8 Punca Kereta High Temperature, Temperature Kereta Naik Apa Perlu Buat?

Kali terakhir diperbaharui Oct 6, 2023 oleh Shafiq Wahab
8 Punca Kereta High Temperature, Temperature Kereta Naik Apa Perlu Buat?

Pernah tak semasa anda memandu temperature kereta naik (suhu kereta naik) atau enjin kereta overheat secara tiba-tiba? Enjin kereta panas boleh dikatakan mimpi ngeri bagi semua pemandu kenderaan lebih-lebih lagi jika insiden ini berlaku semasa memandu berseorangan pada waktu malam.

Kenapa temperature kereta naik? Secara asasnya, banyak punca temperature kereta naik – kereta temperature naik berkemungkinan berpunca daripada kerosakan enjin kereta atau masalah pada sistem penyejukan kereta.

8 Punca Temperature Kereta Naik, Enjin Kereta Overheat

Kenapa suhu kereta naik? Apa punca temperature kereta naik atau punca kereta overheat? Secara asasnya, masalah temp kereta naik boleh berlaku disebabkan oleh beberapa masalah.

Biasanya, ia berpunca daripada kerosakan komponen penting dalam sistem penyejukan seperti radiator kereta, kipas radiator, thermostat kereta, water pump kereta, air coolant kering dan sebagainya.

1. Kipas Radiator Tidak Berpusing, Rosak

Secara amnya, kipas radiator berfungsi mengawal suhu enjin dan digerakkan oleh motor elektrik. Kipas radiator yang rosak atau tidak berpusing boleh menjadi punca temperature naik dan menyebabkan suhu enjin terlampau panas. Apa-apa kerosakan mekanikal pada motor ini boleh menjejaskan fungsi kipas radiator sekali gus menyebabkan komponen ini tidak berupaya mengalirkan udara sejuk yang mencukupi melalui radiator.

Biasanya, kereta anda menghadapi masalah enjin overheat atau temperature kereta naik bila berhenti atau semasa memandu dalam kawasan aliran trafik yang tinggi. Aliran udara persekitaran yang terhad menyebabkan suhu kereta meningkat. Namun begitu, suhu enjin kembali normal apabila kereta anda bergerak laju kerana aliran udara sejuk dari luar kini boleh memasuki ruang enjin melalui sirip radiator.

Punca kipas radiator tidak berpusing atau rosak boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:

  • Kerosakan pada motor kipas – berus karbon pada motor kipas sudah haus;
  • Fius terbakar, longgar atau putus;
  • Masalah sistem pendawaian litar motor kipas radiator;
  • Kerosakan relay;
  • Kerosakan suis atau sensor suhu kereta.

2. Punca Enjin Panas: Gasket Head Bocor

Kebocoran head gasket kereta menyebabkan gas daripada silinder memasuki saluran coolant secara berterusan semasa enjin dihidupkan. Ia secara tidak langsung menyebabkan tekanan dalam saluran coolant meningkat.

Tekanan yang tinggi dalam saluran coolant ini menyebabkan coolant dikeluarkan ke dalam takungan kurung atau reservoir. Ia mengakibatkan amaun coolant dalam saluran coolant berkurangan dan menjadi punca enjin kereta panas.

temperature kereta naik

3. Gelembung Udara dalam Coolant

Selain itu, punca suhu kereta naik boleh berlaku disebabkan oleh gelembung udara atau air bubble dalam coolant. Pembentukan gelembung udara biasanya berlaku disebabkan kebocoran gas daripada silinder yang memasuki saluran coolant (berpunca daripada gasket head bocor).

Selain menyebabkan tekanan berlebihan, gelembung udara yang terperangkap dalam saluran coolant akan mengganggu proses penyejukan enjin. Ia juga menyebabkan kegagalan fungsi injap dan mengakibatkan thermostat kereta gagal berfungsi dengan baik.

Gelembung udara terperangkap dalam saluran coolant biasanya berlaku selepas proses penukaran coolant atau pengosongan saluran coolant dilakukan. Anda disarankan untuk melakukan proses air bleeding atau purging selepas menggantikan coolant untuk mengelakkan situasi overheat kereta.

4. Air Coolant Bocor, Air Radiator Kering

Kebanyakan kereta dilengkapi dengan sistem penyejukan. Sistem penyejukan ini berperanan membantu mengekalkan temperature kereta normal. Sistem penyejukan kereta yang bocor, rosak atau tersumbat boleh mengganggu fungsinya dalam mengekalkan suhu enjin pada paras normal dan menyerap haba panas daripada enjin.

