Panduan Lengkap Insurans Kereta & Cara Pilih Insurans Kereta Terbaik

Kali terakhir diperbaharui Nov 15, 2023 oleh Shafiq Wahab
Panduan Lengkap Insurans Kereta & Cara Pilih Insurans Kereta Terbaik

Setiap pengguna jalan raya wajib memiliki insurans kereta untuk melindungi pemandu atau pihak ketiga sekiranya berlaku sebarang insiden yang boleh menyebabkan kematian, kerosakan atau kerugian. Secara purata, pengguna jalan raya meluangkan masa sekurang-kurangnya dua hingga empat jam di atas jalan raya setiap hari. Ini bermaksud, pengguna jalan raya terdedah kepada risiko kemalangan atau kereta rosak tepi jalan yang lebih tinggi. Secara asasnya, banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum beli insurans kereta terbaik untuk anda. Panduan lengkap mengenai insuran kenderaan ini mungkin boleh membantu anda memilih insurans kereta yang sesuai dengan keperluan anda.

Insuran Kenderaan: 9 Perkara Wajib Tahu Tentang Insurance Kereta di Malaysia

Insurans kereta secara amnya berfungsi memberi perlindungan sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini seperti kereta rosak, kecederaan pada diri sendiri, penumpang lain atau pihak ketiga disebabkan kemalangan jalan raya atau sebagainya. Oleh sebab itu, Qoala menyenaraikan sembilan perkara penting berkaitan insurans kenderaan seperti jenis insuran dan cara pilih insurans kereta terbaik untuk panduan dan rujukan anda seperti berikut:

1. Apa Itu Insurans Kereta?

Insurans kenderaan atau insuran kereta merupakan salah satu perlindungan wajib yang perlu dimiliki oleh pemilik kenderaan. Mengikut undang-undang, pemilik kenderaan perlu memiliki sekurang-kurangnya Insurans Pihak Ketiga bagi membolehkan kenderaan digunakan di atas jalan raya. Insuran kereta memainkan peranan penting dalam melindungi kenderaan seperti kereta, motosikal dan sebagainya daripada sebarang risiko. Selain menawarkan perlindungan kewangan terhadap kerosakan kereta disebabkan oleh kemalangan, ia turut melindungi sebarang kecederaan yang mungkin berlaku disebabkan oleh kemalangan jalan raya serta perlindungan terhadap kecurian, kereta terbakar dan sebagainya.

2. Kepentingan Insurance Kereta

Berikut merupakan kepentingan beli atau renew insurance kereta khususnya kepada pemilik kenderaan:

  • Sekiranya berlaku kerosakan akibat kemalangan, kos pembaikan kereta akan ditanggung oleh insuran kereta – jika berlaku kemalangan semasa insurans tamat tempoh misalnya, anda mungkin perlu menanggung sendiri kos pembaikan yang adakalanya boleh mencecah ribuan ringgit;
  • Selain itu, insuran kereta ini juga boleh melindungi anda daripada sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga ke atas anda sekiranya anda melakukan kesalahan dan menyebabkan kerosakan serius pada harta benda orang lain.

3. Jenis Insurans Kereta di Malaysia

Di Malaysia, terdapat tiga jenis insuran kereta yang boleh dibeli dalam pasaran yang terdiri daripada perlindungan paling asas (Insurans Pihak Ketiga) sehinggalah perlindungan paling menyeluruh (Insurans Komprehensif). Setiap satu jenis insurans ini menawarkan pelbagai jenis perlindungan, biasanya dengan syarat dan terma yang berbeza bergantung pada syarikat insurans masing-masing.

Insurans Pihak Ketiga

Secara amnya, setiap kenderaan bermotor di Malaysia wajib memiliki sekurang-kurangnya perlindungan paling asas Insurans Pihak Ketiga untuk membolehkan kenderaan digunakan di jalan raya. Pihak Ketiga yang dimaksudkan dalam konteks perlindungan ini merujuk pada pemilik kereta lain yang terlibat dengan kemalangan dengan kereta anda.

Insurans Pihak Ketiga meliputi kerosakan pada kenderaan atau harta benda pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan disebabkan oleh kenderaan anda. Selain itu, polisi insuran ini juga melindungi anda sekiranya anda dipertanggungjawabkan ke atas kecederaan atau kematian pihak ketiga. Insurance kereta pihak ketiga menawarkan perlindungan yang terhad.

