Cukai Jalan Kereta: Senarai Harga Dan Cara Renew

Artikel ini terakhir diperbarui September 6, 2021 by Nadhirah Rashid
Cukai Jalan Kereta: Senarai Harga Dan Cara Renew
Bagikan ke Teman:

Cukai jalan kereta atau juga dikenali sebagai road tax kereta adalah wajib bagi setiap kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah. Ia perlu diperbaharui pada setiap tahun dengan bayaran yang tertentu. Nak buat pembaharuan cukai jalan kereta kadang-kadang terasa leceh terutamanya bagi yang pertama kali membuat pembaharuan. Jangan risau, artikel Qoala kali ini akan menerangkan cara terbaik untuk buat pembaharuan road tax kereta anda. 

Kerajaan Malaysia mewajibkan setiap pemilik kereta untuk buat pembaharuan cukai jalan kereta dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan penalti. Sekiranya anda membuat pembaharuan cukai jalan sebelum tarikh akhir, anda terselamat dikenakan penalti. 

Menurut Datuk Seri Shaharuddin Khalid, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalanraya, sejumlah 2,119,653 kereta yang masih tidak membuat pembaharuan cukai jalan kereta dalam tempoh 18 March sehingga 14 June 2020. Puncanya boleh dikatakan disebabkan dalam tempoh tersebut, ramai yang hanya duduk di rumah gara-gara pandemik COVID-19 dan mereka tidak membuat pembaharuan cukai jalan kereta.

Bagaimana Cukai Jalan Kereta Dikira?

Cukai jalan kereta perlu diperbaharui
Foto kredit; lumen-digital Melaui Shutterstock

Sewaktu memilih untuk membeli kereta, cukai jalan kereta adalah salah satu perkara yang penting untuk diambil kira. Jadi, sebelum anda nak beli kereta, pastikan kos cukai jalan kereta ini termasuk dalam faktor kewangan anda. 

Berikut adalah bagaimana cukai jalan dikira:

Kenderaan Berkuas Petrol Milik Individu

Cukai jalan dikenakan berdasarkan saiz enjin kenderaan anda. Saiz enjin yang diberi diskaun adalah di antara 0cc sehingga 1600cc. Faktor diskaun ini lebih jelas jika kita lihat kereta nasional negara mengekalkan saiz enjin pada 1600cc. 

  • 1000cc – 1600cc

Berikut adalah cukai jalan berdasarkan saiz enjin kereta:

Kapasiti EnjinKadar Bayaran
1000cc dan kebawah20.00
1001cc hingga 1200cc55.00
1201cc hingga 1400cc70.00
1401cc hingga 1600cc90.00

 

  • 1601cc – 2000cc

Apabila saiz enjin kereta anda melebih 1600cc, cara pengiraannya sedikit berbeza.  Antara 1600cc-1800cc, kadar asas ialah RM 200 dan melebihi 1800cc kadar asasnya ialah RM 280. Anda boleh merujuk jadual di bawah bagi info lebih jelas.

Kapasiti EnjinKadar Asas (RM)Kadar Progresif (RM)
1601 hingga 1800cc200.000.40 bagi setiap perbezaan cc berbanding 1600cc
1801cc hingga 2000cc280.000.50 untuk setiap perbezaan CC berbanding 1800cc

Untuk pemahaman yang lebih jelas, lihat contoh ini. 

Anda mempunyai kereta jenama Honda Civic 1.8s dengan bersaizkan enjin 1799cc. Kadar asas yang dikenakan adalah pada RM200 bagi 1600cc yang pertama. Lebihan 199cc lagi perlu didarab dengan RM0.40, sekali gus menjadikan jumlah tambahan sebanyak RM79.60. 

Kos cukai jalan kereta bagi kereta Honda Civic 1.8 ialah pada RM200+RM79.60, menjadikan jumlah kos keseluruhan cukai kereta tersebut adalah RM279.60.