Biasanya, kebocoran coolant berpunca daripada kerosakan pada sistem penyejukan utama seperti kebocoran kedap mekanikal water pump, kebocoran radiator, hos atau palam teras jaket air (water jacket core plug).

Namun begitu, sekiranya komponen-komponen ini berada dalam keadaan baik tetapi kereta anda masih berdepan masalah air radiator kering atau masalah tangki simpanan air radiator selalu kurang, ia biasanya disebabkan kebocoran pada head gasket. Spring penutup radiator yang rosak juga boleh menyebabkan air radiator kering dan berkurangan.

5. Water Pump Kereta Rosak, Tidak Berfungsi dengan Baik

Selain air coolant, pam air (atau water pump) juga memainkan peranan dalam sistem penyejukan kereta. Ia berfungsi mengalirkan air coolant ke seluruh bahagian enjin. Kerosakan water pump boleh menjejaskan kitaran air coolant dan menyebabkan suhu enjin naik.

Kerosakan water pump kereta biasanya dikaitkan dengan impeller pada pam yang telah haus atau sambungan antara impeller dan shaft yang telah longgar.

Tanda water pump rosak boleh dikenal pasti melalui bacaan suhu enjin pada tolok suhu (temperature gauge) yang tinggi melebihi paras normal. Coolant bocor juga merupakan salah satu tanda kerosakan water pump kereta.

6. Thermostat Rosak, Tidak Berfungsi

Selain itu, salah satu penyebab temperature kereta naik biasanya dikaitkan dengan masalah kerosakan thermostat kereta. Jika thermostat kereta rosak, ia boleh menyebabkan suhu enjin menjadi terlalu panas.

Umum tahu, fungsi thermostat kereta adalah untuk mengawal jumlah coolant yang disalurkan melalui enjin. Jika thermostat rosak seperti bukaan injap terlalu kecil, ia akan menyebabkan kitaran coolant tersekat atau terganggu.

Amaun coolant yang disalurkan berkemungkinan tidak mencukupi untuk menstabilkan suhu enjin pada paras normal. Lama-kelamaan menyebabkan suhu enjin menjadi terlampau panas.

7. Radiator Kereta Tersumbat, Kotor

Radiator kereta merupakan salah satu komponen penting dalam enjin kereta. Sekiranya radiator tersumbat atau rosak, ia boleh beri kesan terhadap kitaran air coolant. Ini kerana, air coolant tidak dapat dipindahkan dengan baik ke radiator untuk menyejukkan enjin kereta.

Masalah radiator tersumbat atau rosak biasanya berlaku disebabkan oleh mendapan karat dalam saluran radiator. Mendapan karat dalam saluran radiator boleh mengurangkan kecekapan dan menyebabkan temperature kereta naik.

Selain itu, objek bendasing seperti daun kering, lumpur atau serangga yang tersumbat pada sirip radiator juga boleh sebabkan enjin kereta overheat. Ini kerana, objek bendasing ini menghalang aliran udara sejuk daripada luar daripada memasuki ruang enjin melalui sirip radiator.

Oleh sebab itu, anda perlu pastikan sirip radiator sentiasa berada dalam keadaan baik untuk mengekalkan kecekapan dan prestasi radiator.

kenapa temperature kereta naik

8. Sebab Temperature Kereta Naik [BONUS]

Masalah temperature atau suhu kereta naik tidak boleh dipandang ringan. Ia perlu dibaiki dan diselenggara dengan segera untuk mengelakkan kerosakan komponen lain yang lebih serius.

i. Suhu Kereta Naik Bila Berhenti

Temperature kereta naik bila berhenti merupakan masalah biasa yang sering berlaku. Situasi ini berkemungkinan berpunca daripada masalah kipas radiator yang rosak. Anda disarankan untuk segera memeriksa kereta anda untuk elakkan kerosakan yang lebih serius.

ii. Buka Aircond Temperature Naik

Kenapa temperature kereta naik bila buka aircond? Secara asasnya, banyak sebab kereta overheat bila on aircond. Biasanya, temperature naik bila on aircond berpunca daripada kerosakan thermostat, radiator tersumbat atau kerosakan kipas radiator. Anda boleh rujuk mekanik anda untuk lebih kepastian.

iii. Temperature Kereta Naik Tapi Air Ada

Ada juga kes temperature naik tapi air ada (air coolant tidak kering). Ia mungkin berpunca daripada masalah saluran tersumbat yang menjejaskan aliran air untuk menyejukkan enjin tidak mencukupi. Lakukan diagnosis dengan lengkap untuk mengenal pasti punca masalah.

iv. Temperature Kereta Naik Turun

Anda banyak sebab temperature kereta naik turun. Anda disarankan untuk melakukan diagnosis lengkap untuk mengenal pasti punca temperature kereta naik turun ini.

v. Temperature Kereta Naik Turun

Biasanya, temperature kereta naik bila laju berpunca daripada kerosakan thermostat, radiator tersumbat atau kerosakan kipas radiator. Anda boleh rujuk mekanik anda untuk lebih kepastian.

vi. Temperature Kereta Naik Bila Naik Bukit

Ketika mendaki bukit, enjin kereta akan menjana lebih banyak kuasa untuk menampung bebanan yang meningkat. Peningkatan keperluan kuasa ini secara tidak langsung menyebabkan enjin kereta menjadi lebih panas.

