5 Kelebihan Skim Persaraan Swasta (PRS) Anda Perlu Tahu

Kali terakhir diperbaharui Sep 6, 2023 oleh Shafiq Wahab
5 Kelebihan Skim Persaraan Swasta (PRS) Anda Perlu Tahu

Anda mungkin pernah dengar tentang Skim Persaraan Swasta atau PRS (Private Retirement Schemes) dan terfikir “Perlu ke buat caruman PRS kalau sudah ada KWSP?”. Untuk pengetahuan anda, PRS merupakan satu cara yang paling efektif untuk menambah dana simpanan persaraan anda. Artikel ini akan menjelaskan maksud PRS, perbezaan di antara PRS dan KWSP dan kelebihan PRS yang anda perlu tahu.

Alternatif Simpanan Persaraan, Apa itu PRS (Skim Persaraan Swasta)?

Tahukah anda, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi selepas bersara kerana kehabisan wang simpanan KWSP? Disebabkan ini, ada yang terpaksa kembali bekerja dengan berniaga untuk menampung perbelanjaan bulanan mereka. Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada anda, pertimbangkan untuk melabur dalam PRS.

Simpanan Persaraan Swasta atau dengan nama lainnya Private Retirement Scheme (PRS) merupakan satu skim pelaburan dan simpanan sukarela yang diuruskan oleh syarikat swasta. Ia direka khas untuk membantu anda menyimpan wang dengan lebih banyak bagi menambah simpanan persaraan.

Sesiapa sahaja boleh membuat caruman PRS tidak kiralah pekerja swasta, pekerja kerajaan atau bekerja sendiri dengan syarat individu tersebut berumur 18 tahun ke atas. Apabila anda membuat caruman PRS, anda bebas untuk membuat pilihan dana persaraan kerana setiap PRS menawarkan pilihan yang berbeza-beza.

Anda boleh membuat keputusan berdasarkan keperluan persaraan, matlamat dan toleransi risiko anda sendiri. Anda boleh mula melabur dengan jumlah serendah RM100 melalui servis PRS Online. 

PRS vs KWSP: Perbezaan PRS dan KWSP yang Anda Perlu Tahu

PRS dan KWSP mempunyai matlamat yang sama iaitu menyediakan simpanan persaraan untuk semua pencarum. Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan yang ketara yang anda perlu tahu.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, PRS merupakan skim pelaburan simpanan persaraan yang diuruskan oleh syarikat swasta manakala KWSP pula juga berfungsi menyediakan simpanan untuk anda bersara tetapi semua urusan diuruskan oleh pihak kerajaan. Berikut adalah perbandingan di antara PRS dan KWSP:

PRS KWSP
Kelayakan Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia
Caruman Dibuat secara sukarela Diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor swasta

Dibuat secara sukarela bagi yang mereka bukan warganegara Malaysia 

Pemilihan dan Bilangan Dana Pencarum bebas memilih dana mengikut jenis risiko yang sanggup diambil

Bilangan dana sumbangan adalah satu atau lebih

Pencarum tidak boleh memilih dana

Bilangan dana sumbangan hanya satu sahaja

Had Pembayaran Rujuk penyedia PRS mengenai jumlah minimum kerana setiap penyedia mempunyai had yang berbeza Minimum: RM50

Maksimum: RM60,000

Kadar Dividen Tidak ada jaminan Jaminan dividen minimum 2.5 peratus
Umur Pengeluaran 55 tahun 55 tahun
Cukai 8 peratus dikenakan untuk mengeluarkan duit sebelum bersara Tidak ada cukai dikenakan
Pelepasan Cukai RM3,000 RM6,000 (bersama dengan sumbangan mandatori
Risiko Tidak ada jaminan dapat dividen Majikan tidak membayar caruman

5 Kelebihan Melabur di PRS untuk Masa Depan Lebih Baik

Walaupun anda mungkin masih muda atau baru sahaja memulakan pekerjaan, anda disarankan untuk mula menyimpan dana untuk persaraan. PRS merupakan antara skim pelaburan terbaik yang anda patut cuba. Berikut merupakan lima kelebihan membuat pelaburan di PRS:

1. Pelepasan Cukai

Apabila anda membuat caruman PRS, anda dibenarkan menuntut pelepasan cukai sehingga RM3,000 oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia). 

