Cara Renew Insurans Kereta Online di Qoala 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Cara Renew Insurans Kereta Online di Qoala 2024

Proses renew insurans kereta kini lebih mudah. Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, anda kini boleh renew insurans kereta online. Bagaimana cara renew insurans kereta online? Ikuti artikel ini untuk ketahui cara beli insurans kereta dan cara renew insurans kereta online.

7 Cara Renew Insurans Kereta Online di Qoala dalam Masa Kurang 5 Minit

Proses renew insurance kereta atau beli insurans kereta online di Qoala sangat mudah. Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh beli insurans kereta dari rumah tanpa perlu beratur atau bersusah payah.

Anda kini tidak perlu lagi perlu melalui proses-proses yang merumitkan dan menghadap kesesakan lalu lintas. Anda juga tidak perlu beratur panjang semata-mata untuk bertemu dengan ejen insurans kereta anda.

Berikut tujuh cara nak renew insurans kereta dalam masa kurang lima minit di Qoala:

cara renew insurans kereta di Malaysia

1. Layari qoala.my

Layari laman web Qoala, platform perbandingan dan pembaharuan insurans kereta terbaik dan paling popular di Malaysia.

2. Masukkan Butiran

Isikan butiran ringkas (dan butiran kenderaan) anda seperti nombor plat kenderaan, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan poskod. Pihak kami akan menyediakan sebut harga daripada beberapa syarikat insurans terbaik untuk anda pilih.

3. Terima Sebut Harga

Terima sebut harga dalam masa kurang lima minit dan buat perbandingan anda sebelum anda renew insurans kereta sendiri.

4. Bandingkan dan Buat Pilihan

Bandingkan kesemua sebut harga daripada rakan insurans kami dan pilih mana-mana syarikat insurans yang menawarkan perlindungan kereta yang optimum. Anda boleh mengambil masa selama yang anda mahu untuk menyelidik dan menilai sendiri polisi perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda.

Buat masa ini, Qoala bekerjasama dengan beberapa syarikat insurans di Malaysia antaranya:

5. Bayar Insuran Kereta Online

Sahkan kesemua maklumat peribadi anda. Kemudian, buat pembayaran secara online melalui pilihan pembayaran yang disediakan. Selain kad kredit dan kad debit, kami turut menerima pembayaran melalui perbankan internet dan e-wallet.

6. Terima Salinan Polisi

Salinan polisi insurans kereta anda akan dihantar melalui e-mel setelah pembayaran disahkan.

7. Terima Roadtax Kereta

Penghantaran roadtax kereta fizikal akan dilakukan dalam masa lima (5) hingga tujuh (7) hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia, atau tujuh (7) hingga 14 hari bekerja bagi Sabah dan Sarawak.

Roadtax kereta akan dihantar melalui kurier secara terus ke lokasi pilihan anda. Jika anda memilih untuk menggunakan cukai jalan digital, anda boleh semak dalam aplikasi MyJPJ anda.

Beli insurans kereta online untuk ketenangan fikiran

3 Sebab Perlu Renew Insurans Kereta Online di Qoala

Banyak cara yang boleh anda pertimbangkan untuk renew insuran online. Anda boleh terus pergi ke laman web syarikat insurans terbaik di Malaysia dan berurusan secara terus dengan pihak insurans.

Tetapi jika anda ingin membandingkan syarikat insurans bagi membantu buat pilihan sebelum beli insurans online, anda boleh pertimbangkan platform Qoala. Kenapa anda patut mempertimbangkan Qoala untuk renew insuran kereta online?

1. Proses Pantas

Setelah anda mengisi semua maklumat yang diperlukan, anda akan mendapat sebut harga insurans dalam masa kurang dari lima minit.

2. Tiada Kos Tersembunyi

Apa yang dinyatakan dalam sebut harga, itulah harga yang perlu anda bayar ketika renew insurance kereta online. Ini bermaksud, anda tidak perlu risau akan apa-apa kos tambahan atau kos tersembunyi lain yang mungkin dikenakan.

3. Perbandingan Terperinci

Qoala bekerjasama dengan beberapa pilihan syarikat insurans terbaik di Malaysia. Ini membolehkan anda membuat perbandingan harga dan memilih perlindungan insurans yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.