Polisi ini HANYA boleh digunakan untuk tuntutan pihak ketiga dan melindungi pihak ketiga daripada kecederaan atau kematian akibat kemalangan dan TIDAK boleh digunakan untuk membuat tuntutan kerosakan pada kenderaan anda. Oleh sebab itu, harga insurance kereta Pihak Ketiga biasanya ditawarkan pada harga yang rendah berbanding polisi insurans lain.

Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian tidak banyak beza dengan Insurans Pihak Ketiga dari aspek perlindungan kereta. Polisi insuran ini sama seperti Insurans Pihak Ketiga melindungi pemandu daripada sebarang tuntutan yang dilakukan oleh pihak ketiga termasuk kecederaan, kematian, kerosakan atau kerugian ke atas harta benda pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan oleh kereta anda.

Selain perlindungan asas seperti dinyatakan, polisi ini merangkumi perlindungan tambahan yang melindungi kenderaan sekiranya berlaku kerosakan kereta akibat kecurian atau kebakaran kereta yang tidak disengajakan. Ini bermaksud, anda boleh membuat tuntutan sekiranya pintu kereta terkopak atau cermin kereta anda dipecahkan disebabkan oleh cubaan mencuri, atau kereta terbakar akibat masalah kerosakan kereta.

Insurans Komprehensif

Insurance kereta jenis ini pula menawarkan perlindungan yang sama seperti Insurans Pihak Ketiga dan Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian. Ia merangkumi perlindungan ke atas kenderaan sendiri dan tidak terhad kepada kenderaan pihak ketiga sahaja. Dalam erti kata lain, ia bukan sahaja menanggung liabiliti pihak ketiga tetapi turut melindungi anda sebagai pemilik kereta sekiranya berlaku sebarang kerugian harta benda dan kecederaan akibat kemalangan.

Di Malaysia, kereta baharu yang dibeli melalui pembiayaan kewangan atau loan kereta, kereta paling mahal dan kereta mewah diwajibkan untuk membeli insurance kereta komprehensif. Ini kerana, insurans jenis ini menawarkan perlindungan yang lebih menyeluruh berbanding insurans lain. Ia juga mengelakkan anda daripada mengeluarkan kos pembaikan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan.

Jenis Insurans Kereta di Malaysia

4. Perbandingan Insurans Kereta

Secara amnya, jenis perlindungan atau insuran yang terbaik semestinya bergantung pada keperluan dan bajet anda. Berikut merupakan perbandingan antara tiga jenis insuran kereta di Malaysia untuk rujukan anda:

Jenis Insurans Kereta Insurans Pihak Ketiga

Polisi ini menawarkan perlindungan insurans paling asas daripada tuntutan pihak ketiga termasuk kematian, kecederaan, kerosakan serta kerugian harta benda akibat kemalangan.

Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Polisi ini menawarkan perlindungan sama seperti insurans pihak ketiga, dengan tambahan perlindungan kerosakan kereta akibat kebakaran atau kecurian.

Insurans Komprehensif

Polisi ini menawarkan perlindungan menyeluruh, tidak terhad kepada insiden kecurian dan kebakaran. Ia menawarkan perlindungan daripada kerosakan, kerugian harta benda serta kematian atau kecederaan akibat kemalangan.

Kereta Sendiri

Menawarkan perlindungan insurans ke atas kereta sendiri sekiranya berlaku kemalangan

X

X

/

Kereta Pihak Ketiga

Menawarkan perlindungan insurans ke atas kereta pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan

/

/

/

Kecederaan Sendiri

Melindungi anda sekiranya berlaku kecederaan disebabkan kemalangan

X

X

/

Kecederaan Pihak Ketiga

Melindungi pihak ketiga sekiranya berlaku kecederaan disebabkan kemalangan

/

/

/

Kecederaan Penumpang dalam Kereta Lain

Melindungi penumpang lain sekiranya berlaku kecederaan disebabkan kemalangan

/

/

/
Kerosakan Kereta Sendiri Disebabkan Kereta Terbakar

Menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kerosakan ke atas harta benda disebabkan kebakaran

X

/

/

Kerosakan Kereta Sendiri Disebabkan Cubaan Mencuri

Menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kerosakan ke atas harta benda disebabkan cubaan mencuri

X

/

/

Kecurian

Menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kerosakan ke atas harta benda disebabkan kecurian

