Roadtax kereta atau juga dikenali sebagai cukai jalan kereta adalah wajib bagi setiap kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah. Ia perlu diperbaharui pada setiap tahun dengan bayaran yang tertentu. Nak buat pembaharuan roadtax kereta kadang-kadang terasa leceh terutamanya bagi yang pertama kali membuat pembaharuan. Jangan risau, artikel Qoala kali ini akan menerangkan cara terbaik untuk buat pembaharuan road tax kereta anda.
Kerajaan Malaysia mewajibkan setiap pemilik kereta untuk buat pembaharuan cukai jalan kereta dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan penalti. Sekiranya anda membuat pembaharuan cukai jalan sebelum tarikh akhir, anda terselamat dikenakan penalti.
Menurut Datuk Seri Shaharuddin Khalid, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalanraya, sejumlah 2,119,653 kereta yang masih tidak membuat pembaharuan cukai jalan kereta dalam tempoh 18 March sehingga 14 June 2020. Puncanya boleh dikatakan disebabkan dalam tempoh tersebut, ramai yang hanya duduk di rumah gara-gara pandemik COVID-19 dan mereka tidak membuat pembaharuan cukai jalan kereta.
Macam mana harga roadtax kereta dikira?

Sewaktu memilih untuk membeli kereta, roadtax kereta adalah salah satu perkara yang penting untuk diambil kira. Jadi, sebelum anda nak beli kereta, pastikan kos roadtax kereta ini termasuk dalam faktor kewangan anda.
Berikut adalah bagaimana cukai jalan dikira:
Kereta Petrol Milik Individu
Cukai jalan dikenakan berdasarkan saiz enjin kenderaan anda. Saiz enjin yang diberi diskaun adalah di antara 0cc sehingga 1600cc. Faktor diskaun ini lebih jelas jika kita lihat kereta nasional negara mengekalkan saiz enjin pada 1600cc.
Roadtax kereta berenjin 1000cc – 1600cc
Berikut adalah cukai jalan berdasarkan saiz enjin kereta:
Kapasiti Enjin | Kadar Bayaran |
1000cc dan kebawah | 20.00 |
1001cc hingga 1200cc | 55.00 |
1201cc hingga 1400cc | 70.00 |
1401cc hingga 1600cc | 90.00 |
Roadtax kereta berenjin 1601cc – 2000cc
Apabila saiz enjin kereta anda melebih 1600cc, cara pengiraannya sedikit berbeza. Antara 1600cc-1800cc, kadar asas ialah RM 200 dan melebihi 1800cc kadar asasnya ialah RM 280. Anda boleh merujuk jadual di bawah bagi info lebih jelas.
Kapasiti Enjin | Kadar Asas (RM) | Kadar Progresif (RM) |
1601 hingga 1800cc | 200.00 | 0.40 bagi setiap perbezaan cc berbanding 1600cc |
1801cc hingga 2000cc | 280.00 | 0.50 untuk setiap perbezaan CC berbanding 1800cc |
Untuk pemahaman yang lebih jelas, lihat contoh ini.
Anda mempunyai kereta jenama Honda Civic 1.8s dengan bersaizkan enjin 1799cc. Kadar asas yang dikenakan adalah pada RM200 bagi 1600cc yang pertama. Lebihan 199cc lagi perlu didarab dengan RM0.40, sekali gus menjadikan jumlah tambahan sebanyak RM79.60.
Kos roadtax kereta bagi kereta Honda Civic 1.8 ialah pada RM200+RM79.60, menjadikan jumlah kos keseluruhan cukai kereta tersebut adalah RM279.60.
Roadtax kereta berenjin 2000cc – 3000cc
Manakala bagi kereta yang mempunyai saiz enjin yang melebihi 2000cc, kadar caj dan kenaikan yang dikenakan bagi setiap CC adalah seperti di bawah:
Kapasiti Enjin | Kadar Asas (RM) | Kadar Progresif (RM) |
2000cc hingga 2500cc | 380.00 | RM1 bagi setiap perbezaan CC berbanding 2000cc |
2501cc hingga 3000cc | 880.00 | RM2.50 untuk setiap perbezaan CC berbanding 2500cc |
Melebihi 3000cc | 2,130 | RM4.50 untuk setiap perbezaan CC berbanding 3000cc |
Jika dilihat pada rajah di atas, harga kereta yang bersaiz enjin melebihi 3,000cc adalah yang paling tinggi. Jadi jika anda berhasrat untuk membeli kereta yang enjinnya melebihi 3000cc, ambil maklum mengenai kadar yang dikenakan bagi roadtax kereta tersebut.
