Pelaburan Saham Patuh Syariah di Bursa Malaysia

Kali terakhir diperbaharui Sep 26, 2023 oleh Shafiq Wahab
Pelaburan Saham Patuh Syariah di Bursa Malaysia

Anda baru sahaja daftar akaun CDS dan berminat untuk mula membuat pelaburan saham patuh syariah di Bursa Malaysia? Secara amnya, pasaran saham Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pasaran modal konvensional dan pasaran modal Islam. Jika anda memilih untuk membuat pelaburan patuh syariah, anda mesti memahami konsep pelaburan patuh syariah terlebih dahulu. Artikel ini akan membantu anda kenal pasti pelaburan saham patuh syariah dan senarai pelaburan saham patuh syariah di Bursa Saham Malaysia.

Ciri-ciri Pelaburan Saham Patuh Syariah

Selain saham patuh syariah lain seperti pelaburan hartanah, pelaburan unit trust atau pelaburan emas, anda juga boleh mempertimbangkan untuk membuat pelaburan saham di Bursa Saham Malaysia. Dalam Islam, hukum urus niaga saham dikatakan sebagai harus oleh para ulama yang sebulat suara berpendapat yang jual beli saham ini adalah sama macam jual beli komoditi yang lain.

Hal ini kerana, urus niaga saham boleh membantu perniagaan dan ekonomi para pelabur berkembang. Syarat utama yang paling penting para pelabur harus ingat adalah ia mesti mematuhi syarat jual beli apabila menguruskan jual beli saham.

Perbezaan utama di antara pelaburan patuh syariah dan pelaburan konvensional adalah pelaburan patuh syariah tidak terlibat dalam aktiviti atau perkara yang tidak mematuhi dan dilarang syariah seperti riba, gharar, perjudian dan seumpamanya manakala bagi pelaburan konvensional, tidak ada syarat yang dikenakan bagi memastikan segala sumber dana atau aktiviti adalah patuh syariah. Berikut adalah ciri-ciri pelaburan saham patuh syariah:

Tidak Ada Unsur Riba

Secara asasnya, riba bermaksud al-ziyadah yang bererti pertambahan. Amalan riba adalah perbuatan yang ditegah dan dilarang dalam Islam. Hal ini kerana, dalam aktiviti riba tidak ada pertukaran harta dengan harta yang adil. Pelabur akan menikmati keuntungan dengan mudah tanpa sebarang usaha melalui riba. Oleh sebab itu, sebagai seorang pelabur patuh syariah, anda perlu memastikan pelaburan anda tidak terlibat dengan unsur riba. Berikut adalah dua jenis riba:

Riba Fadhl

Merupakan lebihan riba yang berbeza daripada berat atau bilangan asal yang dinyatakan dalam jual beli.

Riba An-Nasi-ah

Dikenakan faedah kerana kelewatan pembayaran. Katakanlah anda lambat bayar hutang, anda boleh dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi.

Tidak Terlibat dengan Gharar

Gharar adalah transaksi perniagaan yang mengandungi kesamaran dan tidak jelas bagi pihak-pihak yang terlibat. Dari segi istilah, Gharar bermaksud Al-Mukhtharah (pertaruhan) dan Al-Jahalah (ketidakjelasan). Ketidakpastian ini melanggar prinsip syariah yang sepatutnya telus, nyata dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Justeru, Islam melihat bahawa gharar adalah sesuatu yang merugikan khususnya bagi pihak pembeli. Oleh sebab itu, pelabur patuh syariah haruslah memastikan kontrak perdagangan adalah jelas dan nyata sama ada dengan syarikat atau dengan broker. Sekiranya anda terlibat dengan gharar, anda terdedah kepada risiko, ketidakpastian dan penipuan.

Tidak Ada Perjudian atau Sebarang Aktiviti Tidak Beretika

Secara asasnya, konsep judi bergantung kepada nasib semata-mata di mana satu pihak akan memperoleh keuntungan manakala satu pihak lagi akan mengalami kerugian. Di sisi Islam, perjudian adalah haram dan sebagai pelabur patuh syariah, anda harus memastikan syarikat yang anda labur tidak terlibat dalam aktiviti perjudian atau penggubalan wang haram (money laundering)

apa itu pelaburan saham

4 Cara Kenal Pasti Saham Patuh Syariah di Bursa Saham Malaysia

Terdapat dua pihak yang bertanggungjawab dalam proses tapisan dan proses kenal pasti saham patuh syariah iaitu Majlis Penasihat Syariah (MPS) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Proses saringan syariah ini dilakukan sebanyak dua kali pada setiap tahun. Anda mungkin tertanya-tanya, “Bagaimana proses penapisan ini dijalankan?”.

