4 Petanda Sistem Stereng Kereta Anda Bermasalah

Kali terakhir diperbaharui Sep 9, 2022 oleh Hariz Hafiz
4 Petanda Sistem Stereng Kereta Anda Bermasalah

Stereng kereta macam yang anda tahu merupakan komponen penting yang berfungsi untuk mengawal kereta. Oleh itu, masalah stereng perlu perlu dipandang serius kerana sistem stereng yang rosak adalah sangat merbahaya dan boleh menyebabkan anda terlibat dalam kemalangan semasa memandu di jalan raya. Adakah anda sedang menghadapi masalah-masalah seperti stereng kereta bergegar, stereng kereta berat dan sebagainya? Dalam artikel ini, Qoala akan berkongsikan 4 petanda stereng kereta anda bermasalah, cara mengawal stereng kereta dan banyak lagi.

Cara Mengawal Stereng Kereta Auto dan Manual

Sebelum anda ketahui 4 petanda stereng kereta rosak, jom tengok cara mengawal stereng kereta dengan betul tak kiralah kereta anda auto atau manual. Adakah anda menggunakan stereng ini dengan betul? Sebelum anda memandu di jalan raya, anda perlu menguasai teknik pemanduan terlebih dahulu. Anda mungkin terfikir, “stereng kereta je pun, apa yang susah sangat?”. Nak kawal kereta ni pun ada tekniknya juga tau. Walaupun ia mungkin kedengaran cukup mudah, masih ramai pemandu di luar sana yang masih belum menyesuaikan diri menggunakan stereng dan tak tahu cara menggenggamnya dengan betul. 

stereng kereta
Foto Kredit: Pandu Laju

Anda tahu tak kalau teknik pegang stereng anda tak betul adalah punca utama kemalangan apabila pemandu hilang kawalan? Pemandu yang menggunakan teknik yang betul untuk memegang supaya anda dapat mengawal kereta sepenuhnya dengan cekap dan kemungkinan untuk terlibat dalam kemalangan juga sangat tipis. Guna stereng kereta ni pun ada tekniknya juga tau. Posisi mana yang betul 10-2 atau 9-3? Jom kita tengok teknik yang betul untuk anda amalkan. Anda mesti ingat antara garis pandu yang kita semasa kelas memandu adalah cara memegang stereng pada kedudukan jam 10 dan 2. Kemungkinan anda pun masih mengamalkan teknik ini sampai sekarang.

Haa, untuk pengetahuan anda, cara memegang stereng yang baru adalah 9 dan 3. Ini adalah berdasarkan garis panduan dan juga saranan oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), Persatuan Automobil Amerika (AAA), dan tenaga pengajar di Amerika Syarikat (AS). Tapi kenapa? Ada dua sebab. Pertama, adalah disebabkan faktor keselamatan. Dengan meletakkan posisi tangan 9-3, tangan dan kepala anda akan terlindung apabila beg udara (air bag) menggembung secara tiba-tiba. Kedua, dari segi pengawalan stereng, posisi 9-3 ini lebih optimum dari segi kestabilan dan juga pengawalan stereng kereta.

Kedudukan ini lebih santai daripada kedudukan 10 dan 2. Bahu anda pun berada dalam posisi yang lebih relaks. Tapi, dalam kedudukan ini, anda mungkin perlu mengalihkan tempat duduk lebih jauh. Untuk posisi badan pula, posisi kerusi kereta berada dalam keadaan yang sesuai mengikut keselesaan anda. Adjust juga headrest, tempat duduk dan cermin kereta mengikut ketinggian anda. Pastikan juga anda boleh nampak dengan jelas kedua-dua cermin sisi dan juga cermin belakang. Putar sisi ke sisi juga untuk check titik buta (blindspot).

stereng kereta

Ketahui 4 Petanda Sistem Stereng Kereta Anda Bermasalah

Anda mungkin mula perasaan bila memandu kereta yang anda ada sekarang ni mungkin berbeza dan tak syok dah. Mungkin salah satu sebabnya adalah stereng anda mungkin mengalami masalah-masalah di bawah. 

