Kemalangan Kereta Langgar Lari, Lakukan 4 Langkah Ini

Kali terakhir diperbaharui Jul 25, 2023 oleh Syazwani Yahya
Kemalangan Kereta Langgar Lari, Lakukan 4 Langkah Ini

Kemalangan kereta seperti langgar lari merupakan perkara yang paling tidak diingini oleh semua pemandu. Sekiranya terjadi insiden langgar lari, apa perlu anda buat? Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah yang anda perlu ambil sekiranya anda terlibat dalam kemalangan langgar lari semasa memandu di jalan raya. 

Kemalangan Langgar Lari: Ketahui Hak Anda & Langkah yang Anda Perlu Lakukan

Selain meninggalkan kesan yang buruk dari segi emosi dan fizikal, anda juga terpaksa melalui proses claim insurans yang merumitkan seperti membuat laporan polis, baiki kereta dan sebagainya sekiranya terlibat dalam kemalangan. Malah, ia akan jadi lebih merumitkan apabila anda tidak dapat mengenal pasti kenderaan atau pemandu yang menyebabkan kemalangan tersebut kerana telah melarikan diri.

Kemalangan langgar lari merujuk situasi  kemalangan pemandu melanggar kereta anda meninggalkan tempat kejadian dengan sengaja tanpa meninggalkan sebarang bentuk maklumat. Sepatutnya, pemandu yang terlibat kemalangan perlu berhenti dan mendapatkan butiran pemandu seperti lesen memandu dan insurans kereta satu sama lain. 

Sekiranya situasi ini berlaku kepada anda, penting untuk anda tidak panik dan kekal tenang jika anda berhadapan dengan situasi kemalangan langgar lari. Jangan sesekali cuba untuk mengejar pemandu yang melarikan diri selepas kemalangan kerana ia amat berbahaya. Sebaliknya, ikuti empat langkah berikut:

    1. Berhentikan kereta anda di tempat yang selamat, sebaik-baiknya berhentikan kereta anda di tepi jalan.
    2. Jika boleh, cuba untuk kenal pasti nombor plat pemandu, jenis dan model kereta yang melanggar anda. Butiran lain seperti arah kenderaan selepas pelanggaran, masa dan lokasi kemalangan juga penting. Dashcam kereta sangat berguna dalam situasi seperti ini.
    3. Ambil gambar kerosakan yang ada pada kereta anda untuk memudahkan proses tuntutan insurans.
    4. Buat laporan polis dan hubungi syarikat insurans anda secepat mungkin.

Namun begitu, tindakan yang anda boleh lakukan biasanya bergantung pada situasi-situasi tertentu.

4 Situasi Langgar Lari yang Anda Mungkin Akan Hadapi & Cara Mengatasi

Berikut empat situasi langgar lari yang mungkin anda hadapi: 

1. Anda Berjaya Mendapatkan Maklumat Pihak Melanggar

Sekiranya anda mempunyai maklumat pihak yang melanggar seperti nombor plat, anda boleh semak no plat kereta langgar lari dengan mudah melalui portal MyEG dan MyCarInfo. Berikut dua cara yang boleh anda lakukan:

1. MyEG

Melalui portal MyEG, anda boleh melihat rekod saman kereta yang melanggar kereta anda – anda boleh check saman yang pernah dikenakan terhadap pihak yang melanggar anda. Selain itu, anda boleh juga boleh dapatkan maklumat seperti nama penuh dan kad pengenalan pemilik kenderaan. 

Dengan info ini, anda boleh menggunakannya untuk membuat laporan polis. Cara semak nombor plat kereta langgar lari di MyEG adalah seperti berikut:

          1. Layari laman web MyEG.
          2. Jika anda belum mendaftar, anda perlu Daftar Masuk terlebih dahulu.
          3. Selepas selesai pendaftaran, anda perlu Log Masuk atau Login MyEG.
          4. Semak “Summons Service” PDRM.
          5. Klik “Check Summons”. Maklumat berkaitan akan dipaparkan untuk tindakan anda.

2. MyCarInfo

Sekiranya anda tidak menjumpai sebarang rekod saman di portal MyEG, anda boleh cuba untuk mendapatkan info ringkas polisi insurans pihak yang melanggar kereta anda melalui MyCarInfo. Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti nombor polisi, tarikh mula dan tarikh tamat insurans pemilik kenderaan. 

