Simpanan Tetap: Bagaimana Ia Berfungsi?

Artikel ini terakhir diperbarui January 25, 2022 by Nadhirah Rashid
Simpanan Tetap: Bagaimana Ia Berfungsi?
Foto Kredit: Andrey_Popov Melalui Shutterstock

Simpanan tetap, apakah bezanya dengan simpanan yang lain? Apakah fungsi simpanan tetap? Apakah faedahnya? 

Jom kita ketahui!

Definisi Simpanan Tetap

Simpanan tetap, atau lebih dikenali sebagai “Fixed Deposit” adalah sejenis simpanan di bank atau akaun pelaburan yang menjanjikan pelabur kadar faedah yang tetap. Sebagai balasan, pelabur bersetuju untuk tidak mengeluarkan dana tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan.

Melalui simpanan tetap, faedah hanya dibayar pada penghujung tempoh perlaburan. Berbeza dengan akaun simpanan biasa di mana faedah akan dikira setiap hari dan kebiasaannya dibayar pada setiap hujung bulan.

Disebabkan tempoh dan kadar faedah sudah ditetapkan, ianya lebih mudah untuk pengguna mengira jumlah faedah yang bakal diperolehi pada setiap hujung pelaburan fixed deposit. 

Ini Cara Simpanan Tetap Berfungsi

Apabila anda memilih untuk membuka akaun simpanan tetap, anda diberi pilihan untuk memilih tempoh simpanan yang anda mahukan. 

Setelah memilih tempoh simpanan, anda bersetuju untuk mengetepikan wang anda sepanjang tempoh tersebut (satu bulan, tiga bulan, enam bulan, satu tahun, atau sebagainya). Tempoh simpanan adalah berbeza di antara satu bulan sehingga lima tahun.

Untuk pengetahuan, setiap tempoh atau jangka masa pelaburan memberikan kadar faedah yang berbeza-beza. Kita boleh lihat contoh seperti ini, kebiasaannya, pihak bank akan menetapkan kadar faedah fixed deposit seperti jadual di bawah:

Tempoh/Jangka MasaKadar Faedah (% p.a.)
1 bulan2.00
2 bulan2.00
3 bulan2.05
6 bulan2.10
12 bulan2.15

Berdasarkan contoh di atas, apabila anda mempunyai akaun simpanan tetap selama 12 bulan, kadar faedah tahunan anda adalah 2.15% di penghujung tempoh tiga bulan tersebut. Jika anda menyimpan sebanyak RM10,000 selama 12 bulan, dengan kadar faedah 2.15%, anda akan diberikan pulangan sebanyak RM215 di penghujung tempoh simpanan.

Kebiasaannya, lebih lama tempoh simpanan anda, lebih tinggi kadar faedah yang akan ditetapkan. Bukan itu sahaja, pihak bank juga akan menawarkan kadar fixed deposit pada kadar istimewa, jadi anda dinasihati untuk sentiasa menyemak tawaran fixed deposit.

Boleh Ke Keluarkan Simpanan Sebelum Tempoh Simpanan Tetap Tamat?

simpanan tetap
Foto Kredit: ITTIGallery Melalui Shutterstock

Sekiranya anda berhasrat untuk mengeluarkan simpanan melalui akaun simpanan tetap sebelum tempoh simpanan tamat, anda mungkin akan kehilangan sebahagian atau kesemua faedah anda. 

Oleh itu, sebelum anda menyimpan jumlah yang banyak dalam fixed deposit anda, anda disarankan untuk mempertimbangkan dahulu sekiranya anda memerlukan wang tersebut untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku dalam masa terdekat.

Sesetengah pelabur menyimpan fixed deposit yang berbeza dengan tempoh simpanan yang berbeza (lebih dikenali sebagai Simpanan Tetap Bertingkat). Sebagai contoh, katakan anda mempunyai RM30,000, anda boleh menyimpan RM10,000 untuk tempoh setahun, RM10,000 lagi untuk tempoh dua tahun dan RM10,000 yang terakhir untuk tempoh tiga tahun. 

Cara pembahagian simpanan ini akan memudahkan anda untuk mengakses simpanan tersebut.

Jenis-jenis Simpanan Tetap

Ini dia beberapa fixed deposit yang ada di Malaysia. 

#1 Simpanan Tetap Jangka Pendek

Situasi simpanan tetap jangka pendek boleh dikatakan seperti sekiranya anda mempunyai wang lebih untuk disimpan tapi dalam masa yang sama, anda ingin menggunakannya dalam masa yang terdekat, fixed deposit jangka pendek adalah sesuai untuk anda.

Faedah yang anda dapat tidaklah banyak. Tapi, cara pelaburan ini masih digunakan oleh ramai pelabur. 

#2 Simpanan Tetap Jangka Masa Panjang

Simpanan jenis ini pula sesuai untuk anda yang yang yang anda tidak perlu menggunakan simpanan anda dalam masa yang terdekat. Sesetengah bank menawarkan tempoh simpanan sehingga lima tahun. Kebiasaannya, lebih lama tempoh simpanan anda, lebih tinggi kadar faedah.

