Perlu Insurans Penyakit Kritikal Jika Dah Ada Insurans Perubatan?

Kali terakhir diperbaharui Sep 2, 2022 oleh Hariz Hafiz
Perlu Insurans Penyakit Kritikal Jika Dah Ada Insurans Perubatan?

Ramai yang anggap pelan insurans perubatan sudah cukup menampung keperluan rawatan kesihatan. Namun begitu, tahukah anda, insurans perubatan tidak melindungi semua jenis penyakit terutama sekali penyakit-penyakit kronik atau kritikal? Disebabkan itu, ramai di luar sana yang membuat keputusan untuk mengambil insurans penyakit kritikal sebagai langkah berjaga-jaga. Artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut perbezaan di antara kedua-dua polisi ini.

Insurans Perubatan VS Insurans Penyakit Kritikal

Apa beza insurans penyakit kritikal dengan insurans perubatan? Seperti yang anda mungkin sudah tahu, insurans perubatan atau insurans kesihatan memainkan peranan yang penting dalam melindungi anda dari segi kos-kos berkaitan perubatan. Manakala, insurans penyakit kritikal pula akan membantu pemegang polisi jika menghadapi sebarang penyakit kronik. 

Untuk menjawab persoalan sama ada anda perlukan insurans penyakit kritikal atau tidak, anda perlu tahu kedua-dua polisi insurans ini mempunyai tujuan yang berbeza. Ramai orang beranggapan perlindungan insurans perubatan yang standard sudah mencukupi untuk menampung kos perubatan di luar jangkaan. 

Insurans Perubatan

Dengan mengambil insurans perubatan, anda akan mendapat perlindungan dari segi kewangan untuk menampung kos rawatan dan ubat-ubatan. Kebisaannya, anda akan mendapat medical card untuk digunakan di klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Jenis kecederaan, penyakit, dan rawatan yang diliputi oleh insurans perubatan adalah berbeza, bergantung kepada jenis insurans perubatan yang diambil. Semakin luas perlindungan perubatan yang diberikan, semakin tinggi jumlah yang anda perlu bayar untuk polisi insurans perubatan tersebut.

Pemegang polisi insurans perlu membayar premium insurans yang dipersetujui dengan pihak ejen atau syarikat insurans. Seperti yang anda sedia maklum, kos rawatan dan ubat-ubatan untuk setiap penyakit adalah berbeza. Oleh sebab itu, proses pemilihan polisi insurans perubatan perlu dibuat dengan teliti supaya anda dapat memilih pelan insurans yang terbaik.

Insurans Penyakit Kritikal

Anda boleh lihat fungsi pelan ini lebih kurang sama seperti insurans nyawa yang memberikan wang pampasan dalam bentuk sekaligus. Secara amnya, pelan perlindungan penyakit kritikal memberi pampasan dalam bentuk sekaligus (lump sum) kepada anda dan keluarga sekiranya didiagnosis dengan penyakit kritikal, tanpa mengira kos rawatan di hospital.

Wang pampasan yang diterima ini boleh membantu anda dari segi kewangan agar anda boleh tempuhi proses pemulihan dan penyesuaian hidup semasa sakit sekiranya anda menghidap penyakit kritikal yang mengancam nyawa. Ini bermakna wang pampasan yang diterima ini harus diperuntukkan oleh anda sendiri sama ada untuk digunakan bagi tujuan kegunaan rawatan, ubat-ubatan dan juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti meringankan beban kewangan tanggungan anda semasa tempoh sakit. 

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan manfaat yang diterima untuk membayar kos rawatan susulan atau peralatan perubatan yang tidak dilindungi di bawah pelan perlindungan perubatan. Selain itu, anda juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan rawatan alternatif atau membayar pembiayaan untuk kelangsungan hidup keluarga anda.

36 Penyakit Kritikal Tertakluk Perlindungan Insurans

Penyakit kritikal boleh ditakrifkan sebagai keadaan atau perubatan yang boleh mengancam nyawa seseorang. Secara umumnya, industri insurans biasanya menyediakan perlindungan asas untuk 36 penyakit kritikal. Berikut adalah antara penyakit kritikal yang ditanggung oleh polisi insurans ini:

        1. Serangan jantung
        2. Kanser
        3. Koma
        4. Alzheimer
        5. Pembedahan otak
        6. Parkinson
        7. Strok
        8. Sakit buah pinggang 
        9. Angioplasti dan rawatan pembedahan lain untuk penyakit arteri koronari utama
        10. Anemia Aplasia kronik
        11. Penyakit paru-paru tahap akhir
        12. Kegagalan buah pinggang peringkat akhir
        13. Pembedahan pintasan bagi arteri koronari
        14. Tumor otak benigna
        15. Buta atau hilang penglihatan
        16. Penyakit neuron motor
        17. Hipertensi arteri pulmonari primer
        18. Kehilangan upaya diri sendiri
        19. Penyakit arteri koronari lain yang serius
        20. Melecur teruk
        21. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
        22. Meningtis bakteria
        23. AIDS peringkat teruk
        24. Trauma kepala utama
        25. Hilang pertuturan
        26. HIV akibat transfusi darah
        27. Paraplegia atau kelumpuhan
        28. Kegagalan hati tahap akhir
        29. Hepatitis virus fulminan
        30. Pekak atau hilang pendengaran
        31. Kardiomiopati teruk
        32. Pembedahan aorta
        33. Ensefalitis
        34. AIDS peringkat teruk
        35. Sklerosis berbilang
        36. Pembedahan injap jantung

