Kereta Tesla: Bersediakah Malaysia?

Kali terakhir diperbaharui Jun 23, 2023 oleh Shafiq Wahab
Kereta Tesla: Bersediakah Malaysia?

Cakap pasal kereta Tesla, pernah ke korang tengok kelibat kereta Tesla dekat Malaysia? Okay sebenarnya tu soalan yang salah. Soalan yang betul adalah, korang rasa kereta Tesla ni sesuai ke nak dipandu dekat Malaysia? 

Tesla Malaysia: Nak Beli Kereta Tesla? Anda Wajib Tengok Ni Dulu

Kereta ke iPad ni? Haa soalan tu juga selalu ditanya setiap kali orang meneliti kereta Tesla. Sebabnya dari segi reka bentuk, komponen dengan proses pembuatan yang masuk dalam sistem infotainment & instrumentasi  kereta Tesla mirip sekali dengan gadget terkenal iPad. 

Basically orang putih kata, Tesla ni ibarat, a giant iPad. 

Okay berbalik kepada soalan utama kita, dah ready ke fasiliti dan jalanraya dekat Malaysia untuk Tesla? Untuk pengetahuan korang, jenama Tesla hanya menghasilkan kereta jenis elektrik. Korang pun tahu, kereta jenis elektrik ni belum diterima sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. 

Dan kita sebenarnya tak boleh nak salahkan rakyat Malaysia. Macam mana diaorang nak terima kereta elektrik kalau fasiliti dan kemudahan untuk kereta elektrik dekat Malaysia ni belum ada kan??

So, sebelum kita nak gunakan kereta Tesla, atau pun kereta elektrik, ini beberapa faktor penting yang kita kena pertimbangkan: 

Kereta tesla

Port Pengecas

Secara jujurnya, kita masih tak ada port mengecas yang banyak untuk kereta elektrik seperti kereta Tesla. Kalau ada pun, ia hanya di kawasan bandar. Jadi, untuk menjadikan kereta elektrik sebagai kereta utama memang belum boleh lagi. 

Okay fine. Memang lah boleh pasang port pengecas dekat rumah sendiri. Tapi, harga dia pula bukan biasa-biasa. Kalau korang ada port pengecas dekat rumah sendiri, korang boleh cas Tesla korang untuk semalaman sebelum nak drive keesokkan harinya. 

Mod Pandu Sendiri

Macam yang korang tahu, antara satu unik selling point kereta tesla ni dia punya teknologi pandu sendiri. Kira macam korang tak payah pegang stereng, set kereta ke lokasi yang dituju, dan korang tinggal rehat je. Power, kan?

Tapi, guys, korang boleh bayangkan tak kalau bawak  tesla yang ada mod pandu sendiri dekat jalanraya di Malaysia? Contohnya macam jalan dekat tengah-tengah bandar yang kereta bersimpang siur, motor cilok sana sini, ni belum lagi masuk tukar lane tak bagi signal. Fuh, nak tercabut jantung dibuatnya. 

Kereta yang ada mod pandu sendiri macam kereta tesla ni memerlukan sistem sensor yang tepat. So, kalau kita tengok keadaan dekat Malaysia, dengan keadaan trafik yang tak tentu, papan tanda yang tak betul, keadaan jalan yang belum capai tahap baik, memang tak sesuai kita nak bawak  Tesla dekat sini. 

Jumlah Penggunaan Elektrik

Dah nama pun kereta elektrik, mestilah banyak guna elektrik kan? Kita akan sangat bergantung kepada tenaga elektrik. Jadi, berbalik kepada point pertama kita, which is jumlah port pengecas. Kalau masih tak cukup fasiliti dan kemudahan port pengecas, memang susah nak normalise kereta elektrik macam tesla ni. 

So dekat sini kita actually dah boleh buat kesimpulan yang mudah tentang kelebihan dan kelemahan Tesla dari segi pemanduan dekat Malaysia ni. 

Kelebihan Tesla: 

  • Jimat petrol (tak payah isi minyak dah)
  • Efisien untuk pemanduan urban (kalau dekat bandar memang sesuailah)
  • Mengurangkan pencemaran (bila tak pakai petrol, kita memang akan automatik kurangkan pencemaran)

Kelemahan Tesla:

  • Port pengecas yang tak banyak
  • Jarak yang terhad (kalau nak drive dari Johor ke Perlis naik Tesla, memang tak sesuai)
  • Harga yang mahal (Memang mahal lah berbanding kereta konvensional)

Fakta Menarik Mengenai Kereta Tesla

Walaupun bilangan tesla boleh dikira di Malaysia, namun jenamanya masih menjadi buah mulut orang ramai. 

Elon Musk bukan founder

Haa, mesti korang ingat billionaire Elon Musk ni founder Tesla, kan? Sebenarnya tak. Elon Musk ni CEO sahaja. Tesla punya founder yang sebenar adalah Martin Eberhard dan Tarpenning. 

Nama Tesla

Nama Tesla ni pulak sebenarnya diambil daripada nama seorang inovator terkenal, iaitu Nikola Tesla. Kira dia ni lah yang mula-mula sekali invent teknologi kereta elektrik ni. 

Kereta Paling Laju

Dari segi pecutan, kereta Tesla Roadster ni diangkat sebagai kereta paling laju di dunia! Mana taknya, Tesla Roadster ni punya lah laju sampai boleh hasilkan kuasa pecutan dari 0km/j sehingga 100km/j dalam tempoh yang pendek, 1.9 saat! 

Mesra Haiwan Peliharaan

Pet lovers mesti suka ni. Satu yang bagus pasal kereta Tesla ni, dia sangat mesra haiwan peliharaan. Feature tu dipanggil Dog Mode. So feature ni korang boleh pilih ciri kawalan iklim. So korang boleh set lah suhu yang betul. Contoh macam korang nak pergi market kejap, korang boleh set suhu yang betul untuk kucing korang. Menarik, kan?

Sampai sini jelaa yang Qoala dapat kongsi. Kalau korang ada Tesla nanti (kereta lain pun boleh!) and nak renew insurans kereta murah, korang klik je SINI.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60