#3 Simpanan Tetap Islamik

Simpanan tetap Islamik adalah berlandaskan Shariah iaitu Komoditi Murabahah. Jika anda menyimpan melalui fixed deposit Islamik, anda sebenarnya membeli komoditi patuh Shariah dan menjualnya pada harga yang dipersetujui oleh anda dan pihak bank anda. 

Dengan ini, anda akan mendapat pulangan tanpa melibatkan sebarang konsep faedah.

#4 Simpanan Tetap Mata Wang Asing 

Akaun simpanan tetap ini membolehkan anda menyimpan menggunakan mata wang asing. Ini sangat berguna jika anda ingin melindungi simpanan anda daripada ketidaktentuan inflasi.

#5 Simpanan Tetap Warga Emas

Adakah anda seorang pesara yang ingin melindungi simpanan persaraan anda? Sesetengah bank seperti Hong Leong Bank menawarkan akaun fixed deposit Fleksibel untuk warga emas, yang membolehkan anda membuat sebahagian pengeluaran awal tanpa kehilangan sebarang faedah.

Anda berhasrat untuk membuka akaun simpanan tetap? Ketahui dahulu kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihan Simpanan Tetap

Berikut adalah kelebihan-kelebihan simpanan tetap yang anda perlu tahu:

#1 Risiko Yang Rendah

Ya, simpanan tetap mempunyai tahap risiko yang rendah. Ianya berbeza daripada melabur melalui pasaran saham atau unit amanah saham. Simpanan tetap adalah lebih selamat keranan pulangan faedah yang dijamin.

#2 Simpanan Boleh Diinsuranskan

Misal kata, terjadi apa-apa hal kepada pihak bank atau simpanan anda, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) akan membayar ganti rugi simpanan sehingga maksimum RM250,000.

#3 Kadar Faedah Yang Lebih Tinggi

Kebiasaannya fixed deposit memberikan pulangan kadar faedah yang lebih tinggi berbanding jenis akaun simpanan yang lain.

#4 Pengeluaran Yang Lebih Mudah

Sekiranya anda ingin menggunakan simpanan tetap anda untuk tujuan kecemasan, anda boleh mengeluarkannya pada bila-bila masa. Namun, anda mungkin kehilangan sebahagian atau kesemua faedah anda jika pengeluaran dibuat sebelum tempoh simpanan tamat.

Kekurangan Simpanan Tetap

Berikut adalah kekurangan-kekurangan simpanan tetap yang anda perlu tahu:

#1 Berisiko Untuk Kehilangan Faedah

Fixed deposit tidak begitu fleksibel. Jika anda mengeluarkan simpanan anda sebelum tempoh simpanan tamat, anda mungkin akan kehilangan pulangan faedah anda.

#2 Pulangan Yang Rendah Berbanding Pelaburan

 Jika anda yakin yang anda boleh mengambil risiko pelaburan, anda boleh memilih jenis pelaburan lain (termasuk yang berisiko rendah) yang memberikan pulangan yang lebih tinggi.

Apa Beza Akaun Simpanan Dengan Akaun Simpanan Tetap

Simpanan tetap adalah sama seperti akaun simpanan, kedua-duanya mempunyai risiko yang rendah.

Namun, perbezaan utama adalah kadar faedah. Akaun fixed deposit kebiasaannya memberikan kadar faedah tahunan yang lebih tinggi, di antara 1.4% hingga 2.4%. Akaun simpanan pula memberikan kadar faedah tahunan di antara 0.2% hingga 1.5%.

Sesetengah akaun simpanan mempunyai kadar faedah yang sama (atau lebih tinggi) berbanding akaun fixed deposit. Namun, kelebihan ini adalah bersyarat – anda perlu menyimpan jumlah simpanan yang tinggi, menggunakan akaun anda untuk membayar beberapa jenis bil atau membayar jumlah minimum menggunakan kad kredit/debit setiap bulan.

Nak Buat Pelaburan Simpanan Tetap? Ini 8 Point Penting Secara Ringkas Yang Anda Perlu Tahu

Buat anda yang ingin melabur buat pertama kali, pasti anda ada pelbagai soalan. Ini dia soalan-soalan lazim yang selalu ditanya:

#1 Simpanan Tetap Boleh Buat Duit Ke?

Berbeza dengan stok dan amanah saham, pulangan yang bakal anda dapat tidak lah terlalu banyak kerana faedah yang dikenakan selalunya rendah. Ianya diantara tiga sehinga empat peratus. Jika anda mahukan pelaburan yang kurang risiko, fixed deposit lah jawapannya. 

Fixed deposit tidak memerlukan anda untuk melibatkan diri sepanjang masa. Apa yang anda perlu buat adalah hanya menunggu akaun fixed deposit menjadi matang.

Sebagai contoh, jika anda mendepositkan RM6,000 untuk tempoh enam bulan dengan kadar faedah 3.7 p.a., anda boleh mendapatkan pulangan RM111.

#2 Adakah Simpanan Tetap Lebih Baik Dari Akaun Simpanan?

Ada dua jawapan untuk soalan ini. Ya dan juga tidak. 

