Kereta Ditenggelami Banjir? Ikuti Langkah Ini!

Artikel ini terakhir diperbarui January 13, 2022 by Nadhirah Rashid
Kereta Ditenggelami Banjir? Ikuti Langkah Ini!

Seperti yang diduga, setiap hujung tahun beberapa negeri di Malaysia seperti Kelantan, Terengganu pasti akan dilanda bencana banjir. 

Tapi, apa yang mengejutkan pada tahun 2021 ini, beberapa daerah Selangor dan Kuala Lumpur turut ditimpa musibah ini dalam keadaan yang tidak bersedia. Tempat tinggal, kenderaan dan juga nyawa hilang begitu sahaja dalam tempoh yang amat singkat disebabkan bencana ini. 

Jika dilihat di paparan-paparan media sosial, beribu kenderaan yang hanyut ditelenggami air. Tidak kiralah kereta mewah atau kereta biasa, semuanya terkesan. 

Bagi korang yang terjejas, ini merupakan realiti yang amat mengerikan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tidak pernah terlintas di fikiran pun yang ia akan menjadi teruk begini.

Qoala hari ini akan berkongsikan cara-cara untuk claim insurans kereta yang terkesan dengan banjir dan tindakan yang korang boleh ambil untuk mengharungi ujian ini.

Kereta Tenggelam Banjir? Ini Apa Yang Perlu Dilakukan

kereta tenggelam banjir
Foto Kredit: David Calvert Melalui Shutterstock

Ini beberapa tips yang perlu dilakukan sekiranya kereta korang terjejas dalam bencana banjir ini. 

#1 Hubungi Syarikat Insurans

First thing first, korang kena hubungi syarikat insurans. Ada beberapa syarikat insurans menawarkan perlindungan banjir dalam pakej yang komprehensif. Tapi, ada juga yang mengenakan caj tambahan berasingan. 

Ini cara untuk claim insurans jika kenderaan korang ditenggelami banjir:

  1. Kumpulkan bukti
    Untuk memastikan korang layak  mendapat tuntutan insurans, korang perlu mendapatkan dokumen sokongan dan bukti bahawa kereta korang ditenggelami air banjir. Dokumen-dokumen tersebut adalah:
    • Catat lokasi dan masa/tarikh insiden banjir yang berlaku
    • Ambil gambar kerosakan kereta yang ditenggelami banjir
    • Sediakan salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu, salinan geran dan salinan polisi insurans untuk rujukan
    • Butiran atau dokumen sokongan lain yang menjelaskan kerosakan kereta
  2. Buat laporan polis
    Untuk memudahkan lagi urusan tuntutan semula, buat laporan polis sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam
  3. Serahkan borang tuntutan dan dokumen sokongan
    Sekiranya dokumen dan borang dah lengkap, segera serahkan borang-borang tersebut kepada syarikat insurans.
  4. Hantar kereta ke bengkel panel
    Setelah selesai urusan tuntutan, pihak insurans akan menasihati korang untuk menghantar kereta ke bengkel panel yang tersenarai.

Berikut adalah no telefon dan maklumat untuk syarikat-syarikat insurans;

  • Syarikat Insurans Zurich

No telefon: 1-3000-88-6222 | +603-2109-7999

Emel: cal[email protected]
Working hours: Isnin – Jumaat, 8.30 pagi – 5.15 petang

  • Syarikat Insurans Tune Protect

No telefon: 1-800-228-863

Emel: [email protected]

Waktu bekerja: 24 jam

Nota: Tidak perlu buat laporan polis untuk tuntutan banjir

  • Syarikat Insurans AXA

No telefon: +603-2170-8282
Emel: [email protected]

Waktu bekerja: Isnin – Jumaat, 8.30 pagi – 5.15 petang

  • Syarikat Insurans Takaful Malaysia

No telefon: 1-3000-88-252-385
Emel: [email protected]

Waktu bekerja: 24 jam

Nota: Temujanji penilaian akan dibuat dalam masa 48 jam untuk tuntutan bawah RM20,000

  • Syarikat Insurans Takaful Ikhlas Malaysia

No telefon: 1-800-88-1186
Emel: [email protected]

Waktu bekerja: 24 jam

#2 Jangan Hidupkan Enjin Kereta

Ini penting. Kalau banjir menenggelamkan keseluruhan kereta korang, termasuklah ruang kabin dan enjin, jangan sesekali hidupkan enjin kereta korang kerana ia berpotensi untuk menyebabkan litar pintas.

