Harga Emas Hari Ini di Malaysia

Artikel ini terakhir diperbarui May 20, 2022 by Shafiq Wahab
Harga Emas Hari Ini di Malaysia

Bagi anda yang berminat untuk menyertai apa-apa instrumen pelaburan emas, penting untuk anda mengetahui harga emas hari ini. Dengan cara ini, ia boleh membantu anda memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan sebarang risiko kerugian. Namun begitu, anda juga disarankan untuk pastikan urusan jual beli emas dilakukan oleh penjual atau ejen yang dipercayai kerana pelaburan emas boleh menjadi lubuk penipuan scammer untuk memperdayakan bakal pelabur.

Harga Emas Hari Ini Per Gram 2022 di Malaysia

Seperti mana-mana pelaburan lain yang tersedia di Malaysia tidak kira pelaburan risiko rendah atau pelaburan jangka panjang, harga emas hari ini di Malaysia turut menyaksikan trend peningkatan dan penurunan setiap hari, faktor ini biasanya bergantung pada keadaan ekonomi semasa.

Ketulenan EmasHarga Emas (RM/gram)
999290.49
950276.24
916266.36
875254.43
835242.80
750218.09

Nota: Harga Emas di Malaysia, dikemas kini setakat 19-05-2022.

Harga emas yang dipaparkan di atas adalah untuk rujukan sahaja dan ia berubah setiap hari. Oleh itu, cara terbaik untuk mendapatkan harga emas terkini adalah dengan menyemak sumber-sumber yang boleh dipercayai lebih-lebih lagi jika anda berminat untuk memulakan pelaburan emas. Ini bagi membolehkan anda membuat anggaran kadar harga emas pada masa akan datang bagi mengelakkan kerugian.

Faktor Mempengaruhi Harga Emas 916 Hari Ini

Secara asasnya, turun naik harga emas adalah tidak menentu dan ia biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keadaan ekonomi semasa, kestabilan politik dan sebagainya. Malah, pandemik Covid-19 juga turut mempengaruhi pasaran harga emas kerana para pelabur kini mula beralih kepada pelaburan emas bagi mengurangkan risiko kerugian. Selain itu, kadar turun naik mata wang dolar Amerika Syarikat juga turut memberi kesan pada harga emas terkini. Ini kerana, emas mempunyai atribut monetari yang tersendiri.

Di Malaysia, harga emas biasanya bergantung pada kualiti emas (sama ada emas 999, emas 916), reputasi kedai, kos upah atau lain-lain caj. Meskipun begitu, ada faktor lain yang turut mempengaruhi harga emas. Biasanya, harga emas yang perlu dibayar oleh pembeli adalah berbeza kerana setiap penjual boleh menetapkan harga jualan dan belian sendiri. Malah, lokasi yang berbeza, sebagai contoh Kuala Lumpur dan Terengganu juga akan menyaksikan perbezaan harga emas.

Semoga maklumat harga emas hari ini dapat membantu anda membuat keputusan terbaik sebelum memulakan pelaburan emas. Selain itu, sekiranya anda merancang untuk beli insurans kereta atau beli insurans motor, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan beberapa pilihan insurans insurans kereta dan insurans motor daripada beberapa syarikat insurans terbaik bergantung pada keperluan dan bajet anda.

Shafiq Wahab
Bukan berjiwa kelajuan dan suka berangan, banyak menghabiskan masa lapang dengan tidak berbuat apa-apa.
Dapatkan Insurans Kereta Terbaik Hari Ini!