Cara Pilih Kad Kredit Terbaik

Artikel ini terakhir diperbarui October 9, 2021 by Nadhirah Rashid
Cara Pilih Kad Kredit Terbaik
Bagikan ke Teman:

Buntu macam mana nak pilih kad kredit terbaik? Apakah ciri-ciri kad kredit terbaik? Artikel Qoala hari ini akan membantu anda langkah-langkah dalam memilih kad kredit yang terbaik untuk diri anda. 

Seperti yang kita tahu, kad kredit ni ada buruk dan baiknya. Ramai cuba mengelakkan diri daripada menggunakan kad kredit kerana takut dengan momokan mengenai padah menggunakan kad kredit. Sebenarnya, kad kredit boleh membantu kita dalam pelbagai perkara. Namun, jika salah guna, ia dapat menjerat diri anda.

Jadi, apa cara yang terbaik dalam memilih kad kredit yang terbaik? 

Keperluan Atau Kehendak?

Sebelum kita membelah topik kad kredit terbaik, anda perlu tahu tujuan utama anda untuk menggunakan kad kredit tersebut. Adakah anda sangat memerlukan atau sekadar mengikut trend semasa? 

Kad kredit bukan untuk semua orang kerana ia bukan sebuah keperluan. Namun, kad kredit dapat membantu banyak perkara dalam pengurusan kewangan. Bagi anda yang tertanya-tanya apakah faktor utama pengambilan kad kredit, ia adalah kerana untuk membina skor kredit. 

Apa pula kepentingan skor kredit ni? Skor kredit amat penting sekiranya anda ingin membuat apa-apa jenis pinjaman daripada bank. Tak kiralah pinjaman pribadi, pinjaman kenderaan, atau pinjaman perumahan, bank akan mengambil kira faktor skor kredit sebelum memberikan kelulusan kepada permohonan anda. 

Sebelum Memilih Kad Kredit Terbaik 

Panduan memiliki kad kredit terbaik
Foto Kredit: BongkarnGraphic Melalui Shutterstock

Anda bercita-cita untuk mempunyai kad kredit pertama namun ragu-ragu dalam pemilihan kad kredit? Rujuk panduan ini: 

Semak Kemampuan

Sebelum melakukan apa-apa, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan menyemak kemampuan diri anda. Ini kerana, kad kredit ada pelbagai jenis. Syarat kelayakan bagi mendapatkan kad tersebut juga berbeza. Zaman sekarang boleh dikatakan ada kad kredit terbaik yang sesuai bagi setiap individu. 

Disebabkan itu, anda disarankan untuk membuat analisa kemampuan diri sebelum anda mengikat diri anda dengan komitment kad kredit. Semak pendapatan tahunan dan semak juga kelayakan gaji yang diperlukan oleh kad tersebut. Sekiranya gaji anda tidak menepati kriteria, anda tidak layan untuk memohon kad kredit tersebut. 

Anda mungkin tertanya-tanya apakah yang menyebabkan kad kredit tersebut memerlukan gaji yang tinggi. Lebih tinggi syarat kelayakan gaji untuk kad kredit, lebih banyak kelebihan dan keistimewaan yang hadir dengan kad tersebut. 

Adakah gaji perlu tinggi baru boleh memohon kad kredit. Hakikatnya, tidak. Bagi anda yang mempunyai gaji kasar RM2,000 sebulan pun sudah layak memohon kad kredit yang paling asas. Kad kredit yang paling asas ini amat sesuai pada anda yang ingin berjinak-jinak dengan kad kredit dan mahu mula membina skor kredit. 

Fahami Bagaimana Kad Kredit Berfungsi

Kad kredit ada pelbagai fungsi. Ia juga mempunyai baik dan buruknya tersendiri. Disebabkan itulah anda harus memahami bagaimana ia berfungsi terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Kad kredit bukan sekadar satu alat untuk anda berhutang. Ianya ternyata lebih daripada itu. 

Kad kredit terbaik dapat membantu anda membina sejarah kredit yang baik.  Jika digunakan dengan bijak, kad kredit boleh membantu anda menguruskan kewangan dengan berhemah – dan sebaliknya.

