Tanda-tanda Bateri Kereta Kong Yang Korang Wajib Tahu! 

Artikel ini terakhir diperbarui October 1, 2021 by Nadhirah Rashid
Tanda-tanda Bateri Kereta Kong Yang Korang Wajib Tahu! 
Bagikan ke Teman:

Bayangkan tengah nak bergegas, masuk kereta tiba-tiba kereta tak boleh start sebab bateri kong! Siapa yang pernah alami situasi ini mesti tahu betapa kecewanya perasaan. Bateri adalah satu elemen yang paling penting dalam sistem elektrik kenderaan dan antara komponen yang wajib diganti setiap dua tahun bergantung kepada cara penjagannya. Buat yang tak tahu, bateri dalam kereta ni berfungsi untuk menyediakan arus elektrik untuk menghidupkan enjin dan menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa kereta tidak digunakan. Artikel kali ini kami akan kongsikan beberapa tentang bateri kong yang semua, tak kisahlah lelaki atau perempuan, perlu tahu! 

Pertama sekali, korang kena tahu bateri ni ada tiga jenis. 

  • Bateri Sel Kering
bateri sel kering
Foto Kredit: Somchai_Stock Melalui Shutterstock

Bateri kering atau dikenali juga sebagai bateri ‘Maintenance Free’ (MF) merupakan satu jenis bateri kereta yang tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan dan mudah dijaga. Bateri kering ini juga tidak memerlukan air bateri. Ini bermakna korang tak perlu risau untuk menambah air bateri. Apa yang korang perlu berikan perhatian adalah jangka hayat bateri kering tersebut. Apabila melepasi jangka hayat bateri, kita wajib tukar! Jangka hayat bagi bateri kereta kering ni adalah minimum setahun dan paling lama adalah dua tahun. Ia juga bergantung kepada penggunaan kereta. Dari segi harga pula, bateri kereta kering adalah lebih mahal daripada bateri kereta basah.

  • Bateri Kereta Basah

Bateri kereta basah atau sel basah adalah sejenis bateri yang perlu menggunakan air bateri. Selalunya, jangka hayat bateri jenis basah ini bergantung kepada kekerapan korang menggunakan kereta. Jika korang nak gunakan bateri jenis ini, korang perlu beri perhatian sebab bateri ini memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Sekiranya korang sering menggunakan kereta untuk urusan harian, korang wajib periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan daripada menjadi kering. Kalau jarang menggunakan kereta, kena juga periksa. Tapi korang boleh periksa setiap 2 atau 3 minggu sekali. Nak menambah air bateri tak boleh tambah ikut suka. Kena ikut sukatan yang disyorkan. Air bateri tidak boleh kurang atau lebih daripada yang telah ditetapkan. 

  • Bateri Kereta Gel

Bateri kereta jenis gel pula adalah sejenis bateri kereta yang baru-baru muncul di pasaran. Ia boleh menjangkau sekitar dua tahun atau kurang jangka hayatnya. Bateri ini harganya jauh lebih mahal berbanding bateri sel kering dan bateri sel basah. Walaubagaimana pun, bateri kereta jenis jel ni mampu bertahan lima sehingga 10 tahun, bergantung kepada penggunaan. Bateri jenis ini dilengkapi dengan gel elektrolit yang lebih tebal. Inilah yang menjadikan bateri gel ini lebih selamat, mesra alam dan dapat menahan dua kali lebih banyak kitaran pengecasan dan pelepasan (sehingga 400). 

Sekarang korang dah tahu jenis-jenis bateri kereta, jom tengok pula apa puncanya bateri kereta kong.

Punca-punca Bateri Kereta Kong

Untuk yang pertama kali memandu kereta, ada banyak faktor yang boleh menyebabkan bateri kereta kong. Qoala ada senarai utama. Take note ye semua!

  • Lupa tutup lampu
lampu kereta tidak ditutup
Foto kredit: LeStudio Melalui Shutterstock

Kes lupa tutup lampu kereta ni memang selalu terjadi. Lampu di dalam kereta mahupun di luar, kalau ditinggalkan dalam tempoh masa yang lama, ia boleh menjadi penyebab bateri kereta kong. Jadinya, korang kena semak setiap suis lampu kereta korang dimatikan sebelum keluar kereta. Ada kalanya kita perasan mentol lampu kita dah terbakar. Bila tak sedar dan tak nampak lampu itu menyala, boleh menyebabkan korang tak tutup suis lampu sekaligus menyebabkan bateri kereta kong dan tidak boleh start. 

