Kos Renovate Rumah, Elakkan 9 Kesalahan Ubahsuai Rumah

Kos Renovate Rumah, Elakkan 9 Kesalahan Ubahsuai Rumah

Anda mungkin selalu nampak orang renovate rumah dan mungkin teringin untuk ubah suai rumah juga. Tujuan renovate rumah ini adalah untuk mencantikkan atau memperluaskan rumah. Selepas anda beli rumah rumah, sudah pasti anda mahu selesa dan puas hati. Artikel ini akan menjelaskan kos renovate rumah sembilan kesalahan ubahsuai rumah untuk anda elak sebelum mula renovate rumah.

Anggaran Kos Renovate Rumah yang Anda Perlu Tanggung 

Bergantung kepada berapa besar pengubahsuaian anda, kos renovate rumah memang mahal dan prosesnya juga akan memakan masa. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk membuat pengubah suaian berdasarkan keperluan anda sahaja. Antara sebab ramai memilih untuk ubahsuai rumah adalah kerana mahukan rumah lebih selesa, baiki kerosakan dan tingkatkan nilai rumah sekiranya anda mahu jual rumah

1. Kos Renovate Kelengkapan Rumah

Kadangkala, rumah yang anda baru beli tidak mempunyai kelengkapan yang lengkap. Disebabkan ini, anda mungkin perlu bersedia untuk membelanjakan wang. Berikut adalah anggaran kos yang perlu dipertimbangkan:

Jenis Ubah Suai Anggaran Kos
Kabinet dapur RM5,000
Almari pakaian RM5,000
Kerja-kerja basah (Wet works) RM5,000
Kerja elektrik RM10,000 ke atas
Kerja paip RM10,000  ke atas
Kontraktor am Sekitar 10 sehingga 15 peratus daripada bajet keseluruhan

2. Kos Renovate Mengikut Ruang di Rumah

Kebiasaannya, apabila mahu renovate rumah, ramai yang memilih untuk renovate bahagian ruang tamu, bilik tidur, bilik mandi, halaman rumah dan sebagainya. Berikut adalah anggaran kos ubahsuai rumah berdasarkan ruang:

Jenis Ruang Anggaran Kos
Dapur
  1. Pencahayaan (RM500)
  2. Siling plaster (RM800)
  3. Kabinet (RM5,000)
Ruang tamu
  1. Pencahayaan (RM500)
  2. Siling plaster (RM1,500)
Bilik tidur
  1. Pencahayaan (RM500)
  2. Siling plaster (RM600)
  3. Almari pakaian (RM5,000)
  4. Langsir (RM1,000)
Bilik mandi
  1. Pencahayaan (RM200)
  2. Siling plaster (RM600)
  3. Kabinet (RM600)
Halaman rumah
  1. Pencahayaan (RM300)
  2. Kepala paip (RM100)
  3. Kerja-kerja basah (RM600)

3. Contoh Anggaran Keseluruhan Renovate Rumah

Untuk mengetahui anggaran yang lebih tepat, anda boleh rujuk kontraktor anda. Faktor-faktor seperti saiz rumah dan jenis pengubahsuaian akan diambil kira semasa kontraktor anda sediakan sebut harga ubahsuai rumah anda.

Contohnya, rumah anda adalah rumah kondominium yang bersaiz purata 1,000 sehingga 1,500 kaki persegi.

Berikut adalah contoh anggaran untuk panduan anda:

Jenis Ruang Anggaran Kos
Kos Renovate Rumah Rendah

  • Kelengkapan asas seperti wet works, siling plaster, sistem paip, kabinet kecil dan almari kecil.
RM20,000 sehingga RM30,000
Kos Renovate Rumah Sederhana

  • Wet works seperti merobohkan dinding, tambah almari pakaian dan kabinet dapur yang lebih besar, serta memasang lebih banyak pilihan reka bentuk seperti lantai lamina atau vinil.
RM31,000 sehingga RM60,000
Kos Renovate Rumah Sederhana