Ya, disebabkan simpanan tetap kadar faedah yang lagi baik daripada akaun simpanan. Tidak kerana anda tidak mempunyai akses untuk mengeluarkan duit dalam akaun simpanan itu. 

Anda perlu lebih berhati-hati jika anda tidak mempunyai simpanan kecemasan yang berasingan. Ini kerana wang  dalam akaun simpanan tetap lebih susah untuk dikeluarkan. Ia hanya boleh dikeluarkan setelah akaun simpanan tetap tersebut mencapai tempoh matang. 

#3 Adakah Ia Sesuai Untuk Pelan Persaraan?

Tidak dinafikan, simpanan tetap ini bagus untuk portfolio pelaburan. Lebih-lebih lagi, pelaburan ini lebih selamat dan mempunyai pulangan yang dijanjikan. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh hanya mengharapkan simpanan tetap sahaja sebagai pelan persaraan kerana pulangannya tidak sebanyak skim persaraan yang lain. 

#4 Manfaat Lain Pelaburan Simpanan Tetap 

Selain dari berisiko rendah, fixed deposit boleh bantu dalam mempelbagaikan portfolio dan mengurangkan impak terhadap sebarang aset yang kurang perform tu. 

Simpanan tetap bukan sahaja mampu stabilkan pelaburan, ia juga boleh dijadikan sebagai instrumen kredit. Bank konfirm akan tawarkan pelbagai kredit peribadi, fasiliti overdraft dan kad kredit sekiranya anda meletakkan amaun fixed depositanan tetap sebagai cagaran. 

#5 Berapa Banyak Wang Deposit Yang Diperlukan?

Fixed deposit memerlukan minimum deposit tapi selalunya ia bergantung pada tempoh pelaburan yang anda  pilihTempoh 1 bulan mempunyai jumlah deposit yang lagi tinggi berbanding tempoh 2 bulan yang lebih berpatutan.

Contohnya, Akaun Fixed Deposit Maybank menetapkan minimum deposit sebanyak RM5,000 sekiranya korang pilih tempoh pelaburan 1 bulan. Tapi, bagi tempoh pelaburan 2 bulan ke atas, minimum deposit jatuh kepada RM1,000.

Selain dari apa yang anda mampu, anda juga patut tengok jumlah yang boleh diketepikan. Sia-sia letakkan semua duit anda ke dalam akaun fixed depositdan buatkan diri anda terdedah kepada situasi yang tak dijangka. Anda kena ada simpanan wang yang senang keluar masuk untuk kegunaan harian.

#6 Sejauh Manakah Selamatnya Simpanan Deposit Ini?

Mestilah kita risau bukan bila kita meletakkan sejumlah wang yang besar dalam akaun simpanan?

Jangan risau, iannya selamat. Seperti yang kita ketahui, wang deposit kita dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000sekiranya bank gagal melindungi wang tersebut. Tapi apa yang menariknya adalah anda boleh dilindungi RM250,000 bagi setiap akaun untuk setiap bank yang anda lakukan deposit.

Jika anda membuat deposit kat bank yang sama, anda masih boleh dilindungi sehingga RM250,00 bagi akaun jenis ni: fixed deposit konvensional, deposit berjangka Islamik, akaun bersama, akaun amanah saham dan akaun milikan tunggal. Perlindungan PIDM ni jugak ditawarkan kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia.

#7 Apa Yang Akan Terjadi Apabila Simpanan Tetap Matang?

Bergantung kepada jenis akaun fixed deposit yang dipilih, anda boleh kreditkan  deposit dan faedah tu ataupun perbaharui akaun tersebut secara automatik. Contohnya, Maybank dan CIMB ada tawarkan eFixed Deposit yang mempunyai pembaharuan secara automatik.

Ada sesetengah akaun fixed deposit bagi anda pilihan sama ada perbaharui jumlah deposit asal secara automatik dan keluarkan jumlah faedah yang diperolehi, ataupun anda boleh pilih untuk perbaharui deposit serta faedah yang diperolehi.

Walau bagaimanapun, anda mungkin tak dapat nikmati kadar faedah yang sama sekiranya korang pilih pembaharuan automatik. Jadinya, lebih baik anda bandingkan dulu akaun fixed deposit yang tawarkan kadar yang paling best sebelum buat pilihan pembaharuan.

Dah Bersedia Untuk Buat Perlaburan?

Simpanan tetap adalah salah satu medium pelaburan yang bagus untuk anda yang baru nak mula berjinak-jinak melabur ataupun untuk pelabur veteran. Apa yang anda perlu buat hanyalah letakkan sejumlah wang deposit dan tunggu sehingga tempoh matang. Dengan memilih jumlah dan tempoh pelaburan yang tepat, membuat research yang menyeluruh serta memilih akaun yang menawarkan kadar faedah yang tertinggi, anda pasti akan mendapat pulangan terbaik dari pelaburan tersebut.

Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea adalah penulis sepenuh masa sebelum Covid, dan juga selepas Covid. Berpengalaman menulis dalam bidang politik, fesyen, kewangan, dan banyak lagi.