7 Tips Kekal Bertenaga di Bulan Ramadhan

Artikel ini terakhir diperbarui April 6, 2022 by Nadhirah Rashid
7 Tips Kekal Bertenaga di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan atau bulan puasa kini tiba lagi. Bulan umat Islam perlu mnahan diri daripada lapar dan dahaga sehinggalah tiba waktu berbuka. Bukan namanya puasalah kalau kita tak alami rasa lesu, lapar dan dahaga. Perkara-perkara ini adalah normal. 

Walau bagaimanapun, tenaga badan boleh menurun dan menjadi bertambah lemah sekiranya tidak kena caranya. Ada pelbagai petua dan tips kekal bertenaga di bulan Ramadhan yang boleh anda cuba sepanjang bulan Ramadhan ini. 

Qoala hari ini akan berkongsikan tips kekal bertenaga di bulan Ramadhan yang boleh anda amalkan.

7 Tips Mudah Kekal Bertenaga di Bulan Ramadhan Yang Mudah

Berikut tujuh tips kekal bertenaga di bulan Ramadhan yang boleh anda amalkan sepanjang bulan Ramadhan ini untuk panduan dan rujukan anda:

1. Minum Lapan Gelas Air

Walaupun berpuasa, ia tidak bermakna anda harus mengurangkan jumlah air yang diminum pada setiap hari. Adalah amat penting untuk anda meminum air yang secukupnya pada bulan puasa ini untuk mengekalkan hidrasi dalam badan. Bagaimana cara untuk melengkapkan lapan gelas air sehari pada bulan puasa?

Antara cara minum yang boleh dipraktikkan adalah:

  • 1 gelas selepas azan maghrib
  • 1 gelas selepas selesai solat maghrib
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas selepas selesai solat isyak
  • 1 gelas selepas selesai solat terawih
  • 1 gelas sebelum tidur
  • 1 gelas selepas bangun dari sahur (sebelum makan)
  • 1 gelas selepas habis makan sahur

Apabila badan mempunyai kandungan air yang cukup, badan akan berasa kurang letih dan lebih bertenaga. Jom kita lihat tips kekal bertenaga di bulan Ramadhan yang kedua pula. 

2. Sibukkan Diri

Berpuasa bukan alasan untuk anda bermalas-malasan sepanjang hari. Bila badan tidak melakukan apa-apa, ia akan menjadi bertambah lesu. Sekiranya anda mempunyai masa yang terluang, penuhkan masa itu dengan pelbagai aktiviti seperti mengemas rumah, berkebun, luangkan masa untuk beribadat dan banyak lagi. Dengan cara ini, masa anda boleh dipenuhi dan secara tidak langsung, anda jadi tidak sedar masa berlalu dengan cepat. Jom kita lihat tips kekal bertenaga di bulan Ramadhan yang ketiga pula. 

3. Dapatkan Rehat dan Tidur Yang Secukupnya

Bagi tips kekal bertenaga di bulan Ramadhan yang seterusnya, anda digalakkan untuk tidak melengah-lengahkan masa tidur bagi mendapat rehat yang cukup. Tidur yang awal dan mencukupi amat penting untuk anda kekal bertenaga sepanjang hari. Jika anda tidur lambat, potensi untuk tidak bangun sahur itu sangat tinggi. Oleh itu, amalkan dan susun semula jadual tidur untuk tidur seawal mungkin supaya anda mempunyai tenaga untuk bangun sahur dan melakukan aktiviti biasa pada keesokkan harinya. 

