Roadtax Motor Tamat Tempoh? Cara Renew Roadtax Motor Online 2022

Artikel ini terakhir diperbarui May 26, 2022 by Shafiq Wahab
Roadtax Motor Tamat Tempoh? Cara Renew Roadtax Motor Online 2022
Image Source: hkhtt hj via. Shutterstock

Renew roadtax motor atau pembaharuan cukai jalan boleh dikatakan sebagai salah satu aktiviti tahunan yang perlu dilakukan sekiranya memiliki motor sendiri. Cukai jalan atau roadtax motor merupakan cukai yang dikenakan ke atas pemilik kenderaan bermotor yang ingin menggunakan motor di jalan raya secara sah. Kadar cukai jalan adalah tetap dan harga roadtax motor biasanya dibezakan mengikut jenis insurans motor yang dipilih. Selain itu, tempoh pembaharuan cukai jalan motor adalah bergantung pada pilihan sama ada enam (6) bulan atau 12 bulan. Kalau cukai jalan tamat tempoh dan korang tak renew road tax atau insurans motor korang, besar kemungkinan korang boleh kena saman kalau ada operasi sekatan jalan raya dilakukan.

Cara Renew RoadTax Motor
Sumber Foto: eyesofarts via. Shutterstock

Renew Insurance Motor 2022: 3 Cara Hidupkan Roadtax Motor di Malaysia

Untuk renew roadtax motor, korang perlu renew insurans motor terlebih dahulu. Setelah selesai, barulah korang boleh memperbaharui cukai jalan motor korang. Qoala menyenaraikan cara renew roadtax motor untuk panduan korang seperti berikut:

1. Renew Road Tax Online

Selari dengan amalan norma baharu, pelbagai perkhidmatan dalam negara kini beralih daripada cara tradisional kepada cara baharu yang lebih moden. Pembaharuan cukai dan insurans motor misalnya kini boleh diakses dari rumah tanpa perlu beratur secara fizikal di kaunter-kaunter. Di Malaysia, terdapat beberapa platform yang menawarkan perkhidmatan renew roadtax online seperti MyEG, Loanstreet dan banyak lagi. Berikut beberapa cara yang boleh korang pertimbangkan untuk renew roadtax secara online mengikut platform yang dinyatakan:

Renew Roadtax Motor MyEG

Berikut merupakan cara renew roadtax motor MyEG untuk panduan korang:

  1. Layari portal rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
  2. Daftar sebagai pengguna (Sediakan dokumen untuk renew roadtax seperti no plat kereta, no kad pengenalan, jenis kenderaan, kapasiti enjin, tahun kenderaan, nilai perlindungan dan cermin tingkap – pilihan);
  3. Login ke dalam sistem MyEG;
  4. Klik pada butang Roadtax Renewal;
  5. Isikan semua maklumat yang diperlukan (nama, no kad pengenalan, no telefon, alamat e-mel, no pendaftaran kereta dan tempoh perbaharui cukai jalan);
  6. Pilih cara penghantaran;
  7. Pastikan maklumat diisi dengan lengkap dan betul, kemudian lakukan pembayaran;
  8. Selesai.

Renew Roadtax Motor melalui Autoroadtax.com

Berikut merupakan cara renew road tax online melalui Autoroadtax.com untuk panduan korang:

  1. Isikan maklumat yang diperlukan seperti no pendaftaran kenderaan, no kad pengenalan pemilik kenderaan dan poskod;
  2. Bandingkan dan pilih sebut harga yang ditawarkan. Platform ini menyenaraikan beberapa polisi insurans daripada syarikat insurans terbaik di Malaysia seperti Zurich Takaful, RHB Takaful dan banyak lagi;
  3. Periksa dan pastikan segala maklumat yang diminta adalah betul dan lengkap termasuk alamat surat-menyurat untuk urusan penghantaran roadtax motor ke rumah;
  4. Buat pembayaran. Proses pembayaran boleh dibuat secara online melalui kad kredit dan online banking.

Renew Roadtax Motor melalui Loanstreet

Berikut merupakan cara renew road tax online melalui Loanstreet untuk panduan korang:

  1. Layari laman web Loanstreet di https://loanstreet.com.my/
  2. Pergi ke Insurance, kemudian klik Motocycle Insurance;
  3. Masukkan butiran peribadi yang diperlukan seperti no pendaftaran motor, no kad pengenalan, poskod dan e-mel, dan klik Get Started;
  4. Bandingkan dan pilih sebut harga yang ditawarkan, dan sahkan maklumat;
  5. Tekan butang Buy Now jika setuju dengan sebut harga yang dipaparkan dan lakukan pembayaran;
  6. Selesai.