1. Stereng Kereta Bergegar

Tak ada pemandu yang suka apabila stereng mereka mula bergegar. Stereng bergegar adalah satu petunjuk yang stereng anda ni memang ada masalah dan boleh menyebabkan pemanduan menjadi tak tenang dan juga menakutkan . Anda akan perasan isu ini semasa memandu terutamanya apabila memusingkan stereng. Anda rasa apa sebab stereng kereta bergegar? Terdapat pelbagai punca yang berpotensi menyebabkan stereng bergegar dan sesetengah daripadanya mungkin akan mengejutkan anda. Ada kemungkinan lain bukan stereng kereta anda yang bermasalah, sebaliknya stereng kereta anda bergegar disebabkan masalah lain dengan kereta seperti:

Untuk mendapatkan kepastian, tindakan tepat dan terbaik apabila anda sedar stereng anda mula bergegar adalah dapatkan bantuan segera daripada mekanik yang berkelayakan dan berpengetahuan di pusat servis kereta supaya mereka boleh mengenalpasti dan menasihati anda bagaimana nak menyelesaikan masalah ini. Jika anda membiarkan masalah bergegar ini berlarutan, ia akan mengancam sistem kereta anda dengan lebih teruk dan pada masa yang sama  keselamatan kenderaan anda juga akan terkesan secara keseluruhan.

2. Stereng Kereta Berat 

Susah kan bila nak memandu kalau stereng kereta berat? Anda memerlukan lebih banyak kekuatan untuk putar stereng, rasa macam tengah workout! Stereng yang berat boleh menjejaskan keselamatan dan juga prestasi kenderaan anda. Kalau anda mula sedar yang stereng kereta anda rasa berat, jangan buat tak tahu pula sebab masalah ini  besar sebenarnya. Stereng berat merujuk kepada apabila stereng kenderaan anda menjadi kaku, menjadikannya sukar untuk dipusing. Jadi, apa yang menyebabkan stereng kereta anda berat? Berikut adalah antara sebab-sebab masalah ini terjadi:

  • Tekanan tayar kereta tak cukup atau tak sama kedua-dua belah
  • Wheel alignment tak dijajarkan dengan betul
  •  Kurang atau berlebihan minyak pelincir 
  • Tak servis dalam masa yang sangat lama

Apa yang anda  boleh buat adalah buat dapatkan servis kereta dengan segera di bengkel yang berdekatan. Anda juga boleh membuat pemeriksaan sendiri dengan memeriksa tekanan tayar, periksa paras minyak pelincir dan wheel alignment.

3. Stereng Kereta Berbunyi Bila Pusing  

Pernah tak anda dengar bunyi bila pusing stereng? Stereng yang menghasilkan bunyi seperti “krek” bukan sahaja menjengkelkan, ia juga merupakan tanda masalah yang serius. Mungkin anda perasan terdapat bunyi berdecit (squeaking sound). Ini merupakan bunyi biasa yang mungkin anda dengar dan bunyi decitan yang datang dari brek kereta. Antara punca yang menyebabkan ia menghasilkan bunyi-bunyi yang annoying adalah seperti:

  • Kurang minyak power steering atau minyak power steering bocor
  • Masalah Bearing tayar
  • Masalah Rotor brek
  • Masalah berkaitan CV Joint

Macam-macam bunyi akan terhasil sekiranya kereta anda menghadapi masalah-masalah di atas. Nanti bila nak memandu pun tak tenang. Oleh itu, jangan tak ambil peduli bila anda dengar bunyi yang pelik-pelik semasa memandu ya. Sebaliknya, ambil tindakan dengan secepat mungkin dan dapatkan bantuan pakar.

4. Stereng Kereta Bergerak dengan Sendiri 

Yang ini memang sangat bahaya. Anda pernah tak semasa memandu terutama sekali semasa memandu di jalan yang lurus perasan yang kereta bergerak dengan sendiri ke kiri atau ke kanan secara perlahan-lahan? Bayangkan kalau anda hilang perhatian semasa memandu di jalan lurus, mungkin kereta anda akan termasuk ke lorong lain dan boleh menyebabkan kemalangan.  Terdapat beberapa kemungkinan punca masalah ini terjadi. Antaranya:

  • Tayar anda mungkin terlebih angin atau kurang angin
  • Brek anda mungkin mempunyai caliper tersangkut
  • Tetapi mungkin sebab yang paling biasa ialah roda anda tidak sejajar.

Apabila kenderaan bergerak dengan sendiri ke kiri atau kanan, tidak mengekalkan laluan lurus, ini akan menyukarkan pemandu untuk mengekalkan kawalan, meningkatkan kemungkinan anda mengalami kemalangan. Jadi, jangan tunggu lama-lama bila anda mula perasan yang kereta anda ada masalah ini.

Kesimpulannya, jika selepas membaca artikel ini anda mendapati stereng kereta mengalami petanda-petanda seperti yang telah Qoala kongsikan dalam artikel ini , adalah penting untuk anda menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Potensi untuk terlibat dalam kemalangan itu tinggi kalau masalah ini berterusan.

Kalau anda nak insurans kereta murah, dapatkan insurans kereta di Qoala! Anda boleh menikmati harga insurans kereta yang sangat berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60