Kereta Diesel Milik Individu dan Syarikat
JPJ memberikan tarif yang sama bagi kenderaan yang berkuasa diesel tidak kita sama ada ia dimiliki oleh individu atau hak milik syarikat.
Roadtax kereta berenjin 1000cc hingga 1600cc
Kapasiti Enjin | Kadar |
1000cc ke bawah | RM20 |
1001cc hingga 1200cc | RM85 |
1201cc hingga 1400cc | RM100 |
1401cc hingga 1600cc | RM120 |
Tarif cukai jalan bagi kenderaan diesel yang berenjin 1000cc dan ke bawah adalah sama dengan enjin petrol. Walau bagaimanapun, tarif ini akan meningkat naik apabila melepasi 1000cc.
Namun, jika dilihat secara keseluruhan, kenderaan diesel yang bersaiz enjin yang kecil sukar didapati dalam pasaran Malaysia. Ia disebab beberapa halangan teknikal yang menyebabkan saiz enjin kenderaan diesel tidak boleh direka terlalu kecil. Ia boleh jadi disebabkan isu tekanan dan juga bunyi.
Roadtax kereta berenjin 1601cc hingga 1800cc
Kapasiti Enjin | Kadar Asas (RM) | Kadar Progresif (RM) |
1601cc hingga 1800cc | 300 | RM0.30 untuk setiap perbezaan CC berbanding 1600cc |
1801cc hingga 2000c | 360 | RM0.40 bagi setiap perbezaan CC berbanding 1800cc |
2001cc hingga 2500cc | 440 | RM0.80 untuk setiap berbezaan CC berbanding 2000cc |
2501cc hingga 3000cc | 840 | RM1.60 untuk setiap perbezaan CC berbanding 2500cc |
Lebih 3000cc | 1,640 | RM1.60 untuk setiap perbezaan CC berbanding 3000cc |
Bagi anda yang mengidamkan kereta diesel yang berenjin besar, ini adalah jumlah cukai jalan yang perlu anda ketahui. Jika dilihat rajah di atas, kadar asas roadtax kereta meningkat tinggi apabila saiz enjin kenderaan diesel melebihi 2500cc.
Harga Roadtax Kereta (2022) Mengikut CC dan Jenama
Harga Roadtax Kereta Jenama Proton
MODEL KERETA | KAPASITI ENJIN | KADAR DI SEMENJUNG | KADAR DI SABAH SARAWAK |
Harga roadtax Proton X50 1.5 | 1496cc | RM90 | RM56 |
Harga roadtax Proton X70 | 1799cc | RM359.70 | RM198.83 |
Harga Roadtax Proton Saga 1.3 | 1332cc | RM70 | RM56 |
Proton Saga 1.6 | 1597cc | RM90 | RM56 |
Proton Exora 1.6 | 1561cc | RM100 | RM50 |
Proton Inspira 1.8 | 1798cc | RM279.20 | RM223.36 |
Proton Inspira 2.0 | 1998cc | RM379 | RM273.50 |
Harga Roadtax Proton Persona 1.6 | 1597cc | RM90 | RM56 |
Proton Preve 1.6 | 1561cc | RM90 | RM56 |
Harga Roadtax Proton Iriz 1.3 | 1332cc | RM70 | RM56 |
Proton Iriz 1.6 | 1596cc | RM90 | RM56 |
Proton Ertiga 1.4 | 1373cc | RM70 | RM56 |
Harga Roadtax Kereta Jenama Perodua
MODEL KERETA | KAPASITI ENJIN | KADAR DI SEMENJUNG | KADAR DI SABAH SARAWAK |
