14 Makanan Malaysia Rendah Kalori (Sedap & Mengenyangkan!)

Artikel ini terakhir diperbarui January 24, 2022 by Nadhirah Rashid
14 Makanan Malaysia Rendah Kalori (Sedap & Mengenyangkan!)
Foto Kredit: Asada Nami Melalui Shutterstock

Siapa kata makanan rendah kalori ni tak sedap? Dalam artikel ini, Qoala akan memberi senarai 14 makanan rendah kalori di Malaysia yang korang mesti cuba! 

Memang tak dapat dinafikan, makanan dekat Malaysia ni memang best sangat. Dari sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam sehinggalah makan lewat malam, memang ada je makanan yang sedap-sedap. Mungkin sebab itu, ramai yang susah sangat nak diet.

AMARAN! Perut korang akan berbunyi dan kelaparan bila tengok gambar-gambar di bawah ini!

Jom kita tengok sama-sama. 

15 Makanan Rendah Kalori Yang Korang Mesti Cuba

  1. Nasi Ayam

    Foto Kredit: bonchan melalui Shutterstock

    Makanan rendah kalori yang pertama dalam senarai ialah nasi ayam. Kalau korang suka makan nasi ayam, korang boleh teruskan makan hidangan ini tetapi tengok-tengok jugalah portion yang korang ambil. Kalau terlalu banyak pun tak bagus.

    Biasanya, dalam satu pinggan nasi ayam, korang akan dapat sumber karbohidrat dari nasi, sumber protein dari ayam dan sumber serat dari sayur-sayuran seperti timun atau salad.

    Kalau korang nak hidangan nasi ayam korang menjadi lebih seimbang, korang boleh tambah jumlah serat dalam hidangan nasi ayam korang.

  2. Asam Laksa

    makanan rendah kalori
    Foto Kredit: Bored Photography melalui Shutterstock

    Dalam kategori hidangan mee, Asam Laksa ni boleh dikatakan berada dalam kelas yang tersendiri. Korang tahu tak, hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia ini juga boleh dikatakan makanan yang sihat?

    Korang akan dapat hidangan yang penuh dengan protein dalam sepinggan hidangan asam laksa. Selain itu, korang tak perlu risau tentang pengambilan sayur sebab terdapat juga hirisan nipis timun disediakan.

    Kuahnya dibuat dengan ikan tenggiri segar, dan dihiasi dengan nanas, daun pudina, dan bunga kantan. Sedapnya!

  3. Thosai

    makanan rendah kalori
    Foto Kredit: ThamKC Melalui Shutterstock

    Korang suka makan roti canai masa sarapan di kedai mamak? Haa lepas ini, korang kena cuba thosai yang juga merupakan makanan rendah kalori. Jumlah kalorinya lebih rendah berbanding roti canai.

    Hidangan ini sihat sebab tak banyak minyak digunakan dan ianya juga penuh dengan protein. Thosai bukan sahaja sihat, rasanya juga sedap terutama sekali bila makan cicah dhal, kari atau chutney.

  4. Popia Basah

    Foto Kredit: abamjiwa al-hadi Melalui Shutterstock

    Popia ini merupakan satu hidangan yang unik sebab boleh disediakan dalam pelbagai cara. Korang suka jenis popia yang macam mana? Popia otak-otak? Popia goreng? 

    Kalau korang nak hidangan popia yang sihat, popia basah ni merupakan pilihan yang terbaik. Popia basah selalunya dimakan bersama kuahnya, sama ada kicap atau sos cili. Tetapi tak ada sos pun, popia basah tetap sedap.

  5. Nasi Kerabu

    makanan rendah kalori
    Foto Kredit: Nabilah Khalil Melalui Shutterstock

    Bayangkan hidangan Nasi Kerabu yang panas dengan telur masin rebus, ikan atau ayam goreng, dan banyak sayur-sayuran segar, herba & kerisik ada dekat depan korang sekarang ni! Memang tak bagi chance lah, mesti habis korang makan.

    Nasi berwarna biru yang berasal dari Pantai ini merupakan hidangan yang lengkap dengan sumber protein, serat dan karbohidrat. 