4. Kurangkan Garam

Tips kekal bertenaga di bulan Ramadhan yang seterusnya adalah dengan mengurangkan penggunaan garam dalam masakan. Garam adalah antara elemen yang boleh membuatkan badan mengalami masalah kehilangan air dengan cepat atau menjadi dehidrasi semasa berpuasa. Hasilnya? Tubuh badan akan menjadi cepat lesu, letih dan tekak akan berasa cepat haus dan dahaga. Walaupun penggunaan garam adalah perlu dan sukar untuk dielakkan, anda boleh cuba untuk kurangkan pengambilannya sama ada dalam makanan siap atau masakan. Ia juga sangat baik bagi mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

5. Kurangkan Kafein

Anda amat digalakkan untuk mengelakkan daripada minuman teh dan kopi semasa bersahur. Kedua-dua jenis minuman ini mengandungi kafein yang tinggi bersifat diuretic. Selain itu, minuman berkarbonat juga tinggi kafein. Oleh sebab itu, anda turut disarankan untuk elakkan daripada meminumnya kerana sangat buruk untuk kesihatan.

Diuretic merangsang pembentukan urin daripada buah pinggang. Ia akan memaksa tubuh menyingkirkan air dan garam dengan banyak melalui air kencing – tanda kerap kencing. Akibatnya tubuh kita akan mengalami dehidrasi atau kehilangan banyak air semasa berpuasa.

Tanda dehidrasi pada tubuh adalah seperti mulut kering, rasa terlalu haus, air kencing pekat, cepat letih & mengantuk, kulit kering, pening kepala dan banyak lagi. Namun begitu, jika anda tidak boleh elakkan pengambilan kopi dan teh, anda boleh ambil tetapi pada kadar yang berpatutan. Lebih baik banyakkan minum air kosong selepas itu.

6. Buat Senaman 

Pasti ramai akan bertanya, tak bertambah penat ke buat senaman dalam bulan puasa? Jika anda menjalankan kehidupan dengan cara yang sihat, pemakanan yang sihat dan minum air yang secukupnya pada malam hari, sudah tentu badan akan jadi makin bertenaga. Senaman yang dilakukan tak perlu berat. Anda boleh menghadkan senaman tersebut kepada 15-20 minit sahaja, ikut kemampuan.

Kajian menunjukkan bahawa dehidrasi tisu otot sebanyak tiga peratus boleh melemahkan badan anda sebanyak 12 peratus.

Masa paling sesuai untuk bersenam adalah:

  1. Selepas iftar atau berbuka – Masa ini sesuai kerana badan sudah mendapatkan makanan dan minuman yang sedikit, dan boleh dikira macam pre-workout meal. Untuk sesi ini, anda boleh memilih rutin senaman yang pendek tetapi dengan intensiti yang lebih tinggi.
  2. Selepas solat Tarawih – Masa ini juga sesuai untuk melakukan senaman. Selepas bersenam, anda boleh makan kerana ia boleh membantu pemulihan otot, pertumbuhan otot dan menghilangkan lemak badan.
  3. Sebelum sahur – Ramai mungkin fikir masa ini masa yang paling tidak praktikal untuk bersenam. Jika anda mempunyai disiplin untuk bangun awal untuk melakukan rutin senaman, ini boleh meningkatkan tenaga badan sepanjang hari. Jadi sebelum memulakan senaman, minum air dengan banyak dan makan makanan yang ringan 30 minit sebelum bersenam. Selepas bersenam, minum air dengan banyak dan makan makanan yang padat dan tinggi nutrien untuk memberi anda tenaga sepanjang hari.

7. Jangan Skip Sahur

Tips kekal bertenaga di bulan Ramadhan yang seterusnya adalah jangan skip sahur. Amalan bersahur adalah amat penting untuk membantu menambah tenaga ketika berpuasa serta memastikan badan kekal bertenaga sepanjang hari. Antara makanan yang perlu diambil ketika bersahur adalah seperti karbohidrat yang berasaskan slow release carbohydrate. Slow release carbohydrate adalah pengambilan karbohidrat yang membebaskan gula untuk menjadi tenaga semasa berpuasa secara perlahan-lahan. 

Anda digalakkan untuk mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut mil penuh dan oat kerana ia memerlukan masa lama untuk dicerna dan mengurangkan rasa lapar.

Ia juga perlu diikuti dengan makanan tinggi protein yang akan membantu memberikan rasa kenyang lebih lama serta sayur-sayuran dan buah-buahan yang akan memberikan fiber atau serat kerana ia melambatkan penghadaman. 