Harga roadtax Perodua Axia 1.0 | 998cc | RM20 | RM20 |
Harga roadtax Perodua Bezza 1.0 | 998cc | RM20 | RM20 |
Perodua Bezza 1.3 | 1300cc | RM70 | RM56 |
Harga roadtax Perodua Myvi 1.3 | 1329cc | RM70 | RM56 |
Perodua Myvi 1.5 | 1496cc | RM90 | RM56 |
Harga Roadtax Perodua Kancil | 850cc | RM20 | RM20 |
Harga Roadtax Perodua Alza 1.5 | 1495cc | RM100 | RM50 |
Harga roadtax Perodua Aruz 1.5 | 1496cc | RM100 | RM50 |
Harga Roadtax Kereta Jenama Honda
MODEL KERETA | KAPASITI ENJIN | KADAR DI SEMENJUNG | KADAR DI SABAH SARAWAK |
Harga roadtax Honda City 1.5 | 1497cc | RM90 | RM56 |
Harga Roadtax Honda Civic 1.5 | 1498cc | RM90 | RM56 |
Honda Civic 1.8 | 1799cc | RM279.60 | RM223.68 |
Honda Civic 2.0 | 1998cc | RM379 | RM273.50 |
Honda Civic Type-R | 1998cc | RM379 | RM273.50 |
Harga Roadtax Honda BRV 1.5 | 1497cc | RM100 | RM50 |
Harga Roadtax Harga roadtax Honda HRV 1.5 | 1496cc | RM100 | RM50 |
Honda HRV 1.8 | 1799cc | RM359.70 | RM198.83 |
Harga Roadtax Honda Jazz 1.5 | 1497cc | RM90 | RM56 |
Harga Roadtax Honda Accord 1.5 | 1498cc | RM90 | RM56 |
Honda Accord 2.0 | 1997cc | RM378.50 | RM273.25 |
Honda Accord 2.4 | 2356cc | RM736 | RM452 |
Harga Roadtax Kereta Jenama Toyota
MODEL KERETA | KAPASITI ENJIN | KADAR DI SEMENJUNG | KADAR DI SABAH SARAWAK |
Harga roadtax Toyota Yaris 1.5 | 1496cc | RM90 | RM56 |
Harga roadtax Toyota Vios 1.5 | 1496cc | RM90 | RM56 |
Toyota CHR 1.8 | 1798cc | RM359.40 | RM198.66 |
Harga Roadtax Toyota Altis 1.8 | 1798cc | RM279.20 | RM223.36 |
Harga Roadtax Toyota Camry 2.0 | 1998cc | RM379 | RM273.50 |
Toyota Camry 2.2 | 2163cc | RM543 | RM355.50 |
Toyota Camry 2.4 | 2362cc | RM742 | RM455 |
Toyota Camry 2.5 | 2494cc | RM874 | RM521 |
Harga Roadtax Toyota Estima 2.4 | 2393cc | RM754.40 | RM415.92 |
Toyota Estima 3.5 | 3456cc | RM2369.60 | RM1450.20 |
Toyota RAV4 2.0 | 1987cc | RM434.80 | RM240.14 |
Toyota Harrier 2.3 | 2360cc | RM728 | RM401.40 |
Toyota Harrier V6 3.0 | 2360cc | RM728 | RM401.40 |
Harga Roadtax Toyota Vellfire 2.5 | 2494cc | RM835.20 | RM460.36 |
Harga Roadtax Toyota Alphard 2.4 | 2362cc | RM729.60 | RM402.28 |
Toyota Alphard 2.5 | 2493cc | RM834.40 | RM459.92 |
Toyota Alphard 3.0 | 2995cc | RM1632 | RM898.60 |
Harga Roadtax Toyota Hilux 2.5 | 2494cc | RM835.20 | RM460.36 |
Toyota Hilux 2.8 | 2755cc | RM1,248.00 | RM687.40 |
Toyota Hilux 3.0 | 2982cc | RM1611.20 | RM887.16 |
Harga Roadtax Kereta Jenama Nissan