  • Aksesori berlebihan 

Yang menggemarkan aksesori kereta seperti power amp dengan watt yang besar, woofer, sistem audio yang gempak, alarm kereta yang canggih dan bermacam-macam lagi, korang mungkin kurangkan. Sebabnya aksesori-aksesori kereta yang berlebihan ini adalah punca bateri kereta boleh jadi kong! Korang disarankan untuk pakai bateri yang besar supaya boleh seimbangkan dengan jumlah tenaga yang digunakan.

  • Litar pintas

Untuk pengetahuan korang, kereta memerlukan sistem elektrik untuk enjin dihidupkan sebelum boleh dipandu. Perlu diingat, di sebalik sebuah kereta yang power, sistem elektrik adalah pencetus kepada operasi sistem keseluruhan kereta termasuklah bateri. Penggunaan wayar yang tidak baik boleh mengganggu kawalan perintang kepada arus sekaligus menyebabkan bateri kereta kong.

  • Alternator tidak mengecas bateri

Salah satu punca bateri kereta kong yang lain adalah masalah alternator kereta. Alternator kereta berfungsi sebagai ejen pengecas bateri anda apabila kereta sedang berjalan. Sekiranya alternator kereta rosak, bateri tidak dicas. Ini menyebabkan bateri kereta kong. Apabila alternator bermasalah, jumpstart tidak dapat menyelesaikan masalah. 

  • Kereta tidak bergerak

Bila korang jarang menggunakan kereta, atau jarang menghidupkan enjin kereta, ia boleh menyebabkan bateri kereta kong. Setiap jenis kereta perlu dihidup dan digerakkan dengan kerap untuk membolehkan bateri kereta caj. Kereta perlu dihidupkan sekurang-kurang 10-15 minit setiap hari. Lagi-lagi untuk korang yang sedang bekerja dari rumah dan tidak menggunakan kereta, luangkan sedikit masa untuk hidup dan jalankan kereta. Nanti melayang pula duit!

  • Bateri tamat tempoh

Selalunya, jangka hayat bateri kering dalam lingkungan lebih kurang satu setengah tahun sehingga dua tahun sehaja. Korang kena alert dengan tarikh pembelian supaya tidak terlupa untuk menggantikan bateri kereta yang baru. Apa yang korang boleh buat is set reminder pada telefon bimbit korang, dengan cara ini korang takkan terlepas untuk menggantikan bateri kereta korang. Mudah kan?

Tanda-tanda Bateri Kereta Kong

  • Kereta susah nak dihidupkan (start)

Selalunya, bila kita hidupkan enjin kereta, ia hanya mengambil masa 3-5 saat saja untuk dihidupkan. Tapi lain kesnya apabila mampunyai bateri kereta yang hampir nak kong. Ia akan memerlukan lebih masa dan korang perlu mencuba menghidupkan kereta untuk beberapa kali sebelum enjin boleh dihidupkan. Bila dah ada kes-kes sebegini, jangan tak tahu, ini sebenarnya antara petunjuk  yang paling jelas bahawa bateri kereta anda semakin lemah dan sudah tiba masanya untuk anda gantikan bateri kereta dengan bateri yang baru. 

Apa jadi bila korang tak endahkan tanda ini? Alamatnya, korang akan menanggung akibat dimana kereta tak boleh dihidupkan. Tambah buruk lagi bila kereta tidak dapat dihidupkan di masa-masa terdesak seperti kecemasan, atau korang dah lewat untuk ke sesuatu urusan yang penting. 

  • Lampu amaran timbul

Perhatikan papan pemuka yang berada di depan stesterreng. Bila caj bateri korang menurun ke tahap yang kritikal kerana tidak mampun menyimpan caj, atau pun bateri tidak dicaj dengan baik, lampu amaran bateri akan timbul pada papan pemuka. Bila simbol bateri sudah berkelip-kelip di papan pemuka, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan bateri dan korang kena periksa serta merta. 

