5 Langkah Permohonan Pengecualian PTPTN

Kali terakhir diperbaharui Aug 23, 2022 oleh Hariz Hafiz
5 Langkah Permohonan Pengecualian PTPTN

Sebaik sahaja menamatkan pengajian, ramai graduan yang baru bekerja yang mungkin sudah mula terbeban dengan hutang seperti hutang kereta dan hutang PTPTN. Namun begitu, baru-baru ini pihak kerajaan telah mengumumkan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi peminjam kelas pertama bermula tahun 2019. Artikel ini akan membantu anda mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan syarat pengecualian bayaran balik PTPTN, langkah permohonan pengecualian PTPTN kelas pertama dan dokumen yang anda perlu sertakan semasa permohonan.

Bayaran Balik PTPTN: Pengecualian PTPTN Kelas Pertama

Permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN terbuka kepada semua graduan kelas pertama degree tanpa mengira kategori status B40, M40 atau T20. Inisiatif ini diwujudkan sebagai satu bentuk penghargaan yang diberikan kepada peminjam PTPTN yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. 

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi dorongan kepada bakal graduan untuk belajar bersungguh-sungguh demi mendapatkan keputusan yang terbaik. Jika anda merupakan seorang peminjam PTPTN dan merupakan graduan degree first class, anda boleh mula membuat permohonan dengan merujuk panduan di bawah ini.

Syarat Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Apabila anda telah membuat pinjaman PTPTN, anda sudah perlu mula untuk membayar semula pinjaman anda sebaik sahaja tamat pengajian. Namun begitu, jika anda merupakan graduan kelas pertama, anda berpeluang untuk mendapat pengecualian pembayaran balik PTPTN.

Adakah anda boleh terus dapat pengecualian selepas memperoleh CGPA yang tinggi? Jawapan pendeknya, tidak. Ini kerana, terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapat pengecualian pembayaran. 

Jika anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, kemungkinan untuk anda mendapat pengecualian PTPTN adalah tinggi. Berikut merupakan syarat-syarat yang anda sebagai peminjam perlu penuhi:

  • Permohonan perlu dikemukakan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen anda.
  • Merupakan pelajar sepenuh masa (full-time) semasa mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda.
  • Berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT.
  • Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
  • Pinjaman PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.
  • Kursus yang diambil oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan.

PTPTN Pengecualian Kelas Pertama: Cara Permohonan Pengecualian PTPTN

Pertama sekali, anda hanya boleh mula membuat permohonan pengecualian PTPTN selepas konvokesyen anda. Seperti yang dinyatakan di atas, anda mempunyai tempoh 12 bulan selepas tarikh konvokesyen untuk memohon pengecualian ini. Permohonan pengecualian bayaran balik bagi peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda kelas pertama atau setaraf, kini boleh dilakukan secara online.

Anda tidak perlu bersusah payah untuk keluar rumah dan ke mana-mana cawangan PTPTN. Berikut merupakan lima langkah permohonan pengecualian PTPTN yang anda boleh ikuti:

  1. Layari laman web rasmi PTPTN dan klik pada Bayaran Balik
  2. Kemudian, klik pada Pengecualian Ijazah Kelas Pertama dan anda akan dibawa ke halaman lain
  3. Sebelum anda buat PTPTN Pengecualian Bayaran Balik login, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pinjaman (anda boleh hubungi nombor PTPTN untuk membuat semakan nombor pinjaman PTPTN). 
  4. Kemas kini maklumat pengajian, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat ibu bapa dan maklumat-maklumat lain
  5. Muat naik dokumen sokongan

PTPTN Dokumen yang Diperlukan

Untuk memohon, pastikan anda sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi memudahkanpihak PTPTN untuk mula proses permohonan anda. Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan:

  • Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol).
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
  • Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
  • Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).
  • Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).

Perlu diingatkan, permohonan anda boleh ditolak sekiranya anda tidak memenuhi semua syarat atau tidak menghantar dokumen yang betul. Sebaik sahaja anda telah sediakan semua dokumen yang diperlukan, anda boleh terus memohon pengecualian secara online di laman web PTPTN. Ia boleh mengambil masa kira-kira 60 hari untuk pihak PTPTN memproses permohonan anda.

Anda juga mungkin perlu menyediakan dokumen tambahan semasa membuat permohonan. Anda boleh menghubungi pihak PTPTN melalui panggilan telefon atau live chat PTPTN untuk maklumat lanjut berkaitan dokumen tambahan ini. Satu lagi perkara yang perlu diingatkan adalah dokumen tambahan perlu disahkan oleh pegawai sebelum anda menyerahkannya.

  • Slip gaji terkini
  • Surat akuan sumpah untuk membuat pengesahan pendapatan
  • Penyata cukai taksiran terkini
  • Penyata KWSP terkini
  • Surat pengesahan bukan ahli KWSP bagi mereka yang bukan pencarum KWSP
  • Penyata pencen
  • Penyata PERKESO
  • Sijil kematian
  • Sijil cerai
  • Surat akuan sumpah bagi kes yang tidak dapat dikesan
  • Surat akuan sumpah penjaga

ijazah kelas pertama ptptn

Apa Lagi yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mohon Pengecualian PTPTN Kelas Pertama?

Terdapat beberapa perkara penting lagi yang anda perlu tahu sebelum membuat permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN. Jika anda tidak tahu perkara-perkara ini, anda mungkin akan terkejut sekiranya permohonan anda ditolak dan anda perlu membayar balik pinjaman walaupun memperoleh degree kelas pertama.

  • Jika kursus anda adalah gabungan kursus diploma dan ijazah sarjana muda, anda masih perlu membayar balik pinjaman yang anda ada semasa diploma. Ini bermaksud, pengecualian PTPTN diploma tidak dibenarkan, pengecualian hanya diberikan untuk degree anda sahaja.
  • Pointer yang layak dikategorikan sebagai ijazah kelas pertama berbeza-beza bergantung kepada universiti. Oleh sebab itu, anda perlu semak dengan pihak universiti sama ada CGPA anda dikategorikan sebagai kelas pertama.
  • Kursus yang anda ambil mestilah sama dengan kursus yang dinyatakan dalam surat tawaran anda semasa memohon pinjaman PTPTN. Jika anda telah menukar kursus anda dan mengambil kursus lain, anda tidak akan layak untuk mendapat pengecualian bayaran balik PTPTN.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat pengecualian PTPTN sekiranya anda merupakan graduan kelas pertama. Dengan pengecualian bayaran balik ini, anda akan dapat menguruskan wang anda dengan lebih baik kerana anda tidak perlu pening kepala untuk fikir tentang hutang PTPTN. Diharapkan artikel ini dapat membantu urusan anda dan semoga berjaya!

Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta terbaik, insurans motor murah atau insurans rumah, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60