MODEL KERETA | KAPASITI ENJIN | KADAR DI SEMENJUNG | KADAR DI SABAH SARAWAK |
Nissan Almera 1.5 | 1498cc | RM90 | RM56 |
Nissan Cefiro | 1995cc | RM377.50 | RM272.75 |
Nissan Grand Livina 1.6 | 1598cc | RM100 | RM50 |
Nissan Grand Livina 1.8 | 1798cc | RM359.40 | RM198.66 |
Nissan X-Trail 2.0 | 1997cc | RM438.80 | RM242.34 |
Nissan X-Trail 2.5 | 2488cc | RM830.40 | RM457.72 |
Nissan Sylphy 1.8 | 1798cc | RM279.20 | RM223.36 |
Nissan Sentra 1.6 | 1597cc | RM90 | RM56 |
Nissan Serena 2.0 | 1997cc | RM438.80 | RM282.34 |
Nissan Teana 2.0 | 1997cc | RM378.50 | RM273.25 |
Nissan Teana 2.5 V6 | 2488cc | RM868.00 | RM518 |
Nissan Murano 3.5 | 3498cc | RM2436.80 | RM1500.60 |
Nissan Navara 2.5 | 2488cc | RM830.40 | RM457.72 |
Nissan GTR R-35 | 3799cc | RM5,725.50 | RM2102.65 |
Harga Roadtax Kereta Jenama Mitsubishi
MODEL KERETA | KAPASITI ENJIN | KADAR DI SEMENJUNG | KADAR DI SABAH SARAWAK |
Mitsubishi Mirage 1.2 | 1193cc | RM55 | RM44 |
Mitsubishi Attrage 1.2 | 1193cc | RM55 | RM44 |
Mitsubishi ASX 2.0 | 1998cc | RM439.20 | RM242.56 |
Mitsubishi Grandis 2.4 | 2378cc | RM742.40 | RM409.32 |
Mitsubishi Lancer 2.0 | 1998cc | RM379 | RM273.50 |
Mitsubishi Lancer Sportback 2.4 | 2360cc | RM740 | RM454 |
Harga Roadtax Mitsubishi Outlander 2.0 | 1998cc | RM439.20 | RM242.56 |
Mitsubishi Outlander 2.4 | 2360cc | RM728.00 | RM401.40 |
Harga Roadtax Mitsubishi Triton 2.4 | 2442cc | RM793.60 | RM437.48 |
Mitsubishi Triton 2.5 | 2477cc | RM821.60 | RM452.88 |
Harga Roadtax Kereta Jenama Kia
MODEL KERETA | KAPASITI ENJIN | KADAR DI SEMENJUNG | KADAR DI SABAH SARAWAK |
Kia Picanto 1.2 | 1248cc | RM70 | RM56 |
Kia Cerato 1.6 | 1591cc | RM90 | RM56 |
Kia Cerato 2.0 | 1999cc | RM379.50 | RM273.75 |
Kia Forte 2.0 | 1998cc | RM379 | RM273.50 |
Kia Forte Koup 2.0 | 1998cc | RM379 | RM273.50 |
Kia Forte 1.6 | 1591cc | RM90 | RM56 |
Kia Stinger 2.0 | 1998cc | RM379 | RM273.50 |
Kia Sportage 2.0 | 1995cc | RM438 | RM241.90 |
Kia Sorento 2.2 | 2199cc | RM599.20 | RM330.56 |
Kia Sorento 2.4 | 2398cc | RM758.40 | RM418.12 |
Kia Rio 1.4 | 1368cc | RM70 | RM56 |
Kia Spectra 1.6 | 1591cc | RM90 | RM56 |
Kia Grand Carnival | 2199cc | RM599.20 | RM330.56 |
Kia Stinger 3.3 V6 | 3342cc | RM3,669.00 | RM1,485.70 |
Harga Roadtax Kereta Jenama Mazda
MODEL KERETA | KAPASITI ENJIN | KADAR DI SEMENJUNG | KADAR DI SABAH SARAWAK |
Mazda 2 Hatchback & Sedan 1.5 | 1496cc | RM90 | RM56 |
Mazda 3 Hatchback & Sedan 1.5 | 1496cc | RM90 | RM56 |