  • 2000cc – 3000cc

Manakala bagi kereta yang mempunyai saiz enjin yang melebihi 2000cc, kadar caj dan kenaikan yang dikenakan bagi setiap CC adalah seperti di bawah: 

Kapasiti EnjinKadar Asas (RM)Kadar Progresif (RM)
2000cc hingga 2500cc380.00RM1 bagi setiap perbezaan CC berbanding 2000cc
2501cc hingga 3000cc880.00RM2.50 untuk setiap perbezaan CC berbanding 2500cc
Melebihi 3000cc2,130RM4.50 untuk setiap perbezaan CC berbanding 3000cc

Jika dilihat pada rajah di atas, harga kereta yang bersaiz enjin melebihi 3,000cc adalah yang paling tinggi. Jadi jika anda berhasrat untuk membeli kereta yang enjinnya melebihi 3000cc, ambil maklum mengenai kadar yang dikenakan bagi cukai jalan kereta tersebut. 

Kenderaan Berkuasa Diesel Milik Individu dan Syarikat

JPJ memberikan tarif yang sama bagi kenderaan yang berkuasa diesel tidak kita sama ada ia dimiliki oleh individu atau hak milik syarikat. 

  • 1000cc hingga 1600cc

Kapasiti EnjinKadar
1000cc ke bawahRM20
1001cc hingga 1200ccRM85
1201cc hingga 1400ccRM100
1401cc hingga 1600ccRM120

Tarif cukai jalan bagi kenderaan diesel yang berenjin 1000cc dan ke bawah adalah sama dengan enjin petrol. Walau bagaimanapun, tarif ini akan meningkat naik apabila melepasi 1000cc. 

Namun, jika dilihat secara keseluruhan, kenderaan diesel yang bersaiz enjin yang kecil sukar didapati dalam pasaran Malaysia. Ia disebab beberapa halangan teknikal yang menyebabkan saiz enjin kenderaan diesel tidak boleh direka terlalu kecil. Ia boleh jadi disebabkan isu tekanan dan juga bunyi. 

  • 1601cc hingga 1800cc

Kapasiti EnjinKadar Asas (RM)Kadar Progresif (RM)
1601cc hingga 1800cc300RM0.30 untuk setiap perbezaan CC berbanding 1600cc
1801cc hingga 2000c 360RM0.40 bagi setiap perbezaan CC berbanding 1800cc
2001cc hingga 2500cc 440RM0.80 untuk setiap berbezaan CC berbanding 2000cc
2501cc hingga 3000cc840RM1.60 untuk setiap perbezaan CC berbanding 2500cc
Lebih 3000cc1,640RM1.60 untuk setiap perbezaan CC berbanding 3000cc

Bagi anda yang mengidamkan kereta diesel yang berenjin besar, ini adalah jumlah cukai jalan yang perlu anda ketahui. Jika dilihat rajah di atas, kadar asas cukai jalan kereta meningkat tinggi apabila saiz enjin kenderaan diesel melebihi 2500cc.

Harga Cukai Jalan Kereta (2021) Mengikut Jenama Kereta

Proton

MODEL KERETAKAPASITI ENJINKADAR DI SEMENJUNGKADAR DI SABAH SARAWAK
Harga roadtax Proton X50 1.51496ccRM90RM56
Harga roadtax Proton X701799ccRM359.70RM198.83
Harga Roadtax Proton Saga 1.31332ccRM70RM56
Proton Saga 1.61597ccRM90RM56
Proton Exora 1.61561ccRM100RM50
Proton Inspira 1.81798ccRM279.20RM223.36
Proton Inspira 2.01998ccRM379RM273.50
Harga Roadtax Proton Persona 1.61597ccRM90RM56
Proton Preve 1.61561ccRM90RM56
Harga Roadtax Proton Iriz 1.31332ccRM70RM56
Proton Iriz 1.61596ccRM90RM56
Proton Ertiga 1.41373ccRM70RM56

Perodua

MODEL KERETAKAPASITI ENJINKADAR DI SEMENJUNGKADAR DI SABAH SARAWAK
Harga roadtax Perodua Axia 1.0998ccRM20RM20
Harga roadtax Perodua Bezza 1.0998ccRM20RM20
Perodua Bezza 1.31300ccRM70RM56
Harga roadtax Perodua Myvi 1.31329ccRM70RM56
Perodua Myvi 1.51496ccRM90RM56
Harga Roadtax Perodua Kancil850ccRM20RM20
Harga Roadtax Perodua Alza 1.51495ccRM100RM50
Harga roadtax Perodua Aruz 1.51496ccRM100RM50