Perbezaan Insurans Perubatan dan Insurans Penyakit Kritikal

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang perbezaan insurans perubatan dan insurans penyakit kritikal, anda boleh rujuk jadual di bawah:

  Insurans Perubatan Insurans Penyakit Kritikal
Peranan utama pelan Menanggung kos rawatan, hospitalisasi dan ubat-ubatan. Memberikan sejumlah wang sekaligus apabila pemegang pelan didiagnosis dengan salah satu daripada 36 penyakit kritikal.
Penerima manfaat Pemegang polisi atau tanggungan (Pampasan diterima untuk membayar kos perubatan bergantung kepada pelan perlindungan yang dipilih). Pemegang polisi atau tanggungan, (Pampasan diterima sekaligus untuk kegunaan rawatan dan lain-lain).
Kadar Premium  Bayaran meningkat seiring dengan usia. Bayaran kekal sepanjang hayat.

Bagaimana Cara Memilih Insurans Penyakit Kritikal Terbaik untuk Anda?

Sekiranya anda merancang untuk mendapatkan insurans penyakit kritikal, terdapat empat perkara utama yang anda perlu tahu sebelum mengambil sesuatu pelan. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi pertimbangan:

1. Jumlah Penyakit Kritikal yang Dilindungi

Setiap pelan menawarkan perlindungan penyakit kritikal yang berbeza-beza. Perlindungan asas mungkin menawarkan hanya lima penyakit kritikal. Namun begitu, terdapat juga pelan perlindungan yang menawarkan perlindungan tambahan seperti kemalangan diri, bersalin, pembedahan kosmetik dan banyak lagi. Anda disarankan untuk memilih pelan insurans kritikal dengan mengutamakan pelan yang sesuai dengan keperluan anda.

2. Tempoh Kelangsungan Hidup

Untuk pengetahuan anda, terdapat tempoh kelangsungan hidup yang pemegang polisi harus penuhi sebelum anda boleh claim insurans anda. Tempoh kelangsungan hidup di sini bermaksud anda sebagai pemegang polisi harus kekal hidup dalam tempoh tertentu selepas disahkan menghidap penyakit kritikal. Terma dan syarat bagi tempoh ini berbeza-beza di antara syarikat-syarikat insurans. Oleh sebab itu, anda perlu rujuk semula polisi insurans yang anda pilih.

3. Penyakit Sedia Ada

Untuk pengetahuan anda, tidak semua polisi insurans menawarkan perlindungan sekiranya anda mempunyai penyakit sedia ada kerana anda dikategorikan sebagai individu berisiko. Meskipun ada sesetengah syarikat insurans menawarkan perlindungan, harga premium insurans yang ditawarkan mungkin lebih mahal berbanding biasa. Anda perlu mengeluarkan wang lebih banyak sekiranya anda mahukan polisi yang menawarkan perlindungan penyakit sedia ada.

4. Tempoh Menunggu

Tempoh menunggu bermaksud anda sebagai pemegang polisi hanya akan dilindungi oleh polisi selepas satu jangka waktu tertentu. Dengan kata lain, polisi anda hanya akan aktif selepas tempoh menunggu. Kebiasaannya, tempoh menunggu ini mengambil masa dalam 30 atau 60 hari bergantung kepada jenis penyakit kritikal. 

Ini bermaksud, sekiranya anda didiagnosis dengan sakit kritikal dalam tempoh menunggu, pihak insurans mungkin akan menolak tuntutan anda kerana ada kemungkinan ia sakit sedia ada. Untuk mendapatkan kepastian, rujuk dengan syarikat insurans anda.

penyakit kritikal insurans

Bila Masa yang Sesuai untuk Ambil Polisi Insurans Penyakit Kritikal?

Mengambil pelan insurans penyakit kritikal ini ibarat sediakan payung sebelum hujan dan boleh dilihat sebagai persediaan sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada anda. Semasa anda masih muda dan sihat inilah masa yang sesuai untuk mendapatkan insurans penyakit kritikal kerana anda boleh dapat kadar premium insurans yang lebih rendah.

Selain itu, sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga berpenyakit, anda juga perlu mempertimbangkan untuk mengambil polisi insurans ini. Hal ini kerana, terdapat beberapa penyakit kritikal yang diwarisi seperti kanser dan penyakit jantung. Akhir sekali dan paling penting, anda disarankan mendapatkan insurans sakit kritikal jika mempunyai tanggungan seperti keluarga. 

Wang pampasan yang bakal anda terima bukan sahaja boleh membantu rawatan anda, malah duit tersebut juga boleh digunakan untuk meringankan beban kewangan keluarga anda sekiranya terjadi sesuatu kepada anda. Contohnya, anda mungkin tidak dapat bekerja sewaktu terlantar sakit, maka wang itu boleh digunakan sebagai ganti gaji bulanan anda semasa dalam proses pemulihan.

Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan insurans kesihatan terbaik, lawati laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian produk insurans perubatan dan kesihatan daripada beberapa syarikat insurans terbaik dan popular di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, pantas dan selamat. Selain itu, anda juga boleh dapatkan insurans kereta, insurans motor dan juga insurans rumah di Qoala!

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60