3 Bantuan Perniagaan Anda Boleh Mohon di Malaysia

Artikel ini terakhir diperbarui June 23, 2022 by Shafiq Wahab
3 Bantuan Perniagaan Anda Boleh Mohon di Malaysia

Banyak bantuan perniagaan yang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan pembiayaan khususnya buat golongan peniaga-peniaga kecil di Malaysia. Bantuan perniagaan ini secara tidak langsung dapat membantu peniaga yang tidak mempunyai modal wang yang besar untuk mengembangkan perniagaan. Artikel ini boleh membantu anda mengetahui dan memahami dengan lebih lanjut bantuan perniagaan yang anda boleh mohon di Malaysia termasuk syarat kelayakan bantuan perniagaan, jenis bantuan kewangan yang ditawarkan dan cara untuk lakukan permohonan.

Panduan Lengkap Bantuan Perniagaan di Malaysia – Amanah Ikhtiar, Pinjaman MARA dan TEKUN Nasional

Secara asasnya, bantuan perniagaan merupakan insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada golongan peniaga dalam bentuk bantuan modal perniagaan berskala kecil, bimbingan melalui aktiviti dan program keusahawanan dan lain-lain lagi. Ia juga merupakan salah satu inisiatif untuk memperkasa ekonomi kumpulan sasar dan membantu meningkatkan taraf hidup golongan yang memerlukan bantuan kewangan segera. Berikut merupakan antara bantuan perniagaan yang popular di Malaysia yang boleh anda mohon:

1. Amanah Ikhtiar Malaysia

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan amanah persendirian yang ditubuhkan untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran pembiayaan ikhtiar kepada penduduk miskin di luar bandar. Ia bagi membolehkan kumpulan sasar untuk membiayai kegiatan kecil-kecilan yang boleh menambahkan sumber pendapatan.

Syarat Kelayakan Bantuan Perniagaan

Sekiranya anda seorang peniaga kecil yang ingin mengetahui tentang syarat kelayakan Amanah Ikhtiar Malaysia, berikut panduan syarat kelayakan untuk rujukan anda:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas;
  2. Had kelayakan pendapatan isi rumah RM3,050 dan per kapita RM610;
  3. Had nilaian pemilikan aset mestilah tidak melebihi nilaian berikut:
    • Tanah bergeran di atas nama bakal Sahabat (pemohon) dengan keluasan tidak melebihi tiga ekar;
    • Pemilik rumah sendiri dengan anggaran nilai hartanah tidak melebihi RM200,000;
    • Pemilik kenderaan dengan anggaran nilai semasa kenderaan tidak melebihi RM50,000.

Cara Mohon Pinjaman Amanah Ikhtiar

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan bantuan perniagaan ini, anda boleh mengisi borang permohonan Amanah Ikhtiar secara online. Permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar sama ada melalui e-mel atau secara terus ke pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia. Berikut kaedah memohon pinjaman kewangan Amanah Ikhtiar untuk rujukan anda:

  1. Muat turun borang permohonan Amanah Ikhtiar online melalui laman web rasmi Amanah Ikhtiar;
  2. Kemudian, anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan;
  3. Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat kerana maklumat ini akan digunakan untuk menyemak kelayakan pinjaman anda;
  4. Setelah borang permohonan lengkap diisi, anda perlu menghantar borang tersebut sama ada melalui e-mel atau secara terus ke pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia;
  5. Proses selesai.

2. Pinjaman MARA

Secara asasnya, bantuan perniagaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau pinjaman MARA merupakan antara kemudahan kewangan yang menjadi pilihan utama usahawan terutama dalam kalangan usahawan Bumiputera. Majlis Amanah Rakyat atau MARA merupakan agensi kerajaan yang diwujudkan untuk menggalakkan, memudahkan, memajukan dan menjalankan aktiviti pembangunan ekonomi serta kemasyarakatan. Dalam erti kata lain, MARA berfungi membantu aktiviti ekonomi serta menyediakan bantuan kewangan dan kemudahan pinjaman perniagaan untuk usahawan.

