Ketahui 5 Perkara Ini Sebelum Anda Mohon Pinjaman Peribadi

Artikel ini terakhir diperbarui May 25, 2022 by Hariz Hafiz
Ketahui 5 Perkara Ini Sebelum Anda Mohon Pinjaman Peribadi

Memang tidak dinafikan, pinjaman peribadi atau personal loan merupakan salah satu cara yang paling cepat untuk anda mendapatkan wang yang banyak untuk digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu seperti memulakan perniagaan atau menanggung kos kahwin. Namun begitu, anda perlu berhati-hati kerana buat personal loan ini merupakan satu komitmen yang besar dan anda perlu membayarnya semula dengan kadar pinjaman yang tinggi. Artikel ini akan berkongsikan lima perkara wajib yang anda perlu tahu tentang pinjaman peribadi.

Maksud Pinjaman Peribadi, Adakah Anda Patut Mohon?

Sebelum ini, anda mungkin pernah nampak saudara-mara atau rakan terdekat buat pinjaman peribadi dan mereka menerima duit dengan cepat dan dapat menggunakan wang tersebut untuk memenuhi kehendak peribadi seperti beli kereta, motor, renovate rumah dan sebagainya. 

Kemudian, anda mungkin terfikir untuk memohon pinjaman yang sama sebab ia nampak mudah untuk diluluskan, proses yang tidak complicated dan anda boleh membayar semula dalam tempoh lima hingga 10 tahun. Sebelum anda membuat keputusan tersebut, penting anda perlu ketahui beberapa maklumat mengenai pinjaman ini terlebih dahulu. 

Apa itu Pinjaman Peribadi?

Pinjaman peribadi atau personal loan merupakan sejumlah wang yang anda pinjam daripada institusi kewangan seperti bank atau syarikat kewangan. Apabila pinjaman ini dibuat, peminjam perlu membayar semula jumlah wang yang dipinjam sekali dengan kadar faedah personal loan yang telah dipersetujui dalam tempoh masa yang tertentu.

Untuk pengetahuan anda, personal loan merupakan satu bentuk pinjaman tanpa cagaran tidak seperti pinjaman perumahan atau pinjaman kereta. Ini bermakna bank tidak boleh “tarik” apa-apa aset daripada anda sekiranya anda gagal bayar semula pinjaman. Contohnya, sekiranya anda tidak bayar semula pinjaman atau loan rumah dalam tempoh tertentu, bank boleh lelong rumah anda. Namun begitu, berbeza dengan pinjaman peribadi, anda berpotensi untuk diisytiharkan muflis atau bankrap sekiranya gagal membayar balik pinjaman seperti dijadualkan. 

Tempoh Pinjaman Peribadi

Pihak Bank Negara telah menetapkan tempoh pembayaran maksimum pinjaman peribadi adalah selama 10 tahun. Namun begitu, tidak semua institusi kewangan seperti bank menawarkan tempoh yang sama. Terdapat sesetengah bank yang hanya memberikan tempoh lima tahun, dan ada juga bank yang memberikan tempoh tujuh tahun untuk peminjam bayar semula pinjaman. Oleh sebab itu, anda perlu memastikan untuk memeriksa tempoh pembayaran pinjaman dengan institusi kewangan pilihan anda.

Adakah Anda Patut Mohon Pinjaman Peribadi? 

Selain penggunaan kad kredit, pinjaman peribadi boleh dikatakan sebagai penyelesaian kewangan pilihan ramai kerana anda boleh membuat pinjaman wang dengan mudah dan cepat sekiranya anda layak. Malah, anda juga bebas menggunakan wang yang dipinjam mengikut keperluan anda. 

