Lindungi Bisnes Dengan Insurans Perniagaan

Artikel ini terakhir diperbarui September 2, 2021 by Nadhirah Rashid
Lindungi Bisnes Dengan Insurans Perniagaan
Bagikan ke Teman:

Dah nama pun bisnes, mestilah ada risiko, betul tak? Keberanian mengambil risiko adalah salah satu aspek yang paling penting dalam perniagaan. Namun, ada risiko yang boleh mendatangkan keburukan. Tapi, risiko ini boleh dikawal dengan insurans perniagaan. Qoala hari ini akan berkongsikan mengenai perlindungan yang harus dipertimbangkan oleh bisnes-bisnes owner tidak mengira saiz perniagaan. 

Ada beza di antara pemilik bisnes yang berani mengambil risiko dengan pemilik bisnes yang bijak menguruskan risiko bisnesnya. Setiap keputusan yang dibuat dalam bisnes adalah sebuah pelaburan yang mempunyai risiko. Salah percaturan, maka rugilah kita. 

Di Malaysia, jumlah perniagaan start up menunjukkan trend peningkatan. Walaupun ramai yang telah menceburi bidang perniagaan, tak ramai yang tahu mengenai insurans perniagaan dan kenapa pentingnya terhadap syarikat. Selain diri, keluarga, kereta dan rumah, bisnes anda juga memerlukan perlindungan insurans. Sayang betul perniagaan yang kita bina dari titik peluh sendiri, siang malam membangunkan perniagaan, boleh lenyap dalam sekelip mata dek kerana sebuah kejadian yang luar daripada jangkaan kita. Untung rugi adalah adat permainan dalam perniagaan. Tapi, yang menjadi rugi besar di sini adalah kerugian masa yang telah kita laburkan dalam membina perniagaan. Ada yang makan bertahun-tahun lamanya untuk menstabilkan perniagaan dan rapuh begitu saja kerana tiada perlindungan. 

Objektif Utama Insurans Perniagaan

Ramai usahawan terutamanya daripada bisnes start up tidak mengambil berat mengenai risiko-risiko yang boleh dihadapi syarikat mereka. Sebagai contoh risiko dibadai bencana seperti banjir atau ribut, kemalangan seperti kebakaran yang boleh membuatkan pemilik perniagaan berputih mata setelah segala yang diusahakan berlalu begitu sahaja. Objektif utama mendapatkan perlindungan perniagaan adalah bagi memastikan musibah atau dugaan yang melanda tidak mengakibatkan bisnes ditutup keseluruhannya dan pampasan daripada insurans boleh digunakan untuk membina semula perniagaan selepas dibadai musibah. 

Bisnes owner yang bijak, pasti memastikan syarikatnya dilindungi insurans perniagaan daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini. Apa dia kejadian yang tidak diingini tu? Di bawah adalah senarai sebab-sebab kenapa pemilik perniagaan perlu memiliki perlindungan insurans untuk melindungi perniagaan:

Sebab- sebab Kenapa Bisnes Owner Perlu Ada Insurans

  • Melindungi syarikat daripada bencana alam

Antara bencana alam yang sering melanda negara secara konsisten adalah banjir. Jangan ingat certain-certain negeri sahaja yang terkena banjir teruk seperti banjir terburuk yang berlaku di pantai timur negara. Bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur turut boleh terkena banjir iaitu banjir kilat. Jika andamemiliki syarikat di lokasi-lokasi yang berisiko tinggi untuk dilanda banjir, ada ke simpanan yang mencukupi untuk kos-kos pembaikan?

Banjir yang datang bukan saja membawa air. Ia turut membawa segala jenis kekotoran seperti selut dan lumpur. Pejabat yang dilanda banjir sudah pasti memerlukan kos pembersihan. Bagaimana pula dengan segala alat-alat elektronik? Kebanyakkan bisnis sekarang menggunakan iMac, Macbook dan pelbagai lagi alat-alat elektronik yang mahal. Sudah pasti alat-alat elektronik ini akan musnah dan rosak apabila ditelenggami air. Ini belum cerita pasal stok produk, barangan perabot pejabat, fail-fail yang penting yang turut musnah disebabkan banjir. 

Yang ini baru banjir, belum lagi ribut, tanah runtuh, atau pun gempa bumi. Tambah-tambah lagi jika kawasan perniagaan anda adalah kawasan yang sering berlaku bencana alam. 

Di sinilah peranan penting memiliki insurans perlindungan. Ia bertujuan untuk melindungi harta benda kepunyaan syarikat. Pampasan yang diterima boleh membantu pemilik perniagaan untuk bangkit lebih cepat dalam membaiki dan membina semula perniagaan tersebut.