2. Pelbagai Pilihan Syarikat Penyedia 

Anda bebas memilih mana-mana penyedia PRS mengikut pakej yang anda mahukan. Skim Persaraan Swasta ditawarkan oleh Penyedia PRS yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 

8 Syarikat Penyedia PRS di Malaysia

Berikut merupakan lapan penyedia PRS yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:

        1. Affin Hwang Asset Management Berhad
        2. AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
        3. AmFunds Management Berhad
        4. Kenanga Investors Berhad
        5. Manulife Investment Management (M) Berhad
        6. Public Mutual Berhad
        7. Principal Asset Management Berhad
        8. RHB Asset Management Sdn. Bhd.

3. Pelaburan Lebih Fleksibel  

Berbanding dengan KWSP, PRS lebih fleksibel kerana anda tidak perlu menyumbang jumlah tetap setiap bulan. Anda bebas memilih masa untuk anda melabur dan juga jumlah wang yang anda ingin simpan. Selain itu, anda juga bebas memilih jenis dana iaitu:

Jenis Dana Sendiri  

Katakan anda ingin memilih dana anda sendiri, anda disarankan untuk mendapatkan pendapat penasihat PRS berlesen terlebih dahulu. Anda mesti ketahui info penting seperti tahu risiko dan jangkaan pulangan dana sebelum anda mula melabur.

Jenis Dana Mengikut Umur

Jenis dana ini lebih mudah jika dibandingkan dengan jenis dana sendiri. Jenis dana mengikut umur bermakna portfolio pelaburan PRS anda akan berubah mengikut kategori peringkat umur anda. Untuk lebih mudah faham, semakin konservatif dana, semakin kurang risiko pelaburan. Anda boleh rujuk jadual di bawah:

Jenis Dana Kumpulan Umur Fokus Dana
Dana Pertumbuhan Bawah 45 tahun Kembangkan portfolio
Dana Sederhana 45-54 tahun Kembangkan portfolio sambil jana pulangan
Dana Konservatif Atas 55 tahun Jana pulangan secara konsisten

4. Pengeluaran Duit pada Bila-bila Masa

Anda boleh mengeluarkan wang dalam PRS walaupun belum mencapai umur persaraan untuk tujuan kecemasan atau tujuan-tujuan lain seperti berpindah ke negara lain, pindah rumah dan sebagainya. Namun begitu, perlu diingatkan anda akan dicaj sekitar RM25 untuk setiap transaksi dan terdapat kemungkinan anda akan dikenakan penalti. Oleh sebab itu, melainkan anda memang perlu mengeluarkan wang dari PRS, anda tidak digalakkan untuk mengeluarkan wang daripada simpanan PRS anda.

5. Kemudahan PRS Online

Anda boleh mendaftar, menambah nilai dan menyemak dana anda secara online. Terdapat juga pelbagai online calculator tool seperti kalkulator persaraan dan sumber e-learning untuk membantu anda memahami cara untuk memanfaatkan sepenuhnya simpanan persaraan anda.

Cara Daftar PRS

Seperti yang telah dinyatakan di atas, anda hanya memerlukan RM100 sahaja untuk membuka akaun PRS. Secara asasnya, langkah untuk membuka akaun PRS ini mudah sahaja, ikuti langkah-langkah berikut:

        1. Pilih penyedia PRS anda
        2. Pilih dana yang sesuai untuk anda
        3. Buka akaun PRS dalam talian melalui PRS Online
        4. Teruskan menambah dana anda pada bila-bila masa melalui PRS Online

apa itu prs

Penting untuk Anda Mempunyai Simpanan Persaraan yang Mencukupi

Diharapkan perkongsian dalam artikel ini dapat membantu anda memahami skim simpanan PRS di Malaysia. Secara asasnya, skim PRS dan simpanan KWSP boleh membantu dan memastikan anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk mengharungi hari-hari persaraan anda dengan tenang. Semakin awal anda merancang, memulakan dan melabur untuk tujuan persaraan, semakin tinggi peluang anda untuk nikmati kehidupan persaraan yang lebih baik. Keputusan berada di tangan anda, buat pilihan yang bijak.

Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta, insurans motor atau insurans rumah, anda juga boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform beli insurans yang mudah, telus dan pantas dengan tawaran harga yang kompetitif dan berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60