Ini Sebab Kenapa Perlu Ada Insurans Kemalangan Diri

Ini Sebab Kenapa Perlu Ada Insurans Kemalangan Diri

Insurans kemalangan diri (atau kemalangan peribadi) memainkan peranan penting dalam memberi perlindungan sekiranya anda cedera, hilang upaya kekal atau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Meskipun begitu, ramai yang masih tidak lagi menyedari kepentingan memiliki takaful atau insurans kemalangan diri.

Kepentingan Insurans Kemalangan Diri: Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Dapatkan Perlindungan Insurans?

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sama ada ketika anda memandu di jalan raya, di tempat kerja atau di rumah. Oleh sebab itu, anda perlu memiliki pelan perlindungan insurans kemalangan peribadi yang komprehensif.

Apa itu insurans kemalangan diri? Insuran kemalangan diri atau insurans kemalangan peribadi merupakan sejenis polisi perlindungan yang membolehkan anda menerima pampasan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh kemalangan.

1. Manfaat Perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi

Secara asasnya, setiap syarikat insurans menawarkan pelan perlindungan dan manfaat yang berbeza-beza bergantung pada pilihan dan keperluan anda. Oleh sebab itu, penting untuk anda membandingkan beberapa pelan insurans sebelum membuat keputusan.

Kematian Akibat Kemalangan

Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia akibat kemalangan, penama (biasanya dalam kalangan ahli keluarga/pasangan) akan menerima pampasan. Pampasan akan dibayar secara terus bergantung pada terma dan syarat serta jumlah yang dinyatakan dalam polisi.

Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan

Sekiranya kemalangan menyebabkan kecacatan kekal, pemegang polisi layak menerima pampasan seumur hidup bergantung pada tahap kecacatan. Sebagai contoh, pemegang polisi akan menerima manfaat jika hilang kedua-dua deria penglihatan atau deria pendengaran.

Hilang Upaya Sementara (Menyeluruh/Separa) Akibat Kemalangan

Pemegang polisi juga layak menerima pampasan seumur hidup jika terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kecacatan kekal separa bergantung pada tahap kecacatan. Sebagai contoh, pemegang polisi hilang deria penglihatan sebelah mata atau hilang deria pendengaran sebelah telinga.

2. Manfaat Perlindungan Tambahan yang Lain

Selain pampasan dalam bentuk kewangan akibat kematian atau kecacatan, insurans kemalangan peribadi juga turut menawarkan perlindungan asas lain. Pemegang polisi juga mungkin akan menerima manfaat perlindungan tambahan seperti berikut:

  • Belanja perubatan akibat kemalangan;
  • Kos perbelanjaan ahli keluarga ulang-alik ke hospital;
  • Pembedahan akibat kemalangan;
  • Manfaat kemasukan ke hospital akibat kemalangan;
  • Kos perbelanjaan pengebumian.

Namun begitu, manfaat-manfaat ini bergantung sepenuhnya pada jenis polisi yang anda pilih. Oleh sebab itu, anda perlu fahami istilah insurans, terma dan syarat yang terkandung bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang menyeluruh yang dapat memenuhi keperluan dan bajet anda.

insurans kemalangan diri

3. Pengecualian dalam Insuran Kemalangan Peribadi

Pembayaran manfaat secara asasnya bergantung pada jenis polisi insurans yang anda beli. Anda disarankan untuk meneliti polisi insurans anda bagi mengetahui manfaat, perkara yang dilindungi atau tidak dilindungi oleh polisi. Namun biasanya, perkara-perkara berikut tidak termasuk dalam perlindungan insurans kesihatan:

  • Risiko peperangan;
  • Bunuh diri atau cubaan membunuh diri dan ketidaksiuman;
  • Kecederaan yang disengajakan;
  • Di bawah pengaruh arak, dadah atau narkotik;
  • AIDS/HIV atau sebarang penyakit kelamin;
  • Pembunuhan atau serangan yang dirancang;
  • Melahirkan anak, mengandung atau keguguran atau sebarang komplikasi berkaitan;
  • Terlibat dalam kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang;
  • Sukan berbahaya;
  • Mengendali atau menunggang kenderaan bermotor beroda dua;
  • Keuzuran atau penyakit, parasit, bakteria, jangkitan kuman atau sebarang keadaan semula jadi.

