Tanda Ekzos Kereta Bermasalah

Artikel ini terakhir diperbarui November 18, 2021 by Nadhirah Rashid
Tanda Ekzos Kereta Bermasalah
Bagikan ke Teman:

Ekzos kereta adalah salah satu elemen kereta yang jarang diberi perhatian. Cuba tanya diri korang, bila kali terakhir korang check ekzos kereta korang?

Tahun lepas?

Dua tahun lepas?

Atau tak pernah check langsung?

Untuk pengetahuan korang, sistem ekzos kereta direka untuk make sure pelepasan bahan kimia bahaya yang dilepaskan daripada kereta korang ada pada tahap yang selamat. Basically, ekzos kereta ni function dia untuk kurangkan kadar pelepasan bahan kimia ke udara. 

At the same time, ekzos kereta ni direka untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar dan kesan bahaya kepada nyawa manusia. Tapi tulah, tak semua ambil tahu pasal penjagaan sistem ekzos kereta. 

Bila sistem ekzos kereta tak terjaga, ekzos kereta kita boleh bocor. Dan apabila kebocoran berlaku, perkara ni boleh menjejaskan kesihatan dan membahayakan nyawa pemandu dan penumpang sekiranya dihidu secara berterusan sepanjang pemanduan.

Nah, macam mana nak tahu ekzos kita bermasalah dan ada kebocoran?

Simptom-simptom ekzos kereta bermasalah

ekzos kereta masalah
Foto Kredit: Tipy_Pleydell Melalui Shutterstock

Kalau korang nak kenalpasti sama ada ekzos kereta korang bermasalah, perhatikan simptom-simptom ni:

Ekzos kereta bermasalah = Enjin mengaum kuat 

Ini antara simptom yang obvious. Bila ekzos kereta korang bermasalah, enjin akan berbunyi kuat secara tiba-tiba dan menjadi makin bising. 

Untuk pengetahuan korang, sepatutnya, enjin kereta moden sekarang dah tak ada keluarkan bunyi yang bising sangat disebabkan indeks pelepasan bunyi yang perlu dijaga. 

Jadi, bila tiba-tiba enjin kereta korang berbunyi luar biasa, itu menandakan ekzos kereta ada kebocoran di bahagian paip ekzos atau penyambung. 

Misal kata korang dah hantar check, tapi tak ada bocor, mungkin bocor tu di bahagian penyambung. Ni boleh jadi sekiranya gasket yang menjadi penebat bahagian penyambung tu ada kerosakan. 

Gasket boleh rosak disebabkan perubahan suhu panas dan sejuk. Berdasarkan jangka hayat komponen kereta, gasket mampu bertahan selama 5 tahun atau mungkin hingga 20 tahun. Tak ada spesifik tempoh hayat kerana bergantung kepada pengeluar kenderaan.

Bunyi kuat dari ekzos

Bila korang dengar ada bunyi kuat dari ekzos kereta korang, itu pun salah satu tanda kerosakan awal yang korang kena beri perhatian. Macam mana nak dengar bunyi ekzos kuat? Bila korang pecut, dan tiba-tiba ada bunyi kuat tu, haa itulah tandanya ekzos kereta korang tengah ada problem. 

Bila dah macam ni, korang kena segera buat pemeriksaan. 

Gegaran pada pedal minyak

Gegaran pedal minyak boleh berlaku walaupun ada kebocoran kecil. Jadi kita gabungkan simptom kedua dan ketiga ini, kemungkinan besar berlaku kebocoran. Gegaran itu pula  berkadar langsung dengan saiz kebocoran paip ekzos. Semakin besar saiz bocor, maka semakin teruk pedal minyak bergegar.

Jika dibiarkan, gegaran akan merebak sampai ke bahagian stereng dan lantai kereta. Kadangkala gegaran dan bunyi yang terhasil boleh buat kita rasa kereta macam nak roboh. Semuanya berpunca akibat paip ekzos bocor.

Kereta kuat makan minyak

Kalau macam kereta korang kejap-kejap kena isi minyak, itu pun salah satu tanda ekzos kereta korang bocor. Sebabnya, proses pembakaran lengkap sebenarnya memerlukan nisbah kandungan bahan api dan udara yang bersesuaian untuk bagi tahap kecekapan bahan api yang sesuai, ikut apa yang diuarkan pengeluar mengenai sesebuah kereta.

Tapi, kebocoran sistem paip ekzos ni akan menyebabkan

sukar beroperasi, sekali gus menyebabkan kereta kuat makan minyak. Ini semua bagi tenaga yang sebuah kereta perlukan. 

Simptom ini mungkin tidak terlalu ketara berbanding simptom lain. Bagaimanapun, jika kebocoran kecil berlaku, simptom kereta kuat makan minyak dapat membantu pemandu mengenal pasti masalah berkenaan.

Bau yang menganggu

Berbeza gas CO yang tiada bau, sebaliknya gas karbon dioksida (CO2) mengeluarkan bau tidak menyenangkan, termasuk juga gas-gas lain yang dilepaskan enjin kereta.

Gas-gas itu juga mendatangkan bahaya kalau terhidu secara berterusan sepanjang pemanduan. Kalau kebocoran berlaku di bahagian manifold, gas-gas yang terlepas itu akan menghasilkan bau yang kuat. Pastikan juga mendengar maklum balas penumpang kerana mereka mungkin terhidu bau kurang menyenangkan.

