ASB Loan Lagi Untung? 7 Perkara Perlu Tahu

Kali terakhir diperbaharui Aug 15, 2023 oleh Shafiq Wahab
ASB Loan Lagi Untung? 7 Perkara Perlu Tahu

Anda berminat mahu buat ASB loan untuk melabur? Secara ringkasnya, ASB loan atau nama lainnya pinjaman ASB, ASB Financing dan ASBF merupakan pinjaman yang anda boleh lakukan untuk membuat pelaburan lebih besar dalam akaun simpanan ASB anda. Artikel ini akan menjelaskan tujuh perkara penting yang anda perlu tahu tentang pinjaman ini. 

Ketahui Apa Itu ASB Financing dan 6 Perkara Lain yang Anda Wajib Tahu

Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, ASB merupakan salah satu pilihan pelaburan risiko rendah popular untuk golongan bumiputera kerana pulangan dividen tahunan yang konsisten tahun demi tahun. Faktor ini sudah cukup untuk menarik minat ramai pelabur di luar sana untuk buka akaun ASB. 

Apabila anda melabur dalam ASB, sebahagian duit anda akan dilaburkan dalam saham Bursa Malaysia. Adakah anda patut buat ASB loan untuk tujuan pelaburan di platform ini? Ketahui tujuh perkara berikut sebelum menggunakan platform ini:

1. Apa Itu ASB Loan?

Konsepnya mudah sahaja, anda boleh melihatnya sebagai satu fasiliti pinjaman pelaburan ASB yang membolehkan anda membuat pinjaman wang untuk beli sijil ASBF. ASB loan bermaksud anda membuat pinjaman atau pembiayaan daripada ejen bank ASB terpilih seperti CIMB, RHB, Maybank dan sebagainya untuk membuat pelaburan ASB. 

Kemudahan pinjaman ASB ini membolehkan anda melabur dengan jumlah yang lebih besar dan mendapat pulangan yang lebih tinggi. Contohnya, anda pinjam RM100,000 daripada bank pilihan anda, amaun ini akan dimasukkan ke dalam akaun ASB anda. Kemudian, pada setiap tahun apabila dividen diumumkan, anda akan dapat lihat hasil dividen dalam akaun ASB anda. 

Dalam kata lain, anda sebenarnya berhutang dengan bank untuk melabur dalam ASB. Apabila anda buat pinjaman, semestinya anda perlu membayar semula jumlah yang dipinjam. Anda sebagai peminjam akan perlu membayar sejumlah amaun yang tertentu dalam tempoh masa yang tertentu kepada bank setiap bulan. 

2. Beza Simpanan ASB dan Pinjaman ASB

Jadi, anda mungkin tertanya-tanya sebab ramai pelabur yang memilih untuk buat ASB loan sedangkan boleh sahaja buat simpanan ASB. Apakah perbezaan simpanan ASB dan pinjaman ASB?

Simpanan ASB

Apa itu ASB simpanan sendiri? Apabila anda membuat simpanan ASB, anda melabur dengan menggunakan duit anda sendiri. Setiap bulan, anda mungkin tentukan jumlah wang untuk dilabur daripada duit gaji bulanan anda untuk dimasukkan ke dalam pelaburan ASB. 

Sebagai contoh, anda boleh laburkan RM200 sebulan ke dalam akaun ASB sepanjang tahun sehinggalah dividen diumumkan. Perlu diingatkan, kadar dividen dengan membuat simpanan anda sendiri mungkin lebih rendah jika dibandingkan dengan pulangan dividen pinjaman ASB. 

Katakanlah anda simpan RM200 setiap bulan, jumlah terkumpul selepas 12 bulan adalah RM2,400. Kemudian, katakanlah kadar dividen ASB tahun tersebut adalah 5 peratus. Pulangan dividen tahunan anda adalah sebanyak RM120.

Pinjaman ASB

Seperti yang dinyatakan di atas, ASB loan atau pinjaman ASB ini pula anda menggunakan duit yang dipinjam daripada bank. Kadar dividen yang akan diterima juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan simpanan ASB. 