  • Melindungi syarikat daripada kebakaran 

Kredit Foto: Alexey Layeroff Melalui Shutterstock

Bayangkan anda sebagai pemilik perniagaan tiba-tiba dapat panggilan di tengah malam pemberitahuan yang syarikat anda sedang terbakar? Boleh speechless dibuatnya. Iyalah, mestilah kita terfikir macam mana nak recover balik jika segala modal yang ada telah dilaburkan untuk membeli stok dagangan. Kalau ada simpanan syarikat, boleh lah guna. Tapi bagaimana kalau tak ada simpanan syarikat? 

Kebakaran jarang berlaku, tapi ianya tidak mustahil untuk berlaku. Ingat, malang tidak berbau. Pelbagai perkara yang boleh mengakibatkan kebakaran. Kebakaran yang berlaku boleh jadi disebabkan lintar pintas dan bermacam-macam lagi. Api yang membara boleh memusnahkan segala harta benda dengan sekelip mata. Apabila perniagaan memiliki perlindungan insurans, pampasan daripada insurans mampu membantu meminimakan kerosakan dan kerugian yang berlaku. 

  • Melindungi syarikat daripada kes pecah masuk

Keadaan yang memaksa boleh membuatkan segelintir individu melakukan jenayah seperti mencuri atau memecah masuk. Ini kerana desakan hidup yang dilalui. Kejadian pecah masuk pejabat juga tidak kurang hebatnya. Kecurian harta benda seperti alat-alat elektronik seperti komputer, telefon pintar, komputer bimbit dan juga wang tunai boleh mendedahkan perniagaan dalam keadaan berisiko tinggi. Tanpa insurans, kita terpaksa menggunakan wang simpanan syarikat untuk recover balik. Tapi bagaimana kalau syarikat tak ada simpanan?

Dengan memiliki insurans perniagaan, tuntutan boleh dilakukan apabila berlakunya kejadian yang tidak diingini berlaku. Tidak lah kita menjadi murung memikirkan macam mana nak recover balik, betul tak?

  • Memberi perlindungan daripada kemalangan dan kecacatan

Untuk pengetahuan anda, kakitangan syarikat adalah aset bisnes juga. Sebab itulah kita kena sediakan perlindungan untuk mereka. Ini kerana staff-staff juga boleh berisiko untuk mengalami kemalangan di tempat kerja dan mereka juga berisiko tinggi untuk jatuh sakit sehingga memerlukan rawatan perubatan yang tinggi. Ketiadaan staf boleh membantutkan operasi perniagaan kita. 

Bukan itu saja, dengan menyediakan pelan perlindungan insurans bagi staff, staff boleh bertambah bermotivasi untuk bekerja dengan lebih baik kerana rasa dihargai oleh majikan. 

  • Menyediakan peace of mind

Menjadi seorang pemilik perniagaan bukan satu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu diteliti. Dari segi pengurusan staf, memperbaharui produk, kewangan, pelaburan dan banyak lagi. Semuanya perlu difikir. Dengan adanya insurans perniagaan, ia boleh menyediakan dan mewujudkan perasaan tenang dalam diri seseorang pemilik perniagaan. Ini kerana, kini pemilik perniagaan sedar yang syarikatnya sedang dilindungi insurans sekiranya perkara yang tidak ingini berlaku dan boleh membantutkan perkembangan syarikat. Pengurusan syarikat juga boleh menjadi lancar. 

  • Penghantaran Barang Tertangguh

Pemilik bisnes layak untuk menerima ganti rugi sehingga RM2, 000 sekiranya berlaku kelewatan dalam penghantaran barang daripada pembekal lebih daripada 24 jam yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan. Situasi ini boleh dilihat seperti lori pembekal telur yang sepatutnya sampai di lokasi perniagaan pada pukul 5 pagi namun tertangguh disebabkan lori tersebut mengalami kemalangan seperti hilang kawalan akibat jalan yang licin. Jika pemilik syarikat tidak mempunyai sebarang insurans, kerugian besar boleh berlaku. Mana tidaknya, produk tak dapat, duit telah dibazirkan dan operasi perniagaan tidak dapat berlaku dengan baik. Dengan memiliki insurans, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban dan meminimalkan kerugian yang anda miliki. Tidak lah menjadi seperti kata pepatah, bagai jatuh ditimpa tangga. 

