Cara Transfer NCD Kereta Lama ke Kereta Baru Malaysia

Kali terakhir diperbaharui Jul 27, 2023 oleh Shafiq Wahab
Cara Transfer NCD Kereta Lama ke Kereta Baru Malaysia

Apa itu NCD Kereta? Anda mungkin biasa dengar istilah NCD kereta semasa renew insurans kereta, tapi anda mungkin kurang arif tentang perkara berkaitan NCD insurans. Secara asasnya, No Claim Discount atau NCD kereta merujuk pada diskaun insurans yang biasanya ditawarkan kepada pemilik kenderaan sekiranya tiada sebarang tuntutan insurans dilakukan sepanjang tempoh pemilikan. Kadar pengurangan diskaun insurans sehingga maksimum 55 peratus ini akan diberikan secara automatik semasa pemilik memperbaharui insuran kereta sekiranya tiada sebarang claim atau tuntutan insurans kemalangan dibuat.

7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang NCD Insurance, Cara Transfer NCD ke Kereta Baru

NCD kereta memainkan peranan penting dalam menentukan harga premium insurans kereta anda. Ia membolehkan pemilik kenderaan menikmati kadar harga insurans yang lebih rendah bergantung pada kadar peratusan NCD (NCD %) semasa. Oleh sebab itu, jika anda perasan harga insurans kereta semakin murah dari tahun ke tahun lebih-lebih lagi jika anda tidak membuat sebarang tuntutan insurans.

Berikut tujuh perkara yang anda perlu tahu berkaitan NCD Malaysia termasuk cara pindah NCD kereta lama ke kereta baru untuk panduan anda seperti berikut:

1. Maksud NCD Kereta

Diskaun Tanpa Tuntutan atau No Claim Discount merupakan satu bentuk pengurangan bayaran yang ditawarkan oleh syarikat insurans kepada pemilik kenderaan. Diskaun NCD insurans kereta membolehkan pemilik kenderaan menikmati harga insurans kereta yang lebih rendah semasa perbaharui insurans jika tiada sebarang tuntutan dilakukan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembaharuan, atau sekiranya tiada tuntutan insurans kemalangan dilaporkan oleh pihak ketiga ke atas polisi insurans anda.

2. Kadar Peratus NCD Insurans Kereta (NCD %)

Kadar Diskaun Tanpa Tuntutan atau No Claim Discount (NCD) adalah berbeza mengikut jenis dan kelas kenderaan. Kadar NCD terbahagi kepada dua kategori iaitu kenderaan persendirian dan syarikat; dan kenderaan komersial (motosikal, teksi, lori dan kenderaan khas).

Secara asasnya, peratus NCD adalah antara 25 hingga 55 peratus untuk tahun kedua dan seterusnya bagi kenderaan persendirian. Ini bermaksud, polisi insurans kereta tidak akan mendapat sebarang diskaun insurans NCD untuk tahun pertama. Anda cuma akan menikmati diskaun sebanyak 25 peratus pada tahun kedua sekiranya tiada sebarang tuntutan insurans kemalangan dibuat dalam tempoh 12 bulan pertama semasa perbaharui insurans kereta.

Ia diikuti dengan diskaun 30 peratus untuk tahun kedua, 38.33 peratus untuk tahun ketiga dan 44 peratus untuk tahun keempat. Diskaun insurans ini ditetapkan pada kadar 55 peratus untuk tahun kelima dan kadar peratus insuran NCD kekal dan dihadkan pada 55 peratus untuk tahun keenam dan seterusnya tanpa sebarang kenaikan. Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk info lanjut.

Tahun

Peratusan Kadar NCD (NCD %)
NCD Kereta NCD Motor

Pertama

0

0

Kedua

25

15

Ketiga (dan ke atas)

30

20 (Maksimum)

Keempat

38.33

Kelima

45

Keenam (dan ke atas)

55 (Maksimum)

3. NCD Withdrawal

Proses memindahkan atau transfer NCD ke kereta baru secara tidak langsung membolehkan pemilik kenderaan menikmati kadar premium insurans pada harga yang jauh lebih rendah berbanding harga asal. Oleh sebab itu, ramai pemilik kenderaan yang memilih untuk pindah NCD insurans untuk nikmati kadar penjimatan yang lebih tinggi. Sekiranya anda ingin lakukan NCD transfer ke kereta baru, berikut tiga cara yang boleh anda pertimbangkan:

i. Pembatalan Polisi Insurans

Apabila anda menjual kereta lama anda, anda boleh menamatkan polisi pada kereta lama anda sekiranya polisi insurans tersebut belum tamat tempoh dan menggunakan NCD kereta lama pada kereta baru anda.

ii. Polisi Insurans Tamat Tempoh

Namun begitu, sekiranya polisi insurans kereta lama tersebut sudah tamat tempoh, anda boleh menggunakan NCD kereta lama tersebut pada kereta baru semasa anda perbaharui insurans kereta.

iii. Withdraw NCD Insuran

Sekiranya anda membeli Honda City (2020) baru dan memilih untuk tidak menjual Perodua Myvi (2015) lama anda, anda juga boleh transfer NCD daripada Myvi lama ke Honda City baru anda. Sebagai contoh, jika Myvi lama anda mempunyai NCD sebanyak 55 peratus dan anda membuat keputusan untuk memindahkan NCD tersebut ke Honda City baru, syarikat insurans akan withdraw NCD polisi Myvi lama anda.