  • Naik taraf perkara asas seperti pendawaian elektrik, paip, dan tandas. Selain itu, naik taraf ruang-ruang di rumah.
RM60,000 ke atas

9 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Bila Renovate Rumah

Mereka yang ada pengalaman renovate rumah mungkin sudah tahu perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa ubah suai rumah. Banyak akibatnya terutama sekali dari segi kewangan sekiranya anda tersilap langkah dan percaturan. Berikut adalah sembilan kesalahan ubahsuai rumah anda perlu elak:

1. Tidak Membuat Kajian atau Research yang Cukup

Sebelum mula renovate rumah, anda disarankan untuk buat research yang secukupnya. Dapatkan informasi secukupnya tentang cat rumah, idea reka bentuk dapur, bilik mandi dan lain-lain. Selain itu, fahami juga tugas kontraktor dan perkara-perkara yang anda boleh jangkakan daripada mereka.

Dengan pengetahuan yang mencukupi tentang hal-hal renovate rumah, anda bolehlah tanya soalan-soalan yang betul kepada kontraktor.  Ini juga boleh dilihat sebagai langkah berjaga-jaga supaya anda tidak kena tipu dengan adanya ilmu pengetahuan yang mencukupi.

2. Pilih Kontraktor yang Menawarkan Pakej Renovate Rumah Murah 

Mungkin ada di antara anda yang pantang nampak harga murah. Nampak yang murah sahaja, mesti pilih yang itu. Anda kena ingat dalam bab renovate rumah, banyak penilaian yang perlu dibuat terlebih dulu dan harga murah tidak semestinya bagus.

Contohnya, semasa anda mahu memilih kontraktor, anda perlu kaji dengan teliti sebut harga yang kontraktor anda berikan. Jika boleh, dapatkan sebut harga daripada beberapa kontraktor supaya anda boleh membuat perbandingan. Dengan ini, anda boleh pilih pakej renovate rumah yang terbaik.

3. Tidak Bersedia dengan Kos Luar Jangkaan

Kadangkala, pemilik rumah terkejut apabila kos menjadi lagi tinggi dari pengiraan bajet yang dilakukan.  Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara sebegini berlaku. Antaranya, ada kerosakan tersembunyi, struktur binaan tidak selamat, bumbung bocor dan sebagainya.

Bila terdapat kerosakan-kerosakan seperti yang disebut di atas ini, kos juga akan naik. Jangan biarkan projek renovate rumah anda terpaksa berhenti setengah jalan sebab anda sudah kehabisan bajet. Oleh itu, penting untuk anda bersedia dari segi kewangan untuk perbelanjaan tidak dijangka ini. 

4. Ubahsuai Banyak Ruang Sekaligus

Jangan terburu-buru untuk ubahsuai semua bahagian rumah sekaligus. Seeloknya, anda fokus kepada beberapa bahagian terlebih dahulu. Contohnya, mula-mula fokus pada bahagian ruang tamu dan halaman rumah. Kemudian bila prosesnya sudah berjalan dengan lancar dan hampir siap, fokus pula pada bahagian lain.

Anda kena ingat yang anda berurusan dengan kontraktor. Sekiranya anda mahu kontraktor anda buat semua sekaligus, kualiti hasil kerja mungkin tidak memuaskan.

kesalahan ubahsuai rumah

5. Tidak Periksa Pendawaian Elektrik

Dari segi aspek keselamatan, pendawaian elektrik ini sangatlah penting. Kalau tidak dilakukan dengan betul, boleh terjadi lintar pintas dan kebakaran berkemungkinan besar boleh berlaku. Penting untuk ambil tahu kedudukan soket yang betul dan juga jumlah soket yang sesuai di dalam rumah.

Contohnya, dekat ruang tamu anda ada dua soket sahaja tetapi ramai yang akan gunakan soket-soket tersebut untuk mengecas telefon, laptop dan sebagainya. Disebabkan ini, ramai yang mengambil keputusan untuk guna extension. Kena ingat jangan sambung semua benda elektrik pada extension  pada masa yang sama. Risikonya tinggi dan juga bahaya. 

