7 Perkara Perlu Tahu Tentang Potongan Cukai Bulanan (PCB LHDN)

Kali terakhir diperbaharui Sep 6, 2023 oleh Shafiq Wahab
7 Perkara Perlu Tahu Tentang Potongan Cukai Bulanan (PCB LHDN)

Anda mesti tertanya-tanya apa itu PCB LHDN atau potongan cukai bulanan yang dinyatakan dalam penyata slip gaji anda. Potongan Cukai Bulanan atau lebih dikenali sebagai PCB LHDN merupakan sejumlah wang yang dipotong secara bulanan daripada gaji pekerja. Ia dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tujuan pembayaran cukai pendapatan pekerja.

Pertama Kali Bayar Cukai Pendapatan? Ini Perkara Penting Tentang Potongan Cukai Bulanan (PCB LHDN)

Sebenarnya, ramai khususnya golongan muda yang masih keliru dengan potongan cukai berjadual (PCB LHDN) ini. Ada yang menyangka cukai pendapatan telah pun diuruskan apabila gaji dipotong setiap bulan.

Salah faham ini sekali gus menyebabkan ada segelintir pembayar cukai yang hanya menyedari bahawa mereka masih berhutang atau ada tunggakan cukai apabila menerima notis daripada pihak LHDN.

Sekiranya anda masih lagi kurang jelas mengenai LHDN PCB, panduan lengkap ini akan membantu anda memahami semua perkara berkaitan Potongan Cukai Bulanan termasuk cara kira PCB gaji, jadual potongan PCB dan banyak lagi.

1. Maksud PCB: Apa Itu PCB LHDN

Anda mungkin tertanya-tanya apa maksud PCB dalam slip gaji, bukan? PCB atau turut dikenali sebagai potongan cukai bulanan 2023 adalah potongan pendapatan saraan pekerja untuk bayaran cukai pendapatan tahun semasa. Ia merupakan mekanisme potongan cukai oleh majikan secara bulanan.

Dalam erti kata lain, majikan akan membuat penolakan sejumlah wang daripada gaji anda untuk menjelaskan PCB anda setiap bulan sekiranya anda melepasi syarat potongan PCB yang ditetapkan. PCB LHDN ini boleh dianggap sebagai skim bayaran cukai tahunan secara in advance atau skim bayaran cukai secara ansuran.

Potongan cukai berjadual ini bertujuan untuk mengelakkan anda (pembayar cukai) terasa terbeban apabila perlu menjelaskan amaun cukai tahunan yang besar secara sekaligus.

2. Syarat Potongan PCB

Berdasarkan laman web LHDN, individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 selepas potongan KWSP perlu mendaftar file cukai pendapatan terlebih dahulu. Apabila anda sudah ada file cukai pendapatan, biasanya PCB atau cukai bulanan berjadual akan dipotong daripada gaji anda.

Siapa perlu bayar PCB? Jika gaji anda melepasi syarat potongan PCB, maka anda mesti nampak ada potongan PCB dalam slip gaji anda. Layak PCB gaji berapa? Berikut merupakan jumlah gaji minimum yang layak dikenakan PCB:

  • Individu bujang – RM2,851 dan ke atas selepas penolakan KWSP;
  • Individu yang sudah berkahwin dan pasangan tidak bekerja- RM3,851 dan ke atas selepas penolakan KWSP.

3. Cara Kira PCB LHDN: Pengiraan Potongan Cukai Bulanan

Bagaimana pula cara pengiraan PCB LHDN ditentukan? Secara asasnya, majikan akan mengira pendapatan bercukai tahunan dengan mengambil jumlah pendapatan tahunan dan menolak sebarang pelepasan atau potongan cukai yang layak dituntut.

Jumlah cukai tahunan akan dikira mengikut kadar cukai tahun cukai semasa. Jumlah ini kemudiannya akan dibahagikan dengan 12 untuk mendapatkan angka bulanan bagi potongan PCB.

Contohnya, andaikan amaun penggajian Ali adalah sebanyak RM34,000 setahun atau bersamaan RM2,833.34 sebulan. Adakah Ali layak dikenakan potongan PCB?

Mengikut pengiraan PCB, Ali masih tidak layak untuk buat potongan PCB. Ini kerana, jumlah penggajian tahunan Ali selepas potongan KWSP masih tidak mencukupi untuk melayakkan Ali dikenakan potongan PCB.

Semak pengiraan potongan cukai bulanan di laman web HASiL

4. Gaji Minimum untuk Potongan PCB

Penentuan amaun potongan LHDN PCB boleh ditentukan dengan menggunakan Kaedah Pengiraan Penggajian Berkomputer atau merujuk kepada e-Jadual PCB melalui e-CP39 di laman web HASiL.

Berapa jumlah pendapatan atau gaji basic yang layak dikenakan potongan cukai bulanan (PCB)? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui berapa gaji minimum untuk potongan PCB di Malaysia.

Ambil contoh Ali di atas. Ali menerima kenaikan gaji kerana prestasinya yang cemerlang. Gaji pokok Ali yang baharu adalah seperti berikut:

  • Gaji Pokok: RM3,184
  • Potongan KWSP (11%): RM350.19
  • Gaji Bersih: RM2,833.81

Ini bermaksud, penggajian tahunan Ali yang baharu selepas potongan KWSP adalah sebanyak RM34,005.72 (RM2,833.81 x 12 Bulan). Ia melayakkan Ali untuk dikenakan potongan PCB.

5. Peratus Potongan PCB: Kadar Potongan Cukai Pendapatan Bulanan

Berapa peratus potongan PCB (PCB berapa peratus) atau potongan cukai bulanan berapa peratus merupakan antara soalan biasa yang sering ditanyakan oleh bakal pembayar cukai.

