Bateri Kereta Kong: Tanda-tanda Bateri Kereta Lemah (Wajib Tahu!) 

Artikel ini terakhir diperbarui February 23, 2022 by Hariz Hafiz
Bateri Kereta Kong: Tanda-tanda Bateri Kereta Lemah (Wajib Tahu!) 

Bayangkan tengah nak bergegas, masuk kereta tiba-tiba kereta tak boleh start sebab bateri kong! Siapa yang pernah alami situasi ini mesti tahu betapa frust dan kecewanya perasaan. Daripada nak cepat, jadi lambat pula. Oleh itu, korang kena tahu cara penjagaan bateri kereta dengan betul.

Angry Face Palm GIF by Amazon Prime Video - Find & Share on GIPHY

Bateri adalah satu elemen yang paling penting dalam sistem elektrik kenderaan dan antara komponen yang wajib diganti setiap dua tahun bergantung kepada cara penjagannya. Buat yang tak tahu, bateri dalam kereta ni berfungsi untuk menyediakan arus elektrik untuk menghidupkan enjin dan menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa kereta tak digunakan.

Korang mesti tertanya-tanya macam mana nak tahu bateri kereta kong? Artikel kali ini kami akan kongsikan jenis-jenis bateri, apa punca bateri kereta kong dan tanda-tanda bateri kereta kong yang korang wajib tahu! 

bateri kereta kong

3 Jenis Bateri Kereta serta Jangka Hayat Bateri Kereta

Pertama sekali, korang kena tahu bateri ni ada tiga jenis. Setiap bateri ini mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri dan korang wajib tukar bateri kereta bila dah tiba masanya. Mana satu bateri kereta terbaik untuk korang? Jom kita tengok 3 jenis bateri kereta di bawah.

  • Bateri Sel Kering

Bateri kering atau dikenali juga sebagai bateri ‘Maintenance Free’ (MF) merupakan satu jenis bateri kereta yang tak memerlukan sebarang penyelenggaraan dan mudah dijaga. Bateri kering ini juga tak memerlukan air bateri. Ini bermakna korang tak perlu risau untuk menambah air bateri. Apa yang korang perlu berikan perhatian adalah jangka hayat bateri kering tersebut. Apabila melepasi jangka hayat bateri kereta, kita wajib tukar! Jangka hayat bagi bateri kereta kering ni adalah minimum setahun dan paling lama adalah dua tahun. Ia juga bergantung kepada penggunaan kereta. Dari segi harga pula, bateri kereta kering adalah lebih mahal daripada bateri kereta basah.

  • Bateri Kereta Basah

Bateri kereta basah atau sel basah adalah sejenis bateri yang perlu menggunakan air bateri. Selalunya, jangka hayat bateri jenis basah ini bergantung kepada kekerapan korang menggunakan kereta. Jika korang nak gunakan bateri jenis ini, korang perlu beri perhatian sebab bateri ini memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Sekiranya korang sering menggunakan kereta untuk urusan harian, korang wajib periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan daripada menjadi kering. Kalau jarang menggunakan kereta, kena juga periksa. Tapi korang boleh periksa setiap 2 atau 3 minggu sekali. Nak menambah air bateri tak boleh tambah ikut suka. Kena ikut sukatan yang disyorkan. Air bateri tak boleh kurang atau lebih daripada yang telah ditetapkan. 

  • Bateri Gel

Bateri kereta jenis gel pula adalah sejenis bateri kereta yang baru-baru muncul di pasaran. Ia boleh menjangkau sekitar dua tahun atau kurang jangka hayatnya. Bateri ini harganya jauh lebih mahal berbanding bateri sel kering dan bateri sel basah. Walaubagaimana pun, bateri kereta jenis jel ni mampu bertahan lima sehingga 10 tahun, bergantung kepada penggunaan. Bateri jenis ini dilengkapi dengan gel elektrolit yang lebih tebal. Inilah yang menjadikan bateri gel ini lebih selamat, mesra alam dan dapat menahan dua kali lebih banyak kitaran pengecasan dan pelepasan (sehingga 400). 

bateri kereta kong

6 Punca Bateri Kereta Kong

Korang tengah menghadapi masalah bateri kereta? Kenapa bateri kereta cepat habis? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan bateri kereta kong. Mungkin korang tak perasan sebelum ini, jadi take note ye semua!

  • Lupa Tutup Lampu Kereta

Kes lupa tutup lampu kereta ni memang selalu terjadi. Lampu di dalam kereta mahupun di luar, kalau ditinggalkan dalam tempoh masa yang lama, ia boleh menjadi penyebab bateri kereta kong. Jadinya, korang kena semak setiap suis lampu kereta korang dimatikan sebelum keluar kereta. Ada kalanya kita perasan mentol lampu kita dah terbakar. Bila tak sedar dan tak nampak lampu itu menyala, boleh menyebabkan korang tak tutup suis lampu sekaligus menyebabkan bateri kereta kong dan tak boleh start. 