Anda bukan sahaja boleh bandingkan harga, tetapi anda juga boleh mengetahui proses tuntutan insurans dan lokasi bengkel kereta panel berhampiran anda.

Apabila anda beli insuran kereta secara dalam talian, ambil masa anda sebelum memutuskan polisi mana yang sesuai dengan keperluan anda. Jika boleh, fahami istilah-istilah dalam insurans untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.

5 Tips Renew Insurans Kereta, Jimat Duit Beli Insurance Kereta Online

Sebenarnya, ada cara yang boleh dilakukan untuk kurangkan harga premium insurans kereta anda. Jika anda ingin berjimat, berikut lima tips jimat duit renew insurans kereta yang boleh anda praktikkan:

1. Letakkan Jumlah Perlindungan Insurans yang Betul

Kebanyakan pemilik kereta akan meletakkan nilai perlindungan insurans atau sum insured berdasarkan Nilai Dipersetujui atau Nilai Pasaran. Anda boleh pilih mana-mana pilihan ini mengikut keperluan anda, asalkan tidak terlebih perlindungan (over-insured) atau terkurang perlindungan (under-insured).

2. Pilih Perlindungan yang Sesuai

Insurans kereta terbahagi kepada tiga jenis perlindungan – perlindungan insurans kereta pihak ketiga; pihak ketiga, kebakaran dan kecurian; dan komprehensif. Ketiga-tiga pilihan ini menawarkan perlindungan tertentu, buat pilihan yang betul bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang sewajarnya.

3. Manfaatkan Promosi yang Ada

Biasanya, sesetengah syarikat insurans atau platform perbandingan dan pembaharuan insurans seperti Qoala akan menawarkan promosi sempena hujung tahun atau musim perayaan.

Anda boleh manfaatkan promosi-promosi ini untuk nikmati lebih banyak penjimatan semasa renew insurans kereta.

4. Mantain Rekod NCD Kereta

Jika anda tak tahu, sejarah pemanduan boleh beri kesan pada harga insurans. Jika ada tuntutan insurans kemalangan telah dibuat, ia akan menjejaskan NCD kereta. Ia secara tidak langsung akan menyebabkan harga premium yang lebih mahal apabila anda nak bayar insurans kereta online.

Untuk nikmati harga insurans kereta murah, pastikan anda memandu dengan berhati-hati atau tambah perlindungan tambahan tertentu supaya tak beri kesan pada NCD kereta sekiranya tuntutan dibuat.

5. Lakukan Perbandingan Harga

Kebanyakan syarikat insurans kini menawarkan pilihan beli insurans kereta online. Manfaatkan kelebihan ini dengan membandingkan harga insurans kereta terbaik yang menepati bajet dan keperluan anda sebelum buat keputusan.

Untuk lebih mudah, layari laman web Qoala untuk membandingkan harga daripada beberapa syarikat insurans dan takaful terbaik di Malaysia. Dengan cara ini, anda boleh buat insurans kereta online pada harga yang berpatutan.

Insurans kereta membantu anda membuat persiapan sekiranya berdepan situasi yang memerlukan kos pembaikan yang tinggi | Renew Insurans Kereta Online di Qoala

Pilih Insurans Kereta Terbaik, Renew Insurans Kereta Online di Qoala untuk Ketenangan Fikiran

Sebelum beli insurans kereta, anda perlu fahami jenis perlindungan kereta yang anda perlukan terlebih dahulu. Dengan cara ini, ia dapat membantu anda memilih pelan perlindungan insurans kereta yang terbaik dan sesuai untuk kereta anda.

Di Malaysia, terdapat banyak syarikat insurans kereta terbaik yang boleh anda pilih yang menawarkan perlindungan terbaik. Namun begitu, tidak semua syarikat insurans menawarkan pelan perlindungan yang sama.

Lakukan perbandingan dan pilih syarikat insurans yang menawarkan perlindungan yang lengkap yang menepati keperluan anda. Sekiranya anda ingin beli insuran kereta terbaik atau renew insuran kereta online dengan mudah, layari laman web Qoala.

Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans kereta paling popular di Malaysia. Anda boleh lakukan perbandingan dan renew insurans kereta dengan mudah dan selamat dengan hanya satu klik!

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60