Kadar Mas Kahwin Ikut Negeri di Malaysia 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Kadar Mas Kahwin Ikut Negeri di Malaysia 2024

Nilai pemberian mas kahwin atau turut dikenali sebagai mahar secara asasnya adalah berbeza-beza ikut negeri masing-masing. Ia merupakan pemberian wajib yang diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isteri. Mas kahwin merupakan ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah. Ia menjadi hak isteri selama-lamanya dan tidak boleh dituntut oleh sesiapa termasuklah bekas suami atau keluarga bekas suami.

3 Perkara Asas Perlu Tahu Tentang Mas Kahwin di Malaysia

Perbelanjaan perkahwinan secara umumnya memerlukan belanja yang besar. Banyak kos dan perbelanjaan yang perlu ditanggung dan diberi perhatian antaranya kos kenduri, mas khawin (atau mahar), wang hantaran dan sebagainya.

1. Maksud Mahar atau Mas Kahwin

Apa itu mahar? Menurut Islam, mas kawin atau mahar merupakan harta atau manfaat yang wajib diberikan oleh seorang suami kepada isteri atas sebab pernikahan. Ia bukan sahaja hadiah pemberian wajib kepada isteri, tetapi merujuk pada pemberian yang mempunyai nilai sebagai jaminan sosio-ekonomi wanita.

2. Kadar dan Jenis Mahar

Tiada had maksimum atau minimum ditetapkan dalam menentukan nilai mas kahwin. Ia bergantung pada persetujuan, taraf atau darjat pengantin tersebut. Meskipun begitu, Islam menyarankan untuk mengambil jalan tengah untuk kebaikan bersama dan tidak menggalakkan meletakkan mahar terlalu tinggi kerana ia boleh menyebabkan kesukaran kepada pihak lelaki. Selain itu, mahar terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Mahar Musamma

Ia merujuk pada mas kahwin yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai mas kahwin saudara-saudara perempuan yang lain. Jumlah mas kahwin biasanya disebut dengan jelas dalam majlis pernikahan seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat Melayu pada hari ini.

Mahar Misil (Mahar yang Sepadan)

Kadar mas kahwin jenis ini ditentukan mengikut kadar saudara-saudara pihak isteri yang telah berkahwin terlebih dahulu. Kadar mahar tersebut akan diqiaskan (disamakan) dengan mahar perempuan yang setaraf dalam kalangan keluarga seperti adik-beradik perempuan seibu sebapa atau ibu saudara.

Jika tiada, ia akan disamakan dengan perempuan lain yang setaraf dari segi kedudukan dalam masyarakat atau jika tiada juga, kadar mas kahwin ditentukan bergantung pada suami berdasarkan adat dan tradisi setempat.

3. Apa Perbezaan Mas Kahwin dan Wang Hantaran?

Ramai dalam kalangan bakal pengantin yang masih keliru antara mas kahwin dan duit hantaran. Secara asasnya, pemberian mas kahwin ialah ibadat yang bersifat wajib dan terkandung dalam rukun nikah. Mas kahwin merupakan pemberian daripada seorang lelaki (bakal suami) kepada bakal isterinya biasanya dalam bentuk emas seperti gelang atau rantai emas.

Secara amnya, mas kahwin menjadi hak milik isteri selama-lamanya dan tidak boleh dituntut semula oleh suami atau ahli keluarga tidak boleh mengambil sebahagian daripada mas kahwin tersebut melainkan dengan kebenaran isteri. Bagi duit hantaran kahwin pula, ia merupakan adat dalam perkahwinan orang Melayu.

Nilai duit hantaran bergantung pada budi bicara seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga. Tidak seperti mahar yang menjadi hak milik isteri, wang hantaran bukan milik mutlak isteri. Ia boleh diberikan kepada keluarga untuk menampung kos majlis perkahwinan. Malah, pemberian wang hantaran pula adalah tidak wajib.

mas kahwin ikut negeri

Mas Kahwin Ikut Negeri: Harga Mas Kahwin Mengikut Negeri di Malaysia

Islam menggalakkan untuk tidak meletakkan kadar mahar terlalu tinggi untuk mengelakkan kesukaran dan tidak membebankan mana-mana pihak terutamanya pihak lelaki. Oleh sebab itu, mas kahwin ci beberapa negeri di Malaysia ditentukan ikut negeri. Ia ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri pada kadar tertentu yang munasabah untuk mengelakkan sebarang implikasi.

Namun secara asasnya, Islam tidak menetapkan sebarang nilai maksimum atau minimum bagi pemberian mahar. Kadar mas kahwin bergantung sepenuhnya kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Selain itu, kadar ini juga ditetapkan berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak pengantin.

Berikut merupakan kadar mas kahwin setiap negeri 2024 terkini yang telah ditetapkan untuk rujukan dan panduan anda:

 Negeri Bujang/Anak Dara Janda/Ibu Tunggal
Mas Kahwin Selangor RM300 RM300
Mas Kahwin Kuala Lumpur RM80 RM40
Mas Kahwin Perak RM101 RM101
Mas Kahwin Negeri Sembilan RM200 RM100
Mas Kahwin Pahang RM22.50 RM22.50
Mas Kahwin Sabah RM100 RM80
Mas Kahwin Sarawak RM120 RM120
Labuan RM80 RM80
Mas Kahwin Penang (Pulau Pinang) RM24 RM24
Mas Kahwin Melaka RM100 RM100
Mas Kahwin Kelantan Tidak Ditentukan Tidak Ditentukan
Mas Kahwin Kedah Tidak Ditentukan Tidak Ditentukan
Mas Kahwin Terengganu Tidak Ditentukan Tidak Ditentukan
Perlis Tidak Ditentukan Tidak Ditentukan

Secara asasnya, kadar mahar atau mas kahwin Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak adalah berbeza dan ditentukan ikut negeri bakal isteri. Harga mas kahwin di negeri ini juga berbeza mengikut status wanita yang ingin dikahwini sama ada belum pernah berkahwin atau seorang janda/ibu tunggal.

Untuk mas kahwin di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, ia tidak ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri tetapi sebaliknya ditetapkan dan dipersetujui bersama oleh keluarga pasangan pengantin masing-masing. Meskipun begitu, nilai mas kahwin yang ditunjukkan adalah untuk rujukan berdasarkan Majlis Agama Negeri. Nilai ini boleh berubah mengikut budi bicara seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak pengantin.

Semoga perkongsian ini boleh membantu memudahkan urusan anda. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans motor untuk motosikal anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan pilihan insurans motor terbaik dengan jaminan insurans motor paling murah di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60