SOP Umum Diperkenalkan, Peralihan Endemik di Malaysia Bermula 1 April

Artikel ini terakhir diperbarui May 24, 2022 by Shafiq Wahab
SOP Umum Diperkenalkan, Peralihan Endemik di Malaysia Bermula 1 April

Setelah dua tahun berdepan dengan pandemik Covid-19, fasa ‘Peralihan ke Endemik’ di Malaysia dijangka akan bermula 1 April ini. Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media khas, Selasa petang.

Menurutnya, keputusan peralihan fasa pembukaan semula negara secara selamat dan berperingkat atau reopening safely dibuat setelah penilaian risiko dilakukan dengan mengambil kira beberapa faktor dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia serta pandangan daripada kuartet menteri antaranya Menteri Kanan Pertahanan, Menteri Kesihatan, Menteri Kewangan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

“Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ di Malaysia ini merupakan exit strategy bagi membolehkan kehidupan kembali semula kepada normal setelah hampir dua tahun berperang dengan wabak Covid-19″ – Sumber

10 SOP Dikuatkuasakan Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ di Malaysia

Seiring dengan fasa ‘Peralihan ke Endemik’ di Malaysia, kita perlu belajar untuk hidup bersama virus Covid-19. Oleh itu, kita perlu memahami risiko penularan dan mengamalkan langkah pencegahan yang selamat terutamanya ketika menjalankan aktiviti harian demi keselamatan diri, keluarga dan orang sekeliling. Berikut adalah prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan dalam fasa ‘Peralihan ke Endemik’ untuk rujukan anda:

  1. Pemakaian pelitup muka di tempat awam masih diwajibkan kecuali tempat terbuka yang tidak sesak;
  2. Pemilik premis wajib pastikan sistem pengudaraan yang baik dalam premis;
  3. Sentiasa menjaga kebersihan tangan;
  4. Ujian pengesanan Covid-19 dilakukan mengikut tatacara National Testing Strategy;
  5. Had waktu operasi bagi premis perniagaan dimansuhkan, perniagaan dibenarkan kembali beroperasi 24 jam mengikut syarat lesen operasi premis;
  6. Daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan, kecuali tempat terbuka yang tidak sesak dan tiada perhimpunan. MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu/pengunjung;
  7. Aktiviti solat jemaah di surau/masjid atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. Namun begitu, tertakluk pada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Malaysia;
  8. Had kapasiti pekerja yang bergantung pada liputan vaksinasi dimansuhkan, rentas negeri dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi;
  9. Kekerapan dan cara melakukan pembersihan premis diseragamkan bagi setiap Kementerian;
  10. Individu yang disyaki atau disahkan positif Covid-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan KKM.
SOP Covid-19 Peralihan Endemik di Malaysia
Kredit: Malay Mail

Semoga perkongsian SOP baharu bagi peralihan endemik di Malaysia ini boleh dijadikan panduan untuk anda. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta terbaik, anda boleh menggunakan platform Qoala yang menyediakan perlindungan pelan insurans terbaik daripada pelbagai syarikat insurans yang diiktiraf. Layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Kongsi:
Shafiq Wahab
Bukan berjiwa kelajuan dan suka berangan, banyak menghabiskan masa lapang dengan tidak berbuat apa-apa.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