Mazda 3 Hatchback & Sedan 2.0 | 1998cc | RM379 | RM273.50 |
Mazda 6 Sedan 2.5 | 2488cc | RM868 | RM518 |
Mazda CX-3 2.0 | 1998cc | RM439.20 | RM242.56 |
Mazda CX-5 2.0 | 1998cc | RM439.20 | RM242.56 |
Mazda CX-5 2.2 | 2191cc | RM592.80 | RM327.04 |
Mazda CX-5 2.5 | 2488cc | RM830.40 | RM457.72 |
Mazda MX-5 | 1998cc | RM379 | RM273.50 |
Mazda CX-8 2.2 | 2191cc | RM592.80 | RM327.04 |
Mazda CX-8 2.5 | 2488cc | RM830.40 | RM457.72 |
Mazda CX-9 2.5 | 2488cc | RM830.40 | RM457.72 |
Mazda CX-30 1.8 | 1759cc | RM347.70 | RM192.03 |
Mazda CX-30 2.0 | 1998cc | RM439.20 | RM242.56 |
Harga Roadtax Kereta Jenama Hyundai
MODEL KERETA | KAPASITI ENJIN | KADAR DI SEMENJUNG | KADAR DI SABAH SARAWAK |
Hyundai Elantra 2.0 | 1999cc | RM379.50 | RM273.75 |
Hyundai Grand Starex 2.5 | 2497cc | RM837.60 | RM461.68 |
Hyundai Matrix 1.6 | 1599cc | RM120 | RM60 |
Hyundai Sonata 2.0 | 1999cc | RM379.50 | RM273.75 |
Hyundai Tucson 1.6 | 1591cc | RM100 | RM50 |
Hyundai Tucson 2.0 | 1999cc | RM439.60 | RM242.78 |
Harga Roadtax Kereta Jenama Volkswagen
MODEL KERETA | KAPASITI ENJIN | KADAR DI SEMENJUNG | KADAR DI SABAH SARAWAK |
Volkswagen Vento 1.2TSI | 1197cc | RM55 | RM44 |
Volkswagen Vento 1.6 | 1598cc | RM90 | RM72 |
Volkswagen Polo 1.2 | 1197cc | RM55 | RM44 |
Volkswagen Polo 1.6 MPI | 1598cc | RM90 | RM72 |
Volkswagen Beetle 1.2 | 1197cc | RM55 | RM44 |
Volkswagen Scirocco 1.4 | 1390cc | RM70 | RM56 |
Volkswagen Scirocco R | 1984cc | RM372 | RM270 |
Volkswagen Golf 1.4 TSI | 1390cc | RM70 | RM56 |
Volkswagen Golf GTI 2.0 | 2000cc | RM372 | RM270 |
Volkswagen Golf R | 1984cc | RM372 | RM270 |
Volkswagen Jetta 1.4 | 1390cc | RM70 | RM56 |
Volkswagen Tiguan 1.4 | 1395cc | RM100 | RM56 |
Volkswagen Tiguan 2.0 | 1984cc | RM433.60 | RM239.48 |
Volkswagen Touareg 3.0 | 2967cc | RM1,587.20 | RM873.96 |
Volkswagen Touareg 3.6 V6 | 3597cc | RM2,595.20 | RM1,619.40 |
Volkswagen Passat 1.8 | 1798cc | RM279.20 | RM223.36 |
Volkswagen Passat CC 2.0 | 1984cc | RM372 | RM270 |
Volkswagen Passat CC 3.6 R | 3597cc | RM4,816.50 | RM1,829.95 |
Faktor Yang Menyebabkan Bayaran Cukai Jalan Berbeza
Harga cukai jalan di Malaysia berbeza bergantung pada beberapa faktor iaitu;
Saiz kapasiti enjin kereta
Seperti yang anda lihat rajah di atas, harga roadtax kereta berbeza mengikut saiz kapasiti enjin kereta tersebut. Semakin tinggi dan besar saiz kapasiti enjin kereta tersebut, makin tinggilah jumlah bayarannya.
