan itu sahaja, korang juga harus pastikan kereta terpakai yang korang nak beli tu bebas daripada sebarang saman sama ada daripada pihak Polis Trafik atau Jabatan Pengankutan Jalan.

Pastikan kereta terpakai yang korang nak beli tu tiada saman sebab insurans tidak boleh didaftarkan kalau ada saman. Kalau tiada sebarang saman, korang boleh mendaftar insurans dan memohon tukar nama di JPJ. Antara kos yang korang kena bayar ialah kos puspakom, kos tukar nama dan insurans (bergantung kepada jenis kereta yang korang beli dan insurans yang korang ambil.

Harga insurans kereta terpakai juga bergantung pada harga kereta yang dibeli dan pelan insurans yang anda ambil.

Senarai Syarikat Insurans dan Produk yang Ditawarkan

Senarai Syarikat Insurans dan Produk yang Ditawarkan
Foto kredit: airdone melalui Shutterstock

Sekiranya korang ingin tahu, selain harga insurans kereta, berikut adalah senarai insurans dan produk kereta terbaik yang ditawarkan.

1. Allianz

Allianz Malaysia Berhad adalah sebuah syarikat insurans am yang terkemuka di Malaysia dan menawarkan perkhidmatan yang luas meliputi insurans kenderaan insurans peribadi dan insurans perniagaan. Kalau korang ingin dapatkan insurans kereta daripada syarikat Allianz, korang boleh lihat pelan-pelan yang ditawarkan oleh mereka. Sebagai contoh:

a. Insurans Motor Komprehensif

Sekiranya korang mempunyai kereta atau motosikal, Allianz menawarkan perlindungan yang terbaik dan boleh dipercayai yang boleh memberi ketenangan kepada korang sekiranya berlaku musibah yang tidak diingini. Jumlah premium yang perlu korang bayar apabila membeli insurans motor komprehensif adalah, bergantung kepada keupayaan enjin kenderaan korang, nilai insurans kenderaan dan kelayakan diskaun tanpa tuntutan (NCD)

Manfaat dan Perlindungan

Insurans motor komprehensif akan menanggung dan memberi pampasan sekiranya korang mengalami kerugian atau kerosakan pada kereta korang disebabkan oleh kemalangan, kebakaran atau kecurian. Selain itu, syarikat akan menanggung liabiliti pihak ketiga sekiranya berlaku kematian, kecederaan, kerosakan harta benda pihak ketiga dan kemalangan yang disebabkan oleh kereta korang. Korang juga akan faedah tambahan lain sekiranya membeli insurans motor komprehensif.

b. Insurans Perlindungan Pihak Ketiga

Polisi ini adalah untuk memberi perlindungan kepada pihak ketiga sekiranya berlaku kematian, kecederaan anggota badan dan kerosakan harta benda pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan korang. Jumlah premium yang perlu korang bayar apabila membeli insurans perlindungan pihak ketiga adalah, bergantung kepada keupayaan enjin kenderaan korang, nilai insurans kenderaan dan kelayakan diskaun tanpa tuntutan (NCD).

Manfaat dan Perlindungan

Manfaat yang korang dapat apabila membeli insurans ini adalah polisi ini melindungi kematian pihak ketiga atau kecederaan badan. Selain itu, polisi ini membantu melindungi diri korang daripada tuntutan pihak ketiga disebabkan oleh kehilangan atau kerosakan harta benda yang terjadi ke atas pihak lain.

c. Insurans Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Produk ini pula akan memberi perlindungan bukan sahaja ke atas pihak ketiga tetapi juga kepada kenderaan korang yang rosak akibat kebakaran dan berlaku kecurian terhadap kenderaan korang. Jumlah premium yang perlu korang bayar apabila membeli insurans perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian adalah, bergantung kepada keupayaan enjin kenderaan korang, nilai insurans kenderaan dan kelayakan diskaun tanpa tuntutan (NCD).

Manfaat dan Perlindungan

Banyak manfaat yang akan korang dapat apabila membeli insurans ini diantaranya ialah perlindungan atas kehilangan atau kerosakan kenderaan korang yang disebabkan oleh kemalangan, kebakaran atau kecurian. Selain itu, polisi ini akan melindungi kematian pihak ketiga atau kecederaan badan dan akhir sekali kehilangan atau kerosakan harta benda terhadap pihak ketiga juga akan dilindungi oleh insurans ini.