Meskipun begitu, anda disarankan untuk merujuk ejen insurans atau polisi insurans anda untuk mendapatkan info lengkap berkaitan pengecualian ini.

4. Kepentingan Insurans Kemalangan Diri

Insurans kemalangan peribadi sangat penting untuk perlindungan anda. Ia bergantung kepada anda untuk pilih polisi insurans kemalangan peribadi yang menawarkan perlindungan yang anda perlukan. Sejauh mana kepentingan perlindungan insurans kemalangan diri atau kemalangan peribadi? Secara asasnya, anda memerlukan insurans kemalangan diri kerana:

Perlindungan Kewangan

Secara umumnya, insurans kemalangan diri di Malaysia menawarkan perlindungan kewangan yang komprehensif. Ini bermaksud, anda tidak perlu mengeluarkan simpanan jangka panjang atau simpanan persaraan anda untuk menanggung kos rawatan.

Malah, insurans ini juga turut menawarkan pampasan tunai sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Pampasan ini boleh digunakan untuk menggantikan pendapatan (income replacement) sekiranya anda mengalami kemalangan yang menyebabkan anda hilang upaya dan tidak dapat kembali bekerja untuk menyara keluarga.

Kemalangan Tidak Dijangka

Secara asasnya, insurans kemalangan diri merupakan salah satu perlindungan penting yang semua orang perlu ada. Ini kerana, kita terdedah dengan risiko kemalangan setiap hari tanpa kita sedari tidak kira sama ada kemalangan di tempat kerja atau kemalangan jalan raya. Insurans kemalangan bertindak sebagai perlindungan terhadap risiko yang tidak dijangka pada masa akan datang.

Insurans Tempat Kerja Tidak Memadai

Ramai yang berpendapat insurans kemalangan diri tidak perlu sekiranya pihak syarikat atau majikan sudah menyediakan insurans. Namun sebenarnya, faedah perlindungan insurans hanya tertakluk selama mana anda berkhidmat dengan majikan anda. Sekiranya anda dibuang kerja atau berhenti daripada tempat kerja anda, pelan perlindungan ini turut sama berhenti daripada melindungi anda.

Insurans tempat kerja juga dikhuatiri tidak dapat melindungi anda sepenuhnya dan hanya menawarkan perlindungan asas sahaja. Dengan memiliki insurans kemalangan diri persendirian, anda boleh menentukan sendiri jenis perlindungan insurans yang anda perlukan.

Simpanan Tidak Mencukupi

Ada juga yang berpendapat insurans perlindungan diri tidak diperlukan jika anda memiliki simpanan. Namun sebenarnya, ini merupakan persepsi yang tidak betul. Meskipun anda boleh menggunakan simpanan anda untuk apa-apa tujuan yang anda mahu, anda boleh elakkan daripada gunakan simpanan anda untuk menampung kos rawatan hospital.

Secara amnya, kos perubatan boleh menelan belanja yang agak tinggi. Bayangkan kos pembedahan pintasan jantung di hospital swasta sahaja boleh menelan belanja sehingga RM80,000.

Dengan adanya polisi kemalangan peribadi ini, ia dapat membantu anda meminimumkan risiko yang anda hadapi. Ini bermaksud, anda tidak perlu meminjam daripada sesiapa atau memecahkan tabung kahwin untuk menanggung kos-kos rawatan.

5. Beza Insurans Kemalangan Diri vs Insurans Kesihatan

Insurans kesihatan (atau insurans perubatan) merupakan polisi perlindungan yang membolehkan pemegang polisi menerima pampasan sekiranya sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal.

Ia juga menampung bil perubatan anda termasuk kos bilik hospital, konsultasi, pembedahan, rawatan dan ubat-ubatan jika anda menghidap penyakit seperti kanser, diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain.

Namun begitu, insurans kesihatan tidak melindungi penyakit sedia ada bergantung pada tahap penilaian kesihatan dan risiko oleh syarikat insurans.

Berbeza dengan insurans kesihatan, insurans kemalangan peribadi tidak akan membayar sebarang pampasan sekiranya pemegang polisi menghidap penyakit atau mengalami kecederaan bukan disebabkan oleh kemalangan.

