Apa Potongan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dalam Slip Gaji?

Artikel ini terakhir diperbarui April 22, 2022 by Shafiq Wahab
Apa Potongan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dalam Slip Gaji?

Bagi anda yang memiliki slip gaji, anda mungkin perasan ada potongan EIS dalam slip gaji anda selain potongan KWSP dan SOCSO. Bagi golongan muda yang baru bekerja, anda mungkin tertanya-tanya fungsi potongan EIS ini. Secara asasnya, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) atau Employee Insurance System (EIS) diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Ia bertujuan untuk membantu para pekerja yang kehilangan kerja untuk mendapatkan kembali pekerjaan termasuk beberapa faedah kewangan yang lain.

5 Perkara Tentang Skim Insurans Pekerjaan yang Anda Perlu Tahu

Secara asasnya, setiap pekerja di sektor swasta secara automatik didaftarkan ke dalam EIS dan ia menjadi salah satu tanggungjawab majikan untuk memastikan caruman dibuat melalui potongan gaji. Bagi anda yang tidak biasa dengan skim insurans ini, berikut lima perkara tentang EIS untuk rujukan dan panduan anda.

1. Apa itu Sistem Insurans Pekerjaan?

Secara asasnya, skim insurans pekerjaan ditubuhkan pada 2018 dengan tujuan membantu pekerja terutamanya pekerja swasta yang hilang kerja atau sumber pendapatan.

  • Menyediakan bantuan kewangan segera dalam tempoh tujuh hari selepas pengesahan hilang pekerjaan kepada pencarum yang dibuang kerja;
  • Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baharu melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti;
  • Meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang kerja melalui program latihan dan latihan vokasional.

2. Kadar Caruman SIP (Caruman EIS)

Kadar caruman SIP adalah sebanyak 0.2 peratus untuk majikan dan 0.2 peratus untuk pekerja berdasarkan gaji bulanan pekerja. Sebagai contoh, jika gaji anda RM2,000 sebulan, anda perlu membayar caruman bulanan sebanyak RM7.80 (RM3.90 daripada pekerja dan RM3.90 daripada majikan). Berikut merupakan jadual caruman SIP PERKESO atau kadar caruman EIS untuk rujukan anda:

Gaji BulananCaruman MajikanCaruman PekerjaJumlah Caruman
Gaji kurang RM305 sen5 sen10 sen
Gaji lebih RM30 tetapi kurang RM5010 sen10 sen20 sen
Gaji lebih RM50 tetapi kurang RM7015 sen15 sen30 sen
Gaji lebih RM70 tetapi kurang RM10020 sen20 sen40 sen
Gaji lebih RM100 tetapi kurang RM14025 sen25 sen50 sen
Gaji lebih RM140 tetapi kurang RM20035 sen35 sen70 sen
Gaji lebih RM200 tetapi kurang RM30050 sen50 senRM1.00
Gaji lebih RM300 tetapi kurang RM40070 sen70 senRM1.40
Gaji lebih RM400 tetapi kurang RM50090 sen90 senRM1.80
Gaji lebih RM500 tetapi kurang RM600RM1.10RM1.10RM2.20
Gaji lebih RM600 tetapi kurang RM700RM1.30RM1.30RM2.60
Gaji lebih RM700 tetapi kurang RM800RM1.50RM1.50RM3.00
Gaji lebih RM800 tetapi kurang RM900RM1.70RM1.70RM3.40
Gaji lebih RM900 tetapi kurang RM1,000RM1.90RM1.90RM3.80
Gaji lebih RM1,000 tetapi kurang RM1,100RM2.10RM2.10RM4.20
Gaji lebih RM1,100 tetapi kurang RM1,200RM2.30RM2.30RM4.60
Gaji lebih RM1,200 tetapi kurang RM1,300RM2.50RM2.50RM5.00
Gaji lebih RM1,300 tetapi kurang RM1,400RM2.70RM2.70RM5.40
Gaji lebih RM1,400 tetapi kurang RM1,500RM2.90RM2.90RM5.80
Gaji lebih RM1,500 tetapi kurang RM1,600RM3.10RM3.10RM6.20
Gaji lebih RM1,600 tetapi kurang RM1,700RM3.30RM3.30RM6.60
Gaji lebih RM1,700 tetapi kurang RM1,800RM3.50RM3.50RM7.00
Gaji lebih RM1,800 tetapi kurang RM1,900RM3.70RM3.70RM7.40
Gaji lebih RM1,900 tetapi kurang RM2,000RM3.90RM3.90RM7.80
Gaji lebih RM2,000 tetapi kurang RM2,100RM4.10RM4.10RM8.20
Gaji lebih RM2,100 tetapi kurang RM2,200RM4.30RM4.30RM8.60
Gaji lebih RM2,200 tetapi kurang RM2,300RM4.50RM4.50RM9.00
Gaji lebih RM2,300 tetapi kurang RM2,400RM4.70RM4.70RM9.40
Gaji lebih RM2,400 tetapi kurang RM2,500RM4.90RM4.90RM9.80
Gaji lebih RM2,500 tetapi kurang RM2,600RM5.10RM5.10RM10.20
Gaji lebih RM2,600 tetapi kurang RM2,700RM5.30RM5.30RM10.60
Gaji lebih RM2,700 tetapi kurang RM2,800RM5.50RM5.50RM11.00
Gaji lebih RM2,800 tetapi kurang RM2,900RM5.70RM5.70RM11.40
Gaji lebih RM2,900 tetapi kurang RM3,000RM5.90RM5.90RM11.80
Gaji lebih RM3,000 tetapi kurang RM3,100RM6.10RM6.10RM12.20
Gaji lebih RM3,100 tetapi kurang RM3,200RM6.30RM6.30RM12.60
Gaji lebih RM3,200 tetapi kurang RM3,300RM6.50RM6.50RM13.00
Gaji lebih RM3,300 tetapi kurang RM3,400RM6.70RM6.70RM13.40
Gaji lebih RM3,400 tetapi kurang RM3,500RM6.90RM6.90RM13.80
Gaji lebih RM3,500 tetapi kurang RM3,600RM7.10RM7.10RM14.20
Gaji lebih RM3,600 tetapi kurang RM3,700RM7.30RM7.30RM14.60
Gaji lebih RM3,700 tetapi kurang RM3,800RM7.50RM7.50RM15.00
Gaji lebih RM3,800 tetapi kurang RM3,900RM7.70RM7.70RM15.40
Gaji lebih RM3,900 tetapi kurang RM4,000RM7.90RM7.90RM15.80
Gaji lebih RM4,000 RM7.90RM7.90RM15.80

Jadual Caruman SIP PERKESO

3. Faedah Sistem Insurans Pekerjaan

Secara amnya, pekerja dan majikan yang mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) akan mendapat manfaat seperti berikut sekiranya berlaku situasi kehilangan pekerjaan:

  • Elaun Pencarian Pekerjaan akan dibayar kepada pekerja yang kehilangan satu-satunya pekerjaan yang ada dengan bayaran bulanan minimum tiga bulan dan maksimum enam bulan;
  • Elaun Pendapatan Berkurangan diberikan kepada pekerja yang hilang salah satu daripada pekerjaan yang dimiliki, kadar bayaran sama seperti Elaun Pencarian Pekerjaan dan dibayar sekaligus;
  • Yuran Latihan disediakan kepada pekerja yang terpilih untuk mengikuti latihan yang disyorkan oleh PERKESO tidak melebihi enam bulan dengan yuran maksimum RM4,000;
  • Elaun Bekerja Semula Awal akan diberikan sekiranya pencarum mendapat pekerjaan lebih awal iaitu sekitar 25 peratus daripada jumlah yang sepatutnya dapat tetapi masih belum diterima;
  • Elaun Latihan diberikan kepada pekerja bagi mengalakkan pekerja mengikuti latihan yang disediakan. Pembayaran dibuat sehingga enam bulan dengan kadar RM10 hingga RM20 untuk setiap hari latihan;
  • Program Penempatan Semula Pekerjaan membantu pekerja yang hilang kerja mendapatkan pekerjaan baharu termasuk temuduga kerja, latihan dan khidmat kaunseling untuk sokongan.

Sistem Insurans Pekerjaan

Berapa yang anda boleh dapat sekiranya anda dibuang kerja? Fendi telah bekerja selama beberapa tahun dan membayar EIS sepanjang tempoh beliau bekerja. Beliau telah dibuang kerja kerana syarikat beliau bankrap dan tidak lagu mampu menggaji pekerja. Gaji terakhir beliau ialah RM6,000. Oleh sebab caruman Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dihadkan kepada RM4,000, beliau akan menerima elaun berdasarkan amaun ini.