2. Etiqa

Pada penghujung tahun 2007, selepas 2 tahun penggabungan semua syarikat maka lahirlah sebuah syarikat insurans korporat terkemuka di Malaysia yang korang kenal sebagai Insuran Etiqa. Etiqa juga telah banyak mengeluarkan produk-produk insurans kereta seperti:

Insurans Kereta Komprehensif

Insurans ini melindungi korang daripada sebarang tuntutan daripada pihak ketiga bagi sebarang kecederaan atau kematian, kerosakan harta benda pihak lain. Produk ini juga menawarkan perlindungan terhadap kenderaan anda sekiranya berlaku kecurian atau kebakaran. Jumlah premium yang korang perlu bayar adalah berbeza bergantung kepada jumlah yang korang insuranskan, buatan dan model kereta korang, umur, pengalaman tuntutan lepas dan kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (DTT)

Manfaat dan Perlindungan

Manfaat utama yang korang akan dapat kalau membeli insurans kereta komprehensif adalah korang akan dapat rebat 10% di atas NCD tetapi pembaharuan mestilah dibuat secara atas talian. Selain itu, nilai tuntutan yang akan dibayar oleh syarikat kepada korang adalah sama nilai yang telah korang persetujui sewaktu pembaharuan. Bukan itu sahaja, semua pemandu yang dibenarkan oleh korang macam kakak atau abang akan diberikan perlindungan secara automatik dan korang tidak perlu membayar premium tambahan. Sekiranya berlaku kecemasan sewaktu korang memandu di atas jalan raya, polisi ini akan memberikan bantuan pada bila-bila masa (24 jam).

3. Zurich Insurance

Zurich Insurance turut berada dalam kedudukan yang kukuh di Malaysia di mana mereka menawarkan pelbagai produk insurans dan takaful. Contoh produk insurans kereta Zurich yang korang boleh pertimbangkan ialah Z-Drive Assist dan Z-Driver.

a. Z-Drive Assist

Insurans ini menawarkan bantuan selama 24 jam di jalan raya untuk kenderaan korang. Bukan itu sahaja, insurans ini juga menawarkan Faedah Perlindungan Banjir & Kemalangan Diri untuk korang sebagai pemandu dan semua penumpang kereta korang. Jumlah premium yang korang kena bayar bergantung kepada pelan yang diambil, bilangan penumpang dan perlindungan tambahan. Contoh perlindungan asas dan harga insurans kereta (pelan asas dan pelan unggul):

Deskripsi PerlindunganPelan AsasPelan Unggul
Premium AsasRM83RM104
Kapasiti Tempat Duduk TambahanRM12RM18
Kenderaan TambahanN/ARM64
Manfaat dan Perlindungan

Perlindungan yang akan korang dapat apabila membeli pelan insurans Z-Driver assist adalah perlindungan sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal. Selain itu, polisi ini akan menanggung perbelanjaan perubatan korang dan pendapatan seharian hospital korang apabila berlaku musibah yang menyebabkan korang terpaksa dimasukkan ke hospital. Bukan itu sahaja, sekiranya kereta korang ditunda atau terpaksa lakukan pembaikan tepi jalan, polisi ini menawarkan nilai tanpa had kepada korang. Terdapat juga elaun-elaun lain yang korang boleh dapat seperti elaun ihsan.

b. Z-Driver

Zurich turut menawarkan pelan Z-Driver iaitu pelan asas tetapi dengan tambahan nilai yang terbaik untuk melindungi diri korang dan orang yang korang sayangi. Jumlah premium yang perlu korang bayar mungkin berbeza sebab ia bergantung kepada diskaun tanpa tuntutan (NCD) dan keperluan pengunderaitan syarikat insurans. Terdapat juga yuran dan caj yang perlu korang bayar seperti caj komisen kepada agent insurans, duti setem dan cukai.

Manfaat dan Perlindungan

Kalau korang mengambil insurans Z-Driver korang boleh menikmati diskaun sebanyak 10% untuk bayaran premium motor korang sekiranya korang adalah seorang pemandu yang berhemah. Selain itu, korang akan mendapat pampasan sehingga RM5000 sekiranya kereta korang ditunda atau dibersihkan disebabkan oleh banjir. Seluruh ahli keluarga korang atau penumpang di dalam kereta juga akan dilindungi tetapi mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat Zurich.

4. Berjaya Sompo Insurance

Berjaya Sompo juga merupakan salah satu penyedia insurans terbaik yang ada di Malaysia. Berjaya Sompo telah berkembang di seluruh negara di mana mereka mempunyai rangkaian 20 pejabat dan juga ejen-ejen seramai 2,800 orang. Banyak produk-produk insurans yang ditawarkan oleh Berjaya Sompo antaranya:

a. SOMPO MotorNow

Bagi korang yang melanggan pelan insurans SOMPO MotorNow, polisi ini hanya memberikan perlindungan komprehensif kepada korang. Jumlah premium yang korang perlu bayar adalah berbeza bergantung kepada amaun yang korang insurankan, keupayaan enjin, dan kelayakan diskaun tanpa tuntutan (DTT). Untuk mengetahu kadar insurans kereta yang korang perlu bayar, korang boleh guna kalkulator yang disediakan syarikat insurans.