Pemakanan ketika sahur yang terlalu banyak, tinggi garam, gula dan lemak akan menyebabkan kenaikan paras insulin yang mendadak – insulin spike. Ia akan menyebabkan kesan ketara iaitu mudah berasa lapar dan haus dengan cepat meskipun baru beberapa jam mula berpuasa.

Untuk menjadikan anda lebih bertenaga, cuba ubah diet sahur dengan mengambil oat, roti bijirin, kurma dan lain-lain yang kaya dengan sumber fiber atau makanan kaya dengan protein seperti telur, yogurt atau minuman tinggi protein. Hasilnya, kita akan perasan cara pemakanan kita yang ringkas semasa bersahur tetapi memberi lebih ketahanan kepada kita ketika berpuasa di siang hari sehingga waktu berbuka. 

5 Makanan Sahur yang Mengenyangkan

Berikut lima makanan sahur yang mengenyangkan yang boleh anda pertimbangkan:

1. Oat

Tips kekal bertenaga di bulan Ramadhan
Foto Kredit: Medical News Today

Makanan yang berasaskan oat sangat digalakkan untuk diambil semasa sahur. Walaupun 100g oat mengandungi 91 kalori sahaja namun kandungan serat tinggi membantu membuatkan anda berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.

2. Beras Perang

Beras perang adalah satu bijirin yang sangat kaya dengan karbohidrat kompleks. Dengan menikmati beras perang ketika bersahur, ia dapat membuatkan anda merasa kenyang dengan lebih lama. Kandungan GI (glycemic index) yang rendah dalam beras perang juga membuatkan ia sesuai untuk dijadikan diet harian bagi mengawal gula dalam darah. Ia juga membekalkan khasiat penting lain seperti kalsium, vitamin B1, vitamin B6 dan magnesium.

3. Kurma 

Kebaikan kurma ini memang tak perlu dibahaskan lagi. Bukan saja rasa manis semulajadi, buah kurma juga adalah sunnah untuk dimakan ketika berbuka dan juga digalakkan untuk dimakan ketika bersahur. Khasiat seratnya yang tinggi membantu untuk anda kekal rasa kenyang lebih lama serta baik untuk penghadaman. 

4. Telur 

Telur adalah satu makanan yang paling mudah untuk disediakan dan ia juga adalah antara makanan yang paling berkhasiat. Apa yang membuatkan telur sebagai makanan wajib untuk sahur ialah kerana kandungan protein yang tinggi dan kaya dengan lemak sihat, vitamin, mineral serta rendah kalori.  Kandungan nutrisi yang tinggi dalam telur boleh membuatkan badan rasa kenyang dengan lebih lama. 

5. Buah Epal

Khasiat yang terdapat dalam buah epal juga tidak kurang hebatnya. Ia mampu membekalkan tenaga kepada badan ketika berpuasa. Kandungan air dan serat yang tinggi mampu mengekalkan rasa kenyang pada masa yang lama. Epal bukan sahaja rendah kalori, malah kaya dengan vitamin seperti kalium dan vitamin C yang baik untuk kesihatan.

Kesimpulan

Konklusinya, ada pelbagai tips untuk kekal bertenaga pada bulan Ramadhan. Apa yang lebih penting adalah keinginan diri sendiri untuk tetap bertenaga bagi melakukan rutin-rutin harian seperti biasa. Ingat, puasa bukan penghalang diri daripada melakukan kerja-kerja yang perlu dilakukan. Ikuti tips dan petua ini dengan konsisten dan kesannya akan mula dirasai pada masa yang singkat. 

Sampai di sini sahaja perkongsian Qoala. Nak dapatkan insurans kereta terbaik? Renew saja dengan Qoala. Mudah dan pantas!

Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea adalah penulis sepenuh masa sebelum Covid, dan juga selepas Covid. Berpengalaman menulis dalam bidang politik, fesyen, kewangan, dan banyak lagi.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