5 Tips Jimat ketika Menyambut Hari Raya

Artikel ini terakhir diperbarui April 20, 2022 by Nadhirah Rashid
5 Tips Jimat ketika Menyambut Hari Raya
Foto Kredit: Odua Images Melalui Shutterstock

Setelah dua tahun tidak dapat balik kampung menyambut hari raya bersama yang tersayang, kini rakyat Malaysia tidak mahu melepaskan peluang untuk beraya sakan menyambut hari lebaran di kampung halaman. Kemungkinan besar ada yang sudah merancang perjalanan untuk balik kampung. 

Apabila tiba musim perayaan, antara perkara yang penting yang perlu diberi perhatian adalah aliran keluar masuk duit. Jika tidak dikawal atau anda gagal urus kewangan dengan baik, anda mungkin boleh berbelanja melebihi bajet yang telah ditetapkan. Demi kebaikan semua, berikut merupakan beberapa tips jimat dalam musim perayaan yang anda boleh praktikkan. 

“Raya dah Dekat, Duit Banyak Nak Pakai” Tips-tips Jimat Raya yang Anda Boleh Cuba

Ramai yang beranggapan raya hanya setahun sekali, tidak salah berbelanja lebih. Namun begitu, tidak salah untuk anda berjimat bagi memastikan aliran keluar duit anda tidak terlalu banyak yang boleh memberi kesan kepada kewangan anda. 

1. Manfaatkan Pengangkutan Awam

Baru-baru ini, Plus Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan jumlah trafik daripada 1.6 juta kepada dua juta kenderaan ketika tempoh perayaan Aidilfitri bermula 29 April sehingga 9 Mei ini. Malah, perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kelantan pada tahun 2019 direkodkan memakan masa sehingga 22 jam sebelum hari lebaran. 

Jadi, untuk mengelakkan anda tersekat dalam kesesakan lalu lintas yang teruk pada tahun ini, apa kata anda manfaatkan pengangkutan awam? Jika anda menggunakan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan sebagainya, anda boleh nikmati penjimatan yang lebih tinggi berbanding memandu sendiri. Sebagai contoh, kos memandu dari Kuala Lumpur ke Terengganu adalah sekitar RM300 hingga RM350 sehala termasuk tol dan minyak kereta. Berbanding dengan bas yang hanya menelan belanja kurang daripada RM100.

Selain daripada dapat berehat, anda juga boleh menikmati pemandangan yang indah sepanjang perjalanan dan tidak perlu pening kepala memandu dalam kesesakan..

2. Praktikkan Carpool

Selain itu, sekiranya anda ada rakan yang ingin pulang ke kampung di destinasi yang sama, anda boleh berkongsi kereta atau carpool. Anda bukan sahaja boleh bergilir-gilir bertukar pemandu, malah anda juga boleh nikmati kadar penjimatan yang tinggi dengan berkongsi duit minyak, duit tol dan duit servis kereta dan sebagainya. Selain itu, pemanduan juga menjadi lebih meriah dan boleh mengelakkan anda daripada berasa mengantuk kerana ada rakan berbual sepanjang perjalanan. Malah, pemanduan juga menjadi lebih selamat kerana anda tidak perlu bersengkang mata memandu seorang diri. 

3. Beli Baju Raya Sewaktu Promo

Foto Kredit: anythings Melalui Shutterstock

Antara tips penjimatan lain yang anda boleh praktikkan adalah beli baju raya semasa ada promosi. Jangan beli baju raya terlalu awal kerana biasanya apabila menjelang hari raya, pasti akan ada pelbagai promosi dan diskaun yang anda boleh dapatkan. Sehelai baju yang bernilai RM200 boleh turun harganya sehingga RM100 atau mungkin kurang! Oleh itu, anda perlu pandai merancang pembelian anda untuk nikmati penjimatan yang lebih baik. 

Selain itu, baju raya tidak semestinya bermaksud anda perlu berpakaian serba baru. Anda boleh menggunakan baju raya lama yang sudah lama tidak terusik di dalam almari. Daripada membazir, lebih baik gunakan baju raya lama yang masih elok untuk dipakai. Jika anda perlu beli baju baru, elakkan diri anda daripada membeli aksesori tambahan seperti beg tangan, kasut yang sedondon bagi melengkapkan gaya. Cukup sekadar gunakan aksesori sedia ada untuk meminimumkan perbelanjaan anda.

Selain itu, anda juga boleh cuba kaedah mix and match. Caranya mudah sahaja,misal kata anda sudah mempunyai baju kebaya pendek lama yang masih dalam keadaan baik anda hanya perlukan kain batik baharu sebagai pelengkap. Anda hanya perlu keluarkan sedikit duit untuk membeli kain batik baharu. 

4. Masak Juadah Raya

Ada segelintir orang lebih gemar memilih untuk menempah sahaja masakan juadah raya kerana lebih senang dan tidak perlu bersusah payah di dapur. Tapi, jika anda ingin berjimat, anda boleh masak sendiri juadah raya bersama keluarga anda. Hidangan seperti kuih raya, kketupat, lemang dan rendang adalah antara juadah yang seronok dimasak secara bergotong royong. Gunakan masa yang ada untuk masak juadah raya ini bersama ahli keluarga. Bahagikan tugas kepada setiap ahli keluarga seperti jabatan membeli barang, jabatan menyiapkan bahan memasak, dan jabatan memasak. Selain jimat, ia juga dapat merapatkan silaturahim sesama keluarga. Nikmat makan selepas penat memasak beramai-ramai bersama keluarga pasti tidak setanding dengan mana-mana pengalaman lain di dunia! 

5. Renew Insurans dengan Qoala

Sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung, pastikan insurans kereta anda aktif untuk perjalanan yang lebih selamat. Antara cara yang boleh anda praktikkan untuk menikmati penjimatan sempena musim raya ini ialah dengan renew insurans kereta dengan Qoala.. Qoala kini menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk anda yang membuat pembaharuan insurans kereta bermula 18 April sehingga 4 Mei 2022. Sekiranya anda renew insurans kereta dengan Qoala, anda berpeluang memenangi HADIAH menarik berjumlah sehingga RM25,000 antaranya pakej Umrah, telefon pintar, duit raya dan banyak lagi hadiah istimewa lain. Tunggu apa lagi? Pastikan perjalanan anda ke kampung dilindungi dengan pelan insurans terbaik. Layari laman web Qoala ini sekarang untuk maklumat lanjut!

Kongsi:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea adalah penulis sepenuh masa sebelum Covid, dan juga selepas Covid. Berpengalaman menulis dalam bidang politik, fesyen, kewangan, dan banyak lagi.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