Namun begitu, peningkatan keperluan kuasa ini biasanya mampu ditangani oleh sistem penyejukan enjin yang baik. Melainkan, ada kerosakan dalam sistem penyejukan seperti pam air, radiator atau thermostat.

Kereta Temperature Naik: Tanda Temperature Kereta Naik

Biasanya, enjin kereta panas tidak akan menyebabkan tempreture kereta naik. Melainkan, komponen enjin atau sistem penyejukan kereta anda tidak berada dalam keadaan baik. Oleh sebab itu, penting untuk anda kenal pasti sebab kereta overheat atau tanda kereta overheat seperti berikut:

  1. Bonet kereta berasap (keluar wap atau asap putih dari bahagian bonet hadapan kereta);
  2. Jarum tolok suhu enjin kereta pada dashboard kereta meningkat atau naik kepada “H” atau memasuki zon merah;
  3. Bagi sesetengah model kereta, lampu amaran suhu enjin menyala – rujuk manual kereta untuk kepastian;
  4. Bau hangus atau bau pelik datang dari bahagian enjin – coolant bocor biasanya berbau manis manakala minyak enjin bocor biasanya berbau hangus atau terbakar.

Kereta Naik Temperature: Apa Perlu Buat Jika Temperature Kereta Naik?

Apa nak buat kalau temperature kereta naik atau apa perlu buat jika kereta overheat? Jika anda tersekat dalam kesesakan lalu lintas dan menyedari bonet depan kereta berasap atau ada asap putih atau wap keluar – kekal tenang. Kalau temperature kereta naik, anda boleh ambil langkah-langkah berjaga-jaga seperti berikut:

1. Kekal Bertenang

Sekiranya anda berdepan situasi meter temperature kereta naik, kekal bertenang dan jangan panik. Ada sesetengah pemandu yang akan menekan brek kereta secara mengejut setelah mendapati bonet kereta berasap.

Tindakan sebegini amat berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kemalangan yang lebih serius.

2. Matikan Aircond Kereta, Alat Elektronik Lain

Segera matikan aircond kereta dan alat elektronik lain seperti radio untuk kurangkan tekanan pada enjin. Jika aircond kereta dihidupkan semasa semasa kereta overheat, ia boleh meningkatkan beban pada enjin.

3. Cari Lokasi Selamat untuk Berhenti

Jangan teruskan pemanduan jika meter suhu kereta naik. Perlahankan kenderaan anda dan pandu dengan berhati-hati ke bahu jalan. Pemanduan semasa enjin overheat boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius dan kos pembaikan enjin yang lebih mahal.

4. Cara Turunkan Temperature Kereta: Buka Bonet Kereta

Setelah berhenti, tunggu antara 15 hingga 20 minit sebelum buka bonet kereta anda. Elakkan daripada buka bonet semasa enjin masih panas. Ini kerana, anda terdedah kepada risiko melecur atau tercedera akibat wap atau asap enjin yang panas.

Bonet kereta perlu dibuka untuk tambah baik aliran udara dalam enjin dan membolehkan pengaliran haba yang lebih cepat dan lebih baik.

5. Suhu Enjin Panas: Biarkan Enjin Sejuk Seketika

Biarkan enjin kereta sejuk selama sekurang-kurangnya 15 minit. Setelah enjin kereta kembali sejuk, periksa tolok suhu sama ada temperature kereta turun ke tahap normal atau tidak.

Setelah meter temperature kereta kembali normal, periksa dan tambah air coolant ke dalam enjin untuk stabilkan suhu enjin kereta.

6. Servis Kereta di Bengkel Berdekatan

Setelah enjin sejuk, cuba hidupkan enjin kereta dan bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut dengan berhati-hati. Perhatikan jarum tolok meter temperature kereta semasa memandu. Sekiranya suhu enjin kereta kembali meningkat, segera berhenti untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius.

Jika perlu, minta bantuan trak tunda daripada pengendali insurans kereta untuk membawa kereta anda ke bengkel berdekatan. Biasanya, perkhidmatan trak tunda insurans kereta adalah percuma bergantung pada syarat-syarat tertentu.

