Ujian Memandu: Semua Yang Korang Perlu Tahu!

Artikel ini terakhir diperbarui November 19, 2021 by Nadhirah Rashid
Ujian Memandu: Semua Yang Korang Perlu Tahu!
Bagikan ke Teman:

Ujian memandu adalah sejenis ujian yang paling digeruni ramai selain daripada SPM, PT3 dan sebagainya. Mana taknya, ujian memandu di Malaysia bukan calang-calang. Ramai juga yang memang dah tahu memandu tapi akhirnya gagal juga ujian memandu. 

Nak memandu secara halal kat Malaysia ni kena lah ada lesen memandu. Lesen memandu ni dokumen rasmi  yang membolehkan kita untuk kendalikan sesebuah kenderaan bermotor, tak kira lah sama ada motor ke, kereta ke, lori atau bas. 

Untuk korang yang tak ada lesen memandu lagi, ini yang korang perlu tahu. 

Syarat Asas Untuk Dapatkan Lesen Memandu 

ujian memandu
Foto Kredit: Dolly MJ Melalui Shutterstock

Ujian memandu dekat Malaysia ni ada styyle dia sendiri. Termasuklah syarat-syarat untuk melepasi keperluan-keperluan asas yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti:

  1. Kelayakan umur
  2. Tahap kesihatan bakal pemandu – sihat tubuh badan, boleh melihat dengan baik sehingga jarak sekurang-kurangnya 23 meter dan tidak buta warna
  3. Mampu memahami peraturan dan undang-undang jalan raya di Malaysia

Dari segi aspek kelayakan umur, setiap orang yang nak jalani ujian memandu kena melepasi kriteria umum minimum yang ditetapkan bergantung kepada jenis lesen dan kenderaan yang nak dipandu seperti:

  1. 16 tahun dan ke atas – Lesen memandu (motosikal) kelas A, B2, B penuh atau C
  2. 17 tahun dan ke atas – Lesen memandu (kereta) kelas D atau DA
  3. 21 tahun dan ke atas – Lesen memandu kelas E hingga kelas I (memiliki lesen CDL yang sah).

Untuk calon OKU, calon kena dapatkan borang pemeriksaan kesihatan daripada mana-mana cawangan JPJ yang berdekatan. Calon juga perlu mendapatkan pengesahan layak memandu atau menunggang daripada Pegawai Perubatan di mana-mana klinik atau hospital kesihatan kerajaan. 

Bagi pemohon bukan warganegara atau penduduk tetap, calon perlu memiliki pasport dan visa pelawat yang sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 1 bulan untuk melayakkan diri untuk mendapatkan lesen kereta atau motor di Malaysia.

Peraturan Ujian Memandu Terkini

Bermula tahun 2021, peraturan baharu ujian memandu mewajibkan setiap institusi memandu untuk memaparkan kadar bayaran harga baru bagi lesen memandu motosikal atau kereta. Bukan itu je, kini, setiap kenderaan yang digunakan dalam ujian memandu wajib dilengkapi dengan kamera. Ini bertujuan untuk elakkan penguji ambil kesempatan, termasuklah menggalakan ujian memandu calon tanpa sebab atau alasan yang kukuh. 

Ujian tanpa penguji akan turut dilaksanakan dan tiada lagi ujian praktikal bersama kakitangan JPJ akan dilakukan. Malah, ujian komputer juga akan dipantau sepenuhnya melalui sistem video dalam bilik ujian.

Ujian Memandu: Langkah-langkah Daftar Lesen Memandu

Korang first time nak amek lesen kereta? Bingung pasal langkah-langkah dia? Jangan risau, korang boleh rujuk langkah-langkah dekat bawah ni supaya korang lebih jelas tentang cara untuk dapatkan lesen memandu.

#1 Daftar Ujian Memandu

Pertama, korang kena daftar lesen memandu dulu. Apa yang korang boleh buat adalah dengan call atau contact mana-mana institusi memandu pilihan korang. Dekat situ, korang boleh tanya lah tentang harga, jadual belajar memandu dan sebagainya. 

#2 Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01)

Kursus Kurikulum ni biasanya akan diadakan dalam tempoh masa yang agak panjang, iaitu 6 jam. Dan selalunya dilakukan pada hari minggu. Satu tips untuk korang kekal fokus dalam kursus ni adalah, korang kena pakai pakaian yang selesa dan kemas. Baru lah tak menganggu fokus.