  • Perlindungan penyakit berjangkit

Dunia kini penuh dengan penyakit berjangkit. Sesiapa sahaja boleh dijangkiti penyakit berjangkit termasuklah pemilik syarikat dan pekerja-pekerjanya. Apabila pemilik syarikat dan staff jatuh sakit, prestasi syarikat boleh terjejas. Ini kerana operasi perniagaan tidak dapat berlaku seperti biasa. Dengan adanya insurans, ia boleh melindungi diri dari segi kos apabila dimasukkan ke hospital dan pemulihan apa-apa penyakit yang diklasifikasikan sebagai wabak atau pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

  • Jaminan kesetiaan pekerja

Setiap syarikat mahukan kesetiaan pekerja. Ia adalah nilai yang mahal. Kesetiaan pekerja boleh dinilai apabila pekerja tidak sabotaj perniagaan dengan melakukan penipuan. Tapi, kejadian ini boleh berlaku. Sudah tentu ia mendatangkan rugi kepada syarikat. Namun begitu, dengan adanya perlindungan insurans perniagaan, pemilik syarikat boleh memohon ganti rugi terhadap kehilangan wang ringgit atau harta benda yang disebabkan oleh pekerja itu tadi. 

  •  Pencerobohan data

Foto Kredti: PabloLagarto Melalui Shutterstock

Ingat, data adalah salah satu aset syarikat. Data juga adalah sebuah privasi. Dunia kini semakin maju, dan apabila kebanyakkan perniagaan bergantung kepada teknologi, risiko digodam menjadi kerisauan nombor satu. Kebanyakkan perniagaan juga tidak mempunyai sistem keselamatan siber yang kuat. Disebabkan itu, mereka terdedah dengan kes-kes pencerobohan data, ransomware dan pelbagai lagi serangan siber. 

Jenis-jenis Insurans Perniagaan

Ada pelbagai jenis insurans perniagaan yang setiap usahawan tidak kira lah usahawan yang mempunyai syarikat berskala besar atau kecil perlu timbangkan. Berikut adalah senarai jenis-jenis insurans yang boleh melindungi perniagaan:

  • Insurans Harta

Polisi insurans harta perniagaan berperanan sebagai pelindung kepada harta benda dalam perniagaan. Pemilik perniagaan boleh menuntut ganti rugi sekiranya berlaku kerugian dari segi harta benda. Polisi ini turuk melindungi perabot pejabat, komputer, inventori perniagaan dan barang-barang yang lain yang boleh membantutkan pergerakkan syarikat sekiranya barang tersebut tiada. Ada pelbagai polisi insurans harta yang juga menyediakan perbelanjaan untuk melindungi perniagaan daripada kerosakan dan kerugian hasil daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran dan wang yang diperlukan untuk terus mengendalikan perniagaan sehingga kerosakan dari kerugian itu diperbaiki. 

  • Insurans Liabiliti

Sebagai bisnes owner, kita terdedah dengan sebarang dakwaan khususnya dakwaan yang dibuat oleh pengguna sekirannya produk atau perkhidmatan perniagaan memberi kemudaratan kepada pengguna. Misal kata anda adalah seorang pemilik bisnes yang mengeluarkan produk makanan, sekiranya seorang pembeli produk makanan tersebut jatuh sakit seperti keracunan makanan selepas memakan produk makanan tersebut, pemilik perniagaan boleh menggunakan insurans liabiliti ini untuk  mebayar ganti rugi dan juga boleh digunakan untuk kos guaman sekiranya pemilik pernigaan disaman. Polisi ini turut boleh membantu pemilik perniagaan u7ntuk membayar kos perubatan pengguna terbabit.

  • Insurans Auto Komersial

Sesetengah syarikat mempunyai kenderaan mereka yang tersendiri yang digunakan untuk perniagaan. Sebarang kenderaan yang digunakan untuk tujuan perniaaan boleh dilindungi dengan pelan perlindungan insurans auto komersial. Sebarang kejadian yang tidak dijangka boleh mengganggu operasi perniagaan. Pelan insurans auto komersial ini dapat melindungi kenderaan komersial perniagaan apabila berlaku kemalangan, kerosakan akibat kebakaran atau kecurian serta memberi perlindungan bagi kematian, kecederaan atau kerosakan harta benda pihak ketiga yang berpunca daripada kenderaan komersial syarikat.

  • Insurans Pampasan Pekerja

Insurans pampasan pekerja dapat menyediakan perlindungan kepada majikan apabila sebarang pampasan perlu dibayar di bawah Undang-undang Pampasan Pekerja di Malaysia. Pampasan ini perlu dibayar sekiranya pekerja mengalami kecederaan yang berpunca daripada kemalangan atau penyakit daripada atau semasa bekerja dengan majikan. Sekiranya pekerja tersebut meninggal dunia, faedah pampasan akan diberi kepada keluarga pekerja. Walau bagaimanapun, polisi ini mempunyai beberapa pengecualian. Ia tidak melindungi sesetengah kerugian seperti sebarang kecederaan akibat rusuhan dan juga mana-mana kakitangan yang tidak dianggap sebagai pekerja di bawah undang-undang negara.

