Masa Untuk Beli Rumah Pertama? Baca 7 Tips Penting Ini!

Artikel ini terakhir diperbarui January 13, 2022 by Nadhirah Rashid
Masa Untuk Beli Rumah Pertama? Baca 7 Tips Penting Ini!
Foto Kredit: nednapa Melalui Shutterstock

Korang rasa dah bersedia untuk beli rumah pertama? Pembelian rumah merupakan satu pembelian yang terbesar dan boleh dikatakan paling menakutkan yang korang akan buat.

Tak percaya, tanyalah ahli keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang pernah melalui proses pembelian rumah ini. Korang akan dengar ia adalah satu proses yang memerlukan komitmen kewangan yang besar, dan satu langkah yang salah je boleh merosakkan segalanya.

Jadi, macam mana nak mula? Jangan risau, dalam artikel ini, Qoala akan memberikan 10 tips penting yang korang kena tahu sebelum membeli rumah pertama.

7 Tips Yang Korang Wajib Tahu Sebelum Membeli Rumah Pertama

beli rumah pertama
Foto Kredit: Tang Yan Song Melalui Shutterstock

 

  1. Membuat Banyak Research Tentang Pasaran Hartanah Malaysia

    Haa ni lah yang korang tengah buat sekarang ni, research.

    Penting untuk korang ada pengetahuan tentang pasaran hartanah dekat Malaysia ni.

    Selain mendengar nasihat-nasihat dari keluarga dan kawan-kawan tentang proses membeli rumah, korang juga patut mengambil inisiatif untuk memahami asas-asas hartanah di Malaysia.

    Korang boleh belajar tentang pelbagai jenis hartanah dan pemilikan tanah berbeza yang ada, jenis pinjaman rumah dan garis panduan pinjaman serta kualiti pemaju yang baik.

    Bila dah tahu asas-asas ni, barulah korang boleh cari rumah pertama korang dengan bijak. 

     

  2. Pastikan Mampu Dari Segi Kewangan 

    beli rumah pertama
    Foto Kredit: kenchiro168 Melalui Shutterstock

    Sebelum korang nak beli rumah pertama, korang kena pastikan korang betul-betul mampu dari segi kewangan. 

    Berapa gaji minimum untuk korang mampu nak beli rumah? RM3,000 cukup ke? RM4,000 macam mana?

    Untuk membeli rumah, ramai pakar kewangan menasihati ansuran bulanan tak boleh melebihi satu pertiga (⅓) daripada pendapatan isi rumah anda.

    Katakan korang mempunyai jumlah pendapatan gabungan dengan pasangan anda sebanyak RM12,000. Buat pengiraan ⅓ jumlah pendapatan tersebut dan korang akan dapat RM4,000. Ini bermakna ansuran rumah pertama korang mestilah tak lebih dari RM4,000.

    Kalau korang nak periksa kelayakan pinjaman, korang boleh cari kalkulator “kelayakan pinjaman perumahan” di internet.

    Seterusnya, korang mesti tahu kalau nak beli rumah mesti kena ada wang pendahuluan. Pastikan korang ada wang pendahuluan yang mencukupi.

    Berapa banyak yang perlu dibayar sebagai wang pendahuluan? Kebiasaanya pembeli rumah perlu perlu mengeluarkan 10% daripada harga pembelian rumah untuk dijadikan sebagai bayaran pendahuluan manakala selebihnya harga hartanah dibiayai melalui pinjaman bank.

    Contohnya, kalau korang nak beli rumah RM300,000, korang kena ada wang pendahuluan RM30,000 untuk dapatkan rumah pertama korang.

    Sebenarnya, harga boleh jadi berbeza-beza mengikut jenis hartanah yang dibeli dan kredibiliti kewangan korang. 

  3. Cari Rumah Yang Sesuai Dengan Keadaan Dan Cita Rasa 

    Bila dah periksa dan yakin dengan keadaan kewangan korang, langkah seterusnya adalah memulakan carian rumah yang bersesuaian dengan bajet korang. 