Honda

MODEL KERETAKAPASITI ENJINKADAR DI SEMENJUNGKADAR DI SABAH SARAWAK
Harga roadtax Honda City 1.51497ccRM90RM56
Harga Roadtax Honda Civic 1.51498ccRM90RM56
Honda Civic 1.81799ccRM279.60RM223.68
Honda Civic 2.01998ccRM379RM273.50
Honda Civic Type-R1998ccRM379RM273.50
Harga Roadtax Honda BRV 1.51497ccRM100RM50
Harga Roadtax Harga roadtax Honda HRV 1.51496ccRM100RM50
Honda HRV 1.81799ccRM359.70RM198.83
Harga Roadtax Honda Jazz 1.51497ccRM90RM56
Harga Roadtax Honda Accord 1.51498ccRM90RM56
Honda Accord 2.01997ccRM378.50RM273.25
Honda Accord 2.42356ccRM736RM452

Toyota

MODEL KERETAKAPASITI ENJINKADAR DI SEMENJUNGKADAR DI SABAH SARAWAK
Harga roadtax Toyota Yaris 1.51496ccRM90RM56
Harga roadtax Toyota Vios 1.51496ccRM90RM56
Toyota CHR 1.81798ccRM359.40RM198.66
Harga Roadtax Toyota Altis 1.81798ccRM279.20RM223.36
Harga Roadtax Toyota Camry 2.01998ccRM379RM273.50
Toyota Camry 2.22163ccRM543RM355.50
Toyota Camry 2.42362ccRM742RM455
Toyota Camry 2.52494ccRM874RM521
Harga Roadtax Toyota Estima 2.42393ccRM754.40RM415.92
Toyota Estima 3.53456ccRM2369.60RM1450.20
Toyota RAV4 2.01987ccRM434.80RM240.14
Toyota Harrier 2.32360ccRM728RM401.40
Toyota Harrier V6 3.02360ccRM728RM401.40
Harga Roadtax Toyota Vellfire 2.52494ccRM835.20RM460.36
Harga Roadtax Toyota Alphard 2.42362ccRM729.60RM402.28
Toyota Alphard 2.52493ccRM834.40RM459.92
Toyota Alphard 3.02995ccRM1632RM898.60
Harga Roadtax Toyota Hilux 2.52494ccRM835.20RM460.36
Toyota Hilux 2.82755ccRM1,248.00RM687.40
Toyota Hilux 3.02982ccRM1611.20RM887.16

Nissan

MODEL KERETAKAPASITI ENJINKADAR DI SEMENJUNGKADAR DI SABAH SARAWAK
Nissan Almera 1.51498ccRM90RM56
Nissan Cefiro1995ccRM377.50RM272.75
Nissan Grand Livina 1.61598ccRM100RM50
Nissan Grand Livina 1.81798ccRM359.40RM198.66
Nissan X-Trail 2.01997ccRM438.80RM242.34
Nissan X-Trail 2.52488ccRM830.40RM457.72
Nissan Sylphy 1.81798ccRM279.20RM223.36
Nissan Sentra 1.61597ccRM90RM56
Nissan Serena 2.01997ccRM438.80RM282.34
Nissan Teana 2.01997ccRM378.50RM273.25
Nissan Teana 2.5 V62488ccRM868.00RM518
Nissan Murano 3.53498ccRM2436.80RM1500.60
Nissan Navara 2.52488ccRM830.40RM457.72
Nissan GTR R-353799ccRM5,725.50RM2102.65

Mitsubishi

MODEL KERETAKAPASITI ENJINKADAR DI SEMENJUNGKADAR DI SABAH SARAWAK
Mitsubishi Mirage 1.21193ccRM55RM44
Mitsubishi Attrage 1.21193ccRM55RM44
Mitsubishi ASX 2.01998ccRM439.20RM242.56
Mitsubishi Grandis 2.42378ccRM742.40RM409.32
Mitsubishi Lancer 2.01998ccRM379RM273.50
Mitsubishi Lancer Sportback 2.42360ccRM740RM454
Harga Roadtax Mitsubishi Outlander 2.01998ccRM439.20RM242.56
Mitsubishi Outlander 2.42360ccRM728.00RM401.40
Harga Roadtax Mitsubishi Triton 2.42442ccRM793.60RM437.48
Mitsubishi Triton 2.52477ccRM821.60RM452.88