Enjin kereta yang rosak perlu dibaiki dengan segera kerana ia boleh menjadi lebih teruk jika dibiarkan. Diagnosis masalah kerosakan enjin kereta yang lengkap boleh membantu mengenal pasti punca temperature kereta naik. Ia juga membantu anda mendapatkan penyelesaian terbaik terhadap isu yang berlaku.

Kenapa temperature kereta naik? Biasanya, kebanyakan sebab temperature kereta naik adalah berpunca daripada kebocoran air coolant. Coolant yang kering disebabkan kebocoran boleh menyebabkan suhu enjin kereta naik atau overheat.

Kenal pasti sama ada terdapat sebarang tanda kebocoran atau kerosakan yang berlaku. Jika perlu, tambah air coolant.

Kereta Overheat: 9 Tips Penting Elakkan Suhu Kereta Naik yang Anda Perlu Tahu

Sebelum anda memulakan roadtrip bersama keluarga atau rakan anda, penting untuk anda ikuti langkah-langkah ini untuk elakkan kereta tersadai tepi jalan akibat masalah enjin kereta overheat. Situasi ini secara tidak langsung boleh mengganggu mood percutian anda. Untuk elakkan temperature kereta anda melebihi suhu normal, berikut antara tips yang boleh anda praktikkan untuk

  1. Periksa paras air coolant Myvi secara konsisten sekurang-kurangnya setiap dua minggu atau sebulan sekali. Pastikan paras air coolant berada pada paras yang mencukupi;
  2. Simpan air dalam botol di dalam bonet kereta untuk kegunaan semasa kecemasan;
  3. Perhatikan lampu amaran kereta semasa memandu (lampu amaran suhu enjin kereta). Jika lampu amaran menyala, ia menandakan ada masalah pada bahagian enjin yang memerlukan pemeriksaan segera;
  4. Periksa sama ada radiator kereta tersumbat (daun kering, serangga, lumpur dan sebagainya) yang boleh menyekat aliran udara;
  5. Lakukan juga pemeriksaan pada penutup radiator keretaspring penutup yang longgar tidak dapat mengekalkan tekanan yang diperlukan dalam radiator;
  6. Elakkan parking kereta di kawasan terbuka terutamanya semasa cuaca panas terik kerana ia boleh menyebabkan temperature kereta naik;
  7. Periksa timing belt kereta anda – timing belt rosak atau haus berpotensi menjejaskan fungsi enjin;
  8. Selenggara atau servis kereta secara menyeluruh sebelum memulakan perjalanan. Beri perhatian terutamanya pada bahagian enjin seperti radiator, kipas radiator, hos getah dan sebagainya;
  9. Minta bantuan mekanik yang dipercayai untuk memeriksa, menyelenggara dan membaiki sebarang kerosakan, jika ada.

Temperature kereta naik akan menyebabkan wap air panas keluar daripada enjin

Secara teknikal, bacaan temperature kereta normal atau suhu normal enjin kereta adalah di antara 80-90 darjah celsius (°C). Namun begitu, ia bergantung pada setting thermostat yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan.

Semoga perkongsian ini boleh membantu anda sekiranya berdepan situasi temperature kereta naik dengan tiba-tiba. Enjin kereta yang terlalu panas boleh dikatakan sebagai salah satu tanda awal masalah kerosakan kereta yang serius.

Pemeriksaan dan penyelenggaraan kereta secara berkala boleh membantu anda mengenal pasti masalah lebih awal. Ia sekali gus dapat mengelakkan kerosakan dan kos pembaikan kereta yang lebih tinggi.

Selain itu, sekiranya anda sedang mencari perlindungan tambahan yang sesuai dan terbaik untuk kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans terbaik di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang mudah, pantas dan selamat.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

4 comments

  1. Apabila speed temperatures naik lebih dari separuh, pastu sy slow down temperatures drop dari separoh. Apa masaalahnya?

    1. Hi @Mohamed Rusli, kami sarankan encik mendapatkan nasihat dan melakukan diagnosis lengkap untuk mendapatkan punca sebenar masalah suhu enjin kereta ini. Encik boleh hubungi pusat servis kereta atau ke mana-mana bengkel yang dipercayai.

  2. Kenapa sy pnskn enjin kereta tiba2 mati. Hdupkn smla hidup tp lpastu sy Hdupkn aircond temperature naik hingga 92 bcaan.

  3. kenapa suhu kereta saya naik semasa nak parking ngan time jem..tapi bile kereta berjalan, suhu akan normal balik tetapi bile kereta slow balik suhu akan naik balik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60