  6. Ayam Tandoori

    makanan rendah kalori
    Foto Kredit: StockImageFactory.com Melalui Shutterstock

    Ucapkan selamat tinggal kepada ayam goreng terutama sekali ayam goreng fast food kegemaran korang tu. Lepas ini, kalau nak makan ayam, makanlah ayam tandoori.

    Jika nak dibandingkan dengan ayam goreng yang lain, ayam tandoori ini dimasak dengan minyak yang kurang jadi jumlah kandungan lemaknya juga rendah.

    Ayam tandoori dimasak dengan rempah ratus yang kaya dan bahan-bahan yang sihat untuk memenuhi citarasa korang.

  7. Chapati

    makanan rendah kalori
    Foto Kredit: StockImageFactory.com Melalui Shutterstock

    Selain thosai, chapati ini satu lagi hidangan yang korang boleh pertimbangkan untuk menjadi alternatif kepada roti canai.

    Chapati ini juga disediakan dengan penggunaan minyak yang sikit dan sememangnya merupakan makanan yang sihat untuk korang nikmati dengan dhal.

  8. Ikan Bakar

    makanan rendah kalori
    Foto Kredit: Fariq Amin Melalui Shutterstock

    Ini pilihan popular untuk mereka yang sedang berdiet. Diperap dengan kunyit, halia, lengkuas, cili, bawang putih, limau segar, dan belacan, hidangan ikan bakar ini akan membuatkan korang lupa yang korang tengah berdiet!

  9. Rojak Buah

    makanan rendah kalori
    Foto Kredit: euphorical Melalui Shutterstock

    Makanan rendah kalori yang seterusnya adalah rojak buah. Korang yang suka makan pasembur tu boleh lah tukar kepada rojak buah yang kalorinya jauh lebih rendah dan juga lebih sihat berbanding pasembur.

    Terdiri daripada pelbagai buah-buahan tempatan seperti mangga, nenas, betik dan banyak lagi, korang memang akan enjoy makan rojak buah tanpa rasa bersalah.

  10. Pengat

    Foto Kredit: Hashima1609 Melalui Shutterstock

    Jika korang nak pemanis mulut yang sihat, inilah pilihan yang terbaik.

    Pengat disediakan dengan ubi keledek yang direndam dan direbus dalam santan, gula, dan daun pandan. Potongan pisang dan keladi juga biasanya ditambah.

  11. Idli

    makanan rendah kalori
    Foto Kredit: Indian Food Images Melalui Shutterstock

    Idli ini merupakan salah satu makanan yang terbaik korang boleh amalkan semasa tengah diet. Ia mengandungi protein, serat dan karbohidrat yang baik.

    Ia tidak mengandungi sebarang lemak juga kerana ia dikukus. Sebaliknya, ia penuh dengan serat, protein dan karbohidrat – semua yang korang perlukan untuk hidangan yang sihat.

    Korang biasanya boleh cari idli di restoran India atau mamak. Idli ini dibuat dengan beras dan lentil hitam yang ditapai.

  12. Nasi Ulam

    Foto Kredit: Dolly MJ Melalui Shutterstock

    Nasi ulam ini lebih kurang macam nasi kerabu. Persamaannya adalah nasi ulam juga mempunyai kalori yang rendah. Perbezaannya pula dengan nasi kerabu adalah ia dibuat dengan beras kunyit.

    Dalam sepinggan nasi ulam, korang akan mendapati terdapat pelbagai campuran herba seperti selasih, pudina, serai dan kelapa parut.

  13. Mee Sup

    Foto Kredit: Lesterman Melalui Shutterstock

    Berbanding dengan mee yang lain seperti mee kari yang penuh dengan santan dan minyak atau mee yang goreng-goreng, korang boleh gantikan dengan mee sup.

    Mee sup mempunyai kalori yang jauh lebih rendah. Hidangan ini pun sangat simple dan yang paling penting sedap untuk korang nikmati.