Tapi kenapa lagi tinggi saiz kapasiti enjin, lagi tinggi harganya? Untuk pengetahuan anda, kenderaan bermotor adalah antara sumber pelepasan karbon monoksida yang terbesar. Kereta dan juga trak menyumbang lebih daripada 50 peratus pencemaran. Enjin yang bersaiz besar dikatakan penyumbang besar kepada pencemaran udara. Dan disebabkan itulah ianya dikenakan cukai jalan yang tinggi berbanding yang lain.
Lokasi (Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur, atau Labuan / Langkawi / Pangkor)
Kereta di Sabah dan Sarawak ditawarkan dengan harga cukai jalan yang lebih murah berbanding dengan kereta di Semenanjung Malaysia. Ini disebabkan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak yang tidak baik. Dek kerana kualiti jalan yang buruk, penduduk di Sabah dan Sarawak memilih untuk memiliki kenderaan 4WD (pacuan empat roda) yang mempunyai kapasiti enjin yang besar yang dapat melewati jalanraya yang mencabar itu.
Manakala penduduk di Labuan, Langkawi dan Pangkor pula, mereka dikenakan cukai jalan kereta yang tetap iaitu sebanyak RM20 bagi saiz enjin 1000cc. Jika kenderaan tersebut melebihi kapasiti, bayaran cukai jalan akan dikenakan pada 50 peratus daripada pemilik kenderaan di Semenanjung Malaysia.
Kegunaan kenderaan
Kegunaan kenderaan turut menjadi salah satu faktor bagi menentukan harga cukai jalan kereta. Jika kenderaan tersebut didaftarkan sebagai kenderaan milik individu persendirian, harga cukai jalan akan lebih murah berbanding dengan kenderaan yang didaftarkan di bawah kenderaan milik syarikat.
Jenis kenderaan
Faktor terakhir yang akan menentukan kos cukai jalan kenderaan anda adalah jenis kenderaan itu sendiri. Ada dua kategori jenis kenderaan iaitu:
Salun: Sedan / Hatchback / Coupe / Wagon / Convertible
Bukan salun: MPV / SUV / Pick-ups / Commercial
Cara Renew Roadtax Kereta
Ada pelbagai cara untuk melakukan pembaharuan roadtax kereta. Ada cara tradisional dan ada juga secara atas talian.
Pembaharuan Cukai Jalan Di JPJ dan UTC
Jika anda ingin membuat pembaharuan roadtax kereta di JPJ/UTC, ini beberapa perkara penting yang perlu anda semak terlebih dahulu.
- Kenderaan tersebut mesti mempunyai perlindungan insurans bagi tempoh yang sedang dipohon.
- Tempoh pembaharuan yang dibenarkan adalah enam bulan atau satu tahun sahaja.
- Sekiranya pemilik kenderaan yang berdaftar telah meninggal dunia, pembaharuan cukai jalan kereta hanya dibenarkan untuk tempoh enam bulan sahaja bagi setiap permohonan dan untuk tempoh yang tidak melebihi lima tahun. Permohonan tersebut harus mendapat kelulusan jika tempoh kematian telah melebihi lima tahun.
- Bagi permohonan renew roadtax yang dikemukakan di kawasan pengisytiharan di mana harga roadtax adalah lebih rendah daripada kawasan pengisytiharan asal, pertukaran kawasan pengisytiharan oleh pemilik kenderaan atau pemunya berdaftar perlu dibuat sebelum proses pembaharuan roadtax dijalankan.
Dokumen yang diperlukan untuk renew roadtax kereta
- MyKad: Dokumen pengenalan diri bagi pemunya kenderaan atau wakil yang hadir
- Laporan pemeriksaan PUSPAKOM: Dokumen ini perlu disediakan bagi kenderaan motor yang tidak aktif.
- Dokumen pengesahan: Dokumen ini diperlukan bagi kenderaan yang pemunya berdaftar telah meninggal dunia lebih daripada lima tahun. Individu tersebut perlu membawa dokumen pengesahan seperti dokumen yang menunjukan bahawa proses pembahagian pusaka sudah dimulakan atau mana-mana dokumen untuk pertimbangkan kelulusan.