  • Aksesori Kereta Berlebihan 

Yang menggemarkan aksesori kereta seperti power amp dengan watt yang besar, woofer, sistem audio yang gempak, alarm kereta yang canggih dan bermacam-macam lagi, korang mungkin kurangkan. Sebabnya aksesori-aksesori kereta yang berlebihan ini adalah punca bateri kereta boleh jadi kong! Korang disarankan untuk pakai bateri yang besar supaya boleh seimbangkan dengan jumlah tenaga yang digunakan.

  • Litar Pintas

Untuk pengetahuan korang, kereta memerlukan sistem elektrik untuk enjin dihidupkan sebelum boleh dipandu. Perlu diingat, di sebalik sebuah kereta yang power, sistem elektrik adalah pencetus kepada operasi sistem keseluruhan kereta termasuklah bateri. Penggunaan wayar yang tak baik boleh mengganggu kawalan perintang kepada arus sekaligus menyebabkan bateri kereta kong. Selain itu, sekiranya litar pintas terjadi, ia boleh menyebabkan kereta terbakar

  • Alternator Tak Cas Bateri 

Salah satu punca bateri kereta kong yang lain adalah masalah alternator kereta. Alternator kereta berfungsi sebagai ejen pengecas bateri  apabila kereta sedang berjalan. Sekiranya alternator kereta rosak, bateri tak dicas. Ini menyebabkan bateri kereta kong. Apabila alternator bermasalah, jumpstart tak dapat menyelesaikan masalah. 

  • Kereta Lama Tak Start

Bila korang jarang menggunakan kereta, atau jarang menghidupkan enjin kereta, ia boleh menyebabkan bateri kereta kong. Setiap jenis kereta perlu dihidup dan digerakkan dengan kerap untuk membolehkan bateri kereta caj. Kereta perlu dihidupkan sekurang-kurang 10-15 minit setiap hari. Lagi-lagi untuk korang yang sedang bekerja dari rumah dan tak menggunakan kereta, luangkan sedikit masa untuk hidup dan jalankan kereta. Nanti melayang pula duit!

  • Bateri Kereta Tamat Tempoh Hayat

Selalunya, jangka hayat bateri kering dalam lingkungan lebih kurang satu setengah tahun sehingga dua tahun sehaja. Korang kena alert dengan tarikh pembelian supaya tak terlupa untuk menggantikan bateri kereta yang baru. Apa yang korang boleh buat is set reminder pada telefon bimbit korang, dengan cara ini korang takkan terlepas untuk menggantikan bateri kereta korang. Mudah kan?

bateri kereta kong

Tanda-tanda Bateri Kereta Kong

Dalam bahagian ini, Qoala akan berkongsikan cara nak tahu bateri kereta lemah. Berikut merupakan 4 tanda bateri kereta perlu ditukar.

  • Kereta Tak Boleh Start atau Susah Nak Start

Selalunya, bila kita hidupkan enjin kereta, ia hanya mengambil masa 3-5 saat saja untuk dihidupkan. Tapi lain kesnya apabila mampunyai bateri kereta yang hampir nak kong. Ia akan memerlukan lebih masa dan korang perlu mencuba menghidupkan kereta untuk beberapa kali sebelum enjin boleh dihidupkan. Bila dah ada kes-kes sebegini, jangan tak tahu, ini sebenarnya antara petunjuk  yang paling jelas bahawa bateri kereta korang semakin lemah dan sudah tiba masanya untuk gantikan bateri kereta dengan bateri yang baru. 

Apa jadi bila korang tak endahkan tanda ini? Alamatnya, korang akan menanggung akibat dimana kereta tak boleh start. Tambah buruk lagi bila kereta tak dapat dihidupkan di masa-masa terdesak seperti kecemasan, atau korang dah lewat untuk ke sesuatu urusan yang penting. 

  • Lampu Amaran Kereta Menyala

Perhatikan papan pemuka yang berada di depan stereng. Bila caj bateri korang menurun ke tahap yang kritikal kerana tak mampu menyimpan caj, ataupun bateri tak dicaj dengan baik, lampu amaran bateri kereta akan timbul pada papan pemuka. Bila simbol bateri sudah berkelip-kelip di papan pemuka, itu bermakna ada sesuatu yang tak kena dengan bateri dan korang kena periksa serta merta.

  • Kereta Bau Busuk

Sebelum korang marah kawan, partner, atau keluarga korang sebab kentut dalam kereta, jangan tak percaya, bateri yang rosak dan kong juga boleh menghasilkan bau busuk. Macam mana bateri boleh hasilkan bau busuk? Sebenarnya, bau busuk ini terjadi apabila berlaku litar pintas pada bateri, dan asid sulfurik mungkin sudah pun bocor sekaligus melepaskan gas busuk itu. Jika ini berlaku, ia sangat berbahaya kerana boleh merosakkan komponen-komponen lain dalam kereta korang. Bukan itu je, disebabkan kereta korang dah busuk, korang juga kena cari cara hilangkan bau busuk dalam kereta yang berlaku disebabkan oleh bateri kereta ini. 