Fi & Caj Kad Kredit

Anda perlu tahu, setiap kad kredit terbaik mempunyai fi dan caj yang berbeza. Ianya bergantung kepada jenis kad kredit dan bank yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Ada dua jenis fi yang datang bersama kad kredit. 

Caj Tetap: Caj tetap atau fixed charges adalah satu yuran tahunan (annual fees) dan cukai perkhidmatan (service tax). Namun, ada sesetengah bank tidak mengenakan caj tetap dan cukai perkhidmatan ini sebagai salah satu tawaran khas mereka. 

Variable Charges:Variable charges atau caj yang berubah adalah kadar faedah kad kredit, caj lewat bayar atau penalti lewat bayar kad kredit dan lain-lain. Caj tersebut boleh berubah mengikut penggunaan kad. Jika anda terlupa untuk membayar kad kredit anda tepat pada masanya, caj penalti lewat bayar akan dikenakan.

Kadar Peratusan Tahunan

Untuk pengetahuan anda, kadar peratusan tahunan yang juga dikenali sebagai APR adalah peratusan yang digunakan untuk baki yang anda bawa melebihi tempoh tangguh. 

Makin tinggi kadar peratusan tahunan, makin tinggilah caj kewangan apabila anda mempunyai baki pusingan dan bayaran lebih banyak untuk menggunakan kad kredit anda.

Kebanyakan kad kredit mempunyai kadar peratusan tahunan yang berbeza untuk pembelian, pemindahan baki dan pendahuluan wang tunai. Anda disarankan untuk mengenali kadar peratusan tahunan kad kredit terbaik anda untuk setiap tahun. 

Had Kredit

Apakah had kad kredit? Had kredit sebenarnya mempengaruhi kuasa beli pengguna. Sekiranya anda baru menggunakan kad kredit, anda dinasihatkan untuk memulakan dengan batas kredit yang renda untuk menjadi biasa dengan tabiat kad kredit yang bertanggungjawab. 

Ini kerana jika anda memulakan dengan had yang tinggi, anda akan mempunyai masalah untuk membayar balik. Ia boleh memberi impak yang negatif kepada skor kredit anda. 

Caj Kewangan

Bagaimanakah caj kewangan akan dikira? Kaedah syarikat kad kredit untuk mengira caj kewangan mempunyai impak ke atas jumlah caj tersebut. Beberapa kaedah menganggap hanya baki bulan semasa manakala yang lain mempertimbangkan baki bulan semasa dan sebelumnya. Pembelian baru boleh atau tidak boleh dimasukkan ke dalam perhitungan.

Kelayakan Diri

Untuk memohon kad kredit terbaik, ia memerlukan beberapa kelayakan. Anda perlu menyemak kelayakan yang diletakkan oleh bank untuk kad kredit tersebut. Setiap kad mempunyai kelayakan yang berbeza untuk memohon. 

Walaupun syarat yang diletakkan adalah berbeza-beza, ada beberapa syarat asas kelayakan bagi semua kad kredit. Berikut adalah syarat-syaratnya:

  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM24,000 setahun
  • Bekerja lebih dari 3 bulan

Senarai Kad Kredit Terbaik

Setelah menyemak kemampuan diri, kelayakan diri dan memahami bagaimana kad kredit terbaik berfungsi, ini masa yang sesuai untuk anda memilih kad kredit pertama yang terbaik untuk anda. Secara umum, terdapat tiga jenis kad kredit.

  1. Kad kredit yang membantu meningkatkan skor kredit
  2. Kad yang menjimatkan wang
  3. Kad yang mempunyai pelbagai ganjaran

Berikut adalah senarai kad kredit terbaik dan kelebihannya:

Kad Kredit Terbaik 1: HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-I

Bagi memiliki kad kredit ini, anda perlu mempunyai gaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan. Pulangan wang sehingga lapan peratus bagi pembelian petrol, barangan runcit dan e-wallet dengan perbelanjaan kad lebih daripada 2,000 sebulan. 

Kad ini juga tidak mengenakan bayaran tahunan. Namun, kadar interestnya adalah pada 15 peratus setahun. Menariknya, kad kredit ini mempunyai easy payment plan, balance transfer dan 20 hari tanpa interest. 