- Borang perakuan: Borang perakuan diperlukan bagi kawasan pengisytiharan kenderaan dimana ia digunakan. (Sabah/Sarawak dan Pulau Bebas Cukai)
- Pengisytiharan Kastam: Resit Pelabuhan (Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai).
Setelah penuhi syarat dan dokumen yang diperlukan seperti di atas, ikuti pula langkah-langkah ini:
Langkah 1: Pergi ke JPJ/UTC berdekatan
Langkah 2: Ambil nombor terlebih dahulu
Langkah 3: Beratur di kaunter dan tunggu giliran anda
Langkah 4: Tunggu sehingga nombor dipanggil
Langkah 5: Selesaikan urusan di kaunter
Langkah 6: Selesai
Cara Renew Roadtax Kereta Di Pejabat Pos
Sebelum anda membuat pembaharuan roadtax kereta di Pejabat Pos, ini beberapa senarai semak yang anda perlu lakukan:
Senarai semak yang diperlukan untuk renew roadtax kereta
- Semak tarikh tamat insurans dan roadtax kereta
Sebelum anda buat pembaharuan cukai jalan, pastikan anda telah semak dan tahu tarikh tamat tempoh road tax anda terlebih dahulu. Kalau korang nak survey harga insurans kereta dari Qoala, boleh klik di SINI.
- Geran kereta
Seperti yang kita ketahui, kandungan geran kenderaan mempunyai maklumat lengkap tentang kenderaan anda seperti model kereta, tahun kereta dan pelbagai info lagi.
- Saman
Anda juga harus memastikan kereta anda bebas daripada mana-mana saman, seperti saman JPJ atau PDRM. Sekiranya ada, pastikan anda langsaikan saman tersebut terlebih dahulu.
Syarat Buat Pembaharuan Cukai Jalan Kereta Di Pejabat Pos
Di bawah adalah syarat-syarat untuk membuat pembaharuan cukai jalan kereta di Pejabat Pos
- Tempoh renew
Tempoh renew yang dibenarkan adalah enam bulan dan satu tahun saja.
- Insurans
Kenderaan tersebut dikehendaki mempunyai perlindungan insuran bagi tempoh pembaharuan seperti yang dipohon.
- Owner kereta meninggal dunia
Sekiranya pemilik kenderaan yang berdaftar telah meninggal dunia, pembaharuan cukai jalan hanya dibenarkan untuk tempoh enam bulan bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun.
- Laporan pemeriksaan PUSPAKOM
Bagi kenderaan yang tarikh luputnya telah melebihi setahun daripada tarikh permohonan, ia perlu menjalani dan lulus pemeriksaan PUSPAKOM.
Cara Renew Roadtax Kereta Secara Online
Jika anda lebih menyukai untuk menyelesaikan urusan perbaharuan road tax secara atas talian, anda boleh menggunakan platform seperti MyEG (Malaysian Electronic-Government) yang menyediakan servis seperti pemeriksaan saman daripada JPJ, PDRM dan banyak lagi.
Cara-cara untuk renew road tax dengan MyEg adalah seperti di bawah:
- Daftarkan diri anda dengan MyEg
- Pilih JPJ
- Pilih Perbaharuan Cukai Jalan
- Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti nombor IC, nombor telefon, nama dan nombor pendaftaran kereta.
- Pilih kaedah pengambilan sama ada menerusi penghantar ke rumah atau anda ambil sendiri.
- Caj penghantaran untuk pembaharuan cukai jalan adalah RM6.00 untuk Lembah Klang, RM8.00 untuk Semenanjung Malaysia yang lain, dan RM10.00 untuk Sabah dan Sarawak.
- Lakukan pembayaran anda dengan kaedah pembayaran pilihan, kad kredit atau debit atau transfer bank.
Cara Roadtax Kereta Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Untuk membuat pembaharuan roadtax kereta semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda perlu membuat janji temu atau appointment.
Sistem janji temu ini dibina bertujuan untuk mengelakkan kesesakan pengunjung yang ada urusan perbaharui cukai jalan dan lain-lain.