  • Bau busuk

Sebelum korang marah kawan, partner, atau keluarga korang sebab kentut dalam kereta, jangan tak percaya, bateri yang rosak dang kong juga boleh menghasilkan bau busuk. Macam mana bateri boleh hasilkan bau busk? Sebenarnya, bila ada bau busuk ini bermakna berlaku litar pintas pada bateri, dan asid sulfurik mungkin sudah pun bocor sekaligus melepaskan gas busuk itu. Jika ini berlaku, ia sangat berbahaya kerana boleh merosakkan komponen-komponen lain dalam kereta korang. 

  • Alarm kereta berbunyi tidak tentu hala

Kadang-kadang bila berlaku alarm kereta yang berbunyi tak tentu hala ni membuatkan kita pula yang gelabah tak tentu pasal. Kebiasaannya, alarm kereta yang berbunyi tidak tentu hala ini adalah kereta model TOYOTA ataupun PROTON. Apabila ia mula berbunyi tidak tentu hala, itu adalah tanda bateri kereta kong yang perlu diganti dengan segera. 

Tips Menghidupkan Semula Bateri Kereta Yang Kong

Bila bateri kereta kong, jangan panik dulu! Sebenarnya ada beberapa tips untuk korang menghidupkan semula bateri kereta korang sebelum menunggu bengkel kereta beroperasi. Cara nak hidupkan kereta ni mudah je sebenarnya, cuba baca tips di bawah ini: 

  • Periksa sambungan terminal bateri

Cuba semak sambungan terminal bateri korang, bersambung dengan baik ke tidak? Korang kena pastikan terminal bateri itu bersambung. Kalau macam tak pasti, korang boleh gerakkan atau putarkan sedikit sambungan tu. Tapi ingat, kena berhati-hati! 

  • Bersihkan terminal bateri
Terminal bateri
Foto kredit: Kasarp Studio Melalui Shutterstock

Kalau ada nampak macam kotoran berwarna putih di bateri kereta, cuba bersihkan. Kadang-kadang, kotoran itu boleh menyebabkan aliran elektrik tidak dapat disampaikan kepada lalu memyebabkan bateri menjadi kurang efisien. 

  • Lakukan jumpstart

Kalau korang ada jumper dalam kereta, inilah masanya untuk tunjukkan kepakaran korang melakukan jumpstart! Tapi, nak lakukan jumpstart, ini adalah perkara-perkara yang korang kena beri perhatian buat yang pertama kali buat. 

  1. Semak buku manual. Ini kerana sesetengah kereta tak sesuai untuk melakukan jump start kerana sistem litar yang sensitif. 
  2. Periksa jika bateri kereta korang berkarat, retak, bocor atau rosak. Jika ada ciri-ciri ini, jangan lakukan jump start. 
  3. Jangan lupa juga untuk matikan enjin sebelum melakukan jumpstart. Radio, lampu hadapan, dan sebagainya harus dimatikan. 
  4. Selepas matikan enjin, pastikan korang cabut kunci kereta. 

Untuk melakukan jumpstart, korang memerlukan kereta lain yang baterinya elok dan mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar daripada kereta anda. Sekiranya kapasiti kereta si pemberi bantuan lebih rendah, ia boleh mendatangkan bahaya. Boleh jadi lintas pintas kalau tak hati-hati. Gunakan soft skill korang untuk mintak tolong sesiapa yang berdekatan. 

Sambungkan klip kabel jumper dengan penuh berhati-hati. Sentiasa mulakan dengan menyambungkan terminal positif kabel jumper kereta dengan terminal positif bateri kereta si penderma. Terminal positif selalunya ada penutup plastik warna merah berserta simbol (+). Selesai langkah itu, sambungkan pula kabel jumper kereta penderma dengan terminal positif bateri kereta yang kong. 

Bila kereta dah boleh start, jangan terus matikan. Hidupkan sekurang-kurangnya selama 15 minit dulu. Ini penting untuk pengecasan bateri. Lepas dah okay, korang dah boleh bawa kereta macam biasa. Jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada individu kereta lain yang membantu tu ye! 

Inilah pentingnya ada jumper dalam kereta. Korang boleh dapatkan di kedai-kedai aksesori kereta, dan boleh juga didapati di Mr. DIY berhampiran korang.

  • Hubungi pihak insurans

Kalau dah tak ada cara lagi, korang boleh telefon pihak insurans korang untuk datang membantu. Inilah pentingnya ada insurans kereta. Kadang-kadang benda boleh berlaku tanpa diduga. 