Dengan servis MyCarInfo, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM6 bagi setiap pemeriksaan. Ikuti langkah-langkah berikut:

          1. Layari laman portal rasmi MyCarInfo.
          2. Daftar akaun sekiranya anda tidak mempunyai akaun MyCarInfo. Kemudian login akaun MyCarInfo anda.
          3. Di halaman utama, klik butang “Services” dan pilih “i-Search”.
          4. Di paparan skrin pada bahagian bawah, pilih pelan “Comprehensive” dan anda akan dibawa ke pelan pembayaran.
          5. Klik pada Select 1 Credit (RM6) dan buat pembayaran melalui FPX.
          6. Masukkan nombor plat kenderaan yang ingin anda semak, nama serta alamat e-mel anda.
          7. Maklumat-maklumat berkaitan akan dihantar ke alamat e-mel anda.

semak no plat kereta langgar lari

Anda boleh mengambil tindakan sewajarnya dengan maklumat-maklumat yang telah diperolehi. Berikut merupakan cara claim insurans kereta pihak yang melanggar untuk rujukan anda:

Buat Laporan Polis dengan Kadar Segera

Dengan maklumat dan bukti yang anda ada, buat laporan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian. Terangkan dengan jelas apa yang telah berlaku atau tunjukkan rakaman dashcam kereta anda (sekiranya ada) kepada pegawai bertugas. 

Jika pihak yang melanggar kereta anda tidak tampil untuk membuat laporan, pihak polis akan mengeluarkan saman kepadanya berdasarkan nombor pendaftaran kereta yang anda telah berikan. Sebaik sahaja saman dikenakan, pihak tersebut perlu datang ke balai polis untuk memfailkan laporan.

Sekiranya pihak tersebut gagal berbuat demikian, kemungkinan besar polis akan membuat keputusan yang memihak kepada pihak yang telah membuat laporan. Dalam situasi ini, anda mungkin tidak bersalah.

Laporkan kepada Syarikat Insurans Anda

Beritahu ejen insurans anda atau syarikat insurans secepat mungkin. Pihak insurans biasanya akan menasihati anda tentang langkah-langkah yang anda perlu lakukan, bengkel untuk anda menghantar kereta dan cara memfailkan tuntutan. 

Syarikat insurans anda juga akan membantu anda membuat claim insurans terhadap syarikat insurans pihak yang melanggar kereta anda. Anda tidak perlu menuntut daripada polisi insurans anda dan NCD kereta anda juga tidak akan terjejas.

2.  Anda Tidak Mempunyai Maklumat Nombor Plat Kereta Pihak Melanggar 

Situasi sebegini mungkin boleh menyusahkan anda kerana anda tidak boleh membuat tuntutan insurans daripada pihak yang melanggar kereta anda. Tanpa maklumat yang mencukupi mengenai pelanggar, anda akan terpaksa:

Tanggung Sendiri Kos Baiki Kereta

Hantar kereta anda untuk dibaiki dan bayar sendiri tanpa menuntut daripada mana-mana syarikat insurans termasuk insurans anda sendiri. Anda boleh pertimbangkan untuk mengambil langkah ini jika kerosakan kereta anda tidak terlalu serius dan anda tidak kisah untuk membayar kos baiki itu sendiri untuk tidak kehilangan NCD anda.

Tuntutan daripada Pihak Insurans Anda

Jika anda mempunyai Polisi Komprehensif, anda boleh menuntut daripada syarikat insurans anda. Walau bagaimanapun, dengan berbuat sedemikian anda boleh kehilangan NCD anda.

3. Sekiranya Anda Dituduh Bersalah oleh Pihak Ketiga

Satu lagi senario yang mungkin berlaku adalah apabila pihak ketiga tampil membuat laporan menuduh kemalangan itu berlaku berpunca disebabkan kesalahan anda. Sekiranya anda tidak mempunyai bukti yang mencukupi atau tiada saksi untuk menangkis dakwaan anda tidak bersalah, anda mungkin akan menghadapi masalah yang besar. 

Kebiasaannya, apabila perkara sebegini berlaku, syarikat insurans (anda dan pihak ketiga) akan menganggap kedua-dua pihak bersalah. Ini bermakna anda tidak akan dapat menuntut insurans kereta daripada pihak ketiga, dan anda hanya boleh menuntut daripada polisi anda atau membayar sendiri kerosakan tersebut.

4. Pihak Ketiga Tidak Mempunyai Polisi Insurans

Jika kemalangan itu adalah kesalahan pihak ketiga, syarikat insurans biasanya akan menuntut ganti rugi bagi pihak anda. 

Namun, apa yang anda boleh buat sekiranya pihak yang melanggar anda atau kereta kemalangan tiada insurans yang sah? Anda boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melanggar kereta anda. Jika keputusan mahkamah berpihak kepada anda, maka pihak tersebut perlu membayar ganti rugi dengan mengeluarkan kos daripada poket mereka sendiri. Selain itu, denda juga akan dikenakan oleh mahkamah kepada pesalah. 

langgar lari apa perlu buat

Apabila anda memandu di jalan raya, terdapat banyak perkara di luar jangkaan yang boleh berlaku. Oleh sebab itu, persediaan dari segi mental dan juga mengetahui langkah yang anda perlu lakukan sangatlah penting. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta murah, layari laman web Qoala untuk nikmati tawaran insurans kereta terbaik di Malaysia. Jangan tunggu lama-lama, jom lindungi kereta anda dengan Qoala!

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60