Antara sebab paling lazim pinjaman ini dibuat di Malaysia adalah:

  1. Perbelanjaan majlis perkahwinan
  2. Perubatan kerana peminjam tidak mempunyai polisi insurans perubatan
  3. Modal berniaga atau ingin mengembangkan perniagaan
  4. Membeli alat elektronik atau gajet yang mahal

Namun begitu, perlu diingatkan pinjaman peribadi mempunyai kadar faedah pinjaman yang tinggi bergantung kepada institusi kewangan anda. Oleh sebab itu, sebelum anda membuat pinjaman, anda perlu pastikan kadar faedah tidak terlalu tinggi untuk mengelakkan anda terjerat dengan beban kewangan yang tinggi. Selain itu, pastikan juga tujuan anda meminjam itu sememangnya penting dan anda sudah tidak ada pilihan lain. 

Bayangkan anda membuat pinjaman peribadi untuk tanggung kos kahwin dan anda perlu membayar semula jumlah yang dipinjam dalam tempoh 10 tahun. Apabila anda berkahwin, komitmen kewangan anda akan semakin bertambah dan terus bertambah. Anda perlu memikirkan duit untuk bayar sewa rumah, ansuran kereta, barangan keperluan, barang dapur, yuran sekolah anak dan sebagainya. Bukan itu sahaja, anda juga masih lagi perlu membayar pinjaman yang anda telah buat untuk majlis perkahwinan anda.

Ini bermakna, komitmen bulanan anda akan semakin banyak dan ini akan menyukarkan anda untuk membuat simpanan tidak kira sama ada simpanan tetap, simpanan persaraan ataupun simpanan tabung pendidikan anak selepas berkahwin. Disebabkan komitmen kewangan yang tinggi sebegini, ramai peminjam yang gagal untuk membayar semula pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan. Apa yang akan terjadi sekiranya anda gagal bayar semula pinjaman yang telah dibuat?

Gagal Bayar Pinjaman Peribadi

Kegagalan untuk membuat pembayaran boleh menyebabkan anda didakwa di mahkamah tetapi ini selalunya merupakan tindakan terakhir yang dilakukan oleh pihak pemberi pinjaman sekiranya tidak ada jalan penyelesaian lain.

Biasanya, individu yang gagal bayar pinjaman peribadi akan dikenakan penalti dengan caj pembayaran lewat dan jika anda masih gagal membayar caj ini, pemberi pinjaman anda boleh mendapatkan bantuan dan perkhidmatan pengutip hutang untuk menghubungi anda. Ia secara tidak langsung menyebabkan skor kredit atau laporan CCRIS anda juga akan tercemar. Ini akan menyukarkan anda untuk membuat pinjaman bank seperti pinjaman kereta pada masa yang akan datang.

Sekiranya pihak bank pasti 100 peratus yang anda sebagai peminjam tidak mampu untuk membayar semula pinjaman anda, pihak bank biasanya akan memfailkan petisyen bankrap terhadap anda.

cara buat personal loan

5 Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membuat Pinjaman Peribadi 

Sebelum anda memohon pinjaman, anda perlu ketahui lima perkara ini terlebih dahulu. Berikut merupakan lima perkara utama yang perlu diberikan perhatian:

1. Institusi Kewangan yang Menawarkan Pinjaman Ini

Dapatkan pinjaman anda daripada institusi kewangan atau perbankan yang mempunyai lesen daripada Bank Negara Malaysia. Elakkan diri anda daripada meminjam daripada ejen peminjam yang tidak berdaftar atau haram seperti pinjaman ah long, loan shark dan sebagainya.

Secara asanya, anda boleh memohon pinjaman peribadi online atau walk-in ke bank. Berikut merupakan bank-bank yang menawarkan pinjaman ini:

Bank Jenis Pinjaman Peribadi
Bank RakyatPinjaman Peribadi Bank Rakyat
Bank IslamPinjaman Peribadi Bank Islam
BSNPinjaman Peribadi BSN
MaybankPinjaman Peribadi Maybank
CIMBPinjaman Peribadi CIMB

2. Jumlah yang Boleh Dipinjam Berdasarkan Nisbah Pembiayaan Hutang (DSR) Anda

Anda boleh membuat carian mengenai institusi kewangan atau bank yang anda ingin mohon. Anda juga disarankan untuk memilih bank atau institusi kewangan yang mempunyai reputasi yang baik bagi membolehkan anda mendapat perkhidmatan yang terbaik dan boleh memenuhi keperluan kewangan anda.