Gas-gas berkenaan mungkin menyelinap masuk menerusi kabin belakang dan tidak dapat dibau pemandu dan penumpang depan. Jadi, sentiasa prihatin kepada bunyi, gegaran dan bau.

Kenali warna-warna asap ekzos kereta

Sebagai pemandu, memang tak dapat dinafikan kita jarang sangat untuk perhatikan warna asap ekzos yang keluar. 

Mana taknya kita yang memandu kenderaan sendiri memang tak akan nampak asap keluar dari ekzos di belakang. Melainkan asap itu betul-betul tebal dan ketika kenderaan tidak bergerak barulah kita perasan.

Asap yang keluar dari paip ekzos sebenarnya boleh bagi petunjuk awal mengenai masalah dalaman sesebuah kereta. Kebiasaannya, ada empat jenis warna asap kenderaan yang kena diberi perhatian khusus iaitu: hitam, biru, kelabu dan putih.

Kenali simptom, dan perincian masalah yang berlaku seperti berikut:

Asap Ekzos Kereta Warna Hitam

ekzos kereta bermasalah
Foto Kredit: nampix Melalui Shutterstock

Kalau muncul asap hitam keluar dari muncung ekzos, itu maksudnya enjin kereta tak dapat udara mencukupi yang menyebabkan bahan api dibakar berlebihan.

Apa perlu diperiksa ialah penapis udara yang kemungkinan tersumbat. Korang pun disarankan membersihkan penapis atau menukar baharu.

Kalau penapis udara dalam kondisi baik, tetapi ekzos still keluarkan asap hitam, itu mungkin petanda injektor bahan api, manifold atau komponen lain mengalami masalah. Langkah terbaik, bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan lebih teliti.

Asap Ekzos Kereta Warna Biru

Bila asap ekzos warna biru, atau kebiru-biruan, itu maksudnya ada kebocoran dalam enjin kereta. Enjin kereta korang mungkin tengah membakar minyak hitam. Minyak hitam boleh bocor bila berlakunya kerosakan pada kedap injap (valve seal), masalah pada dinding silinder atau gelang piston (piston ring) haus/rosak. 

Kalau asap biru keluar masa korang tengah pecut, barangkali itu mungkin disebabkan gelang piston rosak. 

Asap Warna Kelabu

Asap kelabu ni memberi petunjuk kepada situasi enjin membakar minyak gear/transmisi. Petanda lain, korang akan terhidu bau asap semacam terbakar. Itu juga mungkin petanda berlaku masalah terhadap komponen pengecas turbo (jika kereta berenjin turbo) dan enjin menggunakan terlalu banyak bahan api.

Asap Putih

Asap putih menandakan ada kebocoran melibatkan bahan penyejuk (coolant). Apa perlu dilakukan adalah buat pemeriksaan untuk melihat sebarang masalah kebocoran gasket pada kepala enjin.

Jika memang berlaku kebocoran coolant, ini akan menyebabkan masalah panas lampau (overheat) pada enjin. Jika kerja-kerja baik pulih lambat, silinder atau blok enjin boleh retak.

Tips jaga ekzos kereta

Mostly orang yang ada kereta ni kurang bagi perhatian dalam menjaga ekzos kereta. Tapi, untuk pastikan korang punya ekzos kereta berjalan lancar, ini dia tips penjagaan ekzos kereta. 

  • Lakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya setiap tiga bulan mengenal pasti sebarang kerosakan atau kebocoran pada bahagian ekzos kereta;
  • Pemeriksaan boleh dilakukan sendiri dengan menggunakan tangan untuk mengesan sama ada terdapat angin yang keluar saluran ekzos. Namun begitu, amalkan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan tangan daripada terkena bahagian ekzos yang panas;
  • Jika kebocoran berlaku di bahagian gasket penyambung blok enjin, anda disarankan untuk menggantikan terus komponen tersebut. Gasket boleh rosak disebabkan perubahan suhu panas dan sejuk. Secara amnya, jangka hayat gasket kereta mampu bertahan selama lima hingga 20 tahun bergantung pada keadaan dan penggunaan;
  • Jika kebocoran kecil berlaku di bahagian lain, anda boleh mengimpalnya untuk membaikinya. Namun begitu, anda disarankan untuk menukar keseluruhan sistem ekzos jika lubang kebocoran terlalu besar untuk mengelakkan pembaziran bahan api.

Sejauh mana bahayanya asap ekzos kereta?

Kes-kes individu mati lemas ketika tidur akibat terhidu karbon monoksida dalam kereta yang dihidupkan enjinnya dah banyak kali direkodkan. 

Karbon monoksida ni terdiri daripada satu unsur karbon unsur oksigen yang mana ia adalah sejenis gas toksik yang tak berwarna, berbau dan berasa yang kurang padat sikit daripada udara dengan formula kimia CO.

Gas ini toksik kepada manusia dan haiwan bila didapati dalam kepekatan tinggi kerana mengakibatkan gangguan pada darah. 

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1992, 90 peratus daripada CO di udara disumbangkan daripada emisi kenderaan bermotor. Masa kereta berjalan, sistem ekzos kereta yang baik akan mampu untuk membebaskan gas beracun seperti CO, hidrokarbon dan nitrogen oksida ke persekitaran dengan lancar dan juga selamat. 

 

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea adalah penulis sepenuh masa sebelum Covid, dan juga selepas Covid. Berpengalaman menulis dalam bidang politik, fesyen, kewangan, dan banyak lagi.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