Tarikh Pembentangan, Teka-teki Intipati Bajet 2023 Malaysia

Kali terakhir diperbaharui Sep 6, 2022 oleh Shafiq Wahab
Tarikh Pembentangan, Teka-teki Intipati Bajet 2023 Malaysia

Pasti ramai rakyat Malaysia yang ternanti-nanti intipati Pembentangan Belanjawan 2023 atau turut dikenali sebagai Bajet Malaysia yang akan diumumkan Oktober ini. Bajet 2023 dijangka akan menjadi bajet defisit dan terbesar dalam sejarah negara bagi memastikan kerajaan dapat menumpukan kepada kebajikan rakyat di bawah inisiatif Keluarga Malaysia.

Belanjawan Malaysia: Memperkukuh Pemulihan dan Memudah Cara Pembaharuan ke Arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia

Pembentangan Bajet atau Belanjawan 2023 pada asalnya dijadualkan untuk dibentangkan pada 28 Oktober ini. Namun begitu, tarikh Pembentangan Bajet 2023 dijangka diawalkan tiga minggu iaitu pada 7 Oktober selepas diputuskan oleh Mesyuarat Kabinet.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Bajet 2023 akan dibentangkan pada sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 (2022). Sidang ini dijangka bermula pada 3 Oktober 2022 hingga 29 November 2022 bagi Dewan Rakyat, dan 21 November hingga 7 Disember 2022 bagi Dewan Negara.

Bajet 2023 Malaysia

Bajet 2023 dijangka akan menyentuh aspek rakyat, perniagaan, ekonomi dan kerajaan selaras dengan tema ‘Memperkukuh Pemulihan dan Memudah Cara Pembaharuan ke Arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia’.

Intipati Belanjawan 2023 dijangka akan menggariskan perkara utama seperti meningkatkan pendapatan rakyat berpendapatan rendah serta menyediakan peluang dan bantuan kepada golongan B40, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Selain itu, ia juga dijangka akan memfokuskan aspek peningkatan pembangunan modal insan dan tenaga mahir serta menangani peningkatan kos sara hidup rakyat. Ia juga akan menekankan aspek pembangunan industri pertanian, penjagaan kesihatan awam, pelaksanaan subsidi bersasar dan meningkatkan kerjasama sektor awam, swasta dan sosial ke arah kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Fokus Utama Bajet 2023: Ringkasan & Intipati Belanjawan 2023

Untuk makluman, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM332.1 bilion dalam Bajet 2022 sekali gus menjadi nilai peruntukan tertinggi dalam sejarah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM223.5 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus, manakala RM75.6 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan dan RM23 bilion di bawah kumpulan Wang Covid-19.

Maklumat atau intipati Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 9 Oktober ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk rujukan dan panduan anda.

Semoga perkongsian mengenai intipati Belanjawan 2023 Malaysia dan Tarikh pembentangan Bajet 2023 ini boleh dijadikan panduan oleh rakyat Malaysia. Anda juga boleh salurkan pandangan anda dalam membantu pembentukan Bajet Malaysia yang lebih baik menerusi laman web Kementerian Kewangan Malaysia. Tarikh akhir mengemukakan cadangan bagi Belanjawan 2023 adalah pada 9 September 2022.

Selain itu, jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan insurans kemalangan peribadi, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Bandingkan harga dan manfaat insurans kemalangan diri daripada beberapa syarikat insurans yang tersedia dan dapatkan perlindungan insurans kemalangan diri terbaik dan komprehensif untuk perlindungan anda.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60