5 Pelaburan Risiko Rendah Terbaik untuk Anda

5 Pelaburan Risiko Rendah Terbaik untuk Anda

Selain menyimpan duit dalam simpanan tetap, melabur di platform pelaburan risiko rendah merupakan pilihan yang terbaik jika anda yang sudah lama berhasrat mahu mula berjinak-jinak dalam dunia pelaburan. Semua orang mahu membuat pelaburan yang menguntungkan tetapi tidak semua orang berani untuk mengambil risiko yang tinggi untuk melabur kerana risau dan takut dengan risiko kerugian. Artikel ini akan berkongsikan lima jenis pelaburan berisiko rendah yang anda boleh cuba. 

Pelaburan Selamat di Malaysia, Anda Boleh Pertimbangkan 5 Pelaburan Risiko Rendah Ini

Sebelum ini, anda mungkin pernah dengar orang cakap jangan simpan duit dalam bank sahaja sebab duit akan lambat berkembang atau grow. Memang ada betulnya kenyataan seperti ini, katakanlah anda simpan RM1,000 dalam akaun simpanan untuk masa setahun, anda akan mendapati duit anda tidak berkembang dengan cepat dan banyak. Oleh sebab itu, membuat pelaburan merupakan satu alternatif yang anda patut pertimbangkan.

Sekiranya anda membuat pelaburan, anda akan menerima pulangan atau dividen. Memang tidak dinafikan, melabur ini ada risikonya, akan ada hari anda untung dan akan ada hari anda rugi. Disebabkan ini, ramai yang masih takut untuk mula melabur kerana kebanyakan pelaburan di luar sana tidak ada jaminan pulangan dan ini boleh menyebabkan pelabur terdedah kepada kerugian.

Anda boleh cuba melabur duit anda di pelaburan risiko rendah yang menawarkan pulangan yang konsisten dalam bentuk dividen, bonus dan lain-lain lagi. Berdasarkan prestasi kelima-lima platform pelaburan ini sejak beberapa tahun yang lepas, selamat untuk dikatakan anda tidak perlu risau tentang sebarang bentuk kerugian yang dahsyat. 

Berikut merupakan lima pelaburan risiko rendah yang anda boleh cuba:

1. Pelaburan Tabung Haji

Pelaburan Tabung Haji ini bertujuan menjana pulangan yang kompetitif dengan risiko yang rendah. Sekiranya anda melabur di Tabung Haji, anda boleh mendapat pulangan setiap tahun dalam bentuk dividen dan juga bonus. Jumlah peratusan dividen dan bonus ini bergantung kepada prestasi kewangan Tabung Haji pada tahun semasa. Jadi, anda akan mendapati jumlah peratusan dividen dan bonus mungkin akan berubah-ubah setiap tahun. Ada tahun yang mungkin peratusan dividen dan bonusnya naik, ada tahun yang mungkin ia mengalami penurunan tetapi yang pastinya risiko kerugian anda adalah sangat minimum.

Untuk pengetahuan anda, melabur dalam tabung haji ini bukan sahaja risikonya rendah, banyak lagi manfaat lain yang anda akan nikmati. Membuat pelaburan di Tabung Haji membolehkan anda untuk mendapat peluang dan tawaran panggilan menunaikan haji. Berikut adalah kelebihan-kelebihan menyimpan di Tabung Haji:

  • Patuh syariah Islam
  • Menyantuni para dhuyufurrahman (jemaah haji)
  • Dijamin oleh kerajaan
  • Dikecualikan daripada cukai
  • Ditunaikan kewajipan zakat
  • Tidak ada had simpanan

Berikut merupakan senarai dividen dan bonus Tabung Haji dalam tempoh 5 tahun yang lepas dari 2017 sehingga 2021:

Tahun Pulangan Dividen Tabung Haji + Bonus 
2017 4.5% + 1.75%
2018 1.25%
2019 3.05%
2020 3.10%
2021 3.10%

Meskipun dividen Tabung Haji tidaklah setinggi tahun 2010-2016 dulu, namun ia masih merupakan pilihan pelaburan berisiko rendah yang boleh anda pertimbangkan.

2. Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Malaysia (ASM)

Kedua-dua pelaburan ASB dan ASM ini merupakan dana unit trust yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Apakah perbezaan di antara ASB dan ASM? ASB ini terbuka untuk golongan bumiputera sahaja manakala ASM terbuka untuk golongan bumiputera dan bukan bumiputera. Terdapat banyak kelebihan apabila anda melabur di kedua-dua ASB dan ASM ini. Antaranya, risiko anda menghadapi kerugian adalah tipis. Bukan itu sahaja, anda juga boleh dapat pulangan dividen yang konsisten lagi setiap tahun.

Selain itu, anda tidak perlu mengeluarkan wang lebih untuk membuat bayaran pendahuluan untuk melabur di kedua-dua dana unit trust ini. Untuk pengetahuan anda, dana unit trust yang konvensional yang lain mengenakan caj yuran sehingga lima peratus. Bagaimana pula dengan prestasi pulangan dividen ASB sejak beberapa tahun ini? Mari kita tengok prestasi pulangan dividen ASB dan ASM:

Tahun Pulangan Dividen ASB Pulangan Dividen ASM
2017 7.25% 6.00%
2018 7.00% 6.25%
2019 5.50% 5.50%
2020 4.25% 4.25%
2021 5.00% 4.00%

Walaupun pengagihan pulangan dividen lebih rendah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua dana ini masih memberikan pulangan yang bagus untuk anda yang baru mahu melabur dengan risiko yang rendah.

pelaburan yang menguntungkan

3. Pelaburan Saham Koperasi Bank Rakyat

Selain pelaburan ASB dan Tabung Haji, anda juga boleh mempertimbangkan pelaburan Saham Koperasi Bank Rakyat. Dengan pulangan dividen yang tinggi sekitar 13 sehingga 16 peratus setahun kepada anggota-anggotanya, ini merupakan pilihan pelaburan berisiko rendah yang terbaik. Kalau anda menjadi salah seorang pemegang saham, anda juga berpeluang untuk menikmati pulangan yang tinggi.