Secara asasnya, kadar potongan PCB adalah berbeza-beza bagi setiap individu bergantung pada kategori-kategori tertentu. PCB yang dibayar kepada LHDN ditentukan dengan mengambil kira beberapa elemen lain seperti:

  • Status pekerjaan pasangan;
  • Bilangan anak dan tanggungan;
  • Caruman KWSP;
  • Potongan-potongan cukai.

Ambil contoh Ali tadi – Ali, seorang individu bujang dengan jumlah pendapatan RM3,184 sebulan. Selepas caruman KWSP, Ali perlu membayar PCB setiap bulan. Berdasarkan Jadual PCB 2022/2023, potongan PCB adalah sebanyak RM1 sahaja sebulan.

6. Jadual PCB 2022/2023: Jadual Potongan Cukai Bulanan

Bagi individu bujang, anda perlu membuat caruman PCB apabila gaji basic anda melebihi RM3,184 sebulan. Dalam situasi Ali ini, amaun potongan PCB Ali adalah sebanyak RM1 sahaja sebulan berdasarkan Jadual Potongan Cukai Bulanan (Jadual Potongan PCB).

Bagaimana pula dengan individu yang sudah berkahwin atau mempunyai tanggungan? Potongan PCB berapa peratus?

  • Bagi individu yang sudah berkahwin (isteri/suami tidak bekerja), gaji minimum layak potongan PCB adalah RM4,001 (kadar PCB RM50.40 sebulan atau lebih bergantung pada gaji);
  • Individu yang sudah berkahwin (isteri/suami tidak bekerja dan anak seorang), gaji minimum adalah RM4,166 dengan kadar potongan cukai bulanan RM50.25;
  • Individu termasuk suami/isteri bekerja, gaji minimum layak potongan cukai adalah RM3,141 (kadar potongan PCB bulanan RM1);
  • Bagi individu yang sudah berkahwin, isteri/suami bekerja dan ada seorang anak, gaji minimum kena potong PCB adalah RM3,311 (kadar potongan cukai bulanan sebanyak RM1.10).

Secara asasnya, jumlah potongan PCB ini akan berubah-ubah mengikut kategori dan jumlah gaji minimum anda. Anda boleh rujuk laman web LHDN untuk info lanjut.

7. Rebat Cukai Pendapatan

Potongan cukai bulanan LHDN ini membantu mengurangkan beban pekerja membayar cukai sekaligus apabila cukai sebenar dikira. Anda juga boleh manfaatkan rebat cukai daripada kerajaan – anda boleh menuntut semula bayaran balik cukai yang telah dibayar semasa mengisi e-filing.

  • Yuran Pengajian Diri Sendiri – RM7,000
  • Pembelian Komputer Peribadi, Bahan Bacaan, Telefon Pintar dan Tablet – RM2,500
  • Perbelanjaan Perubatan Penyakit Serius – RM8,000
  • Tanggungan Anak 18 Tahun ke Bawah – RM2,000)
  • Insurans Nyawa dan KWSP (Individu Penjawat Awam Berpencen) – RM7,000
  • Insurans Nyawa/Takaful (Selain Penjawat Awam) – RM3,000
  • KWSP dan Skim Pelaburan Diluluskan – RM4,000
  • Insurans Pendidikan dan Perubatan – RM3,000
  • SSPN – RM8,000

potongan cukai berjadual: jadual potongan cukai bulanan (PCB) 2022

Beli Insurans Kesihatan, Insurans Nyawa untuk Nikmati Rebat Cukai Pendapatan

Majikan yang gagal menjelaskan Potongan Cukai Bulanan boleh dikenakan kompaun minimum RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000, atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali. Majikan yang tidak memotong bayaran atau menolak pembayaran PCB kepada LHDN juga boleh didakwa di mahkamah sivil.

Oleh sebab itu, jika anda mendapati potongan PCB tidak termasuk dalam slip gaji anda, anda disarankan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Semoga perkongsian ini boleh membantu anda terutamanya pembayar cukai baharu merancang kewangan dengan lebih baik.

Selain itu, jika anda sedang mencari insurans nyawa atau insurans kesihatan terbaik untuk memaksimumkan rebat cukai, layari qoala.my untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans terbaik di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang mudah dan pantas.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

8 comments

  1. Aku dh la dpt gaji harini basic 2813+allowance 100+night shift 50 total 2963 tolak kwsp, epf, eis, socso, sport, pcb
    Dh tggl 2.5k. Yg pcb tu semak nk tolak duit kenapa. Org keje penat basic tk smpai 3k ats nk jugak duit aku!

  2. Tapi amaun PCB yg bayar sekarang boleh claim balik. Nanti akhir tahun bila declare Income Tax, kalau Income cukup tahap untuk kena cukai, amount PCB tu akan refund balik. So jgn risau, tapi leceh lah sikit. Nak buat apa, undang2 mcm tu

  3. sembang tolak ikut basic…anjay je…pcb aku mana ada tolak ikut basic…ikut bersih termasuk ot & elaun ada la…anjay la pcb ni…xhalal dunia akhirat pcb potong lebih dr basic…aku kerja penat2 xbalik rumah xjumpa anak bini last2 bg kt kerajaan…

  4. kenapa ya, gaji aku layak pcb namun tiada deduction montlhy? majikan goverment, atau sebab belum berdaftarka?

  5. en aril tu pergi kerja lalu jalan raya tak. kalau lalu jalan raya, duit yang kau bagi dekat kerajaan lah digunakan untuk maintain jalan raya & fasiliti under kerajaan yang kau gunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60