Kia

MODEL KERETAKAPASITI ENJINKADAR DI SEMENJUNGKADAR DI SABAH SARAWAK
Kia Picanto 1.21248ccRM70RM56
Kia Cerato 1.61591ccRM90RM56
Kia Cerato 2.01999ccRM379.50RM273.75
Kia Forte 2.01998ccRM379RM273.50
Kia Forte Koup 2.01998ccRM379RM273.50
Kia Forte 1.61591ccRM90RM56
Kia Stinger 2.01998ccRM379RM273.50
Kia Sportage 2.01995ccRM438RM241.90
Kia Sorento 2.22199ccRM599.20RM330.56
Kia Sorento 2.42398ccRM758.40RM418.12
Kia Rio 1.41368ccRM70RM56
Kia Spectra 1.61591ccRM90RM56
Kia Grand Carnival2199ccRM599.20RM330.56
Kia Stinger 3.3 V63342ccRM3,669.00RM1,485.70

Mazda

MODEL KERETAKAPASITI ENJINKADAR DI SEMENJUNGKADAR DI SABAH SARAWAK
Mazda 2 Hatchback & Sedan 1.51496ccRM90RM56
Mazda 3 Hatchback & Sedan 1.51496ccRM90RM56
Mazda 3 Hatchback & Sedan 2.01998ccRM379RM273.50
Mazda 6 Sedan 2.52488ccRM868RM518
Mazda CX-3 2.01998ccRM439.20RM242.56
Mazda CX-5 2.01998ccRM439.20RM242.56
Mazda CX-5 2.22191ccRM592.80RM327.04
Mazda CX-5 2.52488ccRM830.40RM457.72
Mazda MX-51998ccRM379RM273.50
Mazda CX-8 2.22191ccRM592.80RM327.04
Mazda CX-8 2.52488ccRM830.40RM457.72
Mazda CX-9 2.52488ccRM830.40RM457.72
Mazda CX-30 1.81759ccRM347.70RM192.03
Mazda CX-30 2.01998ccRM439.20RM242.56

 Hyundai

MODEL KERETAKAPASITI ENJINKADAR DI SEMENJUNGKADAR DI SABAH SARAWAK
Hyundai Elantra 2.01999ccRM379.50RM273.75
Hyundai Grand Starex 2.52497ccRM837.60RM461.68
Hyundai Matrix 1.61599ccRM120RM60
Hyundai Sonata 2.01999ccRM379.50RM273.75
Hyundai Tucson 1.61591ccRM100RM50
Hyundai Tucson 2.01999ccRM439.60RM242.78

Volkswagen

MODEL KERETAKAPASITI ENJINKADAR DI SEMENJUNGKADAR DI SABAH SARAWAK
Volkswagen Vento 1.2TSI1197ccRM55RM44
Volkswagen Vento 1.61598ccRM90RM72
Volkswagen Polo 1.21197ccRM55RM44
Volkswagen Polo 1.6 MPI1598ccRM90RM72
Volkswagen Beetle 1.21197ccRM55RM44
Volkswagen Scirocco 1.41390ccRM70RM56
Volkswagen Scirocco R1984ccRM372RM270
Volkswagen Golf 1.4 TSI1390ccRM70RM56
Volkswagen Golf GTI 2.02000ccRM372RM270
Volkswagen Golf R1984ccRM372RM270
Volkswagen Jetta 1.41390ccRM70RM56
Volkswagen Tiguan 1.41395ccRM100RM56
Volkswagen Tiguan 2.01984ccRM433.60RM239.48
Volkswagen Touareg 3.02967ccRM1,587.20RM873.96
Volkswagen Touareg 3.6 V63597ccRM2,595.20RM1,619.40
Volkswagen Passat 1.81798ccRM279.20RM223.36
Volkswagen Passat CC 2.01984ccRM372RM270
Volkswagen Passat CC 3.6 R3597ccRM4,816.50RM1,829.95

Faktor Yang Menyebabkan Bayaran Cukai Jalan Berbeza

Harga cukai jalan di Malaysia berbeza bergantung pada beberapa faktor iaitu;

  • Saiz kapasiti enjin 

Seperti yang anda lihat rajah di atas, harga cukai jalan kereta berbeza mengikut saiz kapasiti enjin kereta tersebut. Semakin tinggi dan besar saiz kapasiti enjin kereta tersebut, makin tinggilah jumlah bayarannya. 