#3 Dalam Ujian Memandu Ada Ujian Komputer

Dalam ujian memandu, ada ujian komputer. Dah settle dengar Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu selama enam jam, proses seterusnya adalah korang kena duduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit. Kalau nak lulus ujian komputer ni, korang kena dapatkan markah sekurang-sekurang 42 daripada 50. 

Macam mana kalau gagal? Macam exam yang lain, kalau korang gagal ujian komputer, korang boleh repeat balik. Tapi time ni make sure korang buat ulang kaji sikit. Korang boleh tengok contoh soalan ujian komputer lesen memandu dekat LINK ni.

#4 Lesen L

Dah lulus ujian komputer, korang akan diberi Lesen L dalam tempoh seminggu. Lesen L ni membenarkan korang untuk membuat latihan praktikal bersama guru masing-masing. 

#5 Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPOP2)

Kursus ini merujuk kepada latihan praktikal di dalam litar selama lapan jam. Bagi mendapatkan lesen motosikal, calon akan menjalani latihan praktikal seperti membuat pusingan 8, laluan titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Bagi lesen kereta pula, calon perlu menjalani latihan praktikal seperti menaiki bukit, side parking dan ujian tiga penjuru.

#6 Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP03)

Setelah selesai latihan memandu di dalam litar, calon akan menjalani Kursus KPP03. Ia merujuk pada latihan memandu di jalan raya di bawah pengawasan jurulatih berpengalaman Institut Memandu selama lapan jam. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP.

#7 Ujian QTI

Calon perlu menduduki Praujian sebelum menjalani Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini akan dikendalikan oleh jurulatih bertauliah di Institut Memandu. Jika lulus, calon akan dibenarkan untuk menduduki Ujian Praktikal JPJ.

#8 Ujian Praktikal JPJ

Calon yang lulus Ujian QTI akan menduduki Ujian Praktikal JPJ pada hari yang ditetapkan mengikut kekosongan Institut Memandu. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ atau Ujian Memandu JPJ akan layak mendapat lesen memandu P. Manakala, calon yang gagal perlu menduduki semula ujian ulangan.

Senarai Institut Memandu di Seluruh Malaysia

  1. Kuala Lumpur
  2. Terengganu
  3. Pulau Pinang
  4. Negeri Sembilan
  5. Kelantan
  6. Perlis
  7. Johor
  8. Sabah
  9. Selangor 
  10. Pahang
  11. Kedah
  12. Melaka 
  13. Perak
  14. Sarawak

Ujian Memandu: Harga Lesen Memandu (Motosikal dan Kereta) 2021

Harga dan kos bagi mendapatkan lesen memandu adalah berbeza mengikut negeri dan lokasi Institut Memandu. Namun begitu, Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu (JKPIM) di bawah pengurusan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah menetapkan harga siling bagi yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di Institut Memandu. Penetapan harga siling ini secara tidak langsung memastikan kadar harga yang sama di setiap negeri dan turut membantu pengguna menikmati perkhidmatan dengan harga yang berpatutan.

KelasHarga
Harga Lesen MotorB2RM350 hingga RM450
BRM900 hingga RM1,100
Harga Lesen Kereta ManualDRM1,150 hingga RM1,300
Harga Lesen Kereta AutomatikDARM1,250 hingga RM1,500

Nota: Kadar harga lesen kereta dan motor ini adalah anggaran sahaja dan perubahan harga adalah tertakluk pada perkhidmatan tambahan lain yang ditawarkan oleh Institut Memandu.

Ujian Memandu: Jenis dan Kelas Lesen Memandu di Malaysia

Jenis dan kelas lesen memandu di Malaysia ditetapkan berdasarkan tahap kelayakan pemandu serta jenis kegunaan kenderaan. Carsome menyenaraikan lima jenis lesen memandu berdasarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia seperti berikut untuk panduan anda:

1. Learner Driving License (LDL) atau Lesen Belajar Memandu

  • Lesen L ini membolehkan seseorang individu belajar memandu mengikut kelas yang ditetapkan seperti B, B2, D dan E di bawah pengawasan jurulatih berpengalaman Institut Memandu.
  • Lesen perlu diperbaharui setiap 3 bulan atau 6 bulan jika masih belum mengambil atau masih belum lulus ujian JPJ.
  • Tempoh sah lesen L ialah selama 2 tahun bermula tarikh ia dikeluarkan. Jika lesen L telah tamat tempoh 2 tahun, anda perlu mengulangi semula proses daripada awal untuk mendapatkan lesen memandu.