Selepas permohonan pinjaman anda diluluskan, anda perlu membuat pembayaran ansuran bulanan untuk menjelaskan pinjaman anda. Jika tidak rekod CCRIS anda boleh terjejas sekiranya anda terlepas pembayaran. Berikut adalah perbezaan di antara simpanan ASB dan pinjaman ASB:

Simpanan ASB Pinjaman ASB
Pelaburan Minimum RM10 RM10,000
Pelaburan Maksimum RM200,000 RM200,000
Pulangan Tidak bermanfaat tetapi margin lebih tinggi Pulangan yang dimanfaatkan, tetapi margin yang lebih rendah
Kos Tambahan Tiada Kos pinjaman ASB dan Yuran perlu dijelaskan seperti dokumentasi dan pengurusan
Risiko Kadar Faedah Tiada Dipengaruhi oleh perubahan kadar BLR
Tempoh Lock-In Tiada. Anda boleh tebus unit untuk tunai pada bila-bila masa. Anda tidak boleh jual unit yang dibeli dalam tempoh dua tahun. Walau bagaimanapun, anda boleh mengeluarkan tunai dari dividen tahunan ASB.

3. Semak Kelayakan ASB Loan Anda Sebelum Mendaftar

Untuk memohon ASB Financing, terdapat beberapa syarat yang anda perlu penuhi. Setiap bank yang menawarkan ASB loan menetapkan syarat yang berbeza-beza. Jadi, anda perlu rujuk kepada ejen anda untuk memastikan anda memenuhi syarat untuk mohon pinjaman ASB. Secara umumnya, berikut adalah syarat-syarat pinjaman ASB:

  • Melayu atau Bumiputera 
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan tetap, slip gaji minimum 3 bulan; kalau berniaga penyata syarikat perlu dinyatakan dalam tempoh 6 bulan
  • Tidak disenarai hitam oleh mana-mana bank termasuk rekod CTOS dan CCRIS

Bagi dokumen-dokumen yang diperlukan pula, anda perlu sediakan:

  • Borang permohonan
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan penyata bank atau slip gaji anda untuk tiga bulan terakhir
  • Salinan bahagian depan buku ASB 

asbf

4. Cara Mohon ASB Loan

Sekiranya anda layak dan berminat untuk membuat ASB loan, anda boleh ikuti empat langkah di bawah:

i. Kenal Pasti Pendapatan Anda Termasuk Komitmen

Langkah pertama, anda perlu kenal pasti berapa jumlah pendapatan anda selepas tolak komitmen perbelanjaan bulanan seperti bayar loan kereta, pinjaman perumahan dan sebagainya. Pastikan juga rekod CCRIS dan CTOS anda berada dalam keadaan yang baik.

ii. Kira DSR Anda

Seterusnya, anda patut kira nisbah DSR (Debt Service Ratio) untuk memastikan bajet bulanan anda tidak lari. Cara untuk anda kira DSR adalah dengan membahagikan jumlah keseluruhan pembayaran balik hutang bulanan anda dengan pendapatan bersih anda selepas potongan cukai dan KWSP.

iii. Semak Jumlah Pinjaman yang Anda Boleh Mohon

Anda boleh menggunakan kalkulator ASB loan di platform ejen ASB anda untuk mendapatkan anggaran jumlah yang anda boleh pinjam dalam tempoh pinjaman maksimum. 

iv. Dapatkan ASB Loan Anda

Kadar faedah pinjaman ASB adalah bergantung pada bank pilihan anda. Untuk ketahui dengan tepat pembayaran balik bulanan pinjaman ASB anda, hubungi bank anda untuk maklumat lanjut.

5. Bank Mana yang Terbaik untuk Anda? 

Anda bebas membuat perbandingan dan memilih bank-bank yang menawarkan ASBF. Setiap bank menawarkan pakej yang berbeza-beza untuk perkhidmatan ASB loan ini. Contohnya, ada bank yang mengenakan faedah yang tinggi tetapi menawarkan manfaat lain dan ada juga bank yang mengenakan faedah rendah tetapi tidak menawarkan faedah-faedah lain.  