Tapi kenapa lagi tinggi saiz kapasiti enjin, lagi tinggi harganya? Untuk pengetahuan anda, kenderaan bermotor adalah antara sumber pelepasan karbon monoksida yang terbesar. Kereta dan juga trak menyumbang lebih daripada 50 peratus pencemaran. Enjin yang bersaiz besar dikatakan penyumbang besar kepada pencemaran udara. Dan disebabkan itulah ianya dikenakan cukai jalan yang tinggi berbanding yang lain. 

  • Lokasi (Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur, atau Labuan / Langkawi / Pangkor)

Kereta di Sabah dan Sarawak ditawarkan dengan harga cukai jalan yang lebih murah berbanding dengan kereta di Semenanjung Malaysia. Ini disebabkan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak yang tidak baik. Dek kerana kualiti jalan yang buruk, penduduk di Sabah dan Sarawak memilih untuk memiliki kenderaan 4WD (pacuan empat roda) yang mempunyai kapasiti enjin yang besar yang dapat melewati jalanraya yang mencabar itu. 

Manakala penduduk di Labuan, Langkawi dan Pangkor pula, mereka dikenakan cukai jalan kereta yang tetap iaitu sebanyak RM20 bagi saiz enjin 1000cc. Jika kenderaan tersebut melebihi kapasiti, bayaran cukai jalan akan dikenakan pada 50 peratus daripada pemilik kenderaan di Semenanjung Malaysia. 

  • Kegunaan kenderaan

Kegunaan kenderaan turut menjadi salah satu faktor bagi menentukan harga cukai jalan kereta. Jika kenderaan tersebut didaftarkan sebagai kenderaan milik individu persendirian, harga cukai jalan akan lebih murah berbanding dengan kenderaan yang didaftarkan di bawah kenderaan milik syarikat. 

  • Jenis kenderaan

Faktor terakhir yang akan menentukan kos cukai jalan kenderaan anda adalah jenis kenderaan itu sendiri. Ada dua kategori jenis kenderaan iaitu: 

Salun: Sedan / Hatchback / Coupe / Wagon / Convertible

Bukan salun: MPV / SUV / Pick-ups / Commercial

Cara Buat Pembaharuan Cukai Jalan Kereta

Ada pelbagai cara untuk melakukan pembaharuan cukai jalan kereta. Ada cara tradisional dan ada juga secara atas talian. 

  • Pembaharuan Cukai Jalan Di JPJ dan UTC

Jika anda ingin membuat pembaharuan cukai jalan kereta di JPJ/UTC, ini beberapa perkara penting yang perlu anda semak terlebih dahulu. 

  1. Kenderaan tersebut mesti mempunyai perlindungan insurans bagi tempoh yang sedang dipohon. 
  2. Tempoh pembaharuan yang dibenarkan adalah enam bulan atau satu tahun sahaja. 
  3. Sekiranya pemilik kenderaan yang berdaftar telah meninggal dunia, pembaharuan cukai jalan kereta hanya dibenarkan untuk tempoh enam bulan sahaja bagi setiap permohonan dan untuk tempoh yang tidak melebihi lima tahun. Permohonan tersebut harus mendapat kelulusan jika tempoh kematian telah melebihi lima tahun. 
  4. Bagi permohonan renew roadtax yang dikemukakan di kawasan pengisytiharan di mana harga roadtax adalah lebih rendah daripada kawasan pengisytiharan asal, pertukaran kawasan pengisytiharan oleh pemilik kenderaan atau pemunya berdaftar perlu dibuat sebelum proses pembaharuan roadtax dijalankan.

Dokumen yang diperlukan 

  1. MyKad: Dokumen pengenalan diri bagi pemunya kenderaan atau wakil yang hadir
  2. Laporan pemeriksaan PUSPAKOM: Dokumen ini perlu disediakan bagi kenderaan motor yang tidak aktif. 
  3. Dokumen pengesahan: Dokumen ini diperlukan bagi kenderaan yang pemunya berdaftar telah meninggal dunia lebih daripada lima tahun. Individu tersebut perlu membawa dokumen pengesahan seperti dokumen yang menunjukan bahawa proses pembahagian pusaka sudah dimulakan atau mana-mana dokumen untuk pertimbangkan kelulusan. 
  4. Borang perakuan: Borang perakuan diperlukan bagi kawasan pengisytiharan kenderaan dimana ia digunakan. (Sabah/Sarawak dan Pulau Bebas Cukai)
  5. Pengisytiharan Kastam: Resit Pelabuhan (Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai).