Jenis Bantuan Perniagaan MARA

Ada beberapa jenis skim pinjaman perniagaan yang ditawarkan oleh MARA antaranya Pembiayaan Kontrak, Pembiayaan Am (pinjaman bawah RM500,000) dan Pembiayaan Am (pinjaman bermula RM500,000 hingga RM5,000,000. Bagi setiap kategori ini, ia menawarkan skim-skim pembiayaan perniagaan tertentu mengikut kesesuaian sesuatu bisnes yang dijalankan, antaranya:

Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)

Khusus untuk usahawan Bumiputera dalam bidang kontrak binaan, perkhidmatan dan elektrik yang mendapat kontrak daripada Kementerian atau Agensi Kerajaan.

Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)

Bantuan perniagaan ini ditawarkan untuk pembelian harta tetap, ubah suai premis dan modal pusingan serta Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi) untuk lepasan institusi pendidikan MARA.

Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)

Ia merujuk satu bentuk jaminan kewangan MARA kepada beberapa bank komersial terpilih bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan.

MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)

Skim MARA Enterpreneur Guarantee Scheme (MEGS) pula merupakan skim kerjasama dengan Bank Rakyat – MARA bertindak sebagai penjamin pinjaman, manakala Bank Rakyat bertindak sebagai penyedia pembiayaan modal kerja, pembelian aset dan pembiayaan kontrak atau projek.

Selain bantuan kewangan yang dinyatakan di atas, MARA juga turut menawarkan beberapa skim bantuan perniagaan lain antaranya Kemudahan Pembiayaan Perniagaan kepada OKU, Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi), Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS) dan banyak lagi.

Syarat Asas Kelayakan Pinjaman MARA

Bagi mendapatkan pinjaman ini, ada beberapa syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh usahawan sebelum memohon pinjaman perniagaan MARA. Berikut merupakan syarat kelayakan bagi memohon skim pinjaman MARA untuk rujukan anda:

  1. Warganegara Malaysia (Melayu atau Bumiputera);
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas;
  3. Menjalankan perniagaan sepenuh masa;
  4. Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran pihak berkuasa;
  5. Berpengalaman atau berpengetahuan dalam bidang perniagaan terlibat;
  6. Modal pemohon pinjaman mestilah sekurang-kurangnya 10 peratus daripada kos projek;
  7. Mengemukakan cagaran/jaminan yang sesuai;
  8. Perlu mengikuti kursus keusahawanan jika pengalaman dalam bidang terbabit kurang daripada enam bulan;
  9. Perlu menjalani ujian psikometri (jika berkaitan).

bantuan perniagaan

3. Bantuan Perniagaan TEKUN Nasional

TEKUN Nasional (sebelum ini dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional) merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ia ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memulakan dan memajukan perniagaan. Selain itu, TEKUN Nasional juga bertindak sebagai institusi yang menyediakan peluang perniagaan termasuk peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

Syarat Kelayakan Pinjaman Perniagaan TEKUN Nasional

Bagi mendapatkan pinjaman perniagaan ini, berikut beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon bagi mendapatkan bantuan perniagaan TEKUN:

  1. Warganegara Malaysia (Bumiputera atau India);
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
  3. Permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Daftar Perniagaan (SSM) atau pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu;
  4. Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak;
  5. Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan;
  6. Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.

Cara Memohon TEKUN Nasional

Untuk membuat permohonan TEKUN Nasional, terdapat dua kaedah permohonan yang boleh dipertimbangkan. Permohonan boleh dibuat sama ada secara online atau hadir sendiri secara fizikal ke pejabat TEKUN Nasional:

Mohon TEKUN Nasional Secara Online

Berikut panduan mohon bantuan perniagaan TEKUN secara online:

          1. Layari laman web TEKUN Nasional;
          2. Klik butang ‘Daftar Akaun’;
          3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar’;
          4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan;
          5. Lengkapkan permohonan dan hantar.
Hadir Secara Fizikal di Pejabat TEKUN Nasional

Bagi urusan permohonan TEKUN Nasional secara fizikal, pemohon boleh berkunjung ke mana-mana pejabat TEKUN Nasional bagi memohon bantuan perniagaan ini.

Semoga senarai bantuan perniagaan yang dikongsikan ini dapat membantu anda mengembangkan perniagaan atau memulakan langkah pertama sebagai usahawan. Selain itu, sekiranya anda ingin renew insurans motor online, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian perkhidmatan insurans terbaik mengikut keperluan dan bajet anda. Minta sebut harga insurans sekarang!

Kongsi:
Shafiq Wahab
Bukan berjiwa kelajuan dan suka berangan, banyak menghabiskan masa lapang dengan tidak berbuat apa-apa.
Beli Insurans Motor Online Terbaik! 🏍️