Ini bermaksud, kadar NCD 55 peratus tersebut akan digunakan untuk Honda City baru dan kadar NCD Myvi lama anda akan kembali kepada kosong peratus sama seperti tahun pertama. Cara ini akan menjimatkan anda kerana kadar premium Honda City anda akan menjadi lebih murah berbanding sekiranya anda tidak pindahkan NCD. Bagi mengetahui cara withdraw NCD, anda boleh rujuk syarikat insurans anda untuk info lanjut.

Transfer NCD ke kereta baru

4. Cara Kira NCD Insurance Kereta

Bagi membantu anda memahami dengan lebih baik tentang cara pengiraan untuk transfer NCD kereta, anda boleh rujuk contoh pengiraan berikut. Sebagai contoh, Ali memiliki dua buah kereta iaitu Perodua Myvi (2015) dan Honda City (2020) yang baru dibelinya. Andaikan premium insurans bagi Perodua Myvi lamanya ialah RM600 (NCD 55 peratus) manakala premium insurans untuk Honda City barunya ialah RM1,600 (NCD 0%).

Transfer NCD ke Kereta Baru Tak Transfer NCD Kereta Lama
Perodua Myvi RM600 – (NCD 0%) = RM600 RM600 – (NCD 55%) = RM270
Honda City RM1,600 – (NCD 55%) = RM720 RM1,600 – (NCD 0%) = RM1,600
Jumlah Perbelanjaan RM1,320 RM1,870

Berdasarkan pengiraan di atas, Ali perlu membayar sebanyak RM1,870 untuk kedua-dua kereta miliknya sekiranya beliau membuat keputusan untuk tidak pindahkan NCD insurans kereta. Namun begitu, jika beliau pindahkan NCD, insurans Honda City barunya akan menjadi lebih murah iaitu beliau hanya perlu bayar RM720 setahun atau kira-kira separuh daripada perbelanjaan asal (RM1,600). Malah, jika dibandingkan antara transfer NCD dengan tidak transfer NCD, beliau boleh lakukan penjimatan sehingga RM550 jika beliau transfer NCD kereta lama.

5. Beli Kereta Baru? Cara Transfer NCD Kereta Lama Perlu Anda Tahu

Selain menikmati diskaun insurans, pemilik kenderaan juga boleh memilih untuk transfer NCD ke kereta baru sekiranya ia didaftarkan di bawah nama pemilik yang sama. Berikut cara ambil atau cara pindahkan NCD kereta lama untuk panduan dan rujukan anda:

i. Sediakan Dokumen Lengkap

Pemilik kereta lama yang ingin transfer NCD perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti salinan kad pengenalan dan maklumat bank.

ii. Hadir ke Cawangan Insurans

Hadir ke mana-mana cawangan insurans atau takaful insurans kereta anda. Sebagai contoh, sekiranya kereta anda dilindungi oleh syarikat insurans ABC, anda perlu ke cawangan syarikat insurans tersebut untuk melakukan pindahan NCD insurans kereta ini.

iii. Isi Borang Transfer NCD

Isi borang-borang yang disediakan. Anda akan diberikan salinan setelah permohonan anda diluluskan.

iv. Jelaskan Baki Premium

Biasanya, pemilik perlu menjelaskan baki premiums insurans sedia ada (jika berkaitan) sebelum anda boleh memindahkan NCD ke kenderaan baru. Jumlah amaun yang perlu dijelaskan bergantung pada tempoh polisi insurans yang masih sah. Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau online. Namun begitu, sekiranya insurans anda telah tamat tempoh, anda boleh abaikan langkah ini.

v. Renew Insurans Kereta

Sediakan dokumen Pindahan NCD semasa anda renew insurans kereta baru anda. Pastikan semua maklumat dikemas kini, double check kadar NCD untuk kereta baru adalah sama dengan NCD kereta lama anda. Anda disarankan untuk sediakan cover note lama anda (yang mempunyai kadar NCD paling tinggi) semasa perbaharui insurans.

6. NCD Kereta Selepas Kemalangan

Anda mungkin tertanya-tanya sama ada claim insurans boleh beri kesan pada NCD insurans. Secara asasnya, Ya. NCD insurans selepas kemalangan boleh terjejas selepas tuntutan insurans kemalangan dilakukan. Sekiranya kenderaan anda terlibat kemalangan dan kemalangan tersebut berpunca daripada anda, ia boleh menjejaskan kadar NCD insurans anda.