Setelah penuhi syarat dan dokumen yang diperlukan seperti di atas, ikuti pula langkah-langkah ini: 

Langkah 1: Pergi ke JPJ/UTC berdekatan

Langkah 2: Ambil nombor terlebih dahulu

Langkah 3: Beratur di kaunter dan tunggu giliran anda

Langkah 4: Tunggu sehingga nombor dipanggil

Langkah 5: Selesaikan urusan di kaunter 

Langkah 6: Selesai

Cara Buat Pembaharuan Cukai Jalan Di Pejabat Pos

Sebelum anda membuat pembaharuan cukai jalan kereta di Pejabat Pos, ini beberapa senarai semak yang anda perlu lakukan: 

Senarai semak

Sebelum anda buat pembaharuan cukai jalan, pastikan anda telah semak dan tahu tarikh tamat tempoh road tax anda terlebih dahulu. Kalau korang nak survey harga insurans kereta dari Qoala, boleh klik di SINI

  • Geran kereta

Seperti yang kita ketahui, kandungan geran kenderaan mempunyai maklumat lengkap tentang kenderaan anda seperti model kereta, tahun kereta dan pelbagai info lagi. 

  • Saman

Anda juga harus memastikan kereta anda bebas daripada mana-mana saman, seperti saman JPJ atau PDRM. Sekiranya ada, pastikan anda langsaikan saman tersebut terlebih dahulu.

Syarat Buat Pembaharuan Cukai Jalan Kereta Di Pejabat Pos

Di bawah adalah syarat-syarat untuk membuat pembaharuan cukai jalan kereta di Pejabat Pos

  • Tempoh renew

Tempoh renew yang dibenarkan adalah enam bulan dan satu tahun saja. 

  • Insurans

Kenderaan tersebut dikehendaki mempunyai perlindungan insuran bagi tempoh pembaharuan seperti yang dipohon. 

  • Pemilik kenderaan meninggal dunia

Sekiranya pemilik kenderaan yang berdaftar telah meninggal dunia, pembaharuan cukai jalan hanya dibenarkan untuk tempoh enam bulan bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun. 

  • Laporan pemeriksaan PUSPAKOM

Bagi kenderaan yang tarikh luputnya telah melebihi setahun daripada tarikh permohonan, ia perlu menjalani dan lulus pemeriksaan PUSPAKOM. 

Cara Renew Cukai Jalan Secara Online

Jika anda lebih menyukai untuk menyelesaikan urusan perbaharuan road tax secara atas talian, anda boleh menggunakan platform seperti MyEG (Malaysian Electronic-Government) yang menyediakan servis seperti pemeriksaan saman daripada JPJ, PDRM dan banyak lagi. 

Cara-cara untuk renew road tax dengan MyEg adalah seperti di bawah:

  1. Daftarkan diri anda dengan MyEg
  2. Pilih JPJ
  3. Pilih Perbaharuan Cukai Jalan 
  4. Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti nombor IC, nombor telefon, nama dan nombor pendaftaran kereta.
  5. Pilih kaedah pengambilan sama ada menerusi penghantar ke rumah atau anda ambil sendiri. 
  6. Caj penghantaran untuk pembaharuan cukai jalan adalah RM6.00 untuk Lembah Klang, RM8.00 untuk Semenanjung Malaysia yang lain, dan RM10.00 untuk Sabah dan Sarawak.
  7. Lakukan pembayaran anda dengan kaedah pembayaran pilihan, kad kredit atau debit atau transfer bank.

Cara Buat Pembaharuan Cukai Jalan Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Untuk membuat pembaharuan cukai jalan kereta semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda perlu membuat janji temu atau appointment.

Sistem janji temu ini dibina bertujuan untuk mengelakkan kesesakan pengunjung yang ada urusan perbaharui cukai jalan dan lain-lain. 

