Wiper Kereta: Tips Penjagaan Yang Betul

Kali terakhir diperbaharui Nov 8, 2023 oleh Shafiq Wahab
Wiper Kereta: Tips Penjagaan Yang Betul

Wiper kereta ni memang wajib ada dekat setiap kereta. Tak kiralah kereta Tesla ke, kereta Proton, atau Tesla sekali pun, wiper kereta memang wajib ada.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA), sebanyak 94 peratus pemandu di Malaysia menganggap wiper sebagai salah satu komponen penting pada kereta, satu peningkatan yang amat baik berbanding 70 peratus pada tahun 2018.

Wiper kereta wajib ada dekat semua kereta untuk satu tujuan utama, iaitu untuk membantu untuk meningkatkan tahap kebolehlihatan semasa pemanduan dalam hujan dan juga menghilangkan sisa air hujan, kotoran-kotoran lain macam debu, habuk dan bendasing yang lain.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, kadar kes kemalangan meningkat semasa keadaan cuaca buruk seperti hujan lebat.

Ada banyak faktor yang boleh sebabkan kemalangan masa hujan lebat. Salah satunya permukaan jalan yang basah. Bila jalan basah, daya cengkaman tayar kenderaan akan berkurangan sekali gus menambahkan kadar kemalangan ketika hujan di Malaysia.

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan kemalangan ketika hujan adalah kegagalan teknikal seperti lampu amaran, lampu brek, wiper kereta dan lampu belakang yang tidak berfungsi antara lain menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Ini kerana, cuaca hujan mengehadkan jarak pemandangan terutama pada waktu malam.

Sebab itulah penting sangat sesebuah kereta untuk ada wiper kereta yang berfungsi dengan baik.

wiper kereta

Jenis-jenis Wiper Kereta

Basically, wiper kereta ni penting untuk lap air pada permukaan cermin hadapan kereta. Disebabkan itu, kita perlu mempertimbangkan jenis bilah, saiz dan reka bentuk wiper kereta yang sesuai untuk mengoptimumkan fungsinya.

Berikut adalah jenis-jenis wiper kereta yang perlu korang tahu:

1. Wiper Kereta Konvensional

Wiper kereta konvensional ni sejenis wiper kereta yang paling biasa dipasang pada kereta. Tapi, sejak belakangan ni, banyak kereta yang terkini dilengkapi dengan wiper kereta jenis flat. Walau bagaimanapun, pengelap cermin kereta konvensional ni lebih tahan lama dan lebih berkualiti. Sebab itulah kalau korang perasan, wiper kereta konvensional ni masih mampu bertahan lama dalam pasaran.

2. Wiper Kereta Jenis Flat

Macam yang kita cakap tadi, kereta-kereta terkini banyak dilengkapi dengan wiper kereta jenis flat. Menariknya tentang wiper jenis ini, ia mempunyai fleksor logam yang menyokong elemen getah dengan spoiler bersepadu penuh.

Wiper kereta jenis flat ni juga menggunakan tekanan yang dihasilkan oleh aliran udara sekali gus menghasilkan bentuk aerodinamik yang lebih rata dan dapat mengurangkan bunyi angin.

3. Wiper Kereta Hibrid

Pengelap cermin kereta hibrid menggabungkan pengelap cermin konvensional dan flat. Ia menampilkan ciri aerodinamik pengelap cermin kereta flat dengan prestasi pengelap cermin kereta konvensional.

Pengelap cermin jenis ini mengekalkan kedudukan bilah getah pada cermin untuk sekali gus menjadikan pergerakan lebih lancar dan senyap terutamanya semasa pada kelajuan tinggi.

Saiz Wiper Kereta

Saiz wiper kereta yang sesuai ni actually bergantung kepada jenis kereta korang. Kalau korang tak sure, korang boleh ukur saiz wiper kereta sedia ada atau korang boleh rujuk manual untuk elakkan korang daripada pilih salah saiz untuk kereta korang.

Ada banyak jenis saiz wiper kereta yang ada dekat pasaran. Kita kena pilih yang betul sebabnya jika bilah getah terlalu panjang, ia akan berlanggar antara satu sama lagi, jika bilah getah terlalu pendek, ia tidak akan membersihkan keseluruhan cermin kereta korang sekali gus menjejaskan jarak penglihatan.

Wiper Kereta: Silikon Ke Getah?

Hm, nak pilih material wiper kereta pun kena betul. Tapi, benda ni subjektif. Ramai berpendapat wiper kereta dengan material silikon lagi baik dan tahan lama. Namun, ini tidak bermakna wiper cermin kereta jenis getah tidak berkualiti dan tidak bagus.

Basically, faktor kualiti dan ketahanan sesuatu produk perlu mengambil kira aspek penjagaan atau kekerapan penggunaan individu atau pemilik.

