4 Cara Buka Akaun CDS Online

Kali terakhir diperbaharui Aug 15, 2023 oleh Shafiq Wahab
4 Cara Buka Akaun CDS Online

Sebelum ini, anda mungkin sudah membaca beratus-ratus artikel mengenai pelaburan seperti pelaburan risiko rendah atau pelaburan saham dan berminat untuk mula melabur di Bursa Malaysia. Untuk mula membuat pelaburan saham di Bursa Malaysia, anda perlu buka akaun CDS terlebih dahulu. Anda kini boleh membuat buka akaun CDS secara online melalui aplikasi Bursa Anywhere yang telah dilancarkan oleh Bursa Malaysia. Ikuti artikel ini untuk mengetahui empat langkah mudah untuk buka akaun CDS online.

Melabur di Bursa Malaysia, Apa itu Akaun CDS?

CDS (Central Depository System) atau Sistem Depositori Pusat merupakan akaun yang diuruskan oleh Bursa Malaysia. Fungsi akaun ini adalah untuk menyimpan dan mengemaskini urusan jual beli saham anda di Bursa Malaysia. Saham anda akan disimpan secara elektronik di sistem yang disediakan di Bursa Malaysia.

Sekiranya anda berminat untuk membuat pelaburan melalui Bursa Malaysia, anda boleh melakukannya dengan mendaftarkan akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) melalui mana-mana bank pelaburan dan syarikat broker yang telah mendaftar dengan Bursa Malaysia.

Berapa banyak akaun yang anda boleh daftar? Seperti akaun simpanan, anda boleh membuka lebih daripada satu akaun CDS dan akaun trading. Sebagai contoh jika anda ada akaun CDS dan trading bersama Maybank Investment Bank, anda boleh juga buka satu lagi akaun bersama CIMB Investment Bank, RHB Investment Bank, Public Investment Bank atau mana-mana bank pelaburan yang berdaftar.

Syarat Buka Akaun CDS

Sebelum anda mahu membuka akaun CDS, terdapat beberapa syarat yang anda harus penuhi:

  • Individu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun semasa memohon
  • Sebuah perbadanan dalam konteks Seksyen 4 Akta Syarikat 1965
  • Mana-mana badan korporat yang diperbadankan dalam Malaysia dan secara notis, diterbitkan melalui Warta, diisytiharkan sebagai pihak berkuasa awam atau instrumen atau Agensi bagi Kerajaan Malaysia atau oleh mana-mana negeri Malaysia
  • Sebuah persatuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkait dengan persatuan koperasi
  • Sebuah amanah atau perbadanan amanah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
  • Mana-mana pertubuhan yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966
  • Badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen

Kini Jual Beli Saham Lebih Mudah, Ikuti Cara Buka Akaun Pelaburan

Aplikasi Bursa Anywhere memudahkan pelabur mendapatkan semua maklumat berkaitan akaun CDS di satu tempat. Pelabur berdaftar juga boleh mengakses semua saham Bursa Malaysia dan mengemas kini maklumat akaun masing-masing dengan mudah dan cepat. Aplikasi Bursa Anywhere mempunyai ciri-ciri seperti keupayaan untuk memuat turun penyata akaun CDS dan memeriksa nilai setiap portfolio pemilikan akaun secara online.

Cara Buka Akaun CDS Online Melalui Bursa Anywhere

Melalui aplikasi Bursa Anywhere, anda kini boleh membuat pembukaan akaun online 100 peratus. Berikut merupakan langkah-langkah membuka akaun yang anda boleh ikuti:

1. Muat Turun Aplikasi Bursa Anywhere

Anda boleh memuat turun aplikasi Bursa Anywhere sama ada dari Play Store atau App Store. Apabila aplikasi telah dimuat turun, anda boleh mula menggunakan aplikasi ini. Untuk pengguna kali pertama, klik Daftar dan masukkan nombor IC anda.