    Nak rumah macam mana? Kondominium, pangsapuri, rumah teres, rumah berkembar atau banglo? Inilah masa untuk korang berbincang dengan pasangan atau ahli keluarga untuk pilih rumah yang terbaik!

    Kalau boleh, jangan tengok rumah je, tengok juga lokasi rumah yang korang nak tu strategik atau sebaliknya.

    Dekat ke dengan rumah ahli keluarga korang? Dekat dengan tempat kerja? Bagaimana dengan keadaan lalu lintas di kawasan perumahan itu? 

    Selain itu, tengok juga jiran-jiran dan suasana dekat kawasan perumahan. Korang boleh nilai sendiri sama ada korang rasa sesuai tak nak duduk dekat situ. 

  4. Dapatkan Khidmat Ejen Hartanah 

    Foto Kredit: MIND AND I melaui Shutterstock

    Kalau korang tak nak pening-pening cari rumah, korang pertimbangkan untuk mendapatkan khidmat ejen hartanah yang korang percayai.

    Dengan menggunakan kepakaran ejen hartanah, proses pembelian rumah pertama korang akan dapat dilakukan dengan lebih lancar. 

    Ejen hartanah yang bagus dan mempunyai rekod yang baik akan memberikan nasihat-nasihat seperti pasaran semasa, latar belakang dan rekod pemaju. 

    Selain itu, ejen hartanah juga akan membantu korang memahami proses pembelian rumah dan juga menyemak dokumen-dokumen yang terlibat.

    Korang hanya perlu memberitahu maklumat-maklumat seperti lokasi pilihan, jenis rumah, saiz unit, tempoh pinjaman, pemilikan tanah dan sebagainya.

    Kalau nak dapatkan perkhidmatan ejen hartanah ni, berapa banyak bajet yang korang perlukan?

    Mengikut Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981, yuran komisen maksimum untuk ejen hartanah bagi penjualan atau pembelian tanah dan bangunan ialah 3%. Walaubagaimanapun, yuran ejen hartanah tertakluk kepada yuran minimum RM1,000 bagi setiap hartanah.

  5. Fahami Dokumen-dokumen Jual Beli Rumah & Pinjaman Perumahan

    Seterusnya, korang kena fahami dokumen-dokumen jual beli rumah dan pinjaman perumahan.

    Pertama sekali, jom tengok apa yang ada dalam dokumen jual beli rumah dulu. Letter of Offer to Purchase merupakan dokumen rasmi yang diperlukan untuk memberitahu yang korang nak beli rumah tersebut.

    Dokumen yang seterusnya adalah Sales and Purchase Agreement (SPA) yang bermaksud Perjanjian Jual Beli. SPA ini penting sebab ia menyatakan kesemua terma dan syarat untuk pembelian rumah korang.

    Bagi dokumen pinjaman perumahan atau loan agreement pula, ia adalah persetujuan antara korang dengan pihak bank.

    Tiga perkara penting yang korang kena tahu dalam loan agreement adalah jumlah pinjaman, kadar faedah dan tempoh pinjaman.

    Sebelum korang buat loan agreement ini, pastikan korang periksa terma dan syarat pakej pinjaman sebab setiap pakej adalah berlainan dan kompleks. 

    Setiap dokumen ini banyak terma dan syarat. Oleh itu, korang digalakkan untuk melantik peguam sendiri supaya korang boleh rujuk kembali dan dapatkan kepastian.

  6. Ketahui Kos-kos Lain Yang Terlibat 

    Foto Kredit: 89stocker melalui Shutterstock

    Bila nak beli rumah ni, ramai pembeli rumah yang tak bersedia dan terkejut bila mendapati ada bayaran tambahan. Di sini Qoala nak ingatkan korang supaya lebih bersedia dari segi kewangan.