Hidupkan Roadtax Motor di Pejabat Pos

2. Renew Roadtax Motor di Pejabat Pos, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Pusat Transformasi Bandar

Selain pembaharuan cukai jalan secara online, korang juga boleh perbaharui cukai jalan di mana-mana tempat renew roadtax seperti Pejabat Pos, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh Malaysia. Berikut merupakan cara renew roadtax di lokasi-lokasi dinyatakan untuk panduan korang:

Cara Renew Roadtax Motor di Pejabat Pos

Berikut merupakan cara untuk perbaharui cukai jalan di Pejabat Pos untuk panduan korang:

  1. Sediakan dokumen untuk renew roadtax (sijil pemilikan kenderaan (VOC), salinan cover note insurans sedia ada);
  2. Hadir ke mana-mana Pejabat Pos berhampiran rumah korang;
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga giliran korang dipanggil;
  4. Serahkan dokumen diperlukan kepada pegawai bertugas;
  5. Selesai.

Meskipun urusan pembaharuan cukai jalan di Pejabat Pos mudah dan cepat, korang perlu pastikan korang melepasi syarat renew roadtax di Pejabat Pos yang ditetapkan seperti berikut:

  • Tempoh hidupkan roadtax minimum 6 bulan dan maksimum 1 tahun;
  • Kenderaan mestilah mempunyai perlindungan insurans motor yang sah;
  • Korang hanya boleh renew roadtax akan tamat dalam tempoh 2 bulan;
  • Jika owner asal meninggal dunia, proses pembaharuan cukai jalan hanya dibenarkan untuk tempoh 6 bulan sahaja bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak lebih 5 tahun;
  • Permohonan (jika tempoh kematian) telah melebihi tempoh lima (5) tahun mestilah mendapat kelulusan;
  • Jika tarikh luput roadtax melebihi satu (1) tahun daripada tarikh permohonan, pemilik kenderaan perlu menghantar kenderaan ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan terlebih dahulu bagi membolehkan pembaharuan cukai jalan dilakukan.
Harga Roadtax Motosikal 2022 di Pejabat Pos

Harga roadtax motor adalah berbeza dengan harga antara RM2 hingga RM350 bergantung pada kapasiti enjin (cc) motor korang. Selain itu, harga renew roadtax motor juga berbeza mengikut lokasi (harga cukai jalan di Sabah dan Sarawak lebih murah berbanding harga cukai jalan di Semenanjung Malaysia). Berikut merupakan jadual harga renew roadtax motor 2022 untuk panduan korang:

CC Motosikal (Kapasiti Enjin)

Harga Roadtax Motosikal 2022
Harga Roadtax Motor SemenanjungHarga Roadtax Motor Sabah Sarawak
150 cc dan ke BawahRM2RM2
151 cc hingga 200 ccRM30RM9
201 cc hingga 250 ccRM50RM12
251 cc hingga 500 ccRM180RM30
501 cc hingga 800 ccRM250RM40
Melebihi 800 ccRM350RM42

Cara Renew Roadtax di JPJ/UTC

Selain itu, korang juga boleh perbaharui cukai jalan di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC). Berikut merupakan cara renew roadtax motor di JPJ/UTC untuk rujukan korang:

  1. Sediakan dokumen untuk renew roadtax (sijil pemilikan kenderaan (VOC), salinan cover note insurans sedia ada);
  2. Hadir ke mana-mana Pejabat JPJ/UTC berhampiran korang;
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga giliran korang dipanggil;
  4. Serahkan dokumen diperlukan kepada pegawai bertugas;
  5. Selesai.

Selain itu, berikut merupakan dokumen yang korang perlu bawa semasa renew roadtax di JPJ/UTC:

  • Kad Pengenalan pemilik kenderaan berdaftar atau wakil;
  • Dokumen laporan pemeriksaan Puspakom bagi kenderaan motor yang tidak aktif;
  • Pemeriksaan PG10 bagi motosikal milik individu sahaja, motosikal yang diperiksa oleh JPJ atau motosikal yang disita oleh JPJ;
  • Jika pemilik kenderaan berdaftar telah meninggal dunia lebih daripada 5 tahun, dokumen yang menunjukkan proses pembahagian pusaka telah dimulakan atau apa sahaja dokumen untuk mempertimbangkan kelulusan perlu diberikan;
  • Borang perakuan kawasan pengisytiharan lokasi kenderaan digunakan seperti Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai;
  • Dokumen Pengisytiharan Kastam (K3) dan Resit Pelabuhan bagi Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai.