Kad Kredit Terbaik 2: Standard Chartered Justone Platinum Mastercard

Untuk memiliki kad kredit ini, anda juga perlu mempunyai gaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan. Pengguna kad kredit ini berpeluang untuk menikmati cash back atau pulangan wang sehingga 15 peratus bagi pembelian atas talian, dan juga pembayaran bil yang menggunakan kad kredit tersebut. 

Kadar interest yang dikenakan adalah 15 peratus setahun dan tanpa caj tahunan.

Kad Kredit Terbaik 3: RHB Cash Back Visa Credit Card

Pengguna yang ini memiliki kad ini tidak perlu mempunyai gaji RM3,000 sebulan. RM2,000 pun sudah memadai untuk melayakkan anda untuk mendapatkan kad kredit ini. 

Dengan setiap pembelian RM2,500 ke atas, anda berpeluang untuk mendapatkan rebat tunai sebanyak 10 peratus untuk kategori penghantaran secara talian dan runcit serta rebat tunai sebanyak lima peratus bagi kategori petrol, makan, utiliti dan runcit.

Meski pun begitu, pulangan tunai bagi kad ini dihadkan pada RM10 untuk setiap kategori pada setiap bulan. Selain itu, kad ini mempunyai kemudahan pindahan baki hutang daripada kad kredit laain ke kad ini dengan kadar interest yang rendah berserta dengan jadual pembelian yang fleksibel. 

Kad Kredit Terbaik 4: RHB Islamic Cash Back Credit Card-I

Sama dengan kad yang sebelum ini, gaji minimum untuk mendapatkan kad ini adalah pada RM2,000. Menariknya, pengguna akan menerima rebat tunai sehingga 10 peratus apabila perbelanjaan melebihi RM2,5000 sebulan. Rebat tunai bagi kad ini dihadkan pada RM10 untuk setiap kategori pada setiap bulan.

Kad Kredit Terbaik 5: CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard

Untuk anda yang ingin memiliki kad kredit ini, anda perlu mempunyai gaji bulanan sekurang-kurangnya RM2,000. 

Sekiranya anda berbelanja atas talian bagi keperluan harian anda, anda akan memperoleh ganjaran tunai sehingga lima peratus di pawagam, barangan runcit, petrol, mudah alih dan juga utiliti. 

Kad Kredit Terbaik 6: Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-I

Gaji minimum yang diperlukan untuk memohon kad kredit ini adalah RM2,500. Kad kredit Maybank Islamic ini menawarkan yuran tahunan percuma, pulangan wangan sehingga lapan peratus dengan had RM50 sebulan untuk pembelian minyak kereta menggunakan kad ini.

Ini bermakna, anda boleh mendapat pulangan wang sehingga RM50 sebulan dengan mengisi minyak di Stesen Petronas sahaja.

Kadar interest terhadap balance transfer juga serendah 1.88% peratus.

Sebab-sebab Permohonan Kad Kredit Ditolak

Panduan Memiliki Kad Kredit Terbaik
Foto Kredit: Ivan Kruk Melalui Shutterstock

Dah pilih kad kredit terbaik untuk diri tapi ditolak? Sebenarnya, perkara yang berlaku adalah normal. Ramai yang menganggap permohonan kad kredit lebih mudah lulus berbanding daripada pinjaman perumahan, kenderaan atau pribadi. 

Sememangnya, proses memohon kad kredit terbaik ini lebih mudah dan tidak rumit daripada pinjaman-pinjaman yang lain. Walau bagaimanapun, tiada jaminan anda akan menerima kelulusan setiap kali anda menghantar permohonan. 

Seperti membuat pinjaman, pihak bank akan membuat semakan dan meneliti permohonan anda. Semakan terhadap rekod kredit, skor kredit, latar belakang dan sebagainya. Berikut adalah sebab-sebab utama permohonan kad kredit anda ditolak:

Dokumen/Maklumat Permohonan Tidak Lengkap

Tahukah anda, dokumen atau maklumat permohonan yang tidak lengkap sering diambil mudah oleh ramai pemohon kad kredit. Nampak macam mudah, namun ramai yang masih gagal memberikan maklumat yang lengkap. Ramai beranggapan bahawa jika syarat lain seperti umur dan gaji sudah layak, dokumen yang dihantar semasa mohon tidak penting. Apabila dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, ia menyukarkan pihak bank untuk membuat semakan. 