Pilihan ini bergantung kepada keputusan anda selepas membuat penilaian. Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kewangan atau bank-bank yang menawarkan ASB loan. Berikut adalah bank-bank yang menawarkan servis ini untuk rujukan anda:

Bank Pakej ASB Loan
RHB Bank
  • ASB Financing
  • Easy-ASB
Maybank
  • Maybank ASB Financing
  • Maybank ASB Financing-i
BSN 
  • BSN MyRinggit ASB
Ambank
  • Term Financing-i secured by ASB / ASB 2 certificate
  • Term Loan ASB / ASB
CIMB Bank
  • CIMB ASB Financing
Affin Bank
  • Affin ASB/ASB2 Loan

6. Kebaikan dan Keburukan ASB Loan

Matlamat utama bagi pelabur apabila membuat pinjaman ASB adalah mendapatkan jumlah dividen yang lebih tinggi. Dengan membuat pinjaman ASB, anda boleh melabur jumlah RM10,000, RM50,000, RM100,000 sehinggalah RM200,000. Berikut adalah kebaikan dan kekurangan ASB loan:

Kebaikan Keburukan
Melabur jumlah yang lebih besar 

Anda berpotensi mendapat pulangan dividen tahunan yang tinggi.

Risiko pulangan ASB rendah dan interest tinggi

Ini akan menyebabkan margin anda rendah dan pulangan juga merosot.

Menaikkan skor kredit 

Apabila anda membayar balik pinjaman anda setiap bulan, skor kredit akan meningkat.

Boleh merosakkan skor kredit 

Sekiranya anda gagal bayar semula pinjaman, skor kredit anda akan terjejas.

Memupuk tabiat menabung 

Kebanyakan pelabur membayar pinjaman ASB sebaik sahaja gaji masuk. Konsep ini boleh juga dipanggil sebagai Save First, Spend Later.

Kecairan rendah

Bolehkah keluarkan duit ASB loan? Tidak seperti ASB konvensional yang anda boleh keluarkan duit pada bila-bila masa, anda hanya boleh keluarkan hasil dividen tahunan ASBF secara lump sum.

7. Selepas Buat Pinjaman, Apa yang Anda Boleh Jangkakan?

Anda disarankan untuk dapatkan nasihat dan pendapat daripada kawan-kawan atau ahli keluarga yang ada pengalaman buat ASB loan. Tujuan utama ASB loan adalah untuk mendapatkan pulangan dividen tahunan yang lebih tinggi. Perlu diingatkan, pelaburan ini merupakan pelaburan jangka panjang dan berisiko rendah. Dalam kata lain, pelaburan ini berpotensi memberikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa panjang kerana risikonya amat rendah jika dibandingkan dengan pelaburan lain seperti kripto, NFT dan sebagainya. 

Anda sebagai pelabur perlu tenang menguruskan kewangan dan bayar semula pinjaman ASB anda setiap bulan kepada bank yang anda telah pilih. Pastikan anda mampu untuk membayar semula pinjaman dan jangan pinjam jumlah yang terlalu besar sekiranya ia akan membebankan anda. 

ASB loan ini adalah pinjaman dan anda perlu membayar semula. Contohnya, apabila anda pinjam RM50,000 dari bank, anda perlu bayar semula beserta kadar keuntungan bank. Ini bermakna anda akan bayar balik pinjaman kepada bank lebih daripada RM50,000 yang dipinjam. Senang kata, bukannnya pinjam RM50,000, bayar balik pinjaman pun RM50,000.

asb financing

ASB Loan 2022: Untung atau Rugi?

Sehingga hari ini, ASB loan masih lagi menguntungkan dan memberikan pulangan yang baik kepada pelabur di luar sana. Terdapat banyak teknik melabur ASBF yang anda akan jumpa tetapi anda perlu berhati-hati kerana mungkin terdapat teknik yang tidak sesuai untuk anda. Oleh sebab itu, penting untuk anda fahami strategi terbaik dalam mengurus ASB loan

Bila anda sudah mula mengambil ASB loan, anda mempunyai tanggungjawab dan komitmen untuk membayar semula pinjaman pada setiap bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak mampu untuk berbuat begitu, anda boleh memilih pilihan yang lebih selamat iaitu melabur secara manual di ASB konvensional tanpa menggunakan servis ASB loan. Diharapkan artikel ini akan sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat keputusan pelaburan. Pilihan berada di dalam tangan anda, anda sendiri yang boleh tentukan kemampuan kewangan anda.

Selain itu, sekiranya anda ingin dapatkan harga insurans kereta terbaik, harga insurans motor murah atau insurans rumah terbaik, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian perkhidmatan insurans terbaik mengikut keperluan dan bajet anda.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60