  • Insurans Liabiliti Professional

Jika perniagaan berbentuk perkhidmatan profesional seperti konsultan professional, membuat cadangan, merekabentuk produk, dan sebagainya, syarikat tersebut boleh didakwa sekiranya didapati memberi konsultan atau nasihat yang salah sehingga mengakibatkan kemudaratan kepada orang lain. Syarikat tersebut terdedah dengan risiko disaman. Tindakan undang-undang ini boleh memakan masa dan tekanan. Dasar insurans liabiliti profesional boleh membantu melegakan beban ini sekiranya ia berlaku. Sama ada penasihat bertanggungjawab secara sah atau tidak, insurans akan mengimbangi kos menanggapi tuntutan undang-undang.

  • Insurans Gangguan Perniagaan

Menjadi tanggungjawab seorang pemilik perniagaan untuk mengekalkan dan meningkatkan keuntungan perniagaan. Di sinilah peranan insurans gangguan perniagaan. Insurans gangguan perniagaan sering dijumpai sebagai perlindungan termasuk polisi pemilik perniagaan, polisi pakej komersial, atau polisi insurans harta komersial yang direka untuk membayar kos perbelanjaan perniagaan apabila operasi perniagaan terpaksa diberhentikan sementara atas sebab kerosakan harta benda yang berpunca daripada kejadian-kejadian yang tidak disangkakan. Insurans gangguan perniagaan membayar untuk perkara-perkara seperti hilang pendapatan, sewa dan utiliti, pergerakkan ke lokasi sementara, perbelanjaan tambahan (iklan, kos sampingan yang berkaitan dengan pembaikan, pengiklanan, penempatan semula, perbelanjaan (gaji, sewa, insurans kesihatan, dan lain-lain). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian yang tidak dilindungi dan memerlukan pemilik perniagaan untuk menambah perlindungan pada polisi seperti gempa bumi, kecurian, vandalisme, kaca kerosakan, gangguan utiliti, dan sebagainya.

  • Pengangkutan Insurans Liabiliti Bahan Berbahaya (HAZMAT)

Insurans HAZMAT ini meliputi pengangkutan bahan berbahaya oleh trak, kapal terbang, bot mahu pun kereta api. Polisi ini merangkumi liabiliti untuk memuatkan / memunggah kargo, liputan transit, pembersihan pencemaran tapak dan pencemaran yang berterusan yang disebabkan oleh tumpahan bahan berbahaya. Insurans HAZMAT adalah keperluan undang-undang bagi pengangkut bahan berbahaya.

  • Insurans Pelanggaran Data

Kecurian data bukan lagi perkara yang jarang kita dengar. Malah, penggodam kini mempunyai sebuah team khas dengan strategi yang teknikal bagi mencuri dan menggodam data-data pelanggan yang kita ada. Bagi yang tak tahu, data pengguna adalah aset syarikat. Pemilik syarikat disyorkan untuk memiliki insurans pelanggaran data bagi melindungi daripada berlakunya liabiliti undang-undang.

Memiliki perniagaan adalah satu perkara yang sangat mengkagumkan. Namun, perniagaannya juga datang dengan risiko-risiko yang kita tak dapat elakkan. Jangan disebabkan risiko-risiko ini, ia membantutkan impian anda untuk mempunyai perniagaan idaman. Risiko-risiko ini boleh dikawal dengan pemilikan insurans perniagaan. 

Tidak kira sama ada dari segi manusia, teknikal atau kewangan, pemilik perniagaan boleh mengenal pasti dan menjangkakan risiko ketika membuat perancangan perniagaan. Kenal pasti risiko yang boleh menghentikan, melambatkan atau mempengaruhi keuntungan perniagaan anda.

Sebagai pemilik perniagaan, kami faham hari anda pasti sibuk dengan menguruskan keperluan syarikat demi pertumbuhan syarikat sehingga ke tahap berjaya. Tapi luangkan sedikit masa untuk menambah perlindungan terhadap syarikat. Kerana ia akan memberikan kesan yang baik pada jangka masa panjang. 

Sampai disini sahaja artikel Qoala pada hari ini. Jika anda mencari insurans kereta dengan harga yang berpatutan, boleh klik LINK ini. Semoga bermanfaat! 

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