Tiada Lesen Memandu dan Kemalangan, Tiada Lesen Boleh Claim Insurans?

Kali terakhir diperbaharui Feb 9, 2023 oleh Shafiq Wahab
Tiada Lesen Memandu dan Kemalangan, Tiada Lesen Boleh Claim Insurans?

Tiada lesen memandu dan kemalangan boleh memberi masalah yang serius kepada pemandu atau penunggang lebih-lebih lagi berkaitan tuntutan insurans. Besar kemungkinan syarikat insurans tidak akan melayan tuntutan insurans kemalangan anda. Anda mungkin perlu keluarkan belanja sendiri untuk menanggung kos pembaikan kereta anda dan kereta pihak ketiga.

Kemalangan Tanpa Lesen Memandu: 2 Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu?

Ramai dalam kalangan pengguna jalan raya terutamanya golongan muda memandu tanpa lesen atau insurans kereta/motor yang sah. Secara asasnya, perbuatan sebegini adalah salah di sisi undang-undang. Pemandu atau penunggang motor boleh terdedah kepada risiko-risiko tertentu terutamanya jika berlaku kemalangan atau insiden yang tidak diingini.

Memandu tanpa lesen adalah merupakan satu kesalahan serius yang tidak sepatutnya diambil mudah. Namun begitu, ramai dalam kalangan ibu bapa khususnya memandang remeh perkara ini dan beranggapan kebolehan memandu sahaja sudah mencukupi untuk membenarkan anak-anak remaja memandu tanpa lesen memandu yang sah.

Berdasarkan operasi khas yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya. Sebanyak 222 saman polis untuk kereta dan motor dikeluarkan, separuh daripadanya membabitkan kesalahan tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Bagi membantu anda memahami dengan lebih baik, anda boleh rujuk situasi-situasi yang biasa berlaku seperti berikut:

1. Tiada Lesen Memandu: Memandu Tanpa Lesen dan Kemalangan

Aiman tiada lesen memandu dan memandu kereta milik bapanya untuk ke kedai membeli barangan keperluan sekolah. Namun malangnya, Aiman terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan.

Ketika kemalangan berlaku, kereta yang dinaiki Aiman memiliki perlindungan insurans kereta yang sah. Persoalan yang timbul – adakah tiada lesen boleh claim insurans?

Berdasarkan situasi ini:

    1. Aiman terlibat dalam kemalangan dan memandu kereta bapanya tanpa lesen memandu yang sah;
    2. Kereta bapa Aiman memiliki insurans kereta yang sah semasa kejadian.

Adakah insuran boleh di claim sekiranya tiada lesen? Sekiranya berlaku kemalangan dan pemandu semasa kejadian berlaku tidak mempunyai lesen memandu, besar kemungkinan pihak insurans tidak akan melayan tuntutan insurans ini.

Mana-mana individu yang terlibat dalam kemalangan dan memandu kenderaan tanpa memiliki lesen memandu yang sah, pemilik kenderaan secara asasnya tidak boleh membuat sebarang claim insurans kemalangan.

Ini bermaksud, anda mungkin perlu menanggung sendiri kos-kos pembaikan kerosakan kereta atau kos-kos lain yang berkaitan. Malah, pemilik kenderaan juga boleh dikompaun oleh pihak polis kerana membenarkan individu tanpa lesen yang sah memandu kenderaan di jalan raya.

Bagaimana pula sekiranya anda memiliki lesen memandu yang sah namun terlupa untuk renew lesen memandu dan berlaku kemalangan semasa lesen memandu tamat tempoh? Bolehkah tuntutan insurans dilakukan?

Dalam situasi sebegini, anda boleh perhatikan senario seperti berikut:

Kemalangan tiada lesen memandu boleh beri kesan kepada anda

2. Lesen Memandu Tamat Tempoh

Zubir memiliki lesen kereta yang sah sejak lima tahun yang lalu. Namun begitu, lesen memandu Zubir telah tamat tempoh dan Zubir terlupa untuk renew lesen memandu miliknya disebabkan kesibukan kerja.

Malangnya, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan. Semasa kejadian, kereta yang dipandu Zubir memiliki insurans dan roadtax kereta yang sah tetapi lesen memandu tamat tempoh.

Berdasarkan situasi ini:

    1. Zubir mempunyai lesen memandu yang sah;
    2. Ketika kemalangan berlaku, lesen memandu Zubir telah tamat tempoh dan masih belum diperbaharui;
    3. Kereta milik Zubir memiliki perlindungan insurans kereta yang sah.

Sekiranya berlaku kemalangan semasa lesen memandu tamat tempoh, anda masih layak untuk membuat tuntutan insurans. Ini kerana, berdasarkan situasi ini pemandu kenderaan masih mempunyai lesen memandu cuma terlupa untuk memperbaharuinya.

Tuntutan insurans juga berkemungkinan tidak akan ditolak memandangkan kenderaan tersebut mempunyai perlindungan insurans yang sah.