  • Alarm Kereta Berbunyi Sendiri 

Kadang-kadang bila berlaku alarm kereta yang berbunyi tak tentu hala ni membuatkan kita pula yang gelabah tak tentu pasal. Kebiasaannya, alarm kereta yang berbunyi tak tentu hala ini adalah kereta model TOYOTA ataupun PROTON. Apabila ia mula berbunyi tak tentu hala, itu adalah tanda bateri kereta perlu ditukar dengan segera. 

bateri kereta kong

Tips Menghidupkan Semula Bateri Kereta Yang Kong

Bila bateri kereta kong, jangan panik dulu! Sebenarnya ada beberapa tips untuk korang menghidupkan semula bateri kereta korang sebelum menunggu bengkel kereta beroperasi. Kalau korang punya kereta rosak tepi jalan, korang boleh ikut tips-tips ini. Cara nak hidupkan kereta ni mudah je sebenarnya, cuba baca tips di bawah ini: 

  • Periksa Sambungan Terminal Bateri Kereta

Cuba semak sambungan terminal bateri korang, bersambung dengan baik ke tak? Korang kena pastikan terminal bateri itu bersambung. Kalau macam tak pasti, korang boleh gerakkan atau putarkan sedikit sambungan tu. Tapi ingat, kena berhati-hati! 

  • Bersihkan Terminal Bateri Kereta

Kalau ada nampak macam kotoran berwarna putih di bateri kereta, cuba bersihkan. Kadang-kadang, kotoran itu boleh menyebabkan aliran elektrik tak dapat disampaikan kepada lalu menyebabkan bateri menjadi kurang efisien. 

  • Lakukan Jump Start Kereta

Kalau korang ada jumper dalam kereta, inilah masanya untuk tunjukkan kepakaran korang melakukan jump start! Tapi, nak lakukan jump start kereta, perkara-perkara yang korang kena beri perhatian buat yang pertama kali buat. 

  1. Semak buku manual. Ini kerana sesetengah kereta tak sesuai untuk melakukan jump start kerana sistem litar yang sensitif. 
  2. Periksa jika bateri kereta korang berkarat, retak, bocor atau rosak. Jika ada ciri-ciri ini, jangan lakukan jump start. 
  3. Jangan lupa juga untuk matikan enjin sebelum melakukan jumpstart. Radio, lampu hadapan, dan sebagainya harus dimatikan. 
  4. Selepas matikan enjin, pastikan korang cabut kunci kereta. 

Untuk melakukan jump start, korang memerlukan kereta lain yang baterinya elok dan mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar daripada kereta korang. Sekiranya kapasiti kereta si pemberi bantuan lebih rendah, ia boleh mendatangkan bahaya. Boleh jadi lintas pintas kalau tak hati-hati. Gunakan soft skill korang untuk mintak tolong sesiapa yang berdekatan. 

Berikut merupakan cara jumper kereta dengan betul;

  1. Sambungkan klip kabel jumper dengan penuh berhati-hati.
  2. Sentiasa mulakan dengan menyambungkan terminal positif kabel jumper kereta dengan terminal positif bateri kereta si penderma. Terminal positif selalunya ada penutup plastik warna merah berserta simbol (+).
  3. Selesai langkah itu, sambungkan pula kabel jumper kereta penderma dengan terminal positif bateri kereta yang kong. 
  4. Bila kereta dah boleh start, jangan terus matikan. Hidupkan sekurang-kurangnya selama 15 minit dulu. Ini penting untuk pengecasan bateri.
  5. Lepas dah okay, korang dah boleh bawa kereta macam biasa. Jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada individu kereta lain yang membantu tu ye! 

Inilah pentingnya ada jumper dalam kereta. Korang boleh dapatkan di kedai-kedai aksesori kereta, dan boleh juga didapati di Mr. DIY berhampiran korang.

  • Hubungi Pihak Insurans

Kalau dah tak ada cara lagi, korang boleh telefon pihak insurans korang untuk datang membantu. Walaupun insurans ini adalah amat penting, namun masih ramai yang tak sedar. Ada juga yang menjangka bahawa mempunyai roadtax kereta sahaja sudah mencukupi. Inilah pentingnya ada insurans kereta. Sebab kemalangan jalan raya boleh berlaku pada korang tanpa diduga.  

Kesimpulannya, korang kena sentiasa pantau keadaan bateri kereta kerana ia merupakan komponen penting yang memastikan korang dapat menggunakan kereta tanpa sebarang masalah dan dalam masa yang sama boleh mengelakkan masalah bateri kereta kong. Diharapkan perkongsian Qoala dalam artikel ini akan dapat membantu korang menguruskan kereta dengan lebih baik.

Kalau korang nak dapatkan insurans kereta terbaik dengan jaminan harga terendah, hubungi kami di Qoala! Di Qoala, anda boleh membuat perbaharuan insurans kereta termasuk cukai jalan dengan mudah dan pantas!

Kongsi:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea adalah penulis sepenuh masa sebelum Covid, dan juga selepas Covid. Berpengalaman menulis dalam bidang politik, fesyen, kewangan, dan banyak lagi.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