Namun begitu, untuk melabur di Koperasi Bank Rakyat, anda perlu membuat permohonan dan permohonan tidak dibuka sepanjang masa. I juga bergantung pada kuota dan tempat adalah terhad. Jadi, anda perlu standby dan rujuk laman web Bank Rakyat atau media sosial Bank Rakyat untuk mendapatkan perkembangan yang terkini.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana pelaburan Bank Rakyat koperasi ini berfungsi dan bagaimana pulangannya begitu tinggi? Caruman setiap anggota dijadikan modal perniagaan syarikat koperasi melalui pegangan syer mereka. Apabila mendapat sebarang bentuk keuntungan dari perniagaan, anggota-anggota akan dapat menikmati hasil perniagaan dalam bentuk dividen. Berikut merupakan senarai pulangan dividen Bank Rakyat dalam beberapa tahun yang lepas:

Tahun Pulangan Dividen Bank Rakyat
2017 16%
2018 13%
2019 14%
2020 13%
2021 13%
2022 15%

13 sehingga 16 peratus sebagai pulangan dividen itu memang sangat tinggi. Bayangkan anda memasukkan dana yang tinggi, anda akan dapat pulangan yang sangat lumayan dengan pulangan dividen yang tinggi. Tetapi seperti yang telah dinyatakan di atas, disebabkan ia merupakan pilihan yang popular di kalangan pelabur, agak sukar untuk anda mendaftar kerana kuotanya yang terhad.

4. Money Market Fund atau Dana Pasaran Wang

Ini juga merupakan pilihan pelaburan yang berisiko rendah yang anda boleh cuba. Dana unit trust atau unit amanah ini melabur dalam instrumen pasaran wang dan ianya bersifat jangka pendek dan jangka panjang bergantung kepada objektif anda sebagai pelabur. Dana ini juga memegang simpanan tetap daripada bank. Oleh kerana dana ini melabur dalam pelaburan berkualiti tinggi yang matang dengan cepat, risikonya rendah sahaja. 

Jika nak dibandingkan dengan simpanan tetap, pulangan Money Market Fund ini lebih tinggi sikit dengan sekitar tiga peratus pulangan tahunan. Anda juga boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa dalam tempoh pelaburan tanpa kehilangan faedah yang anda telah peroleh. Ini bermakna anda tidak akan dikenakan sebarang bentuk penalti. Berbeza dengan simpanan tetap yang tidak boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, anda boleh kehilangan sebahagian atau semua faedah jika menarik diri sebelum tempoh tamat.

Untuk pengetahuan anda, dana pasaran wang ini berurusan dengan pelbagai jenis pelaburan.  Money Market Fund ini memang sangat sesuai terutama sekali kepada pelabur-pelabur yang baharu kerana risikonya yang rendah. Anda boleh melabur dana pasaran wang anda dari bank-bank seperti Maybank, CIMB, RHB, Hong Leong Bank. 

5. Pelaburan Takaful

Sebelum ini, anda mungkin memahami Takaful ini bermaksud insurans atau perlindungan yang berasaskan hukum Islam sahaja. Tahukah anda, Takaful juga menyediakan pelan pelaburan? Sekiranya anda melabur di Takaful, anda bukan sahaja dapat membuat pelaburan, anda juga boleh dapat perlindungan. Setiap bulan, anda perlu membuat bayaran sumbangan yang rendah. Dalam masa yang sama, anda juga mendapat perlindungan dan juga jaminan kewangan.

Anda tidak memerlukan wang yang banyak untuk mula melabur dengan Takaful. Yang menariknya, anda boleh pilih untuk melakukan pembayaran sama ada pada setiap bulan, setiap suku tahun atau setahun sekali. Sekiranya anda berminat untuk membuat pelaburan Takaful, anda boleh rujuk panel seperti:

pelaburan terbaik di Malaysia

Pelaburan Terbaik di Malaysia: Pelaburan Manakah Pilihan Anda?

Sebagai seorang pelabur, semestinya anda membuat pelaburan yang menguntungkan. Berdasarkan perkongsian lima pelaburan risiko rendah di Malaysia, anda agak-agak mana satu yang anda akan cuba? Lagi sekali diingatkan, walaupun jenis pelaburan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pelaburan risiko rendah, risiko anda mengalami kerugian masih lagi ada tetapi ia sangat tipis. Pulangan dividen dan bonus sudah hampir pasti ada pada setiap tahun tetapi peratusan akan berubah-ubah. Dengan cara ini, duit yang anda simpan dapat grow setiap tahun.

Pelaburan risiko rendah ini memang selamat tapi anda kena ingat pulangannya taklah setinggi pelaburan risiko tinggi. Sekiranya anda rasa anda dah bersedia untuk melakukan pelaburan risiko tinggi, anda boleh cuba pada satu masa nanti. Diharapkan perkongsian artikel kali ini bermanfaat untuk anda yang nak cuba-cuba nak membuat pelaburan ini. Semoga berjaya!

P.S Kalau anda tengah mencari insurans kereta, dapatkan di Qoala untuk mendapatkan insurans kereta terbaik dengan harga yang murah. Selain itu, Qoala juga menyediakan insurans rumah dan insurans motor daripada beberapa  bergantung pada keperluan dan bajet anda. Dapatkan sebutharga anda sekarang!

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60