Nisbah Khidmat Hutang atau Debt Service Ratio (DSR) merupakan pengukur keupayaan anda sebagai peminjam untuk membayar semula pinjaman anda. Bank di Malaysia melihat DSR ini sebagai salah satu faktor utama untuk menentukan sama ada anda layak untuk membuat pinjaman atau sebaliknya. Berikut merupakan formula mengira DSR:

Komitmen Bulanan/Gaji Bersih x 100%= Peratus DSR

Contoh:

Gaji Bersih: RM4,000

Komitmen Bulanan: RM2,100

RM2,100/RM4,000 X 100%= 52.5%

Oleh sebab itu, anda disarankan untuk memastikan kadar DSR anda di bawah 60 peratus untuk memastikan permohonan pinjaman anda diluluskan oleh pihak bank. Apabila memohon pinjaman, bank biasanya akan bersetuju untuk membenarkan anda meminjam sehingga tiga hingga empat kali ganda daripada pendapatan bulanan anda. 

Kebanyakan bank di Malaysia membenarkan pinjaman pada jumlah purata RM20,000 hingga RM50,000 dengan mengambil kira faktor seperti nisbah khidmat hutang peminjam, pendapatan bulanan dan sejarah kredit.

3. Kadar Faedah Pinjaman Peribadi 

Secara asasnya, kadar faedah pinjaman peribadi ditentukan oleh bank berdasarkan tiga faktor seperti berikut:

  1. Jumlah wang yang dipinjam
  2. Tempoh pinjaman 
  3. Skor kredit 

Salah satu cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan kadar faedah pinjaman adalah dengan memilih tempoh pinjaman yang lebih pendek. Selain itu, pastikan juga anda menyemak tawaran yang ditawarkan oleh pihak bank kerana kebiasaannya ada sesetengah bank yang menawarkan ganjaran-ganjaran tertentu seperti cashback.

4. Dokumen yang Diperlukan 

Anda perlu menyediakan dokumen peribadi dengan teratur apabila berurusan dengan bank untuk tujuan pinjaman peribadi. Berikut merupakan dokumen yang diperlukan oleh pihak pemberi pinjaman:

  1. NRIC (MyKad) 
  2. Penyata KWSP terkini atau
  3. Slip gaji tiga bulan terkini

5. Permohonan Boleh Diluluskan dengan Cepat

Proses kelulusan pinjaman ini adalah lebih pantas. Anda kini boleh menerima wang pinjaman anda dalam tempoh satu jam sehingga 48 jam sahaja bergantung pada bank anda. Pinjaman peribadi ini boleh dikatakan sesuai untuk situasi-situasi kecemasan yang memerlukan wang dengan kadar segera. Meskipun begitu, ambil kira keadaan kewangan anda bagi mengelakkan anda tidak mampu membayar balik pinjaman anda.

pinjaman peribadi

Adakah Pinjaman Peribadi Bagus untuk Anda? 

Apabila anda membuat pinjaman ini, anda sebenarnya menambah jumlah komitmen bulanan anda. Oleh sebab itu, melainkan anda memang memerlukan wang untuk tujuan yang mustahak, anda tidak digalakkan untuk memohon pinjaman ini. Tetapi sekiranya anda merasakan anda mampu untuk membayar semula jumlah pinjaman anda dalam tempoh yang ditetapkan, anda bebas untuk membuat pinjaman mengikut keperluan anda. 

Diharapkan perkongsian artikel kali ini dapat membantu anda memahami perkara-perkara penting mengenai pinjaman peribadi. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta, insurans motor atau insurans rumah, anda juga boleh layari beli insurans untuk info lanjut. Qoala merupakan platform beli insurans yang mudah, telus dan pantas dengan tawaran harga yang kompetitif dan berpatutan.

Kongsi:
Hariz Hafiz
Pernah menulis puluhan berita surat khabar, beratus artikel marketing, kini, misi Hariz adalah untuk membantu anda mempelajari bidang insurans di Pesan by Qoala!
Insurans Kereta 🚗 Terbaik di Qoala!