Namun begitu, pemandu kenderaan mungkin akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu tanpa lesen memandu yang sah dan tamat tempoh. Pemandu juga boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM300 untuk kesalahan tersebut.

Kadar Denda Lewat Renew Lesen Memandu

Berikut kadar denda yang mungkin dikenakan ke atas anda sekiranya anda lewat renew lesen memandu:

Tempoh (Tahun)

Denda Lewat Renew Lesen Memandu (RM)

1

30

2

60

3

90
4

120

5

150

kemalangan semasa lesen memandu tamat tempoh

Apa Perlu Anda Lakukan Jika Tiada Insurans, Tiada Lesen Memandu dan Kemalangan?

Ramai yang khuatir dengan langkah yang perlu dilakukan sekiranya kemalangan berlaku melibatkan kenderaan tanpa perlindungan insurans yang sah dan pemandu tiada lesen memandu. Ini kerana, ia boleh memberi kesan kepada proses tuntutan insurans kemalangan.

Sekiranya anda berdepan situasi kemalangan kereta tiada insuran kereta, anda boleh membuat tuntutan ke atas individu yang melanggar. Anda juga boleh membuat tuntutan ke atas pemilik kenderaan sekiranya pemandu semasa kemalangan bukan pemilik kenderaan.

Anda boleh mengemukakan saman atas kapasiti persendirian. Jika menang tuntutan, pihak yang disaman akan diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar kos ganti rugi anda.

Cara Claim Kemalangan Kereta Tiada Insurans

Untuk membuat tuntutan insurans bagi kes kemalangan melibatkan kenderaan tanpa insurans ini, anda memerlukan maklumat penting seperti nama dan butiran pemandu yang terlibat. Berikut langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya kereta anda dilanggar oleh pemandu yang tiada lesen memandu dan insurans kereta yang sah:

1. Kumpulkan Bukti Bergambar

Kumpulkan bukti bergambar untuk membantu memudahkan proses tuntutan insurans anda. Anda perlu menangkap gambar kerosakan kereta anda, gambar kereta pihak yang melanggar dan gambar-gambar lain yang berkaitan.

Ambil juga gambar roadtax kereta semasa kejadian berlaku – ia bertindak sebagai bukti dan memudahkan anda sekiranya berlaku pertikaian.

2. Catat Nombor Plat Kereta

Pastikan anda merekodkan atau mengambil gambar nombor plat kereta pihak yang melanggar anda. Butiran ini penting untuk membuat carian di JPJ bagi mendapatkan maklumat berkenaan pemilik kenderaan.

3. Dapatkan Butiran Pemandu

Selain itu, dapatkan butiran peribadi pemandu yang terlibat seperti nama penuh, nombor telefon, kad pengenalan individu dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Catatkan lokasi dan masa kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis.

4. Buat Laporan Polis

Laporan Polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Jika lewat, tuntutan insurans anda berkemungkinan akan ditolak. Selepas laporan diterima, Pegawai Penyiasat akan menjalankan siasatan.

Gambar kemalangan dan rajah kasar kemalangan akan diserahkan dalam tempoh 15 hari yang akan digunakan untuk proses tuntutan insurans.

5. Hubungi Syarikat Insurans

Anda perlu maklumkan kejadian kemalangan ini kepada syarikat insurans dengan segera. Tuntutan insurans kemalangan perlu dilakukan secepat mungkin sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan.

tiada lesen memandu dan kemalangan: denda lewat renew lesen memandu

Tiada Lesen Memandu, Kemalangan Kereta Tiada Insurans: Renew Lesen Memandu dan Insurans untuk Ketenangan Fikiran

Sekiranya anda tiada lesen memandu dan ditahan semasa pemeriksaan polis, anda boleh didakwa di mahkamah atas kesalahan memandu atau menunggang tanpa lesen memandu yang sah. Pihak polis kini tidak lagi akan berkompromi dengan pemandu atau penunggang yang tiada lesen memandu. Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati bersalah.

Berdasarkan Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan, mana-mana pemandu atau penunggang yang didapati bersalah memandu tanpa atau tiada lesen memandu yang sah akan dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau setahun penjara, atau kedua-duanya sekali. Malah, pemandu atau penunggang yang didapati bersalah memandu tanpa perlindungan insurans boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau tiga bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, sekiranya anda ingin renew insurans kereta untuk elakkan anda daripada kena saman Polis, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans paling komprehensif di Malaysia. Dapatkan sebut harga insurans percuma di Qoala hari ini.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

2 comments

  1. Bagaimana jika mangsa tidak mempunyai lesen motosikal dan hanya mempunyai lesen kereta, tetapi kemalangan terjadi ketika sedang memandu motosikal? Adakah masih boleh claim insurans? Jika tidak, apa akibat pada pelangar? Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu kereta dan motosikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60