6. Pilih Material yang Murah dan Tidak Berkualiti

Apabila anda mahu berjimat dalam hal ubahsuai rumah ni, elakkan pilih barang yang tidak ada kualiti. Antara sebabnya adalah produk yang lebih murah juga cenderung berkualiti rendah dan tak akan bertahan lama. Akibatnya anda terpaksa keluarkan duit lagi untuk ganti dengan yang baru. 

Oleh sebab itu, bantu diri anda sendiri dan pilih bahan dan produk yang terbaik apabila mahu renovate rumah. Produk dan material terbaik boleh meningkatkan nilai rumah anda dan ia akan bertahan selama bertahun-tahun.

7. Ubah Fikiran Banyak Kali

Anda memang disarankan untuk membuat pemantauan apabila rumah tengah dalam proses pengubahsuaian. Dengan cara ini, anda boleh memastikan kerja-kerja dilakukan dengan betul mengikut kehendak anda.

Tidak salah pun untuk meminta kontraktor buat sedikit perubahan tetapi jangan terlalu banyak dan terlalu lambat. Walaupun anda mungkin rasa permintaan anda itu kecil dan simple sahaja, anda mungkin akan mengganggu projek anda dan kos juga akan meningkat. 

8. Ukuran Tidak Tepat

Ukuran ini penting dan juga merupakan perkara asas apabila menetapkan harga, pengurusan bahan dan juga sumber-sumber yang lain.

Katakanlah anda sudah siap pasang kabinet dapur dan kemudian cuba masukkan peti sejuk yang baru dibeli. Kemudian anda mendapati peti sejuk tu tidak muat masuk dapur disebabkan ukuran kurang tepat. Jadi sentiasa ukur dan ukur semula, dan dapatkan bantuan pakar dalam proses ini.

9. Tidak Dapat Kelulusan Permit

Bab permit ini memang ramai yang terlepas pandang atau tidak ambil peduli. Ramai yang nak renovate rumah anggap perkara ini leceh sebab syarat ubahsuai rumah di Malaysia dikatakan agak rumit. 

Banyak akibatnya bila anda tiada permit untuk renovate rumah. Antaranya, renovation tanpa permit boleh menyebabkan rumah anda mengalami susut nilai, bahagian tambahan rumah diroboh, disita dan banyak lagi.

kos renovate rumah

Adakah Insurans Cover Sekiranya Kemalangan Terjadi Semasa Renovate Rumah?

Boleh ke tuntut insurans rumah anda? Jawapan pendeknya, bergantung pada keadaan. Seperti yang telah dinyatakan di atas tadi, renovate rumah bukanlah satu perkara yang mudah. Permit, had renovation dan syarat-syarat lain anda kena ambil tahu dulu.

Langkah paling selamat yang anda perlu lakukan adalah dapatkan permit kerana ia membuktikan yang anda mempunyai kelulusan untuk menjalankan projek renovate rumah. Katakanlah berlaku kemalangan seperti kebakaran atau rumah runtuh, pihak insurans akan datang untuk membuat siasatan secara menyeluruh. 

Perkara pertama yang akan mereka akan minta adalah bukti projek renovate rumah ini mendapat kelulusan. Sekiranya anda gagal menunjukkan permit atau kelulusan, syarikat insurans boleh menafikan tuntutan anda. Akibatnya, anda terpaksa mengeluarkan duit dari poket sendiri untuk cover kos pembaikan. Kegagalan mendapatkan permit  juga boleh menjejaskan  perlindungan insurans anda. Premium insurans rumah anda mungkin akan naik atau polisi boleh dibatalkan terus.

Ingat, apabila mahu ubahsuai rumah, jangan buat keputusan terburu-buru. Banyak duit yang anda perlu keluarkan untuk renovate rumah. Pastikan anda tidak buat sembilan kesilapan yang telah dikongsikan dalam artikel ini.

Selain itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan insurans rumah terbaik dan komprehensif untuk kediaman baru anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans rumah di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans rumah yang selamat, mudah dan berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60