2. Daftar Akaun Bursa Malaysia

Sebelum anda mendaftar akaun CDS, anda perlu ada akaun Bursa Malaysia terlebih dahulu. Pada bahagian ini, isikan butiran-butiran seperti nama, tarikh lahir, jantina, alamat e-mel dan nombor telefon anda. Kemudian, anda perlu memasukkan OTP yang dihantar ke alamat e-mel anda. Selepas itu, anda boleh mencipta nama pengguna dan kata laluan untuk Bursa Anywhere. Kemudian anda perlu memasukkan satu lagi OTP yang dihantar ke nombor telefon anda.

3. Daftar Akaun CDS

Selepas anda melengkapkan pendaftaran akaun Bursa Malaysia, anda perlu mengisi maklumat akaun anda pula. Berikut merupakan cara-cara daftar akaun CDS anda di Bursa Anywhere:

        1. Segala maklumat anda akan diambil daripada akaun Bursa Malaysia yang anda telah masukkan pada langkah dua.
        2. Anda perlu memasukkan maklumat nombor telefon peribadi atau pejabat anda.
        3. Kemudian, anda perlui isi alamat yang tertera pada IC anda.
        4. Isi maklumat akaun bank anda. Segala bentuk dividen atau keuntungan akaun dimasukkan ke dalam akaun ini. Pada bahagian ini, anda juga perlu memasukkan gambar IC depan dan belakang untuk tujuan pengesahan.
        5. Apabila anda selesai, tekan Seterusnya atau Next dan tunggu pengesahan IC.

4. Pilih Ejen ADA (Authorised Depository Agent) Bank Pelaburan atau Syarikat Broker

Langkah terakhir adalah memilih akaun pembrokeran pilihan anda sama ada bank pelaburan atau syarikat broker. Selain daripada memilih ejen yang menawarkan yuran pembrokeran paling murah, anda juga harus mempertimbangkan untuk memilih ejen atau broker yang boleh membeli saham global jika anda berminat untuk melabur di luar negara. Kemudian, klik Seterusnya atau Next.

Broker pilihan anda akan melantik remisier atau dealer untuk follow-up permohonan anda. Kelulusan bagi permohonan pembukaan akaun anda akan dimaklumkan dalam masa dua hari. Sementara itu, anda akan nampak status anda Pending apabila anda log masuk ke dalam akaun Bursa Anywhere. Berikut adalah antara senarai bank pelaburan dan syarikat broker yang anda boleh pilih:

        1. Affin Hwang Investment Bank Berhad
        2. AmInvestment Bank Berhad
        3. Hong Leong Investment Bank
        4. Public Investment Bank Berhad
        5. RHB Investment Bank Berhad
        6. AmInvestment Bank Berhad
        7. Maybank Investment Bank Berhad
        8. BIMB Securities Sdn Bhd
        9. UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd
        10. CGS-CIMB Securities Sdn Bhd
        11. KAF Equities Sdn Bhd
        12. Malacca Securities Sdn Bhd
        13. Inter-Pacific Securities Sdn Bhd
        14. Kenanga Investment Bank Berhad
        15. UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd

jual beli saham

Apa Lagi yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mendaftar Akaun Saham CDS?

Akaun CDS ini biasanya dibuka bersama dengan akaun trading dengan broker saham pilihan anda. Berbeza dengan akaun CDS, anda tidak boleh buka akaun ini secara online. Untuk urusan pembukaan akaun trading, anda perlu menghubungi remisier anda. Anda hanya boleh memulakan aktiviti jual beli saham melalui Online Trading Platform selepas anda membuka kedua-dua akaun ini. Hasil jualan akan dimasukkan ke dalam akaun trading apabila saham yang anda berjaya dijual. Transaksi boleh dibuat secara online sahaja melalui aplikasi Bursa Anywhere.

Diharapkan perkongsian artikel kali ini dapat membantu anda untuk membuka akaun CDS secara online dan mula melabur di Bursa Malaysia. Proses membuka akaun ini melalui Bursa Anywhere adalah sangat mudah dan ia boleh dilakukan dalam masa lima minit dan dan anda boleh membuat pendaftaran secara percuma.

Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta atau insurans motor, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Bandingkan insurans daripada beberapa syarikat insurans terbaik dengan tawaran harga terbaik sekali gus menjanjikan perlindungan yang menyeluruh untuk anda dan keluarga tersayang.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60