Berapa Kos Bersalin Hospital Swasta & Hospital Kerajaan?

Kali terakhir diperbaharui Sep 26, 2023 oleh Shafiq Wahab
Berapa Kos Bersalin Hospital Swasta & Hospital Kerajaan?

Berapa perbezaan kos bersalin di hospital swasta dan hospital kerajaan? Bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata untuk kali pertama, pemilihan hospital adalah penting terutamanya ibu yang bakal bersalin untuk mendapatkan pengalaman bersalin yang terbaik. Artikel ini akan menjelaskan perbezaan di antara kos bersalin di hospital swasta dan hospital kerajaan.

Persediaan Kewangan Bersalin, Sambut Kelahiran Anak

Kos bersalin merupakan salah satu aspek pengurusan kewangan yang harus dititikberatkan. Berapa jumlah wang yang anda perlu sediakan? Jawapan ringkasnya adalah kos bersalin bergantung kepada faktor-faktor seperti pemilihan pakej, jenis hospital, bersalin normal atau c-section dan sebagainya.

Secara umumnya, terdapat dua jenis hospital yang anda boleh pilih iaitu hospital swasta atau hospital kerajaan. Berikut merupakan kos bersalin hospital swasta dan hospital kerajaan:

Kos Bersalin di Hospital Swasta 2022

Bersalin di hospital swasta akan memakan kos yang lebih besar berbanding hospital kerajaan. Anggaran kos bersalin normal bermula dari RM3,000 manakala kos bagi pembedahan Caesarean bermula sekitar RM10,000. Perlu diingatkan bahawa anggaran kos kasar dan harga berbeza-beza bergantung pada pakej hospital yang anda pilih, doktor dan banyak faktor lain.

Walaupun caj hospital bersalin di hospital swasta jauh lebih mahal berbanding hospital kerajaan, masih ramai yang memilih untuk bersalin di hospital swasta. Antara sebab-sebabnya adalah kelebihan dari segi ruang privasi, keselesaan dan masa. Sekiranya anda mahukan perkara-perkara yang telah disebutkan, anda perlu bersedia untuk berbelanja lebih.

Kos Bersalin di Hospital Kerajaan 2022

Disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi, ramai pasangan berkahwin yang menangguhkan rancangan mereka untuk mempunyai anak kerana tidak mampu dan belum bersedia dari segi kewangan. Hospital kerajaan menawarkan perkhidmatan bersalin murah dan berpatutan dari proses pemeriksaan bulanan sehinggalah bersalin.

Dari segi kos, anda memang dapat banyak berjimat. Kos bersalin di hospital kerajaan merangkumi beberapa servis seperti caj wad, caj perubatan dan caj rawatan. Selain itu, kelas yang berlainan sama ada kelas 1, kelas 2 ataupun kelas 3 akan dikenakan kadar yang berbeza. Selain itu, hospital kerajaan juga menyediakan perkhidmatan yang teliti dari pada fasa perancangan keluarga, pemeriksaan kandungan, menyambut kelahiran dan jagaan setelah bersalin.

Anda boleh mendapatkan rawatan pembedahan rawatan pembedahan cesarean atau ceaser, bersalin dengan bantuan forcep atau songsang atau vakum, bersalin kembar ataupun bersalin normal di hospital kerajaan. Secara ringkas, anda boleh melihat perbezaan anggaran kos bersalin hospital kerajaan dan hospital swasta berdasarkan jadual di bawah:

Hospital Swasta Hospital Kerajaan
Pemeriksaan bulanan (Monthly checkups) Sekitar RM3,000 Percuma
Imbasan (Scans) Sekitar RM1,000 Percuma
Bersalin normal Sekitar RM3,000 sehingga RM10,000 Sekitar RM60 sehingga RM200
Bersalin Pembedahan C-Section Sekitar RM6,000 sehingga RM15,000 Sekitar RM100 sehingga RM800

persediaan bersalin

Persediaan Bersalin, 4 Perkara Semua Pasangan Wajib Tahu

Menyambut kelahiran anak merupakan satu perkara yang indah dan pastinya anda tidak sabar menunggu ketibaan anak anda. Selain kos bersalin, anda perlu membuat empat persediaan ini:

1. Barang Kelengkapan Bayi

Pertama sekali, sediakan barang-barang kelengkapan bayi. Anda disarankan untuk melakukan persediaan ini sebelum bayi dilahirkan. Persediaan awal akan membantu anda menjaga bayi dengan baik dan penuh dengan kasih sayang. Anda boleh beli barang kelengkapan bayi anda dengan merujuk senarai kelengkapan bayi yang anda boleh dapati di internet atau berdasarkan rekomendasi orang terdekat.

2. Barang Kelengkapan Ibu

Bagi ibu mengandung pula, kelengkapan seperti pakaian dan ubat-ubatan perlu disediakan sebelum bersalin di hospital. Selain itu, bawa kad pengenalan dan kad pemeriksaan kesihatan ibu hamil kerana ia diperlukan semasa mendaftar bersalin nanti.

3. Persediaan Berpantang

Semasa cuti bersalin, ibu yang baru bersalin akan melalui proses berpantang. Pastikan kelengkapan berpantang juga mencukupi. Jika si ibu mahu diurut, sudah boleh mula mencari servis tukang urut yang profesional. Yang paling penting, ibu yang baru bersalin perlu berehat kerana ia akan membantu untuk sembuh dengan lebih cepat.

Elakkan daripada melakukan kerja-kerja yang berat dan kurangkan pergerakan terutama sekali selepas beberapa minggu selepas bersalin. Dari segi pemakan pula, banyakkan makan makanan sihat dalam beberapa minggu selepas bersalin. Diet yang sihat juga akan membantu anda pulih.

4.  Pemilihan Hospital Bersalin

Seeloknya, pilih hospital yang berdekatan dengan rumah. Ini akan memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan setiap bulan dan sekiranya sebarang kecemasan yang tidak diingini berlaku. Oleh sebab itu, pemilihan hospital perlu dilakukan dengan kadar segera sebaik sahaja si ibu mengandung.

Kos bersalin hospital swasta dan hospital kerjaan sememangnya mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Kedua-dua jenis hospital mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Pemilihan untuk anda memilih hospital bersalin adalah bergantung kepada keperluan anda.

Jika anda pentingkan keselesaan dan privasi, hospital swasta mungkin pilihan yang sesuai untuk anda. Sekiranya anda mahu jimat dari segi kos, hospital kerajaan mungkin pilihan yang terbaik untuk anda. Anda boleh berbincang dengan pasangan anda untuk membuat keputusan.

Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan insurans kesihatan terbaik, lawati laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala juga menyediakan rangkaian produk insurans kereta murah, insurans motor dan insurans rumah daripada beberapa syarikat insurans terbaik dan popular di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, pantas dan selamat.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60