Untuk membuat janji temu, ikuti panduan seperti berikut:

  1. Layari laman web rasmi Pos Malaysia: https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder
  2. Isi Pejabat Pos yang berhampiran anda di ruangan yang disediakan
  3. Tekan ‘Book your JPJ service appointment’
  4. Anda akan dibawa ke satu laman yang lain di mana akan ada beberapa pilihan seperti Renewal of Road tax, Insurance and Driving License, Renewal of Driving License dan Renewal of Road tax
  5. Pilih Renewal of Road tax bagi cukai jalan 
  6. Pilih tarikh dan waktu mengikut kesesuaian anda
  7. Masukkan nama, emel dan nombor telefon di bahagian ‘Add your details’
  8. Tekan butang Book
  9. Akan keluar popup Verify your email
  10. Masukkan verification code yang dihantar
  11. Tekan butang Continue
  12. Ikut arahan selanjutnya sehingga selesai

Setelah berjaya mendapatkan tarikh janji temu, melepasi syarat dengan dokumen yang lengkap, ini yang anda perlu buat bila tiba tarikh janji temu tersebut:

Langkah 1: Ambil nombor 

Langkah 2: Beratur di kaunter dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil

Langkah 3: Selesaikan urusan di kaunter apabila tiba giliran anda

Langkah 4: Selesai

Hilang Geran; Bagaimana Nak Renew Cukai Jalan?

Bagi anda yang telah kehilangan geran kereta, jangan risau. Anda masih boleh perbaharui cukai jalan di Pejabat Pos dengan cara: 

  1. Perlu bawa Kad Pengenalan atau pun passport yang sah. Jika wakil yang pergi ke Pejabat Pos, Kad Pengenalan pemilik tidak diperlukan.
  2. Pergi ke Pejabat Pos berdekatan.
  3. Tunggu giliran anda dan siap.

Bagaimana Jika Road Tax Telah Mati Lebih Daripada Tiga Tahun?

Lakukan pemeriksaan PUSPAKOM untuk perbaharui cukai jalan kereta
Foto Kredit: Minerva Studio Melalui Shutterstock

Untuk yang tidak tahu, apabila roadtax dah tamat tempoh, kita tidak boleh membuat pembaharuan cukai jalan seperti biasa. Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum dapat renew road tax. Berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu lakukan:

Langkah 1: Tetapkan appointment dengan PUSPAKOM

Langkah 2: Dapatkan permit perjalanan sementara

Langkah 3: Lakukan pemeriksaan kereta

Langkah 4: Buat pembaharuan cukai jalan

Kaunter Bagi Urusan JPJ Akan Dibuka Secara Walk-In 100% 6 September 2021

Semua kaunter JPJ dan rakan strategik akan mula beroperasi secara walk-in 100 peratus mulai 6 September 2021.

Sekiranya anda ingin berurusan di kaunter JPJ, anda hasruslah mendapatkanvaksinasi lengkap sebagai langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai termasuk kakitangan yang bertugas.

Pada masa yang sama, pelawat juga perlu menunjukkan status Risiko Rendah COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Dalam masa sama, orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian menerusi portal mySIKAP JPJ, atau melalui portal dalam talian rakan-rakan strategik JPJ yang lain seperti Pos Malaysia Berhad, MyEG dan PUSPAKOM, untuk membuat apa-apa transaksi JPJ yang berkaitan. Ini bertujuan mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ serta memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai dalam membuat transaksi pembaharuan LKM dan LMM.

Penjawat Awam Boleh Bayar Insurans Kenderaan dan Cukai Jalan Secara Ansuran

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengumumkan bahawa penjawat awam boleh menikmati skim bayaran ansuran untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan dengan potongan gaji tanpa sebarang faedah. 

Menteri tersebut berkata inisiatif tersebut direka bagi membantu penjawat awam yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Inisiatif itu akan dijayakan menerusi kerjasama beberapa pihak iaitu Kementerian Sumber Manusia (KSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Angkatan Koperasi Kebangsa Malaysia Bhd. (Angkasa) dan sebuah syarikat takaful.

Jadi, bagi anda yang nak perbaharui cukai jalan kereta, pastikan anda semak kepada senarai semak, syarat dan dokumen  yaag diperlukan untuk memudahkan urusan. Di Qoala, anda boleh membuat perbaharuan insurans kereta termasuk cukai jalan secara ABC. Mudah dan pantas!

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