X

/

/

5. Perlindungan Tambahan: Special Perils, Insurans Cermin Kereta

Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat insurans yang menawarkan perlindungan tambahan seperti insurans cermin kereta dan insurans bencana alam antaranya syarikat insurans Alliance, Zurich, Etiqa Takaful, Generali Malaysia dan lain-lain lagi. Pemilik yang ingin menambah perlindungan bencana alam misalnya perlu membayar sekitar 0.2 hingga 0.5 peratus daripada jumlah perlindungan diinsuranskan bergantung pada syarikat insurans yang dipilih. Sebagai contoh, jika kereta anda dilindungi oleh insurans Allianz dengan nilai perlindungan semasa kereta sebanyak RM26,000, anda hanya perlu bayar RM52 sebagai tambahan perlindungan bencana alam.

Berikut merupakan antara perlindungan tambahan yang biasa ditawarkan oleh syarikat insurans atau takaful kepada pemilik kenderaan:

Special Perils

Apa itu special perils? Perlindungan peril khas atau special perils merujuk pada perlindungan tambahan untuk kerosakan kenderaan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh, tanah mendap, pokok tumbang dan sebagainya bergantung pada polisi insurans yang anda pilih.

Secara amnya, kereta yang mempunyai perlindungan special perils tetapi rosak akibat bencana alam seperti banjir, ditimpa pokok semasa ribut dan sebagainya boleh membuat tuntutan ganti rugi atau claim kereta tenggelam banjir daripada insurans.

Insurans Cermin Kereta

Insurans cermin atau windscreen juga biasa ditambah sebagai perlindungan tambahan. Sekiranya kereta anda dilindungi oleh perlindungan tambahan ini, anda boleh membuat tuntutan sekiranya cermin kereta retak atau pecah secara tiba-tiba Jika kereta anda tidak dilindungi oleh insurans cermin kereta, anda mungkin perlu menanggung kos pembaikan yang mahal sekiranya berlaku insiden sebegini.

Biasanya, kos penggantian atau harga cermin kereta adalah sekitar RM500 hingga RM800 bergantung pada jenis dan model kereta.

6. Harga Insurans Kereta

Harga insurans kereta biasanya berubah setiap tahun mengikut nilai pasaran semasa kereta anda. Berikut merupakan enam faktor yang biasa mempengaruhi harga insurans kereta:

1. Jenis Insurans, Perlindungan Tambahan

Harga insurans turut dipengaruhi oleh jenis insurans kenderaan yang dipilih atau perlindungan tambahan yang dimasukkan (jika ada). Insurans Komprehensif misalnya ditawarkan pada harga yang lebih tinggi berbanding Insurans Pihak Ketiga.

2. Nilai Pasaran Semasa Kereta

Nilai pasaran atau kadar susut nilai kereta juga boleh mempengaruhi harga keseluruhan insurans kenderaan. Semakin rendah market value kereta, semakin murah harga insuran kereta.

3. Tahun Buatan

Selain itu, harga insurans kereta turut berkait rapat dengan tahun pembuatan kereta. Harga insurans Myvi 2015 biasanya lebih murah berbanding harga insuran Myvi 2021.

4. NCD Kereta

Secara amnya, pemilik kenderaan yang tidak membuat sebarang claim insurans kemalangan dalam tempoh lima tahun pertama boleh menikmati diskaun (NCD kereta) sehingga maksimum 55 peratus. Ia sekali gus membolehkan pemilik kenderaan mendapatkan perlindungan insurans pada harga yang lebih rendah semasa renew insuran kereta.

5. Lokasi

Selain itu, faktor lokasi juga boleh mempengaruhi harga insurans di Malaysia. Harga insurance kereta di Semenanjung Malaysia lebih mahal berbanding harga insurance kereta di Sabah dan Sarawak – analisis risiko di Semenanjung Malaysia dikatakan lebih tinggi dan berisiko berbanding Sabah dan Sarawak.

6. Kapasiti Enjin

Harga insurans juga ditentukan berdasarkan kapasiti enjin semakin tinggi kapasiti enjin kereta, semakin mahal harga insurans. Sebagai contoh, harga insurans Axia 1.0 cc biasanya lebih murah berbanding harga insurans Bezza 1.3 cc.