Untuk membuat janji temu, ikuti panduan seperti berikut:
- Layari laman web rasmi Pos Malaysia: https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder
- Isi Pejabat Pos yang berhampiran anda di ruangan yang disediakan
- Tekan ‘Book your JPJ service appointment’
- Anda akan dibawa ke satu laman yang lain di mana akan ada beberapa pilihan seperti Renewal of Road tax, Insurance and Driving License, Renewal of Driving License dan Renewal of Road tax
- Pilih Renewal of Road tax bagi cukai jalan
- Pilih tarikh dan waktu mengikut kesesuaian anda
- Masukkan nama, emel dan nombor telefon di bahagian ‘Add your details’
- Tekan butang Book
- Akan keluar popup Verify your email
- Masukkan verification code yang dihantar
- Tekan butang Continue
- Ikut arahan selanjutnya sehingga selesai
Setelah berjaya mendapatkan tarikh janji temu, melepasi syarat dengan dokumen yang lengkap, ini yang anda perlu buat bila tiba tarikh janji temu tersebut:
Langkah 1: Ambil nombor
Langkah 2: Beratur di kaunter dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil
Langkah 3: Selesaikan urusan di kaunter apabila tiba giliran anda
Langkah 4: Selesai
Hilang Geran; Macam Mana Nak Renew Roadtax Kereta?
Bagi anda yang telah kehilangan geran kereta, jangan risau. Anda masih boleh perbaharui cukai jalan di Pejabat Pos dengan cara:
- Perlu bawa Kad Pengenalan atau pun passport yang sah. Jika wakil yang pergi ke Pejabat Pos, Kad Pengenalan pemilik tidak diperlukan.
- Pergi ke Pejabat Pos berdekatan.
- Tunggu giliran anda dan siap.
Macam Mana Kalau Roadtax Dah Mati Lebih Daripada Tiga Tahun?

Untuk yang tidak tahu, apabila roadtax dah tamat tempoh, kita tidak boleh membuat pembaharuan cukai jalan seperti biasa. Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum dapat renew road tax. Berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu lakukan:
Langkah 1: Tetapkan appointment dengan PUSPAKOM
Langkah 2: Dapatkan permit perjalanan sementara
Langkah 3: Lakukan pemeriksaan kereta
Langkah 4: Buat pembaharuan cukai jalan
Kaunter Bagi Urusan JPJ Akan Dibuka Secara Walk-In 100% 6 September 2021
Semua kaunter JPJ dan rakan strategik akan mula beroperasi secara walk-in 100 peratus mulai 6 September 2021.
Sekiranya anda ingin berurusan di kaunter JPJ, anda hasruslah mendapatkanvaksinasi lengkap sebagai langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai termasuk kakitangan yang bertugas.
Pada masa yang sama, pelawat juga perlu menunjukkan status Risiko Rendah COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.
Dalam masa sama, orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian menerusi portal mySIKAP JPJ, atau melalui portal dalam talian rakan-rakan strategik JPJ yang lain seperti Pos Malaysia Berhad, MyEG dan PUSPAKOM, untuk membuat apa-apa transaksi JPJ yang berkaitan. Ini bertujuan mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ serta memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai dalam membuat transaksi pembaharuan LKM dan LMM.
Penjawat Awam Boleh Bayar Insurans Kenderaan dan Cukai Jalan Secara Ansuran
Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengumumkan bahawa penjawat awam boleh menikmati skim bayaran ansuran untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan dengan potongan gaji tanpa sebarang faedah.
Menteri tersebut berkata inisiatif tersebut direka bagi membantu penjawat awam yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Inisiatif itu akan dijayakan menerusi kerjasama beberapa pihak iaitu Kementerian Sumber Manusia (KSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Angkatan Koperasi Kebangsa Malaysia Bhd. (Angkasa) dan sebuah syarikat takaful.
Jadi, bagi anda yang nak perbaharui roadtax kereta, pastikan anda semak kepada senarai semak, syarat dan dokumen yaag diperlukan untuk memudahkan urusan. Di Qoala, anda boleh membuat perbaharuan insurans kereta termasuk cukai jalan secara ABC. Mudah dan pantas!
Leave a Reply