renew roadtax motor di Puspakom

3. Renew Road Tax Motor di Puspakom

Sekiranya roadtax motor korang mati lebih daripada tempoh setahun atau lebih, korang perlu lakukan prosedur tambahan untuk hidupkan roadtax motor korang. Korang perlu lakukan pemeriksaan motor di Puspakom. Berikut merupakan cara renew cukai jalan di Puspakom untuk panduan korang:

i. Booking Slot Pemeriksaan Motor di Puspakom

Roadtax motor mati lebih setahun perlu jalani pemeriksaan khas di Puspakom. Setelah lulus pemeriksaan ini barulah korang boleh renew roadtax motor seperti biasa. Bagi memudahkan urusan renew road tax di Puspakom, korang disarankan untuk membuat temujanji secara online melalui aplikasi MyPUSPAKOM. Berikut merupakan panduan pendaftaran akaun MyPUSPAKOM untuk rujukan korang:

  1. Daftar masuk www.mypuspakom.com.my atau muat turun aplikasi MyPuspakom;
  2. Klik pada Daftar Masuk Kali Pertama dan pilih daftar akaun individu (untuk kenderaan persendirian) atau akaun perdagangan (untuk kenderaan perdagangan);
  3. Masukkan kesemua maklumat yang diperlukan seperti alamat e-mel, kata laluan dan nama pengguna;
  4. Tekan Daftar dan selesai.

Bagi menetapkan temujanji pula, korang boleh ikut langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke akaun MyPUSPAKOM menggunakan e-mel dan kata laluan yang disahkan;
  2. Pilih Temujanji Baru;
  3. Lengkapkan butiran kenderaan termasuk jenis pemeriksaan, pusat pemeriksaan, tarikh dan masa pemeriksaan;
  4. Kemudian, lengkapkan butiran pembawa kenderaan yang akan hadir untuk pemeriksaan;
  5. Sahkan butiran temujanji;
  6. Dokumen yang perlu dibawa semasa pemeriksaan akan dipaparkan selepas korang sahkan temujanji;
  7. Lakukan pembayaran secara online, korang akan terima slip pengesahan tempahan melalui e-mel berdaftar;
  8. Bawa slip pengesahan temujanji semasa pemeriksaan.

ii. Baiki Motor, Servis Apa Patut

Setelah korang dah booking slot, korang bolehlah persiapkan motor korang sebelum pemeriksaan. Baiki mana-mana bahagian yang rosal seperti lampu brek, tayar kereta, cermin sisi dan sebagainya. Kalau side mirror motor korang tinggal sebelah je misalnya, korang bolehlah keluarkan belanja untuk beli side mirror baharu. Tak lepas syarat, tak boleh lulus pemeriksaan ni tau!

iii. Dapatkan Permit Perjalanan Sementara

Kalau korang menunggang motosikal tanpa cukai jalan yang sah, korang dikira melanggar undang-undang jalan raya tau. Jadi, kalau korang nak bawa motor korang ke Puspakom untuk pemeriksaan, korang perlu dapatkan permit perjalanan sementara (JPJ K12) dari mana-mana cawangan JPJ berdekatan. Permit ini boleh dianggap seperti tiket perjalanan sehari yang membolehkan korang membawa motor korang ke lokasi pemeriksaan. Jangan melencong ke lain pulak tau!

iv. Lakukan Pemeriksaan di Puspakom

Korang perlu sediakan dokumen renew roadtax seperti geran motor original, kad pengenalan dan lesen memandu yang sah. Selepas pendaftaran, korang hanya perlu tunggu sehingga pegawai Puspakom selesai memeriksaan motor korang. Nombor chasis motor, lampu motor, lampu signal, lampu brek dan sebagainya akan diperiksa. Sekiranya kesemua komponen ini berada dalam keadaan baik, permohonan korang akan diluluskan dan laporan pemeriksaan akan dikeluarkan. Laporan pemeriksaan ini hanya sah dalam tempoh sebulan sahaja. Oleh itu, korang perlu pastikan korang renew roadtax motor dengan kadar segera.

v. Renew Roadtax dan Beli Insurans Motor

Setelah lulus ujian pemeriksaan Puspakom, korang boleh terus perbaharui cukai jalan motor korang. Namun begitu, korang dinasihatkan untuk beli insurans motor terlebih dahulu untuk melancarkan proses renew road tax motor. Nak lagi senang, korang boleh je beli insurans motor online. Layari laman web Qoala dan dapatkan sebut harga yang sesuai dengan keperluan dan bajet korang. Yang paling best, perkhidmatan renew insurans motor di Qoala cepat, mudah dan selamat. Tak sampai lima (5) minit dah siap! Tunggu apa lagi? Qoala kan ada!

Kongsi:
Ramen Hasniran
Bab social media? Bagi dekat Ramen. Ramen adalah seorang social media manager yang sentiasa penuh dengan idea menarik!
Dapatkan Insurans Motor Murah Sekarang! 🚗