  14. Telur separuh masak

    makanan rendah kalori
    Foto Kredit: ThamKC Melalui Shutterstock

    Yang terakhir dalam senarai ini, kita ada telur separuh masak yang terkenal sebagai menu sarapan yang sihat. Walaupun simple je menu ni tapi banyak khasiatnya untuk korang.

    Antaranya, ia boleh membantu pembentukan otot, menurunkan berat badan, menguatkan daya ingatan dan lain-lain lagi.

    Selepas ini, masa sarapan, korang boleh lah order telur separuh masak di restoran atau buat sendiri di rumah. Makan dengan kicap dan lada putih, confirm korang tak akan menyesal!

 

Kelebihan Mengambil Makanan Rendah Kalori

Bila sebut je bab diet ni, kita semua ada matlamat yang berbeza-beza. Ada yang nak turunkan berat badan dan ada juga yang nak menikmati kehidupan yang lebih sihat. 

Berikut adalah 4 sebab mengapa korang juga patut pertimbangkan untuk mengamalkan pengambilan makanan rendah kalori dengan lebih kerap:

 

  • Membantu mengawal berat badan

Foto Kredit: New Africa Melalui Shutterstock

Selain bersenam, pemakanan juga penting untuk korang mencapai misi untuk menurunkan berat badan. Dengan mengambil makanan rendah kalori, misi korang mesti boleh tercapai.

Untuk pengetahuan korang, wanita memerlukan sehingga 2000 kalori setiap hari untuk mengekalkan berat badan yang sama manakala lelaki pula memerlukan kira-kira 2500 kalori setiap hari untuk mengekalkan berat yang sama. 

Apabila pengambilan kalori dikurangkan, korang akan dapat turun berat badan dengan lebih efektif. Ini boleh berlaku disebabkan badan korang akan menggunakan lebih banyak kalori setiap hari melakukan aktiviti harian.

  • Kekal sihat

Selain menurunkan berat badan, kesihatan korang juga akan menjadi lebih baik. 

Diet rendah kalori melibatkan pemakanan yang seimbang yang terdiri daripada serat berkualiti, bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran dan protein tanpa lemak. 

Ini dapat memastikan korang mendapat jumlah nutrien yang mencukupi yang diperlukan oleh badan untuk menjalani aktiviti setiap hari.

 

  • Mood menjadi lebih baik

Foto Kredit: Krakenimages.com Melalui Shutterstock

Apabila korang mengamalkan makanan rendah kalori yang mempunyai diet yang seimbang, mood korang pun boleh jadi semakin baik!

Ini kerana diet yang seimbang biasanya mengandungi nutrien dan mineral yang penting untuk memastikan badan kita dapat berfungsi dengan normal.

Mineral ini juga memastikan kita mendapat tidur yang cukup pada waktu malam serta memastikan kita mempunyai tenaga yang diperlukan untuk menjalankan tugas harian. 

Jumlah nutrien dan mineral yang banyak ini juga membantu korang untuk kekal sihat dan meningkatkan sistem imun.

  • Mengawal tahap gula dalam darah 

Apabila berdiet, korang akan cenderung untuk mengelakkan makanan yang mengandungi banyak gula atau karbohidrat. Hal ini kerana pengambilan gula yang berlebihan akan ini akhirnya menjadi kalori dan boleh menyebabkan diet korang menjadi sia-sia je. 

Dengan mengelakkan makanan manis dan bergula, korang akan mendapati paras gula dalam darah akan berkurang. Paras gula darah yang tinggi boleh menyebabkan korang berisiko tinggi mengidap diabetes dan penyakit jantung, jadi penting untuk korang mengekalkan tahap gula yang sihat.

Kesimpulannya, memang banyak pilihan makanan Malaysia yang mempunyai kalori yang rendah ini. Diharapkan senarai yang telah Qoala kongsikan di atas dapat membantu korang mencapai matlamat korang untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat! 

Kalau korang tengah cari insurans kereta, motor, hartanah atau kemalangan diri, korang boleh hubungi Qoala dan klik di sini!

 

Hariz Hafiz
Pernah menulis puluhan berita surat khabar, beratus artikel marketing, kini, misi Hariz adalah untuk membantu korang mempelajari bidang insurans di Pesan by Qoala!