2. Probationary Driving License (PDL) atau Lesen Memandu Percubaan

  • Lesen P diberikan kepada pemandu baharu yang telah lulus ujian dan prosedur pembelajaran Institut Memandu.
  • Lesen ini sah untuk tempoh dua tahun.

3. Competent Driving License (CDL) atau Lesen Memandu Kompeten

  • Ia merujuk pada lesen memandu penuh yang sah yang diberikan kepada pemandu setelah tamat tempoh percubaan selama dua tahun.

4. Vocational Driving License (VDL) atau Commercial Driving License atau Lesen Memandu Vokasional

  • Ia merupakan lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan komersial seperti lori dan bas.
  • Lesen ini dikeluarkan secara bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

5. International Driving Permit (IDP) atau Permit Memandu Antarabangsa

  • Lesen ini membolehkan warganegara Malaysia memandu kenderaan di luar negara.
  • Permohonan Permit Memandu Antarabangsa boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ Negeri atau Cawangan atau di pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Selain itu, kelas lesen memandu pula ditetapkan berdasarkan jenis dan kapasiti kenderaan.

AKenderaan Orang Cacat (Motosikal) dengan berat tanpa muatan tidak melebihi 450kg
A1Kenderaan Orang Cacat (Motokar) dengan berat tanpa muatan tidak melebihi 3500kg
BMotosikal (Perseorangan) – melebihi 500cc
B1Motosikal (Perseorangan) – tidak melebihi 500cc
B2Motosikal tidak melebihi 250cc
CMotosikal Tiga Roda
DMotokar – berat tanpa muatan tidak melebihi 3500kg
DAMotor Tanpa Pedal Klac – berat tanpa muatan tidak melebihi 3500kg
EMotokar Berat – berat tanpa muatan melebihi 7500kg
E1Motokar Berat – berat tanpa muatan tidak melebihi 7500kg
E2Motokar Berat – berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg
FTraktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) – berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg
GTraktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) – berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg
HTraktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) – berat tanpa muatan melebihi 5000kg
ITraktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) – berat tanpa muatan melebihi 5000kg
MHukuman Mahkamah

Memandu Tanpa Lesen Boleh Dipenjara?

Ujian Memandu: Memandu tanpa lesen boleh dipenjara.
Foto Kredit: Pictrider Melalui Shutterstock

Tahukah korang, korang boleh dipenjara selama setahun atau dikenakan denda sebanyak RM1,000 apabila anda ditahan memandu tanpa lesen atau lesen tamat tempoh? Di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan, anda boleh dikenakan tindakan tersebut jika didapati bersalah. Malahan, ada juga yang tidak sekadar diberikan sama dan kompaun, malah diheret terus langsung ke mahkamah bagi tindakan seterusnya.

Pesalah-pesalah juga boleh didakwa di bawah Seksyen 90 jika didapati tidak memiliki perlindungan insurans atau takaful kenderaan yang sah. Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda RM2,000 atau tiga bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.

Di bawah undang-undang yang sama, pihak berkuasa juga akan terus merampas kenderaan yang dipandui. Pemilik sebenar kenderaan akan dipanggil untuk memungut semula yang dirampas. Pemilik juga akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 kerana membenarkan pemandu tanpa lesen sah memandu kenderaan milik mereka. Ini adalah tindakan drastik yang diambil pihak berkuasa dalam menangani isu peningkatan kesalahan memandu tanpa lesen dan juga untuk membendung kadar kemalangan jalan raya.

Memang diakui, kadang-kadang kita sebagai manusia tidak lari dari membuat kesilapan, termasuklah lupa tentang tarikh luput lesen memandu kita.

Ujian Memandu: Cara-cara Memperbaharui Lesen Tamat Tempoh

Rakyat Malaysia sangat beruntung. Ini kerana ada pelbagai cara dan kaedah untuk memperbaharui lesen yang sudah tamat tempoh. Baik cara tradisional mahupun secara atas talian. Sekiranya anda seseorang yang lebih suka untuk bersemuka ketika membuat sesuatu pembayaran, anda boleh membuat pembaharuan di tiga tempat iaitu pejabat pos, JPJ, dan juga Urban Transformation Centre (UTC). Sebelum nak buat pembaharuan, anda perlu tahu dulu kelas untuk lesen anda. Berikut adalah jenis kelas untuk lesen memandu di Malaysia:

  • Kelas A –Kenderaan Orang Cacat (Motorsikal) BTM tidak melebihi 450kg
  • Kelas A1 – Kenderaan Orang Cacat (Motokar) BTM tidak melebihi 3500kg
  • Kelas B –Motorsikal melebihi 500 cc (Motosikal besar)
  • Kelas B2 – Motosikal tidak melebihi 250 cc (Motor kapcai)
  • Kelas C –Motosikal Tiga Roda (Kenderaan Menjual Aiskrim atau Roti)
  • Kelas D –Motokar BTM (Berat Tanpa Muatan) Tidak Melebihi 3500 kg
  • Kelas DA – Motokar Tanpa Pedal Klac BTM tidak melebihi 3500 kg
  • Kelas E –Motokar Berat BTM melebihi 7500kg
  • Kelas E1 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 7500kg
  • Kelas E2 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 5000 kg
  • Kelas F –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BTM tidak melebihi 5000 kg
  • Kelas G –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM tidak melebihi 5000 kg
  • Kelas H –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) BTM melebihi 5000 kg
  • Kelas I –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5000 kg

Ini caranya untuk membuat pembaharuan lesen di pejabat pos, UTC dan juga JPJ

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Pejabat Pos/UTC/JPJ yang terdekat dengan tempat tinggal anda. (Boleh layari laman web POS Malaysia jika anda tidak tahu cawangannya di mana)
  2. Setiba di tempat membuat pembaharuan lesen kereta, ambil nombor giliran dan tunggu sehingga giliran nombor anda dipanggil.
  3. Apabila nombor giliran sudah dipanggil, maklumkan pada pegawai di kaunter yang anda ingin memperbaharui lesen kereta anda.
  4. Maklumkan tempoh pembaharuan lesen kereta anda. Maksimum adalah untuk 5 tahun sahaja. Harga adalah berbeza untuk setiap 1 tahun bagi setiap kelas lesen:
    1. Kelas A & A1 – RM2
    2. Kelas B2, B & C – RM20
    3. Kelas D sehingga I – RM30
  5. Serahkan lesen memandu anda, sekeping gambar yang berlatar belakangkan putih, wang yang diperlukan dan tunggu sehingga lesen baru anda siap.
  6. Setelah siap, pergi semula ke kaunter pengambilan dan dapatkan kad lesen memandu anda.
  7. Selesai.

Bagaimana pula dengan membuat pembaharuan lesen secara atas talian? Mudah saja. Bermula 2020, lesen memandu kini boleh diperbaharui melalui sistem MyEG. Walau bagaimanapun, pembaharuan secara atas talian tidak boleh dilakukan bagi kelas lesen seperti lesen belajar memandu dan juga lesen memandu percubaan. Pemilik-pemilik lesen kelas ini perlu pergi ke JPJ berhampiran untuk membuat pembaharuan.

Ini cara untuk membuat pembaharuan lesen tamat tempoh secara atas talian:

  1. Layari laman web rasmi MyEG. Jika anda belum mempunyai akaun dengan MyEG, anda perlu mendaftarkan akaun anda terlebih dahulu.  Tekan butang “Daftar Sekarang” (Register Now) dan isi maklumat yang diperlukan.
  2. Tekan butang “Daftar Masuk” (Login), kemudian pilih kawasan JPJ yang berdekatan dengan kediaman anda.
  3. Klik butang “Baharui Lesen Memandu” (Driving License Renewal).
  4. Kemudian, isi maklumat yang diperlukan dan pilih cara pembayaran anda. Sebelum mengesahkan pembayaran anda, pastikan segala maklumat yang diisi adalah betul dan tepat.
  5. Setelah selesai, simpan resit sebagai bukti jika perlu.
  6. Pihak MyEG akan menghantar lesen yang telah diperbaharui berdasarkan alamat yang diberikan.
  7. Caj RM5 dikenakan bagi penghantaran di sekitar Lembah Klang, RM6 bagi kawasan semenanjung Malaysia dan RM10 bagi Sabah dan Sarawak.

Sampai disini sahaja perkongsian Qoala pada hari ini. Kalau anda masih tercari-cari insurans kereta yang terbaik dengan harga yang berpatutan, Qoala ada sediakan.

Semoga bermanfaat!

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea adalah penulis sepenuh masa sebelum Covid, dan juga selepas Covid. Berpengalaman menulis dalam bidang politik, fesyen, kewangan, dan banyak lagi.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