Wiper Kereta Biasa (Getah) Wiper Kereta Silikon
Mudah koyak, haus, rosak atau melekat pada cermin. Tidak mudah koyak, haus, rosak atau melekat pada cermin.
Getah lebih cepat keras, tidak fleksibel untuk menyapu air pada cermin. Lebih mesra alam dan lebih tahan lama.
Terdapat kesan air tertinggal. Sapuan air lebih baik, menyeluruh.
Penglihatan tidak jelas, kabur terutamanya semasa hujan lebat. Cermin tidak mudah kabur terutamanya semasa hujan lebat.
Wiper menghasilkan bunyi bising terutamanya pada kelajuan tinggi. Pergerakan wiper lebih lancar.
Perlu ditukar sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Menjimatkan kos, tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap.
Harga wiper getah biasa dijual pada harga yang lebih murah antara RM10-RM50 bergantung pada jenama. Harga wiper silikon dijual pada harga yang lebih mahal antara RM100-RM200 bergantung pada jenama.

wiper kereta

Tips Memanjangkan Hayat Wiper Kereta

Untuk memastikan keselamatan ketika memandu, ada lima tips mudah bagi memastikan jangka hayat wiper yang lebih lama, sekaligus memberikan nilai untuk setiap wang yang korang belanjakan.

Pilih Jenama Yang Dipercayai

Tak dinafikan, ada banyak jenama yang ada dekat pasaran. Harga pun ada pelbagai. Ada yang murah, ada yang mahal. Mahal tak semestinya bagus, dan murah pula tak semestinya tak bagus. Tapi, bagi korang yang mementingkan keselamatan, cari jenama yang benar-benar dipercayai, di mana tahap kualiti, ketahanan dan jangka hayat wiper telah terbukti berkesan.

Yang pasti, jenama-jenama ini telah melabur banyak dalam penyelidikan bagi memastikan produk wiper yang dihasilkan mampu bertahan dalam apa jua jenis cuaca, serta prestasi pengelap yang unggul untuk tempoh masa yang lama, sekaligus meningkatkan tahap keselamatan ketika di atas jalan raya.

Lapisan kalis air (Rain Repellent) bukan pengganti wiper

Salah satu konsep yang kerap disalahertikan adalah lapisan kalis air yang tidak memerlukan anda menggantikan wiper dengan kerap disebabkan penggunaan yang jarang.

Namun, tidak ramai yang tahu, penggunaan lapisan ini sebenarnya lebih bahaya kerana ia menyebabkan kadar kelusuhan wiper yang tidak sekata, dan mampu memberikan kesan kepada kualiti sapuan dan tempoh hayat wiper itu sendiri.

Selain daripada itu, penggunaan bahan kalis air ini juga boleh menyebabkan kesan kabut pada cermin yang mengambil masa yang lama untuk hilang setiap kali kitaran mengelap, dan ini lebih menyukarkan pemanduan terutama pada waktu malam.

Sebagai perbandingan, cermin yang tidak didatangkan dengan lapisan ini lebih cepat menghilangkan kesan kabut itu dalam tempoh saat setiap kali kitaran mengelap.

Cermin Hadapan Harus Kekal Bersih

Faktor seperti kepanasan, habuk dan serpihan bendasing mampu memberikan kesan kepada prestasi pengelapan cermin dan jangka hayat wiper itu sendiri.

Amalan baik seperti memastikan cermin hadapan kekal bersih, memeriksa wiper sebelum dan selepas musim tengkujuh untuk melihat kesan pakai dan lusuh, dan membuang sisa serpihan bendasing mampu memanjangkan jangka hayat wiper, menghasilkan kualiti sapuan yang lebih bersih sekaligus memberikan lebih nilai untuk wang dalam tempoh masa yang lama.

Satu lagi konsep yang disalahfahamkan adalah tabiat mengangkat lengan wiper ketika cuaca panas bagi mengelakkan bilah wiper rosak akibat kepanasan yang melampau.

Tabiat ini dilihat mampu memberikan kesan kepada spring lengan wiper dan mampu menyebabkan kesan pengelapan yang tidak sempurna, sekaligus menyebabkan kos pembaikan yang lebih mahal berbanding amalan memeriksa secara berkala dan menggantikan bilah wiper.

Periksa bilah wiper setiap enam bulan

Satu petua khusus untuk pemandu baharu adalah dengan membiasakan diri memeriksa bilah wiper setiap enam bulan untuk melihat kesan seperti pengerasan, terlalu lusuh, koyak atau retak.

Kesan di atas merupakan petunjuk bahawa wiper kereta anda perlu digantikan serta-merta.

Tukar wiper sekiranya terdapat tanda-tanda ini

Seperti komponen kenderaan yang lain, wiper juga turut akan mengalami kehausan setelah penggunaan biasa, persekitaran yang mampu mempengaruhi struktur kimia pada bilah wiper, serta pencemaran yang berterusan disebabkan oleh habuk, dedaun, dan juga serangga.

Pastikan juga tanda-tanda yang terdapat pada permukaan cermin seperti jaluran air, sapuan yang tidak sekata, serta bunyi bising yang terhasil ketika penggunaan wiper.

Tips Penjagaan Wiper Kereta

Bagi memastikan pengelap cermin kereta tahan lebih lama, terdapat beberapa aspek penjagaan yang perlu dipatuhi.

  1. Bersihkan bilah pengelap cermin kereta secara berkala untuk mengelakkan sebarang kotoran daripada melekat padanya;
  2. Tegakkan atau angkat bilah pengelap cermin kereta sekiranya kereta diletakkan di kawasan tempat letak kereta terbuka atau di bawah panas terik;
  3. Bersihkan cermin kereta supaya kotoran pada permukaan cermin tidak merosakkan getah pengelap cermin kereta;
  4. Gunakan cecair atau bahan pencuci cermin yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap getah pengelap cermin dan cermin.

Sampai disini sahaja perkongsian Qoala. Kalau korang nak renew insurans kereta dan juga roadtax, renew je dengan Qoala!

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60