Jika anda claim insurans kemalangan atau pihak ketiga melakukan tuntutan ke atas insurans anda, kadar NCD insurans anda akan kembali kepada kosong peratus sama seperti tahun pertama pemilikan insurans. Ini bermaksud, anda perlu bayar harga insurans kereta yang lebih tinggi semasa anda renew insurans kereta.

Meskipun begitu, ada sesetengah situasi tuntutan insurans tidak akan menjejaskan kadar NCD:

  1. Kadar NCD tidak akan terjejas sekiranya kemalangan berlaku dan anda memilih untuk keluarkan belanja sendiri untuk menanggung kos baiki kenderaan. Biasanya, pemilik kenderaan memilih untuk tanggung sendiri kos pembaikan sekiranya anggaran kos baiki jauh lebih murah atau tidak lebih daripada jumlah pengurangan diskaun insurans.
  2. Kadar NCD tidak akan terjejas jika pihak ketiga memilih untuk menanggung sendiri kos pembaikan dan tidak ingin lakukan sebarang tuntutan ke atas insurans anda. Ia biasanya melibatkan kemalangan kecil seperti calar dan sebagainya.
  3. Tuntutan tidak akan beri kesan pada NCD insurans sekiranya kemalangan telah disahkan oleh pihak polis bukan berpunca daripada kecuaian anda. Biasanya, tuntutan insurans akan dilakukan ke atas insurans pihak ketiga yang menyebabkan kemalangan.
  4. Jika tuntutan No Fault Own Damage (NFOC) dibuat sekiranya pihak ketiga tidak ingin bertanggungjawab selepas kemalangan, tuntutan ke atas insurans sendiri ini tidak akan memberi kesan pada NCD.
  5. Sekiranya anda menambah perlindungan tambahan seperti insurans cermin kereta, kadar NCD tidak akan terjejas sekiranya tuntutan cermin kereta pecah dilakukan. Namun begitu, jika tuntutan cermin pecah dibuat tetapi kenderaan anda tidak dilindungi oleh perlindungan tambahan ini, ia mungkin akan memberi kesan pada kadar NCD sedia ada.

Transfer NCD Kereta

7. Perkara yang Boleh Menyebabkan Proses Transfer NCD Tidak Berjaya

Meskipun secara asasnya NCD boleh dipindahkan kepada kenderaan baru, proses ini juga tertakluk pada prosedur dan syarat-syarat tertentu. Permohonan anda mungkin ditolak sekiranya anda tidak mematuhi syarat-syarat berikut:

i. Pindah NCD kepada Individu Lain

Secara amnya, NCD insurans tidak boleh dipindahkan kepada kenderaan baru yang didaftarkan atas nama pihak ketiga yang berbeza dengan nama pemilik asal NCD. Ini kerana, NCD didaftarkan atas nama individu, bukan pada kenderaan yang dimiliki. Kadar NCD hanya boleh dipindahkan pada kenderaan baru yang didaftarkan di bawah nama dan nombor kad pengenalan pemilik yang sama.

ii. Guna Bantuan Pihak Ketiga untuk Transfer NCD

Proses transfer NCD hanya boleh dilakukan oleh penama yang tercatat pada insurans kenderaan untuk tujuan pengesahan. Proses tukar NCD mungkin boleh ditolak sekiranya anda menggunakan ejen atau runner untuk transfer NCD bagi pihak anda.

iii. Transfer NCD Motor ke Kereta

Kadar NCD hanya boleh dipindahkan kepada kenderaan dalam kelas, jenis dan kategori yang sama. Sebagai contoh, anda tidak boleh transfer NCD motor ke kereta dan begitu juga sebaliknya.

Semoga perkongsian artikel ini boleh membantu memudahkan proses transfer NCD anda. Selain itu, sekiranya anda merancang untuk membeli insurans kereta, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan pelbagai insurans kereta terbaik yang sesuai mengikut keperluan anda dengan tawaran harga yang berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

2 comments

  1. Saya nak tanya, kereta lama saya, saya dah renew insurance bulan 8, bulan 12 saya beli kereta baru dan berniat untuk transfer NCD kereta lama ke kereta baru. Jadi saya kena bayar NCD untuk 8 bulan sahja disebabkan saya dah enjoy 4 bulan NCD. adkah kereta lama saya utuk renew tahun depan dapat NCD utk tahun kedua? atau kembali ke 0 semula.

  2. Saya nak tanya, kereta lama saya, saya dah renew insurance bulan 8, bulan 12 saya beli kereta baru dan berniat untuk transfer NCD kereta lama ke kereta baru. Jadi saya kena bayar NCD untuk 8 bulan sahja disebabkan saya dah enjoy 4 bulan NCD. adkah kereta lama saya untuk renew tahun depan dapat NCD utk tahun kedua? atau kembali ke 0 semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60