Harga Insurance Kereta di Malaysia

7. Cara Kira Insurans Kereta

Jumlah premium yang perlu dibayar biasanya bergantung pada jumlah keseluruhan perlindungan, jenis dan model kereta, sejarah tuntutan, kadar NCD kereta dan lain-lain lagi. Berikut merupakan cara kira insurans kereta untuk panduan anda:

Jumlah Premium Komprehensif = Premium Kasar + Perlindungan Tambahan (jika ada) + SST + Duti Setem

Premium Asas: RM1,128.40
Tolak 55% NCD Kereta: RM620.62
Tambah Insurans Cermin Depan: RM120 (untuk perlindungan RM800)
Tambah Special Perils: RM52 (untuk perlindungan RM26,000)
Premium Kasar: RM679.78
Tambah Cukai Perkhidmatan: RM40.79
Tambah Duti Setem: RM10.00
Jumlah Premium Perlu Dibayar: RM730.55

Andaikan anda mempunyai model kereta Perodua Myvi 1.5L yang berusia enam tahun dengan amaun diinsuranskan sebanyak RM26,000, kadar NCD kereta 55 peratus dan anda memasukkan perlindungan tambahan insurans cermin depan dan special perils. Berbanding kos asal, anda hanya perlu bayar kos keseluruhan insurance kereta sebanyak RM730.55 dan jimat sekurang-kurangnya RM507.78.

8. Cara Pilih Insurance Kereta Terbaik

Proses beli insurans kenderaan tidaklah sesukar yang dibayangkan. Ia merupakan proses yang sangat mudah lebih-lebih lagi jika anda sudah mengetahui aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum beli insurance kereta. Qoala menyenaraikan enam tips atau cara pilih insurans kereta terbaik, sesuai mengikut keperluan anda:

1. Beli Insurans Secara Terus Melalui Ejen, Syarikat Insurans atau Platform Dalam Talian

Secara asasnya, anda boleh pilih sama ada beli atau renew insurans kereta secara terus melalui ejen, syarikat insurans atau platform insurans dalam talian seperti Qoala Malaysia. Qoala merupakan platform insurans yang boleh dipercayai, mudah, cepat dan selamat.

2. Tentukan Jenis Insurans Kereta

Kemudian, tentukan jenis insurans kereta yang sesuai dengan keperluan anda. Anda disarankan untuk mengambil kira faktor-faktor lain seperti kekerapan pemanduan, lokasi pemanduan dan lokasi tempat tinggal (berisiko berlaku jenayah kecurian, banjir dan sebagainya) sebelum memilih jenis perlindungan insurans yang sesuai.

Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan perkhidmatan nilai tambah lain yang ditawarkan oleh syarikat insurans seperti:

      1. Bantuan kecemasan (tow truck) tanpa caj tambahan;
      2. Proses renew insurans yang mudah dan cepat secara online;
      3. Proses claim insurans banjir, insurans kemalangan yang tidak rumit;
      4. Lokasi bengkel panel yang mudah diakses dan menyeluruh;
      5. Perkhidmatan pelanggan yang cekap.

3. Kenal Pasti Jumlah Perlindungan yang Sesuai

Semak harga pasaran semasa atau current market value kereta anda cara ini membolehkan anda mengetahui anggaran jumlah perlindungan yang sesuai untuk kereta anda. Selain itu, semakan nilai pasaran kereta juga bertujuan untuk memastikan kenderaan anda diinsuranskan dengan jumlah perlindungan yang bersesuaian kerana ia boleh memberi kesan kepada amaun yang boleh dituntut sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Jumlah Perlindungan Rendah

Sekiranya kereta diinsuranskan lebih rendah berbanding nilai pasaran, anda dianggap bersedia untuk menanggung sendiri sebarang perbezaan nilai sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan. Dalam erti kata lain, anda hanya akan menerima bayaran tuntutan mengikut amaun yang diinsuranskan sahaja.

Jumlah Perlindungan Tinggi

Sekiranya kereta diinsuranskan lebih tinggi berbanding nilai pasaran pula, pampasan maksimum yang akan diterima terhad kepada nilai pasaran semasa kenderaan. Ini bermaksud, pemilik kenderaan hanya akan menerima bayaran tuntutan yang munasabah dengan harga pasaran semasa kereta.

4. Dapatkan Sebut Harga

Anda boleh dapatkan sebut harga daripada beberapa syarikat insurans kereta untuk membantu anda membuat pilihan. Selain itu, sebut harga juga boleh diubah (customize) mengikut keperluan anda. Bagi mendapatkan quotation harga insurans, syarikat insurans biasanya memerlukan maklumat seperti berikut:

      1. Nama penuh pemilik;
      2. Nombor kad pengenalan pemilik;
      3. Nombor telefon;
      4. E-mel;
      5. Alamat kediaman;
      6. No plat kereta;
      7. Jenis dan model kereta.