Laporan Kredit Yang Tidak Sihat

Dengan hanya mencukupi syarat seperti gaji dan umur, ia tidak menjamin kad kredit terbaik anda diluluskan. Sebenarnya, anda juga harus menyemak laporan kredit anda. Ini bagi memastikan permohonan kad kredit anda berjalan lancar. Sekiranya laporan kredit anda dilihat tidak sihat, pihak bank tidak akan teragak-agak untuk menolak permohonan kad kredit anda. 

Apa yang anda perlu buat adalah dapatkan laporan kredit CCRIS sebelum memohon sebarang jenis kad kredit. Anda juga perlu memastikan yang anda tidak mempunyai tunggakan bayaran komitmen atau bil dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan sebelum memohon. 

Pendapatan Yang Tidak Stabil

Selain itu, antara faktor lain yang menyebabkan permohonan kad kredit ditolak adalah kerana pendapatan yang tidak stabil. Ianya amat penting untuk pihak bank memeriksa sama ada pendapatan pemohon konsisten atau tidak. Sekiranya tidak stabil, bank akan berisiko kerugian kerana ada kemungkinan anda tidak dapat membayar balik bil kad kredit tersebut. 

Pendapatan yang tidak stabil adalah sekiranya anda sering mengambil cuti tanpa gaji, atau sering bertukar tempat kerja dan tidak bekerja dalam waktu yang lama. Bagi memastikan kelancaran proses permohonan kad kredit, anda perlu memastikan pendapatan anda konsisten dan stabil dalam tempoh enam bulan sebelum membuat permohonan kad kredit. 

Nisbah Hutang Yang Tinggi

Nisbah hutang atau Debt Service Ratio (DSR) adalah antara perkara yang disemak oleh pihak bank bagi menentukan permohonan kad kredit terbaik anda diterima atau ditolak. Nisbah hutang anda tidak boleh terlalu tinggi. Anda tidak boleh mempunyai hutang yang tinggi sekiranya pendapatan anda berjumlah kecil. Nisbah yang disarankan adalah tidak melebihi 30 peratus. 

Mempunyai Jumlah Kad Kredit Yang Banyak

Faktor seterusnya adalah mempunyai kad kredit yang banyak. Ramai beranggapan sekiranya memiliki kad kredit yang banyak, ia akan lebih banyak memudahkan. Sebaliknya, situasi ini sebenarnya membebankan. Telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia supaya permohonan individu yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM36,000 setahun, sudah memiliki dua kad kredit dan cuba untuk membuat permohonan baru tidak akan dilyan. 

Mohon terlalu banyak kad kredit pada masa yang sama

Ada juga yang cuba nasib mohon lebih daripada satu kad dalam masa yang sama. Kononnya kalau satu permohonan ditolak, mungkin permohonan yang lain akan diterima. Setiap permohonan kad kredit anda akan direkodkan di dalam laporan kredit CCRIS anda. 

Jika anda mohon lebih daripada satu kad kredit dalam masa yang sama, bank akan melihat anda sebagai terdesak – seterusnya menolak permohonan kad anda. Tidak lupa juga perbuatan ini akan menjejaskan skor kredit anda dan menyukarkan anda untuk berurusan dengan bank berkaitan permohonan kad kredit atau pinjaman pada masa hadapan.

Mohon terlalu banyak kad kredit dalam jangka masa yang singkat

Begitu juga jika anda mohon banyak kad kredit dalam jarak masa yang dekat. Contohnya jika bulan ini permohonan kad anda tidak lulus, bulan depan anda cuba mohon lagi. Tidak lulus, bulan depan mohon lagi, dan anda tetap cuba mohon setiap bulan. 

Akhirnya sampai kesudah anda tidak akan memiliki kad kredit. Jangan lupa semua permohonan anda akan direkodkan di laporan kredit anda. Jadi jika permohonan kad kredit anda ditolak, bersabar dan tunggu 6 bulan sebelum mohon kad baru.

Kesimpulannya, nak memiliki kad kredit terbaik bukannya mudah. Anda perlu betul-betul memastikan prestasi kewangan anda berada dalam keadaan yang baik. 

Sampai disini sahaja perkongsian Qoala pada hari ini. Semoga artikel ini membantu anda!

Nak buat pembaharuan road tax dan insurans? Lakukan saja di Qoala. Cepat dan mudah! 

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