BulanPeratus (%)Tuntutan yang Layak
Pertama

80

RM3,200

Kedua

50

RM2,000

Ketiga

40

RM1,600

Keempat

40

RM1,600

Kelima

30

RM1,200

Keenam

30

RM1,200

4. Syarat dan Kelayakan untuk Memohon EIS

Berikut merupakan syarat dan kelayakan untuk memohon EIS untuk panduan dan rujukan anda:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bekerja dalam sektor swasta;
  • Permohonan PERLU dilakukan dalam tempoh 60 HARI dari tarikh penamatan pekerjaan;
  • Menepati Syarat Kelayakan Caruman yang telah ditetapkan oleh EIS;
  • Hilang pekerjaan di bawah definisi Kehilangan Pekerjaan oleh EIS.

Apakah kategori kehilangan pekerjaan yang termasuk bawah EIS? Secara asasnya, semua pekerja swasta atau pencarum yang kehilangan pekerjaan layak memohon bantuan kewangan:

  • Diberhentikan kerja (retrenchment);
  • VSS/MSS ( Voluntary/Mutual Separation Scheme);
  • Penutupan syarikat disebabkan oleh bencana alam;
  • Syarikat gulung tikar;
  • Pembuangan kerja secara konstruktif (ditindas majikan);
  • Perletakan jawatan atas sebab gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja;
  • Perletakan jawatan atas sebab diarahkan untuk melaksanakan tugasan berbahaya yang tidak termasuk dalam skop tugas.

Namun begitu, anda mungkin tidak layak untuk memohon bantuan kewangan skim insurans pekerjaan sekiranya anda:

  • Meletakkan jawatan secara sukarela;
  • Tamat tempoh kontrak perkhidmatan;
  • Ditamatkan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan tanpa terma dan syarat;
  • Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;
  • Persaraan; atau
  • Penamatan kontrak perkhidmatan disebabkan oleh salah laku.

5. Cara Claim Sistem Insurans Pekerjaan (EIS)

Apabila anda kehilangan pekerjaan, anda perlu kemukakan permohonan dalam tempoh 60 hari dari tarikh hilang pekerjaan. Kelewatan anda dalam menghantar permohonan boleh menyebabkan claim anda ditolak atau tidak diproses. Secara amnya, terdapat dua cara untuk membuat tuntutan iaitu tuntutan EIS secara online dan tuntutan EIS secara manual di pejabat PERKESO. Untuk membuat tuntutan EIS ini, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Layari laman web PERKESO;
  2. Kemudian, daftarkan diri sebagai pencari pekerjaan;
  3. Isi borang tuntutan dan kemukakan lampiran yang diperlukan;
  4. Permohonan lengkap akan diproses dan disemak berdasarkan kelayakan am serta syarat kelayakan pencarum bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan;
  5. Pindahan wang akan dibuat secara terus ke akaun pemohon setelah permohonan lulus;
  6. Anda juga perlu mengikuti Program Penempatan Pekerjaan dalam masa tujuh hari selepas pemberitahuan diterima daripada PERKESO;
  7. Selain itu, anda mesti melaporkan status anda setiap bulan kepada PERKESO.

Dokumen untuk Permohonan EIS

Bagi memudahkan urusan anda, berikut senarai dokumen yang perlu dilampirkan untuk permohonan Skim Insurans Pekerjaan anda:

  • Salinan kad pengenalan;
  • Bukti kehilangan pekerjaan seperti Surat Penamatan Pekerjaan;
  • Salinan akaun bank;
  • Salinan slip gaji enam bulan terakhir;

Oleh itu, penting untuk anda pastikan majikan anda berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) supaya sekiranya anda diberhentikan kerja secara tiba-tiba, anda boleh membuat tuntutan untuk mengurangkan beban kewangan anda sebelum anda mendapat pekerjaan baharu. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta, insurans rumah, insurans motor atau insurans nyawa terbaik, anda boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform beli insurans yang mudah, telus dan pantas dengan tawaran harga yang kompetitif dan berpatutan.

Kongsi:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea adalah penulis sepenuh masa sebelum Covid, dan juga selepas Covid. Berpengalaman menulis dalam bidang politik, fesyen, kewangan, dan banyak lagi.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