Oleh sebab itu, anda perlu memiliki kedua-dua insurans ini bagi memaksimumkan perlindungan anda.

kepentingan perlindungan insurans

Cara Buat Tuntutan Insurans Kemalangan Diri di Malaysia

Bagaimana cara buat tuntutan insurans atau takaful kemalangan diri? Apakah dokumen diperlukan untuk buat tuntutan insuran kemalangan diri? Bagi buat tuntutan insurans kemalangan diri, anda boleh rujuk cara claim insurans kemalangan diri seperti berikut:

1. Sediakan Dokumen Diperlukan

bagi memudahkan tuntutan dibuat dengan syarikat insurans, anda perlu sediakan dokumen sokongan seperti berikut mengikut kategori tuntutan anda:

Kategori Tuntutan Dokumen Diperlukan
Pesakit Luar (Outpatient)
  • Salinan laporan polis (wajib) terpakai untuk kemalangan kenderaan motor;
  • Laporan perubatan (wajib);
  • Resit dan bil perubatan asal (wajib).
Bayaran Perubatan/Yuran Ambulans
  • Borang Tuntutan yang lengkap diisi oleh pemegang polisi dan doktor yang merawat (wajib);
  • Resit dan bil perubatan asal (wajib);
  • Salinan laporan polis (wajib) terpakai untuk kemalangan kenderaan motor;
  • Resit asal bayaran ambulans (jika ada).
Penghospitalan
  • Borang Tuntutan yang lengkap diisi oleh pemegang polisi dan doktor yang merawat (wajib);
  • Resit dan bil perubatan asal (wajib);
  • Surat Kemasukan/Keluar Hospital (wajib);
  • Salinan laporan polis (wajib) terpakai untuk kemalangan kenderaan motor.
Hilang Upaya Kekal
  • Borang Tuntutan yang lengkap diisi oleh pemegang polisi dan doktor yang merawat (wajib);
  • Sijil Perubatan (slip MC) – terpakai untuk tuntutan hilang upaya menyeluruh sementara (wajib);
  • Light Duty Certificate (jika berkaitan).
Kematian
  • Borang Tuntutan yang lengkap diisi oleh pemegang polisi dan doktor yang merawat (wajib);
  • Sijil kematian/Permit pengebumian (wajib);
  • Kad Pengenalan penerima (wajib);
  • Sijil nikah/Akuan berkanun status perkahwinan si mati (bujang/berkahwin) – wajib bagi pasangan;
  • Surat Tadbir daripada Amanah Raya atau mana-mana peguam yang dilantik/Surat Fara’id (jika berkaitan);
  • Laporan bedah siasat (jika berkaitan);
  • Laporan toksikologi (jika ujian darah dilakukan – jika berkaitan).

2. Lengkapkan Borang Tuntutan

Tuntutan kemalangan diri boleh dibuat melalui laman web syarikat insurans anda. Anda boleh rujuk syarikat insurans anda untuk info lanjut berkaitan proses tuntutan.

3. Serahkan Tuntutan

Penyerahan borang tuntutan biasanya boleh dibuat dalam tempoh 30 hari selepas discaj.

Insurans Perlindungan Peribadi: Jangan Pandang Remeh Kepentingan Insurans Kemalangan Diri

Insurans kemalangan diri penting untuk melindungi anda sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti kemalangan jalan raya selain dapat mengurangkan beban kewangan jika sesuatu yang buruk menimpa anda.

Andaikan anda terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan nyawa anda atau anda mengalami kecacatan seumur hidup, perlindungan insurans ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban anda dan keluarga.

Oleh sebab itu, anda disarankan untuk mempertimbangkan perlindungan insurans kemalangan diri serta insurans lain seperti insurans kereta, insurans kesihatan, insurans rumah dan sebagainya.

Selain itu, jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan insurans kemalangan peribadi, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Bandingkan harga dan manfaat insurans kemalangan diri daripada beberapa syarikat insurans yang tersedia dan dapatkan perlindungan insurans kemalangan peribadi terbaik dan komprehensif untuk perlindungan anda.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60