Sementara tengah cerita pasal insuran, jom ketahui sikit mengenai insurans kereta. Walaupun insuran ini adalah amat penting, namun masih ramai yang tidak sedar. Ada juga yang menjangka bahawa mempunya roadtax sahaja sudah mencukupi. 

Apa Itu Road Tax?

Di Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mewajibkan supaya semua pemilik kenderaan untuk memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau roadtax yang sahih sebelum menggunakan jalan raya. Jadi, boleh ke renew roadtax tanpa insuran? Wah, betul-betul menjimatkan kalau hanya perlu roadtax saja. Tapi sebenarnya tak boleh. Semua pemilik kenderaan diwajibkan untuk menghidupkan insuran. Syarat ini telah ditetapkan oleh JPJ. 

Kenapa Perlu Ada Insurans Kereta?

Statistik kemalangan dan kecurian kereta di negara ini bukan calang-calang. Berdasarkan statistik tahun 2010 sehingga 2019 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), lebih 500,000 kes kemalangan jalan raya direkodkan setiap tahun yang melibatkan 7,000 kematian. 

Bukan mengharapkan perkara yang buruk berlaku, tetapi tidak mustahil jika korang boleh jadi sebahagian daripada statistik ini. Disebabkan ini jugalah kerajaan Malaysia mewajibkan pembelian insurans kenderaan. 

Menurut akta Pengangkutan Jalan 1987, semua pemandu yang mempunyai kenderaan diwajibkan dilindungi insurans kenderaan sekurang-kurangnya Insurans Pihak Ketiga.

Jenis-jenis Polisi Kenderaan

  • Pihak pertama/Komprehensif

Polisi insurans jenis ini menawarkan perlindungan yang paling menyeluruh. Syarikat pembekal insurans akan menyediakan perlindungan kepada pembeli insuran jika berlaku kemalangan, kecurian atau pun kebakaran. Bukan itu sahaja, pihak syarikat insurans juga akan membayar sekiranya berlaku kemalangan yang tidak dijangka terhadap kenderaan korang dan juga pihak yang korang langgar. 

Walaupun korang mempunyai polisi insurans jenis ini, ia tidak bermakna anda boleh sambil lewa dalam pemanduan, atau pun tidak menjaga kereta anda dengan rapi. Polisi ini tidak melindungi diri anda, mahupun penumpang. Untuk kes ini, korang digalakkan untuk mengambil insurans diri untuk mendapatkan perlindungan. 

  • Pihak ketiga, kecurian dan kebakaran

Polisi insurans jenis ini pula menyediakan perlindungan apabila berlakunya kebakaran atau kecuaian yang terjadi pada kenderaan anda tanpa disengajakan. Misal kata, berlaku kemalangan yang korang sendiri lakukan, korang sebagai pemilik kenderaan perlu mengeluarkan duit sendiri untuk repair kereta. Tapi, kereta yang korang melanggar akan dilindungi oleh pihak insurans korang. 

  • Pihak ketiga

Untuk pengetahuan korang, polisi pihak ketiga adalah polisi insurans kenderaan yang paling asas. Sebabnya bayaran premium polisi pihak ketiga ini adalah yang paling rendah berbanding yang lain kerana perlindungannya yang tidak menyeluruh. Setiap pemilik kereta memiliki insurans ini kerana tidak memiliki insurans di Malaysia merupakan salah di sisi undang-undang. Untuk tahu lebih lanjut mengenai insurans kereta, korang boleh klik LINK ini.

Sebagai pemandu, bukan sahaja korang kena titikberatkan soal tayar kereta, malah keseluruh kereta demi pemanduan dan keselamatan yang optimum. Apabila kenderaan dijaga dengan rapi, dan dilengkapi dengan insurans, korang boleh menarik nafas lega dan memandu dengan tenang. Benar, tiada siapa yang boleh menjangkakan kemalangan, tapi ada baiknya jika sediakan payung sebelum hujan dengan memberikan perlindungan kepada kereta, dan juga perlindungan pada diri dengan mengambil insuran. Yang menunggang motor juga tidak ketinggalan. Kalau korang nak tahu pasal insurans motor, boleh klik LINK ini. Di Qoala App, kami menyediakan pelbagai insurans dan hanya insurans yang terbaik demi kebaikan pelanggan-pelanggan kami.

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