5. Banding Harga Insurans Kereta

Meskipun secara asasnya harga insurans daripada syarikat insurans berlainan tidak banyak beza kerana kadar insurans di Malaysia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, anda disarankan untuk lakukan perbandingan harga insurans terlebih dahulu sebelum buat keputusan bagi memastikan anda mendapat harga yang benar-benar kompetitif.

6. Pilih Syarikat Insurans Terbaik

Pilih syarikat insurance kereta terbaik yang sesuai dengan keperluan anda. Setiap syarikat insurans menawarkan kelebihan dan kekurangan yang tersendiri bergantung pada jenis perlindungan yang anda pilih. Ambil kira pelbagai faktor sebelum membuat keputusan. Syarikat A mungkin menawarkan insurans pada harga murah namun mempunyai maklum balas negatif daripada pelanggan, berbanding syarikat B yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik selari dengan harga insurans yang lebih mahal.

Cara Claim Insurans Kereta

9. Cara Claim Insurans Kereta Kemalangan

Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kerosakan harta benda tanpa sebarang kecederaan fizikal, anda boleh lakukan tuntutan ganti rugi dengan mempertimbangkan tiga cara berikut:

1. Tuntutan Kerosakan Sendiri

Sekiranya kesalahan berpunca daripada anda, buat tuntutan daripada syarikat insurans anda sendiri. Namun begitu, anda mungkin akan kehilangan NCD kereta sekiranya anda membuat tuntutan ini.

2. Tuntutan Kerosakan Sendiri Knock-for-Knock

Namun sekiranya kemalangan yang berlaku bukan berpunca daripada anda, anda boleh pertimbangkan untuk buat tuntutan Kerosakan Sendiri Knock-for-Knock atau Own Damage Knock-for-Knock (OD KFK). Apa itu OD KFK? Ia merujuk kaedah tuntutan insurans pihak ketiga namun melalui syarikat insurans anda sendiri. Ini bermaksud, syarikat insurans anda akan menuntut semula kos yang dikeluarkan daripada syarikat insurans pihak ketiga.

3. Tuntutan Kerosakan Harta Pihak Ketiga

Selain itu, anda juga boleh membuat tuntutan terhadap syarikat insurans pihak ketiga jika berlaku kerosakan pada kereta atau harta benda anda akibat kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pihak ketiga. Anda boleh rujuk cara claim insurans kemalangan ini untuk panduan lanjut.

Semoga perkongsian ini boleh membantu anda memilih polisi insuran kereta terbaik untuk kereta anda. Sekiranya anda sedang mempertimbangkan insurance kereta yang komprehensif dan terbaik untuk anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans insurtech yang menyediakan pelbagai jenis insurans seperti insuran kereta, insurans motor, insurans rumah dan insurans nyawa di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans kenderaan yang selamat, berpatutan dan mudah.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

2 comments

  1. Tumpang tanya,
    1.adakah pembelian insurans pilihan pada harga pasaran ( bukannya di bawah harga pasaran) menjamin hak pembeli?
    2. Adakah sijil insurans yang Kita perolehi itu layak Dan sah diguna pakai ketika membuat tuntutan?
    3. Bagaimana pula kes beli insurance Hari ni ikut nilai pasaran semasa, juga jelas dicetak pada sijil memyatakan your vehicle is based on market value tetapi ketika membuat tuntutan damage untuk kesalahan bukan berpunca dari Kita , sistem online pihak insurans itu memberitahu insurans Kita adalah kategori under insurance/ kurang dari harga pasaran maka 10% damage adalah tanggungan Kita.
    4. Soalan lain, adakah semua tuntutan perlu ikut nilai semasa? Kalu Iya, maka Saya sebagai pembeli hak mengharapkan semua ayat didalam black n white insurance agreement tu semuanya hancur . Baik takpaya beli insurance Kita beli ikut harga pasaran nanti masa tuntutan dia kata under insured pula dah tu nak kena beli over insurance ke?

  2. Tumpang Tanya, Kalau pemilik kereta arwah suami sudah meninggal tetapi waris isteri membawa kereta Dan kemalangan, insurance etiqa cakap total lost.. Dan SI isteri arwah di suruh menyerah kan kunci kereta, adakah kereta Masih perlu dibayar loan atau tidak…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60