Komponen-komponen utama seperti enjin dan sistem gear dalam kereta dikhuatiri telah rosak disebabkan banjir. Apa yang boleh korang lakukan ialah cabut bateri kereta korang dan panggil mekanik atau trak tunda untuk membawa kereta korang terus ke bengkel atau pusat servis kenderaan.

#3 Kenalpasti Kedalaman Kereta Tenggelam

Bila banjir dah mula surut, dan situasi sedang selamat untuk menghampiri kereta, korang kena kenalpasti kedalaman kereta tenggelam. 

Selepas banjir surut, lumpur dan selut akan meninggalkan kesan air pada bahagian luaran dan dalaman kereta. Syarikat insurans akan menilai tahap kerosakan berdasarkan paras air yang menenggelamkan kereta korang.

Kos baik pulih akan lebih tinggi jika kereta ditenggelami air hingga melepasi aras papan pemuka. Jika air cuma naik terlalu tinggi melepas pintu, kereta korang biasanya masih selamat untuk dibaik pulih.

#4 Keringkan Kabin Kereta

Apabila kereta ditelenggami air banjir, sudah pastinya bahagian dalaman kereta turut terjejas. Walaubagaimana pun, kita tak boleh tahu berapa banyak air yang masih ada dalam kereta. 

So, pintu dan tingkap perlu dibuka dan jangan lupa untuk letakkan tuala atas lantai bagi mengesan sebarang kehadiran air dalam kabin. 

Ini juga akan membantu korang untuk menggantikan barangan yang terjejas akibat banjir seperti karpet lantai, panel pintu, dan pelapik kerusi.

Ingat, kerosakan itu mungkin turut dilindungi polisi insurans komprehensif kereta.

#5 Periksa Minyak Dan Penapis Udara

Kalau korang terperasan ada titis air pada dipstik atau paras minyak yang tinggi, jangan sesekali cuba untuk menghidupkan enjin. 

Teurs hubungi pihak insurans untuk menyediakan tow truck dan tunda kereta anda ke bengkel bagi menyingkirkan air dan menukar minyak enjin, termasuk bendalir lain. Kalau korang mahir, boleh cuba tukar minyak enjin dan penapis udara sendiri tetapi pastikan semua komponen enjin kering.

#6 Periksa Sistem Elektrik

Seterusnya, korang disarankan juga untuk periksa kesemua sistem elektrik. Pulas kunci pencucuh atau cara lain untuk menghidupkan kereta. Periksa setiap komponen elektrik satu persatu daripada lampu depan, signal belok, penyaman udara, stereo, kunci kuasa, tingkap dan kerusi, dan lampu kabin.

Kalau korang perasan ada sebarang kekurangan seperti kelancaran enjin dan juga anjakan gear, ia adalah salah satu petanda yang kereta anda sedang mengalami masalah elektrik. 

Waktu-waktu gentir ni apa yang penting untuk dilakukan adalah hadapi cabaran dalam keadaan yang tenang. Jika kita buat keputusan terburu-buru, dikhuatiri keadaan kereta tersebut akan bertambah parah. 

Hubungi pihak insurans terlebih dahulu untuk mengetahui perlindungan yang  korang layak.

Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea adalah penulis sepenuh masa sebelum Covid, dan juga selepas Covid. Berpengalaman menulis dalam bidang politik, fesyen, kewangan, dan banyak lagi.