Pihak SC akan mendapatkan dan mengumpul maklumat seperti laporan tahunan syarikat dan temu bual yang dijalankan ke atas sesuatu syarikat. Kemudian, MPS akan meniliti data maklumat yang dikumpul oleh SC untuk memastikan saham yang terlibat adalah patuh syariah atau sebaliknya. Anda boleh kenal pasti pelaburan saham syariah dengan cara-cara berikut:

1. Semakan Secara Online

Anda boleh membuat semakan secara online melalui akaun CDS, laman web Bursa Malaysia dan BURSAMKTPLC. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti:

i. Daftar Akaun CDS Patuh Syariah

Anda sebagai pelabur boleh membuka akaun dagangan patuh syariah. Anda boleh membeli saham patuh syariah yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia dan telah diluluskan oleh MPS. Jika anda menggunakan akaun CDS patuh syariah, anda secara automatiknya tidak boleh beli saham tidak patuh syariah.

ii. Pergi ke Laman Web Bursa Malaysia

Ikuti langkah-langkah di bawah:

        1. Pergi ke laman web Bursa Malaysia
        2. Masukkan nama syarikat yang anda mahu semak pada bahagian ‘Get Quote’
        3. Klik nama syarikat tersebut dan pergi ke ‘Company Overview’

iii. Buat Semakan di BursaMKTPLC

Anda juga boleh layari laman web BursaMKTPLC dan membuat pendaftaran secara percuma. Tetapkan kepada tetapan Mod Syariah semasa menggunakan laman web ini. Semua stok yang dipaparkan adalah patuh syariah.

2. Semak Aktiviti Perniagaan Syarikat

Hasil daripada operasi syarikat dan perniagaan yang tidak patuh syariah mesti memenuhi kriteria peratusan tertentu. Untuk pengetahuan anda, peratusan ini berbeza mengikut industri. Sekiranya pendapatan daripada aktiviti-aktiviti di atas ini melebihi tanda aras, maka ia akan menyebabkan sekuriti tersebut termasuk dalam kategori tidak patuh syariah.  Berikut adalah dua contoh peratusan penanda aras:

i. Penanda Aras (5%)

Pihak MPS akan memastikan sumbangan aktiviti tidak patuh syariah adalah kurang daripada lima peratus daripada jumlah pendapatan atau keuntungan kumpulan sebelum cukai syarikat. Aktiviti-aktiviti yang diselia oleh ahli panel PMS adalah seperti berikut:

        1. Perbankan konvensional
        2. Insurans konvensional
        3. Perjudian
        4. Minuman keras atau beralkohol
        5. Makanan dan minuman tidak halal
        6. Hiburan tidak patuh syariah
        7. Tembakau
        8. Pendapatan daripada hasil faedah dan bunga

ii. Penanda Aras (20%)

Konsep penanda aras 20 peratus ini pula digunakan untuk menyelia aktiviti perniagaan yang disenaraikan dan peratus sumbangan aktiviti tidak patuh syariah haruslah kurang daripada 20 peratus daripada jumlah pendapatan kumpulan atau keuntungan kumpulan sebelum cukai syarikat. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang terlibat:

        1. Perdagangan saham
        2. Perniagaan melibatkan pembrokeran saham
        3. Hasil sewa daripada aktiviti tidak patuh syariah
        4. Aktiviti perniagaan lain yang tidak patuh syariah

3. Semak Tanda Aras Nisbah Kewangan Syarikat

MPS telah menetapkan kadar riba tidak boleh melebihi kadar tertentu iaitu sebanyak 33 peratus daripada keuntungan syarikat dalam aktiviti-aktiviti berikut:

i. Tunai ke Atas Jumah Aset

Peratusan simpanan tunai di akaun bank dan instrumen konvensional mestilah kurang daripada 33 peratus. Disebabkan simpanan di perbankan Islam tidak ada unsur riba, simpanan di dalamnya dikecualikan dari pengiraan.

ii. Hutang ke Atas Jumlah Aset

Ahli panel MPS akan memastikan hutang yang berasaskan faedah kurang daripada 30 peratus. Manakala pembiayaan secara Islam ataupun Sukuk tidak diambil kira dalam pengiraan dan saringan ini.

4. Membuat Semakan Status Patuh Syariah

Pihak MPS akan memastikan syarikat yang mematuhi syariah mempunyai imej dan persepsi umum masyarakat yang positif. Syarikat yang lulus kesemua syarat patuh syariah akan secara rasminya mendapat status patuh syariah.

pelaburan patuh syariah

Senarai Saham Patuh Syariah 2022

Mengikut sumber daripada Suruhanjaya Sekuriti, sebanyak 79 peratus (751 daripada 953) saham di Bursa Malaysia adalah patuh syariah. Berikut adalah antara IPO yang baru disenaraikan sebagai patuh syariah sejak Disember 2021:

  1. Aurelius Technologies Bhd
  2. Swift Haulage Bhd
  3. Coraza Integrated Technology Bhd
  4. Senheng New Retail Bhd
  5. Siab Holdings Bhd
  6. Farm Fresh Bhd
  7. Cengild Medical Bhd
  8. MN Holdings Bhd

Anda boleh memilih mana-mana syarikat yang patuh syariah yang telah disenaraikan oleh MPS dan SC. Untuk mendapatkan senarai penuh, anda boleh klik di sini.

Apabila hendak melabur saham, anda memerlukan ilmu pengetahuan yang secukupnya supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih baik untuk mendapat keuntungan. Pastikan anda membuat kaji selidik tentang latar belakang syarikat yang bakal anda laburkan duit anda, baca laporan kewangan syarikat, cara pengurusan syarikat, status kewangan syarikat, pengumuman korporat dan sebagainya.

Selain itu, sekiranya anda ingin renew insurans motor online, insurans kereta murah atau insurans rumah, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian insurans terbaik daripada beberapa syarikat insurans di Malaysia mengikut keperluan dan bajet anda.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60