Manfaat dan Perlindungan

Insurans SOMPO MotorNow akan melindungi liabiliti pihak ketiga sekiranya berlaku kecederaan, kematian, kerugian atau kerosakan harta benda. Manfaat lain yang korang dapat ialah perlindungan daripada kerugian atau kerosakan kenderaan korang sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan atau kereta korang dicuri. Kerugian atau kerosakan yang berlaku kepada kenderaan korang akibat kemalangan juga dilindungi oleh polisi ini. Bukan itu sahaja, korang juga akan mendapat waranti pembaikan selama 6 bulan.

b. SOMPO Motor

Polisi ini juga hanya memberikan perlindungan komprehensif kepada korang sama dengan produk SOMPO MotorNow. Jumlah premium yang korang perlu bayar adalah berbeza bergantung kepada amaun yang korang insurankan, keupayaan enjin, kelayakan diskaun tanpa tuntutan (DTT) dan kriteria lain seperti umur dan usia kereta korang.

Manfaat dan Perlindungan

Manfaat yang akan korang dapat adalah polisi ini melindungi liabilitii kepada pihak ketiga sekiranya berlaku kecederaan, kematian, kerugian atau kerosakan harta benda pihak lain. Selain itu, korang juga akan mendapat perlindungan jika berlaku kerugian atau kerosakan kepada kenderaan korang. Bukan itu sahaja, kalau kenderaan korang rosak akibat kemalangan, polisi ini akan memberi pampasan kepada anda.

c. Private Motor

Polisi ini pula bagi korang perlindungan komprehensif, Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian dan Perlindungan Pihak Ketiga. Jumlah premium yang korang perlu bayar adalah berbeza bergantung kepada amaun yang korang insurankan, keupayaan enjin, kelayakan diskaun tanpa tuntutan (DTT) dan kriteria lain seperti umur dan usia kereta korang.

Manfaat dan Perlindungan

Korang akan dapat perlindungan liabiliti kepada pihak ketiga akibat kecederaan, kematian, kerugian atau kerosakan harta benda. Bukan itu sahaja, kalau kenderaan korang dicuri atau berlaku kerosakan akibat kebakaran yang tidak disengajakan, polisi ini akan melindungi anda. Apa-apa kerugian atau kerosakan yang berlaku dekat kenderaan korang akibat kemalangan juga akan dilindungi oleh polisi ini.

Kaitan Antara Insurans dan Cukai Jalan

Kaitan Antara Insurans dan Cukai Jalan
Foto kredit: eyesofarts melalui Shutterstock

Kalau korang mempunyai kereta, korang harus memperbaharui insurans dan sekali dengan cukai jalan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan. Selain harga insurans kereta, nilai harga cukai jalan kereta di Malaysia juga perkara penting yang korang harus titik beratkaan untuk dikira berdasarkan beberapa komponen:

1. Kapasiti enjin

Bayaran cukai kereta akan dikenakan lebih tinggi kepada enjin yang bersaiz besar.

2. Lokasi

Sabah dan Sarawak ditawarkan harga cukai kereta yang lebih murah berbanding semenanjung kerana dinilai melalui infrastruktur jalan (kurang baik).

3. Jenis kegunaan kenderaan

Persendirian dan Syarikat

4. Jenis/model kereta

Cukai jalan juga berbeza untuk setiap model kereta – korang boleh layari laman web pengeluar kereta anda untuk menyemak harga cukai jalan

Korang rasa boleh tak kita perbaharui cukai jalan tanpa perbaharui insurans kenderaan? Jawapannya adalah tidak boleh.

Ini kerana, apabila korang perbaharui cukai jalan dan masukkan semua maklumat, info tentang insurans juga akan dipaparkan. Sekiranya sistem mengatakan insurans korang tidak aktif, secara automatik korang tidak boleh memperbaharui cukai jalan. JPJ juga tidak akan keluarkan cukai jalan kereta korang tanpa insurans kereta atau kenderaan yang aktif/sah.

Jadi sekarang korang dah tahu harga insurans kereta dan apa nak buat lepas beli kereta kan? Yes, korang kena daftar insurans untuk kereta korang supaya dapat melindungi kereta daripada musibah. Sekarang, pilihan di tangan korang, sama ada nak ambil insurans atau tak. Korang boleh baca mengenai manfaat insurans di Qoala dan laman web syarikat-syarikat insurans terbaik di Malaysia.

Bagikan ke Teman:
Ramen Hasniran
I am a Marketer specialising in Social Media Marketing (Content Creation and Management) with over 8 years of experience. I have developed the skills set in areas such as Website Management (Content Creation and Front End Management), Ecommerce, Digital Advertising (Social and Display) and influencers Marketing (KOLs and Celebrities) over the years.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