Perangai Lepas Dapat Gaji, No 3 Tu Ramai Yang Buat!

Artikel ini terakhir diperbarui December 6, 2021 by Nadhirah Rashid
Perangai Lepas Dapat Gaji, No 3 Tu Ramai Yang Buat!
Bagikan ke Teman:

Dari bank dia datang, kepada bank juga dia pergi. Ya, Qoala tengah cakap pasal gaji. Hari gaji adalah hari yang dinanti-nantikan semua orang. Tipulah korang kata korang tak tertunggu-tunggu kan? 

Selalu time hari gaji ni, apa perkara pertama korang buat lepas gaji dah masuk akaun? Bayar komitmen? Tolak saving siap-siap? Atau belanja tak ingat dunia? 

Black Friday Movie GIF - Find & Share on GIPHY

Haa ini dia perangai orang lepas dapat gaji!

Ragam Manusia Lepas Dapat Gaji 

Keperluan didahulukan, kemahuan diletak tepi 

Yang ni memang patut dijadikan contoh. Masuk je gaji, terus asingkan segala komitmen. Komitmen macam loan kereta, loan rumah, kos pergi kerja, insurans, groceries, elaun ibu bapa dan macam-macam lagi lah. Bergantung kepada kehidupan orang itu. 

Dah settle tolak keperluan, yang lebih tu barulah digunakan untuk belanja apa-apa kemahuan diri. 

Modified kereta

Yang ni pencinta-pencinta kereta lah selalunya. Setiap bulan tak sah kalau tak upgrade aksesori kereta. Bulan ni pasang spoiler, bulan depan sport rim baru, bulan seterusnya tukar sound system. 

Ramai ke yang macam ni??

Shopping!

Tak sempat gaji nak stay lama sikit dalam akaun bank, terus dibukanya Shopee! Masa ni lah untuk check out segala benda yang diletak dalam shopping cart. 

Kadang-kadang barang tu macam tak perlu pun, tapi rasa macam kena shopping. Korang pernah tak rasa macam tu? Belum lagi sambal Khairul Aming. Time tu pulak ada promo macam promo 12.12.. Haa memang laju je jari tu tekan check out! 

Cafe hipster hunting

Lepas dapat gaji tu terus list kan cafe-cafe hipster yang kena pergi. Cafe-cafe hipster ni dia punya kriteria kena macam ni:

  • Instagrammable
  • Makanan instagrammable
  • Harga makanan RM20 ke atas
  • Tempat OOTD kena nice 

Simpan RM100 setiap bulan (sembang)

Azam setiap bulan tu ada. Contoh macam nak simpan RM100 daripada gaji setiap bulan, buat saving. Tapi tak pernah yang jadi! 

Azam tu muncul mungkin disebabkan bulan lepas dah belanja semua duit, so bulan ni kononnya nak jimat cermat. Tapi sembang…

Staycation setiap minggu

Ni pun salah satu perangai orang kaya baru (read: baru lepas gaji). Dapat je gaji, terus buka booking.com, untuk book staycation. 

Tempat pulak kena estetik, baru lah nice untuk ambil gambar IG story!

Racun TikTok

Yang kaki-kaki TikTok mesti faham. Kat TikTok ni banyak betul orang tabur ‘racun’. Nak-nak lagi barang-barang dekat Shopee. Fuhh, memang laju je tangan pergi check out lepas dapat gaji. 

Haa, korang dalam kategori perangai yang mana satu? Tak kisah pun korang nak buat apa dengan duit gaji tu, tapi pastikan korang track mana pergi duit korang. Takut nanti main belanja je tak ingat dunia! 

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea adalah penulis sepenuh masa sebelum Covid, dan juga selepas Covid. Berpengalaman menulis dalam bidang politik, fesyen, kewangan, dan banyak lagi.