    Seperti yang korang tahu, nak beli rumah ni mesti kena buat bayaran pendahuluan sebanyak 10% daripada harga pembelian hartanah. Selain itu, ada beberapa kos-kos lain yang penting korang kena sediakan.

    Berikut merupakan antara kos-kos yang terlibat bila korang nak beli rumah:

     

    • Yuran peguam
    • Duit setem
    • Yuran SPA
    • Yuran Penilaian

    Oleh itu, terdapat satu peraturan praktikal iaitu mengetepikan 10% lagi daripada harga pembelian hartanah untuk menampung kos-kos yang telah disebutkan di atas.

  7. Dapatkan Skim Rumah Mampu Milik

    Di Malaysia ni, ada banyak skim perumahan yang ditawarkan untuk korang pilih. Dari peringkat persekutuan sehinggalah ke peringkat negeri, banyak pilihan untuk korang pertimbangkan. Memang sesuai untuk korang yang nak beli rumah pertama!

     

    • Skim Rumah PR1MA
    • Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
    • Lembaga Perumahan Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Rumah SelangorKu
    • Pahang 
    • Rumahku Aman Jaya (Perak)
    • Terengganu
    • Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK)
    • Rumah Mesra Rakyat SPNB (Kedah)
    • Pulau Pinang
    • Perlis
    • Skim Pinjaman Perumahan (Sabah)
    • Rumah Mampu Milik (Sarawak)
    • Residensi Wilayah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan)

 

Kesilapan Lazim Membeli Rumah Pertama Yang Korang Mesti Elakkan!

Foto Kredit: Motortion Films Melalui Shutterstock

 

  • Membuat keputusan terburu-buru

 

Sebelum korang mula mencari rumah, senaraikan apa yang korang inginkan dari rumah tersebut seperti kawasan kejiranan yang baik, lokasi yang strategik dan sebagainya. 

Ingat, beli rumah ni pelaburan yang paling besar yang korang akan buat dalam hidup. Jadi, jangan buat keputusan terburu-buru. Ambil masa untuk menilai baik dan buruk rumah-rumah yang korang tengah survey tu. 

 

  • Berhutang terlalu banyak

 

Kalau korang mempunyai terlalu banyak sangat hutang, korang akan menghadapi masalah yang sangat besar bila nak buat pinjaman bank.

Bank akan menggunakan Nisbah Khidmat Hutang atau Debt Service Ratio (DSR) untuk mengira sama ada korang kayak atau tak untuk membuat pinjaman untuk membeli rumah. 

Sekiranya bank mendapati keadaan kewangan korang tak memuaskan, korang tak akan dapat pinjaman. DSR yang baik adalah dalam 30-40%, jika korang punya DSR dalam linkungan ini, korang akan layak untuk mendapat pinjaman bank.

 

  • Tak menyemak laporan/skor kredit 

 

Pastikan laporan kredit dan skor CTOS berada dalam keadaan yang baik. Dua perkara ini sangat penting untuk memastikan korang dapat pinjaman perumahan.

Bank akan menilai rekod prestasi korang membuat pembayaran hutang dan mereka akan menilai sama ada korang layak untuk membuat pinjaman perumahan atau tak. 

Kesimpulannya, beli rumah pertama ni memang banyak prosesnya dan ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Dari proses survey sehinggalah proses membeli, korang kena bersedia dari segi kewangan terutama sekali.

Diharapkan tips-tips yang Qoala dah kongsikan dalam artikel kali ini bermanfaat untuk korang. Semoga berjaya!

Dapatkan insurans rumah terbaik oleh Qoala di sini! Lindungi rumah seperti korang melindungi keluarga.

Hariz Hafiz
Pernah menulis puluhan berita surat khabar, beratus artikel marketing, kini, misi Hariz adalah untuk membantu korang mempelajari bidang insurans di Pesan by Qoala!
Dapatkan Insurans Hartanah Sekarang!